إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Yang terakhir 2012



Nota-nota bergelimpangan. Mata terasa berat. Saya mengantuk. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Saya sudah berjanji pada diri dan pada mama saya bahawa saya tak mahu tidur petang. Pesan mama saya, betulkan semula waktu tidur tu. heh~

Jadi, saya paksa diri duduk di meja belajar. Dengan rajinnya, saya menelaah subjek Usul Fiqh. Upcoming exam. Akhirnya, dapat juga saya cover 4 topic. Alhamdulillah. Sebagai reward, saya boleh tulis blog. dan boleh buka FB. Dan boleh makan coklat. Macam  banyak pula reward, kan? Ni sebab saya dah banyak dera diri sendiri sejak sebelum bermula exam Arab.

Sejujurnya, exam kali ni agak susah nak dapat mood belajar. Saya pun sedikit hairan. Macam-macam dah buat nak bagi jadi rajin tapi still macam tu jugak. Sampai lah saya minta nasihat dari mama saya. Hampir sejam saya bersembang dengan mama saya sebelum saya mula study. Saya lebih banyak mendengar dari bercerita sebab saya rindu sangat dengan mama saya. Rindu yang banyak. Sampai bergenang airmata masa dengar celoteh mama saya. Saya rindu dengan adik saya yang baru tamat SPM. Rindu dekat rumah baru. Rindu dekat ayah. Rindu dekat atuk nenek. Habes semua saya rindu.

Sampai tiba satu saat, mama check mutabaah ibadah. Haa masa tu baru rasa banyak nya ibadah sunat yang saya tak buat. Biasanya kakak usrah yang check tapi bila mama sendiri yang tanya, rasa macam, adeh -,-"

Untuk kali ni, saya dah buat macam-macam notes kat wall bilik. Supaya bersemangat sikit nak study. Dan saya juga banyak mengajar diri supaya jadi disiplin. Saya buat jadual makan, jadual tidur, jadual online. Supaya masa study saya terjaga. Hehe. Dan saya juga haramkan katil untuk study. Haramkan meja study untuk tidur. Semuanya untuk kebaikan diri. haha

malas nak rotate gambar ni. haha :P


Hari ni 31 Disember 2012. Esok bermulanya 2013.
Sedih tak?
Adalah sikit.
Mungkin kerana target tak tercapai.
Tapi pesan saya, jangan kecewa.
Sebab hidup ini berjalan mengikut aturan-Nya.
Bukan aturan kita.
have faith.

Jadi, kiranya ini adalah post terakhir sempena Disember. Sempena 2012. Ya, tahun ini meninggalkan bermacam kenangan buat saya. Yang mana baik, ambil jadikan teladan. Belajar dari kesilapan. Dan yang mana buruk, boleh kita perbaikinya di masa hadapan. Jangan sesekali mengalah dan berputus asa dengan rahmat-Nya. Okay? :)



nota hati: saya rasa lebih baik kamu kamu jangan reply mesej orang kalau mood tengah tak elok. saya cakap betul-betul ni. 

nota hati 2: dia berbicara dengan saya tentang sesuatu yang tidak wujud. entah kenapa. saya pun tidak faham.

nota hati 3: 2013 adalah tahun mendebarkan. kerana saya bakal tamat belajar. dan akan menjadi dewasa. inshaAllah boleh konvo. 

nota hati 4: lepas habis belajar nak buat apa?














~ I drop du'as. Not bombs ~


Bila exam tiba



Bila musim exam
benda ni mesti terjadi.
menangis sambil baca buku.
depan buku tu menitik2 airmata sebab tekanan.
apatah lagi bila tak suka dengan subjek tu.
kalau dah taksuka, baca pun susah nak masuk.
lagi parah bila banyak lagi kena khatam.
mula susah hati
sampai rasa tertekan

Bertanya pada diri
ke mana hilangnya semangat lalu
ke mana perginya semangat lama

Malam tadi sukar saya mahu memahami apa yang di baca
Sukar juga untuk hadam nota-nota saya
Lebih sukar lagi nak fokus baik-baik dengan buku
Ambil hp
tulis msesej
hantar pada adik
lambat dapat jawapan.
hantar pada kembar
dia juga sedang mengalami rasa yang sama
akhirnya saya yang beri semangat pada dia buka dia yang beri semangat dekat saya
macam-macam kan

Baca buku
Kena rajin
Bagi faham
Semuanya

:(


saya buat ni untuk cik Sakinah yang disayangi
kerana dia juga hilang semangatnya
inshaAllah nanti ada la datang semangat untuk saya pula
:)














~ I drop du'as. Not bombs ~




Maaf, tak jadi



Bila hati luka, perit, sakit. Rasa seperti mahu terbang tinggi, lari jauh-jauh. Supaya tiada siapa melihat hati sendiri yang bagaikan ditoreh. Supaya tiada siapa yang mengamati wajah kelam seribu duka.

Ada suatu hari, saya terduduk sendiri. Duduk diam-diam. Muhasabah diri. Saya tahu jiwa sakit. Puas pujuk diri. Walaupun mata sering berkaca-kaca bila dengar tazkirah, bila baca nasihat, bila di sentuh ayat-Nya. Duduk dalam bilik, tutup lampu dan menangis. Sudah lama juga rasanya saya tahan hati dari menangis. Sejak berbulan yang lalu. Ketika jiwa parah, saya tahankan diri. Saya sabarkan jiwa.

Beberapa hari lalu, saya teringin sungguh mahu melangkah ke taman. Sebab saya sedar ada luka dalam hati. Saya mahu melepaskannya. Mahu buang luka tersebut. Mahu tinggalkan. Mahu campakkannya. Jauh-jauh. Supaya lepas ni saya takkan ingat dah. Dan akhirnya adalah beberapa orang yang berjaya bersetuju nak bawa saya ke taman.

Orang 1: "Ok Nusrah. Boleh. Bila dan di mana? Nanti esok saya konfemkan balik ye :)"

Orang 2: "Ok kak. Dia cakap boleh je nak gi taman"

Orang 3: "Ok boleh saja. Tengok sunrise sama-sama"

Orang 4: "Esok pagi kul9 kita pergi ye"


Dan kesudahannya;


Orang 1: "Maaf Nusrah. Tak jadi. Saya ada kerja"

Orang 2: "sorry kak. tak dapatlah. Tak sempat. Orang penat. So tak jadi lah"

Orang 3: "Tak jadi sebab tak sihat..maaf sangat sangat"

Orang 4: "Nusrah, tak jadi lah sebab saya kena siapkan kerja"


Sebenarnya ramai lagi yang berkata begitu dekat saya. Memang saya sedih. Malah mungkin kecewa. Saya cuba sahaja bersabar dan bersabar. Bukan salah mereka. Mereka cuma berlaku jujur pada saya. Tapi sehinggalah pagi tadi.

Saya bangun awal pagi. Mandi awal pagi. Walaupun saya mengantuk teramat amat amat amat sangat, saya gagahkan juga untuk bangun sebab saya dah janji dengan kawan saya nak tengok sunrise. Tunggu punya tunggu kawan saya tiada jawab sms mahupun call. Saya senyum. Mungkin dia tertidur dan tidak sedar apa-apa. Saya sedapkan hati.

Tak lama kemudian, dia sms saya. Dia tak sihat. Sakit. Kasihan dia. Saya panjatkan doa supaya Allah jaga dia bebaik. Kemudiannya, saya bersiap-siap ke centre sebentar sementara menunggu kawan saya untuk keluar bersama. Ketika saya duduk sorang-sorang di centre, kawan saya sms. Katanya tak jadi. Dia kena buat kerja. Saya diam. Mahu senyum rasa sudah hambar.

Cuba untuk memahami situasi sahabat-sahabat saya. Saya duduk muhasabah diri. Allah tidak izin. Apa boleh saya buat? Allah tidak benarkan. Apa patut saya katakan? Sampai satu saat, saya sendiri tertanya-tanya mengapa dan kenapa. Saya tahu saya kecewa. Dan saya cuba menafikan kekecewaan saya.

Saya berjalan sorang diri. Saya pujuk hati saya.

Balik bilik, ada sebak bertandang. Dan mutiara jernih menitis. Luka.

Segera saya melelapkan mata. Supaya bangun sahaja tidur, saya boleh lupakan segalanya. Supaya hati saya sudah tidak kecewa teruk. Supaya jiwa saya kuat dan cekal semula. Mudah-mudahan.

Bangun tidur, saya mampu tersenyum sedikit. Tidak mengapa dengan rasa kecewa dalam diri. Saya sudah masukkan banyak pula tempat-tempat yang ingin saya pergi bersama suami. One fine day, inshaAllah.

"Nusrah, maaf tak jadi" - ayat ini mungkin melukakan hati. Buat kita kecewa juga, mungkin. Tapi pernah tak terfikir bagaimana agaknya, jika Allah berkata, "kamu tak jadi di masukkan ke dalam syurga sebab sekian sekian sekian"

Saya yakin, itu akan jadi moment yang paling teruk. Tak mengapa. Allah mahu saya belajar. Allah mahu saya tahu bahawa hidup ini bukan untuk dunia semata-mata. Yang kekal adalah akhirat. Tidak dapat pergi ke taman dunia, mudah-mudahan mampu pergi ke taman syurga. Aameeeen.

Sahabatku, jangan rasa bersalah.
Mari kita bergerak, bersiap, menuju ke taman syurga-Nya. :)




nota hati: sebenarnya saya ini sedih sekejap sahaja. lepas bangun tidur, confirm okay semula

nota hati 2: itu pertama kali saya tulis surat. saya tahu dia tidak suka. maafkan saya. sudah saya katakan, buang sahaja. tidak perlu di ingat intipati surat tersebut. tidak perlu. saya mungkin bukan kakak yang terbaik. tapi saya menyayangi adik saya.

nota hati 3: jangan tanya saya kenapa mata bengkak, jiwa luka.

nota hati 4: sudah lama saya tidak tulis nota hati. kan?












~ I drop du'as. Not bombs ~


Saya beri yang saya sayang



Matahari terbit di pagi hari.
Indah.
Walaupun keseorangan.
Sedih jangan sekali.
Sebab tiba suatu saat nanti, kita memang akan bersendirian.

Hati luka. Sungguh-sungguh. Saya tak tipu.
Tambah perit bila kena tahan luka. Menangis sorang-sorang. Dalam gelap. Sebab saya tahu orang takkan tahu. Tertidur jua dengan airmata berlinangan. Mahu sahaja saya usap-usap hati saya supaya terubat. Tapi apakan daya, saya tidak mampu. Luka itu memang perit. Pernah rasa?

Cerita lain, ada seorang kawan saya, dia bercerita tentang kehilangannya terhadap satu barang kesayangannya. Berhari-hari dia sedih. Saya juga punya benda yang sama. Saya juga sayang benda tu sangat-sangat. Dalam-dalam. Tapi saya sedih tengok dia sedih. Jadi, saya decide nak hadiahkan dia benda yang saya punya. Sebagai ganti untuk dia. Untuk saya pula? Tidak mengapa. Saya tahu pujuk hati saya. Suatu masa nanti Allah akan ganti semula. Sebab bagi saya, senyuman seorang sahabat tu lebih bernilai dari diri saya.

"Kalau nak berikan sesuatu pada orang lain,berikan benda atau barang yang paling kita sayang dan suka. Macam mana awak gembira menerima barang tersebut, seperti itulah orang lain bahagia menerima pemberian awak tu."

"Paling terbaik kalau dapat sedeqah harta yang paling kita suka pada orang lain.Tetapi, dalam kehidupan sebenar, siapa yang mampu buat kerja seperti ni seikhlas hati?Saya tanya kamu sambil pandang lekat-lekat pada anak mata kamu yang cantik coklat."

"Kamu sanggup serahkan sesuatu yang paling kamu sayang pada orang lain atas dasar di atas? Sedikitpun kamu jangan membangkit apatah lagi mengungkit. Bila sudah bertukar milik, kamu hanya boleh pandang daripada jauh. Kamu tak boleh minta balik. Sayang macam manapun. Rindu macam mana pun. Kamu kena redha. Sebab sekali kamu dah serahkan.Dua kali saya ingatkan, kamu jangan minta pulang."

"Memberikan yang terbaik kepada manusia sekeliling seperti kita dapat lihat papan tanda di dahi mereka yang tertera perkataan 'Saya penting dan istimewa."

"Personaliti kamu personaliti hebat kalau kamu boleh relakan melepaskan sesuatu yang menjadi hak milik kamu dan kamu sayang hak milik kamu itu bersungguh hati. Tapi, bila terdapat situasi ada insan lain yang lebih memerlukan kesayangan kamu, kamu berikan seikhlas hati. Kamu mungkin menangis. Kamu mungkin sedih. Tapi, diam-diam kamu pujuk hati nanti-nanti Allah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Kalau bukan di sini. Di sana. Tempat yang tak terbayang dengan perkataan."

Yang di atas itu adalah beberapa quote yang menyentuh hati saya. Yang buat saya berfikir panjang. Yang jadikan saya menoleh berkali-kali pada barang-barang saya yang saya berjuta-juta sayang.

Senyum.
Berkali-kali.
Bergaris-garis.

Tapi biarlah seikhlas hati.

Doakan saya tabah. :)



si baju hijau.
setakat ini, ini yang paling saya sayang.
mungkin.
:)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Jangan Menangis



Berapa kali
Berapa kali sudah saya pesan
Berapa kali sudah saya katakan
Berapa kali sudah saya ulang

Jangan menangis.












~ I drop du'as. Not bombs ~


Sahabat Lama




Lama sepi. Lama diam. Tiada bercerita, tiada berkongsi. Bukan tidak sudi, saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan kisah hidup saya ke dalam tulisan ini. Malam ini, mata tidak dapat tidur. Bukan kerana penat, bukan kerana banyak kerja, tetapi kerana saya sudah terlebih berehat pada siang hari.

Isnin yang lalu, saya melangkah masuk ke masjid sementara menanti waktu Asar, untuk ke kelas jam 5petang. Di suatu sudut, saya ternampak seorang perempuan sedang menyusukan anaknya. Saya duduk tidak jauh dari situ. Kemudiannya, suara si ibu menegur;

"Nusrah, you don't know me?"

"I know you. I just can't see you very well" -setelah saya menatap dia dalam-dalam.

Kemudian dia datang bersembang dengan saya. Lama kami bersembang. Mungkin kerana saya dan dia sudah lama tidak bertemu. Dia kawan pertama saya sejak di UIAM. Dia merupakan classmate pertama saya. Malah, dia juga groupmate pertama saya. Pantas masa berlalu. Dia sudah pun punya seorang anak yang berusia 8 bulan. Sekejapnya masa berjalan.

Di akhir perbualan, dia berkata,

"Nusrah, don't forget to invite me on your convocation day"

Saya senyum. Hiba. Terharu. Sedih. Semuanya bercampur. Ini pertama kali orang pesan macam tu dekat saya. Selalunya orang akan cakap, "kawen nanti jemput". Tapi sahabat saya yang seorang ini tidak. Saya dihimpit rasa sayu.

Meniti saat-saat terakhir di UIAM sebenarnya sangat sedih. Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya jika ini adalah semester yang terakhir.

Duduk diam. Doa.











~ I drop du'as. Not bombs ~


Sebatang Pensel



Saya sedih.
Pensel saya hilang.
Sedih sangat-sangat.
Bukan biasa-biasa.

*menangisssss*

Pensel itu bukan sebarangan. Ia terlalu bermakna buat saya. Mungkin bagi mereka tiada harga, tapi bagi saya ia bernilai yang amat. Sabarlah, wahai hati. T____T















~ I drop du'as. Not bombs ~


Sebak masa hadapan




Kilat memancar,
guruh berdentum,
hujan menjamah bumi.

Bunyi hujan mendamaikan hati saya. Mungkin ada garis luka pada hati, pada jiwa. Mungkin ada yang tercalar dengan gerak geri saya. Mungkin ada yang merajuk hati, dengan diri ini.

Saya tahu. Bukan tidak tahu.

Mungkin kamu tidak pernah berusaha untuk cuba meletakkan diri kamu di tempat saya. Kerana itu, mudah sahaja kamu berburuk sangka. Mudah sahaja kamu merajuk hati. Sedih. Tapi apakan daya.

Saya minta maaf. Mungkin tidak cukup bagi kamu, tapi saya minta maaf walau saya sendiri tiada tahu apa salah saya.

-------------------------------------------

Pre-reg subjek baru-beru ini, sangat menggelisahkan hati saya. Ada dua subjek yang saya tak dapat. Saya gelisah dan bimbang dengan plan yang telah saya rangka. Besar kemungkinan satu subjek saya perlu ambil pada shortsem. Dan itu bermaksud, saya punya dua semester lagi di UIA ini. Dan, saya sedar, saya tahu, bahawa hati saya sedih.

Pada ketika itu, saya bertanya pada diri, bagaimana jika saya ada dua semester lagi? Saya sendiri mula rasa buntu. Dan tika itu, ada mutiara jernih bertakung di birai mata.

Sedapkan hati, kita merancang. tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya jauh lebih baik. Saya cuba pujuk hati. Masih lagi cuba. Susah sebenarnya.


Pandang kiri pandang kanan,
saya sebak.

Doakan saya.













~ I drop du'as. Not bombs ~



Tinggi di awan



Geleng kepala.
Berkali-kali.
Dingin suasana.
Mencucuk rasa.

Mata memandang sepi ke luar jendela. Langit mendung berarak kelabu. Awan putih tiada menghiasi. Sebuah senyuman terukir. Helaan nafas lega dilepaskan. Alhamdulillah 'ala kulli hal. ;)




Tinggi di awan. Tiada kelihatan. Doa dari jauh :)












~ I drop du'as. Not bombs ~


Tiada faham



Saya tidak faham.
Geleng kepala.
Masih lagi tidak faham.
Ketuk kepala.
Berkali-kali cuba memahami
namun tiada langsung kefahamannya
sungguh
tiada faham


--------------------------------------

"Saya suka awak. And I wanna marry you. Tapi itu dulu."

Tenang. Menanti bicaranya bersambung.

"Sekarang masih cuma rasanya tidak macam dulu. Sebab..."

"Sebab??"

"Awak sudah berubah"

Tunduk. Sepi. Apakah salahnya berubah?

"Saya mahukan seseorang yang pandai bergaya. Cantik. Bukan kuno seperti itu"

Terdiam.

"Maaf. Mungkin bukan jodoh kita"

Senyum semanis gula. Tabah. Kuat. Cekal. Jangan tewas.

"I will pray for you. And you look nice with your hijab"

"Thanks. Anyway, I always pray for you"

Then he left. And she smiled. I asked her, why don't you cry? She said, "because I have Allah. and why should I cry because of that kind of man?"

Saya diam. Entah kenapa, saya pula yang sayu.
Dalam hati, saya panjatkan doa. Mohon dia ini kuat.

--------------------------------------------

Time really heals. Walaupun saya tahu, not fully recovered, but at least ia hilang sedikit. Semakin lama makin okay. Tak tahu sampai bila. Mohon doa dari semua.

"Kadang-kadang senyap tanpa berita itu jauh lebih baik daripada mendapat berita,kemudian terdiam seketika, tak tahu mahu buat apa, terduduk termenung, tangan di hati, mata ke langit, air mata mula menitik, dan itu tandanya kita kecewa. Pahit itu ubat, manis itu mudarat. Dia bukan saya. Saya bukan dia. Tetapi watak kita boleh terbalik bila-bila."

Time really heals.

Stay Strong

:)











~ I drop du'as. Not bombs ~

Bebas



Langit biru
Jadi kuning
Dan hujan pun turun

Di situ adanya bahagia
Walau dentuman guruh menyapa telinga
Ia tidak memadamkan ketenangan hati

Senyuman melebar
Syukur dengan Ilahi

Terbaca
Bukan dengan kehendak hati
Mereka bersapaan
Dengan izin Ilahi

Saya senyum sahaja
Kerana hati ini ingin sekali bebas
Seperti burung
Tiada cengkaman
Walau sedikit
Kerana saya tahu
Ianya perit

Pada dentuman guruh
saya khabarkan berita
Pada titis hujan
saya lakarkan sejarah

Kerana burung harus terbang
Mana mungkin ia melawan fitrahnya
Begitu juga seorang manusia

Duduk
Fikir
Renung




Andai hati itu sebuah kereta
Tentu sahaja akan ku jaga rapi
Andai hati itu seekor kucing
Akan ku belai seikhlas hati
Andai hati itu sepasang baju
Mahu ku pakai sebaik mungkin

Namun
Hati itu mahal
Bukan seperti kereta, tidak sama dengan haiwan
tidak sama jua seperti pakaian

Maka, bagaimanakah seharusnya kita menjaga hati?



Secebis rasa
Sebuah cinta
Ada kasih
Ada sayang

Malah bergunung-gunung sayang
yang mungkin tidak terzahir
Saya sayang
pada semua
Saya rindu
pada ukhuwah yang terjalin

Mungkin rasa hati saya dan kamu tidak serupa
Malah berbeza
Tetapi nyata sekali
Saya mahu menggenggam erat tangan mu
sekali lagi





Di sudut hati
Saya sentiasa percaya
bahawa Allah itu dekat
kasih sayang-Nya luas

Dan kerana Dia
saya panahkan kata-kata pada awan indah
saya ceritakan pada langit biru
kerana saya tahu Dia Maha Mendengar



Hati yang kuat kerana jiwanya kuat
Dan jiwanya kuat kerana dia punya Allah




Dan cerita itu berakhir
Seekor burung terbang jua di langit indah
Burung itu bebas jua ketika hujan menjamah bumi

Semoga Allah jaga dengan baik.
Aameeen


:)


“It’s like being out in the rain and being the only one without an umbrella. People offer you shelter but they’ll get wet too if you accept. So you say no.”

















~ I drop du'as. Not bombs ~




Sistem Kibutsats



Suatu hari, Dr 'Ala Hilat ada bercerita berkenaan kibutsats. Pertama kali mendengarnya, membuatkan saya tertarik untuk mendengar apa yang hendak beliau ceritakan.

"Kibutsats adalah salah satu sistem tarbiah Israel, yang hakikatnya perlu kita perhatikan" Ujar Dr Ala Hilat.

Kibutsats adalah bandar-bandar yang dibangunkan di sekitar sempadan Israel. Terdapat banyak kibutsats. Kibutsats akan dibangunkan apabila cukup 100 orang lelaki, yang semuanya adalah tentera, bersama keluarga mereka. Mereka akan membina perkampungan di sempadan Israel.

Di sini saya kongsikan apa yang saya dengar berkenaan kibutsats.

Kibutsats hakikatnya adalah satu sistem pembinaan masyarakatyang sangat sistematik. Semua orang di dalam kibutsats terikat dengan peraturan yang agak ketat. Tetapi semuanya hidup mentaati peraturan itu. 

Mereka mempunyai jadual harian. Di dalam kibutsats, terdapat dewan makan yang sangat besar. Semua keluarga di dalam kibutsats tidak akan makan di rumah, tetapi mereka makan bersama di dalam dewan besar itu. Para wanita akan memasak bersama dan semua lelaki akan makan bersama.

Ada waktu untuk makan, ada waktu pula untuk bekerja. Semua orang akan keluar bekerja yang mana, tempat-tempat bekerja mereka juga adalah milik mereka. Contohnya ladang, itu hakikatnya adalah ladang mereka. Kilang yang ada, mereka juga yang bina. Mereka bekerja menjalankan apa yang ada dan sedikit demi sedikit meningkatkan semuanya.

Kibutsats tidak terhenti dengan kehidupan makan dan bekerja sahaja. Terdapat juga jadual riadah dan latihan ketenteraan bagi semua. Sebaik sahaja kerja tamat, mereka akan bersama menjalani latihan ketenteraan. Semua turut terlibat. Baik anak kecil mahupun yang tua. Terbahagi kepada peringkat masing-masing.

Di dalam kibutsats ada nurseri dan sekolah. Semua anak kibutsats akan dihantar ke nurseri dan sekolah di dalam kibutsats itu juga. Mereka tidak akan dihantar keluar. Guru-guru di dalam nurseri dan sekolah itu juga adalah daripada komuniti kibutsats.

Sistem pendidikan kibutsats amat unik. Mereka mempunyai silibus tersendiri, disusun dan direka untuk memenuhi hajat mereka yang ingin menawan dunia. Mereka tidak memandang pelajaran mereka sebagai wadah untuk anak-anak mendapat sijil, atau untuk kerajaan mendapat untung, atau untuk pejabat-pejabat mendapat pekerja.

Mereka menggunakan sistem pendidikan mereka untuk membina ideologi dan membentuk pemikiran anak-anak mereka.

Saya berikan satu contoh mudah. Mata pelajaran Matematik.

Di Malaysia, silibus kita biasanya hanya melibatkan kenderaan, buah-buahan dan makanan.

Contohnya: Ahmad ada 10 biji epal. Ahmad ada empat orang kawan. Semuanya mahu makan epal. Maka Ahmad membahagikan 10 biji epal tadi kepada dirinya dan empat orang kawan secara sama rata. Maka berapa biji epalkah yang akan dapat dimakan oleh setiap seorang termasuk Ahmad?

Itu contoh soalan Matematik di Malaysia.

Di Kibutsats Israel, mereka belajar Matematik juga. Tetapi isi Matematik mereka membawa kepada apa yang mereka mahu.

Contohnya: Yyvon mengetuai satu peperangan terhadap 10 daerah orang Arab. Yyvon mengetuai lima platun tentera termasuk platunnya sendiri. Maka, Yyvon membahagikan serangannya terhadap 10 daerah orang Arab tadi kepada semua platunnya secara sama rata. Maka, berapa daerah orang Arabkah yang perlu dimusnahkan oleh semua platun termasuk platun Yyvon?

Itu contoh pengajian di kibutsats. Lihatlah bagaimana mereka membangunkan pemikiran pemuda-pemuda mereka. Silibus sebegini, digunakan sedari nurseri lagi. Ini dikuatkan lagi dengan latihan ketenteraan yang wujud di dalam kibutsats sehari-hari.

Betapa bersungguhnya mereka membina anak-anak mereka.

Kemudian mereka amat menjaga pemuda-pemuda mereka.Jika ada anak-anak muda ingin keluar ke mana-mana daerah di dalam Israel, kerana cuti contohnya, maka dia wajib memaklumkan kepada ketua kibutsats.

Kemudian, ketua kibutsats akan memberikan panduan: "Sekiranya kamu hendak ke Tel Aviv, kamu pergi naik bas sekian, berhenti di stesen bas sekian, kemudian kamu bergerak menuju rumah sekian dan bertemu orang sekian. Di sana semuanya telah tersedia untuk kamu. Makanan, duit dan sebagainya."

Begitu sekali. Malah, pemuda-pemuda yang ingin keluar tadi akan diberikan wang pula.

Sistem di Kibutsats adalah begitu.

Tujuannya adalah satu. Untuk membina diri mereka dan masyarakat mereka agar terus kuat dan kebal. Agar yang membangun dan yang mantap hanyalah mereka.

Itu sebahagian cerita Dr 'Ala kepada kami. Beliau amat arif berkenaan Israel dan Yahudi.

Kata Dr 'Ala, "Kita lihat hari ini orang Islam berdoa supayaAllah menghancurkan Israel, memusnahkan tentera-tentera mereka dan menurunkan bantuan kepada kita. Tetapi, ingatlah semua bahawa, doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna."

Doa tanpa usaha tidak akan membawa apa-apa makna. Itu pesanannya yang paling penting buat saya. Ya, kita orang Islam sering berdoa. Lebih-lebih lagi apabila Palestin diserang, berapi kita berkhutbah, berqunut dan solat hajat.

Malangnya kita sendiri tidak membina diri kita, tidak membina keluarga kita, tidak membina masyarakat kita, tidak membina negara kita. Israel, mereka membina diri mereka ke arah matlamat besar mereka, mereka bina sekali keluarga mereka, masyarakat mereka, negara mereka. Mereka juga menjalani proses tarbiah. Proses tarbiah jahiliyyahyang sistematik. Mereka benar-benar menterjemahkan kebencian mereka kepada kita dalam bentuk amalan.

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad)sehingga engkau menurut (millah) agama mereka (yang telah terpesong itu) " (Al-Baqarah 2: 120)

Ada di kalangan kita yang dikurniakan Allah nikmat fikrah Islam, tetapi tidak menghargainya. Bersekolah di sekolah agama, tetapi tidak mengambil kelebihan daripadanya. Kita tidak jalani proses tarbiah Islamiyah dengan berdisiplin. Kita malas. Kita kuat main. Kita sering berfoya-foya membazir masa.

Maka apakah pertolongan Allah akan sampai kepadakita?

Penduduk kibutsats adalah manusia yang tidak beriman kepada Allah. Malah mereka hendak menghapuskan agama Allah dan orang yang menganutinya.

Bagaimanapun, mereka sistematik dalam mencapai apayang mereka mahu. Mereka bersungguh-sungguh. Mereka ada kebersamaan. Mereka ada perancangan yang mantap. Mereka mengadun pengajian mereka, kultur mereka agar menyokong apa yang mereka bawa, apa yang mereka kejar.

Kita adalah manusia yang beriman kepada Allah . Yakin dengan janji-janji-Nya, percaya dengan ketentuan-Nya. Tetapi kenapa kita begini hodoh? Tidak sistematik? Tidak bersatu? Tidak ada perancangan? Tidak berani pun membangunkan kehidupandan pendidikan kita dengan adunan Allah .

Kenapa?

Di sinilah kita perlu duduk bermuhasabah semula. Diri kitakah yang hendak menaikkan Islam?

Apa kata kita cermin diri, dan perbaiki semula hati. Sesungguhnya, kitalah yang menzalimi diri.

Palestin teraniaya bukan di tangan Israel hakikatnya, tetapi di tangan kita yang meninggalkannya.

 ------------------------------------------------

Artikel ini dipetik daripada Buku Motivasi LangitIlahi3: Fanzuru.
Merupakan salah satu dari 60 artikel yang wujud di dalamnya.

Karya Hilal Asyraf of Langit Ilahi

Semoga Allah redha :)














~ I drop du'as. Not bombs ~

Akhirnya saya berubah



Salam maal hijrah.
Awal Muharam.
1434 Hijrah.

Tahun baru. Umur sudah meningkat. Bertambahnya usia seiring dengan kalendar Islam :)

Tiada apa yang menarik. Cuma ada sedikit perkongsian dari saya. Satu cerita ketika saya mencari-cari makna sebenar tudung. Erti sebenar menutup aurat. Kadang-kadang kita tak tahu pun kenapa kita pakai tudung. Maybe sebab emak suruh sejak kecil lagi. Maybe sebab tengok kawan-kawan pakai. Semua tu mungkin ada dalam benak kita.

Dulu, masa saya sekolah rendah, kakak saya bersekolah menengah. Kakak saya ni sekolah Maahad. Masa tu dia suka bercerita macam-macam dekat saya. Sehinggalah saya naik sekolah menengah. Dan saya bukan bersekolah aliran agama. Masa tu, apa yang saya faham, beza sekolah agama dengan sekolah biasa ni adalah dari segi pakaian. Bezanya juga dari segi matapelajaran. Budak sekolah agama sahaja yang pakai tudung labuh. Itu yang saya faham.

Tambahan lagi, masa saya form 4, saya bersekolah di aliran teknikal. Boleh dikatakan majoriti pelajar sekolah ni bertudung labuh. Sangat ramai. Rupanya mereka ini budak-budak Maahad, budak-budak aliran agama sebelum ini. Disebabkan majoritinya daripada budaya sekolah agama, sekolah teknik kami juga dididik seperti budak sekolah agama sedikit sebanyak. Alhamdulillah, di sini lah bermulanya perubahan dalam diri saya. Kat sini banyak perkara yang saya belajar. Di sini, bermulanya kumpulan usrah. Ada tadarus al-Quran (walaupun kekadang ia depends kepada students sendiri). Dan di sini juga saya dikurniakan kawan-kawan yang terlalu baik. Sangat indah memori saya di sekolah ini.

Tamat SPM, saya sambung belajar dalam bidang Diploma. Di sini, lagi bermacam-macam perkara yang saya belajar. Mungkin kerana budaya di sini yang "Islamic", saya sendiri mula melabuhkan tudung. Semuanya kerana budaya. Dan hampir tamat diploma, terima pula tawaran sambung belajar ke luar negara. Lama juga saya berfikir dan akhirnya saya memilih Malaysia.

Setelah itu, saya sempat bekerja sekejap sebelum masuk UIAM. Di sini, iman saya di uji. Saya dah tak lekat dengan stoking, handsock, tudung pun atas dada. Saya adalah anak muda yang berpakaian sama seperti anak-anak muda di luar sana. Bezanya, cuma saya ini tidak pernah pakai baju ketat-ketat macam tu. Sehinggalah sampai pada satu kemuncak pada Ramadhan 3 tahun yang lalu. Sedang saya mengaji al-Quran, tiba-tiba saya rasa hati saya bagaikan di sentuh. Saya rasa mahu berubah. Namun, saya tidak tahu bagaimana. Puas saya berfikir. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan perubahan terhadap diri saya.

Sampai saatnya saya masuk UIAM. Di sini, saya banyak membaca artikel, dan kisah-kisah menarik. Di sini, saya dikurniakan sahabat yang baik-baik. Di sinilah bermulanya pencarian saya. Merata-rata saya tanya orang apa beza tudung labuh dengan tudung biasa. Kerana pada pendapat saya, tudung biasa dah ok asalkan menutup dada. Dalam saya mencari jawapan, tiada seorang pun yang mampu menjawab soalan saya. Tiada siapa pun yang mampu jawab kenapa mereka bertudung labuh. Dan saya kecewa dalam mencari jawapan.

Sampai satu hari, ada seorang teman ajak saya masuk usrah. Mula-mula saya taknak. Saya takut. Akhirnya dia menerangkan dengan baik berkenaan usrah. Alhamdulillah lama kelamaan saya dapat merasakan nikmatnya berusrah. Sangat indah. Saya mengenal  banyak perkara. Baru saya tahu tudung labuh itu bukan untuk budak yang pergi belajar bidang agama sahaja. Al-Quran, solat sunat, puasa sunat, itu perlu juga dilakukan selalu sebagai salah satu jalan untuk kita memelihara iman kita. Alhamdulillah akhirnya, saya jumpa sesuatu dalam usrah ini.

Dan kenangan pada suatu malam ini tidak saya lupakan. Selesai terawih, ketika siapkan kerja-kerja convest'11, saya terbaca satu artikel. Ketika itu hangat berbicara tentang isu tudung. Saya baca dari satu artikel ke satu artikel. Entah berapa banyak yang saya baca pada malam itu yang akhirnya buat saya menangis sendiri. Kuasa Allah jua yang menyentuh hati ini. Mungkin bagi sesetengah orang, artikel itu biasa-biasa sahaja tapi tidak bagi saya. Ia sangat menggegarkan jiwa saya.

Cuti Ramadhan kali tu, saya pulang ke kampung sangat awal. Saya ambil masa tenangkan hati dan mencari hidayah-Nya. Saya ambil peluang ikut atuk nenek ke masjid. Saya ambil peluang dengar ceramah dekat masjid dari pakcik-pakcik dekat kampung sana. Indah. Tenang. Walaupun di masjid tersebut saya di kelilingi orang-orang tua, tetapi hati saya rasa damai. Saya tenang dengan suasana tu. Tambahan lagi, saya dah putuskan connection dari sms, call dan fb buat masa tu.

Akhirnya, malam 27 Ramadhan 1432H, saya nekad untuk berubah. Saya mula pakai tudung labuh yang telah saya beli beberapa hari selepas tiba di kampung. Saya rasa suka. Tenang sungguh saya rasa dalam tudung labuh ni. Dan sepanjang itu juga, tak putus-putus saya berdoa supaya Allah tetapkan hati saya. Supaya saya sentiasa istiqamah. Supaya saya tahan dengan godaan dunia. Supaya saya kuat hadapi cabaran sekembalinya saya ke UIAM nanti.

Tamat sahaja cuti, balik sahaja UIAM, semua orang terkejut. Ramai kawan yang melopong tengok. Ramai yang gembira, tak kurang juga yang mengejek. Ada juga yang perli. Saya tahankan hati sahaja. Sebab saya tahu Allah ada bersama saya. Nak berubah ni memang bukan benda senang. Susah, kan? Tapi bila kita meletakkan segalanya kerana Allah, tiada apa pun yang dapat melemahkan semangat kita. Seorang roomate saya, sampai menangis tengok saya berubah. Airmatanya itu terlalu mahal bagi saya.

Sebenarnya, setelah kita berubah, memang terlalu banyak dugaan dan cabaran. Sangat banyak. Apatah lagi bila ramai yang kenal kita dengan diri yang baru, yang mana tak tahu pun kita dulu-dulu macam mana. Nasihat saya, carilah Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan buat sesuatu kerana manusia. Suka untuk saya quote yang ini, yang mana saya pernah share dekat facebook;

"Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah?" Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah, kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia?

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia. Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. [HR Muslim]

Dan saya masih ingat kata-kata seorang teman convest'11 ketika rehearsal program Serumpun. Katanya; "tahniah atas perubahan. Semoga terus istiqamah. Dan tambahkan lah ilmu. Biarlah ilmu juga bertambah seiring dengan perubahan". Sampai sekarang saya ingat pesan dia. Dan saya bersetuju. Banyak sangat perkara yang saya masih cuba untuk belajar dan untuk tahu. Sebab saya ni banyak sahaja kurangnya. Saya ini banyak juga yang tidak tahu itu ini.

Di penghujung kalam bicara, saya cuma ada beberapa perkara yang nak ditekankan berkenaan tudung labuh ini. Bertudung labuh tidak pernah membawa maksud kita alim, kita baik, kita hebat, kita confirm masuk syurga. Itu semua bukan maksudnya. Bertudung labuh ini adalah salah satu jalan memelihara diri dan maruah. Jalan untuk memelihara akhlaq. Jalan untuk selamatkan diri daripada fitnah duniawi. Dan jika ada yang bertudung labuh itu bermasalah, jangan disalahkan akan tudungnya. Kerana yang menjadi begitu begini bukan tudungnya tetapi orangnya.

Mungkin lain kali saya akan menyambung bercerita berkenaan cabaran bertudung labuh yang memang agak susah juga saya nak hadapi pada mulanya. Ingat satu perkara, aurat kita bukan sekadar kulit, tetapi juga bentuk tubuh. Bertudung labuh adalah salah satu cara untuk menutup bentuk tubuh dengan lebih sempurna. Dan semoga ianya mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. InshaAllah.

Buat yang bertudung labuh, jangan di pandang jelik akan yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, tariklah dia bersama kita, bimbinglah dia ke jalan-Nya. Doakan lah dia supaya Allah berikan hidayah. Kerana mereka saudara seislam kita.

Buat yang bertudung biasa, boleh belajar berubah perlahan-lahan. Tiada salahnya mahu bertudung biasa atau pakai shawl, tapi biarlah mengikut syara'. Tutup dada, leher dan jangan pula ada jambul ye. Rugi pula kalau bertudung tapi tak ikut apa yang Islam gariskan.

Dan buat rakan-rakan, sahabat-sahabat, doakan lah semoga saya terus istiqamah di jalan ini. Doakan kaum muslimat yang lain juga terus istiqamah dan dikurniakan hidayah. Hijrah itu bukan sekadar berubah dari jahat kepada baik, tetapi juga dari baik kepada lebih baik. Mudah-mudahan, inshaAllah. Hari tu, tudung saya semua berbasuh, masa tu terfikir macam mana nak turun ke kafe. Terfikir nak pakai tudung saji je. Sebab pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat itu yang wajib. Dalam membayangi saya pakai tudung saji tu, saya tergelak. Mana boleh pakai tudung saji sebab nanti nampak leher, tak cover dada. Still tak tutup aurat, kan? :)

Saya juga ada buat video tentang hijrah tudung labuh ni beberapa hari yang lalu. Video ini biasa sahaja kerana saya bukan lah pandai sangat pun nak buat video ni. Tapi harapnya bermanfaat untuk semua. ^^

Semoga Allah redha.








Everyone has their own past. And the past is not to be judged, but to be learned.














~ I drop du'as. Not bombs ~



Kerana adanya tarbiyah



Suatu cerita. Sebuah perkongsian. 

Isnin yang lepas. Seminggu yang lalu, saya ada kuiz pada waktu malam. Subjek tu boleh dikatakan subjek favourite saya juga. Disenangkan cerita, tempat duduk saya adalah yang kedua dari belakang. Kira di penghujung 'dunia' la ni. Di sebelah kiri saya dinding kosong, di sebelah kanan saya ada seorang classmate. 

Kemudian, semua pelajar jawab soalan kuiz dengan tekun. Termasuklah saya ;)

Beberapa minit kemudian, lecturer dah nak pungut kertas bagi yang dah siap lah. Lepas tu, saya tengok orang sebelah saya ni gelabah semacam. Saya tengok kertas kat meja dia. Saya jadi pelik! Dah la sebelum tu dia cakap dia takde kertas kajang. Siap minta dengan orang lagi. Tapi masa jawab tu, dia ada kertas lain yang sudah berconteng kat meja dia. Dan masa Sir berjalan nak amek kertas tu, dia sedaya upaya sorokkan kertas yang dah berconteng tu. 

Sekarang saya dah faham.

Dia meniru. Kertas yang berconteng itu adalah nota dia. Ah, tiba-tiba sahaja hati saya membengkak. Saya rasa seperti mahu marah pada dia. Hati saya rasa geram sangat-sangat. Habis sahaja kuiz, Sir sambung mengajar. Saya memang tak dapat nak tumpukan perhatian. Susah kerana hati saya rasa geram. Masa tu saya nekad, nanti nak tulis dekat facebook, pasal budak ni.

Selesai kelas, saya bergegas pergi usrah. As I mentioned to you before, usrah adalah tempat yang sangat menenangkan hati saya. Buat itu ini, sangat seronok. Balik dari usrah, segala rasa geram saya itu hilang. Malah, saya tulis benda yang baik-baik sahaja dekat facebook itu. Tahu kenapa?

Cerita Dua

Saya sehari dua yang lalu, berasa sangat berdukacita. Kalau ada yang perasan dengan status saya sehari dua lalu, ada yang boleh agak lah kot. Tapi sejujurnya, hati saya rasa macam disiat-siat. Rasa mahu sahaja menghamburkan rasa marah tika itu. Rasa mahu sahaja menangis sekuat hati ketika itu. Tapi saya tak buat macam tu.

Lepas saya balik jumpa kawan, lepas dengar cerita yang macam kena heart attack, saya duduk diam-diam dekat meja belajar. Saya baring sekejap. Saya istighfar. Kemudian, azan asar. Terus saya berwuduk dan bersolat. Tidak saya sangka, airmata jatuh juga saat tu. Dan, baru saya sedar, rupanya hati saya sedih but am in denial. Bila baca mathurat, bila mengaji, saya menangis tak berhenti. Masa tu saya memang realize, hati saya sakit. Tapi saya menafikan. 

Keesokan harinya, saya sudah mampu tersenyum bahagia. Saya boleh bergelak ketawa. Saya rasa tenang. Saya rasa diri saya ok. Seolahnya tak jadi apa-apa pun pada hari sebelum ni. Tahu kenapa?

Cerita Tiga

Ini kisah seorang sahabat. Seorang sahabat yang kecewa terduduk terguling terbaring. Pendek kata, memang kecewa sangat-sangat. Saya kasihan melihatnya. Itu belum lagi tengok dia menangis. Mungkin hati saya turut rasa hiba. Kisah pendek, dia kecewa dengan seorang lelaki. Memang dia tak ber couple atau apa-apa. Tapi lelaki ni yang kononnya nak meminang dia tapi flirting pulak dengan orang lain.

Tak ke sakit jiwa macam tu?

Saya yang dengar pun rasa geram apatah lagi dia. Masa tu saya rasa saya yang macam over geram. Saya tend to generalize men out there yang they all ni jahat. Lelaki zaman sekarang ni  tak ikhlas dengan perempuan. Kalau lah begini, bagaimana lagi kaum hawa nak percaya bahawa wujudnya lelaki yang baik yang ikhlas kat luar sana tu?

Adik lelaki saya sendiri ada cakap, "lelaki ramai penipu, kak".

Namun, dikala hati saya rasa macam lelaki SEMUAnya jahat, saya cepat juga tersedar bahawa bukan semuamacam tu. Saya cuba kembalikan semula apa yang saya belajar dalam kelas hingga akhirnya saya akur bahawa tidak semua begitu. Tahu kenapa?

Sejata mukmin: Doa

Jawapan saya kepada cerita satu, dua, dan tiga itu ialah kerana adanya tarbiyah. Saya sedikit sebanyak rasa beruntung kerana diri saya ada usrah. Saya ada tarbiyah di bilik, di kelas, dan di mana-mana sahaja. Saya juga bertuah kerana saya sering baca buku-buku tarbiyah yang mana ia sedikit sebanyak membantu saya memulihkan hati yang marah. 

Ya, semua orang berhak untuk marah. Untuk sedih, untuk kecewa dan untuk geram sekalipun. Tapi ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita salurkan rasa itu. Ambil la masa selama mana pun untuk bersedih, untuk menangis, untuk meratap. Ambil la sebanyak mana pun masa untuk bersendirian. Kerana ketika itu kita dengan sendiri akan menjumpai satu kekuatan yang tidak terhingga. 

Kerana akhirnya nanti, kita akan sedar dengan kasih sayang Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Kawan saya selalu cakap dekat saya, malah hari-hari dia akan cakap, "Allah sayang sangat dekat Nusrah". Percaya tak bahawa Allah memang sayang dengan kita? Saya selalu kuatkan diri dan hati dengan kata-kata, "saya boleh hidup kalau takde itu ini, tapi tidak dengan cinta Allah. Cukuplah asal ada Allah." Mula-mula memang perit dan payah. Tapi lama-lama kita akan okay inshaAllah :)

Dan kerana saya juga percaya akan kuasa doa. Mengapa tidak kita berdoa sahaja pada Allah? Kalau sakit hati dengan orang yang meniru, kita doa supaya Allah bukakan hati dia, supaya dia sedar dengan kesilapan dia. Kalau sedih dengan manusia lain, baik lelaki atau perempuan, doa banyak-banyak supaya Allah sembuhkan hati kita. Supaya Allah jaga hati kita selalu. Kalau rasa dikecewakan, usah di benci akan lelaki yang macam tu tapi sebaliknya, berdoalah. Doa supaya Allah lembutkan hatinya dan dia berubah. 

Doa sesama saudara seislam tanpa pengetahuan dirinya, inshaAllah makbul. Ada dalam hadith kan? So, chill. Why worry when you can pray? ^___^

Jadi, semoga rakan-rakan semua bertabah, kuat dan sentiasa di dalam jagaan-Nya. Hidup ini terlalu singkat untuk berduka lara. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya jika hendak di bandingkan dengan ujian. Senyum ya. Allah ada bersama kita.

:)










~ I drop du'as. Not bombs ~

Gadis Bertudung Hitam



15 Zulhijjah 1433H
31 Oktober 2012


1130 Pagi

Gadis berjubah hijau bertudung hitam melangkah penuh ceria pulang ke Mahallah. Puas hati dengan peperiksaan pertengahan semester yang baru sahaja selesai walaupun soalan itu sememangnya agak susah. Gadis bertudung hitam sempat online sebentar setelah sampai di bilik. Gadis bertudung hitam itu sempat tersenyum manis di depan laptop. Tentu ada sahaja perkara yang menarik hatinya.

330 Petang

Gadis bertudung hitam sudah menanti pensyarah di dalam kelas. Petang itu, pensyarah telah menyerahkan kembali kertas jawapan kepada para pelajar. Jelas sekali, semua pelajar kelihatan kecewa dengan keputusan peperiksaan. Majoritinya gagal. Gadis bertudung hitam tersenyum. Dia memandang rakan di sebelah. Gadis bertudung hitam sempat berkata, "stress. Dapat paper exam lagi stress dari jawab exam". Namun begitu, gadis bertudung hitam terus menghadiahkan senyuman kepada rakan sebelah walaupun hatinya hiba. Memandangkan rakan di kiri dan kanannya sudah kelihatan tertekan yang teramat, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, dia masih tidak lekang dengan senyuman sehingga berakhirnya kelas.

0530 Petang

Gadis bertudung hitam berada dalam kelas yang terakhir pada hari tersebut. Jelas sekali, hatinya gundah gulana. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap presentation pada petang itu. Dia menoleh kepada rakan di sebelah. Kemudian dia berkata;

"korang boleh tolong tulis kata-kata semangat? Nak letak kat sofboard sebab dah boring tengok yang lama. Langsung tak tukar-tukar."

"tapi kitorang takde kertas lawa la. nak tules tu kena buat cantik-cantik"

"takpe, guna kertas A4 pun boleh"

Tak lama kemudian, rakan disebelah menyerahkan kertas kata-kata motivasi tersebut. Pesannya kepada gadis bertudung hitam supaya tidak terus baca sebab malu. Gadis bertudung hitam kemudiannya ambil dan simpan kertas itu dalam beg.

0645 Petang

Gadis bertudung hitam keluar dengan perasaan yang terkejut. Hujan? Lebat pula tu. Bagaimana mahu pulang ke bilik? Buntu. Gadis bertudung hitam mula berfikir sendirian. Alang-alang sudah hampir Maghrib, eloklah rasanya dia ke masjid. Tak lama lepas tu, seorang teman menegur. Dia berjalan bersama gadis bertudung hitam di dalam hujan dengan payungnya. Baiknya hati rakannya. Sanggup memayungi si gadis bertudung hitam sampai ke masjid. Sesampainya di masjid, azan kedengaran sebaik sahaja si gadis bertudung hitam selesai berwuduk.

0720 Petang

Si gadis bertudung hitam selesai solat Maghrib berjemaah. Tak lama lepas tu, dia bangkit menunaikan solat dua rakaat. Mungkin solat hajat, mungkin juga solat istikaharah. Hanya dia yang tahu. Kelihatannya dia sujud sangat lama dalam setiap sujudnya. Juga, doanya kelihatan panjang seusai solat. Si gadis bertudung hitam kelihatan sebak. Tetapi tiada langsung mutiara jernih yang keluar. Kemudian si gadis bertudung hitam melangkah ke ruang tengah masjid. Dia mencapai handphone. Perutnya lapar. Jadi, dia cuba mendail nombor kawan-kawannya untuk mengajaknya makan bersama. Malangnya, tiada sorang pun yang jawab telefon. Dia makin sedih. Lantas, dia membuka beg. Kelihatan ada sekotak hadiah yang comel. Hadiah yang dia dapat ketika jawab kuiz dalam kelas. Kemudian, si gadis bertudung hitam terpandang nota yang ditulis oleh kawannya. Dia ambil dan baca.

Tik!

Airmata bergenang.

Sebak melanda.

Segara dia simpan kembali nota tersebut kerana dia malu untuk menangis di tengah-tengah ruang masjid. Kemudian, dia mengubah kedudukan. Dia bangun dan duduk di dudut belakang masjid. Di situ, hatinya sebak. Dia termenung memandang handphone. Dia lapar. Dia sedih. Segala perasaan bercampur.

Si gadis bertudung hitam sudah mula bergenang airmata. Puas dipujuk segala rasa hati. Puas dia mengingatkan diri akan kasih sayang Allah. Ketika itu, dia terbayang-bayang kejadian pada hari Isnin lalu, dia terbayang-bayang kertas peperiksaan yang mengecewakan hati. Dia terbayang-bayang dengan apa yang diminta dalam doa nya. Dan ketika itu, terngiang-ngiang pula suara seorang sahabat dua tahun yang lalu, "nak sedih apa, kan Allahuma'ana".

Lantas, dia bangun dan mengambil al-Quran.

Surat cinta Ilahi itu dibuka dan airmata juga laju merembes keluar. Dia menangis tanpa henti. Dia terpukul dengan apa yang dibacanya. Si gadis bertudung hitam sudah hilang rasa malunya. Dia sudah tidak peduli akan sesiapa yang memandang. Dia berasa tenang dapat menangis di rumah Allah.

Di sudut masjid itulah dia melepaskan segala tangisan. Dia melepaskan segala rasa lemah nya. Andainya ada yang peduli, mahu sahaja dia dipeluk oleh seorang teman, mahu sahaja dia melepaskan segala tangisan di bahu seorang rakan. Namun dia sedar, ketika itu dia punya Allah.

Ketika hatinya hiba membaca ayat cinta-Nya, telefon bergetar. Ada yang sedang memanggil. Seorang sahabat. Si gadis bertudung hitam menjawab telefon dengan suara serak. Kawannya bertanya;

"awak demam ke? tak sehat?"

"tak lah.. ok je"

Kemudian diam. Airmata nya menitis laju.

Kawan di hujung talian memanggil lembut. Dan kemudian dia diam dan membiarkan sahaja si gadis bertudung hitam menangis semahunya di sebalik telefon itu. Tak lama kemudian, kawannya bersuara;

"kita ada sesuatu untuk awak. Kita nak baca ni. Dengar ye."

Kemudiannya, dia bacakan Suruh Al-Insyirah dari ayat pertama hingga akhir. Si gadis bertudung hitam diam. Tenang.

Kemudian, kawannya berkata lagi, "di sebalik kesusahan ada kesenangan"

Setelah panggilan telefon diletakkan, si gadis bertudung hitam sambung mengaji. Tak lama kemudian, seorang lagi teman sedang calling. Dia berat hati juga untuk menjawab panggilan itu tapi dijawabnya juga.

Seperti yang di duga, sahabat di hujung talian, terkejut dengan suara gadis bertudung hitam yang berubah seratus peratus. Akhirnya, terkoyak sebuah senyuman di bibir gadis bertudung hitam kerana kepetahan sahabatnya itu.

0810 Malam

Sebaik azan Isyak, gadis bertudung hitam sudah semakin pulih. Dia berjaya memujuk hatinya. Dia berjaya menenangkan dirinya buat seketika. Usai solat, dia duduk sebentar. Tak lama kemudian, sahabatnya yang pertama call tadi muncul. Dia datang menghadiahkan senyuman. Dia datang memberikan suatu nota kasih. Dan bersama dia juga, si gadis bertudung hitam pulang ke Mahallah menaiki motor di dalam gerimis hujan.

--------------------------------------------

Apa yang dapat kita belajar dari kisah Gadis Bertudung Hitam ini? Banyak sebenarnya.

1. Ketika tiada sesiapa mahu mendengar, tiada sesiapa di sisi, ingatlah bahawa Allah sangat rindu dengan kita. Allah mahu kita mengadu pada-Nya.

2. Sentiasa peduli dengan kawan-kawan di sekeliling kerana mereka mungkin sedang menanggung seribu duka. Sekurang-kurangnya kita mampu untuk menjadi penawar buat dia. Kalau tidak  semua pun, sikit jadi lah.

Dan untuk yang lain-lain, mungkin kalian boleh fikirkan apa pengajarannya. Sebab saya percaya, setiap kisah atau cerita pasti akan ade sesuatu yang kita belajar darinya. :)

-------------------------------------------

Ada garis sedih dalam hati.
Ada garis sayu dalam jiwa.
Saya tak suka perasaan macam ni. 

-------------------------------------------

Lastly, Selamat Pengantin Baru buat Mohammad Kamarul Helmi dan Nik Nadia Izyan. Maro adalah salah seorang pembaca blog saya (kekadang), dia juga rajin komen kat blog ni (dulu-dulu), dia juga penasihat saya masa saya jadi AEM5 Convest'11. Tahniah sekali lagi buat Maro ;))











~ I drop du'as. Not bombs ~

Blogger=Da’ie : Blogger Wanita atau Blogger Muslimah?



Bercakap berkenaan alam blogger, alam maya, ini bukanlah alam diskriminasi yang hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi wanita juga hakikatnya ramai yang berkecimpung di dalam medan ini. Bahkan, kemungkinan, wanita lebih ramai kerana biasanya mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi rasa. 

Tetapi persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam artikel Blogger=Da’ie kali ini adalah:

Apakah kita ini semata-mata blogger wanita atau kita hakikatnya adalah blogger muslimah?

Adakah kita, sebagai seorang muslimah yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian, benar-benar menggerakkan blog kita, menggerakkan penyampaian kita, agar memberikan penyampaian Islam yang sebenar? Atau kita sekadar menayangkan ‘kewanitaan’ kita kepada masyarakat semata-mata?

Di sini kita kupas Blogger Muslimah secara khusus!


Disiplin Seorang Muslimah. 

Perkara utama yang perlu kita ketahui di dalam mengupas perihal Blogger Muslimah ini adalah, disiplin seorang muslimah itu sendiri.

Di dalam Al-Quran, Allah SWT telah menyebut dengan jelas di dalam Surah An-Nur:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” Surah An-Nur ayat 31.

Ayat ini adalah absolute dalam menyatakan bagaimana disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya. Membaca ayat ini, jelas kepada kita betapa seorang Muslimah itu adalah yang sederhana dan tidak menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidak pula membuka auratnya. Menjaga pula pergaulannya. Mereka tidak memperlihat-lihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir sahaja. Tafsiran yang zahir ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith bermaksud:

“Jika seorang anak perempuan itu telah baligh, hanya wajah dan dua telapak tangannya sahaja boleh kelihatan.” Riwayat Abu Dawud.

Kemudian antara disiplin di dalam menjadi Muslimah adalah Muslimah tidak bertabarruj. Sebagaimana Allah SWT telah memberikan larangan di dalam firmanNya:

“Janganlah kalian bertabarruj sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal.” Surah Al-Ahzab ayat 33.

Tabarruj bermaksud berlebih-lebihan dalam berhias, atau menunjuk-nunjukkan kecantikan yang ada. Apabila dibahaskan mengapa disebut ‘sebagaimana tabarrujnya orang-orang jahiliyyah yang awal’, dinyatakan bahawa wanita-wanita jahiliyyah awal itu adalah yang memulakan berhias berlebihan untuk menarik perhatian/menggoda lelaki. Justeru, apa-apa sahaja tindakan menghias diri berlebih-lebihan, sengaja menzahirkan kecantikan, dengan niat hendak mendapatkan perhatian maka itu sebenarnya adalah tindakan tabarruj. Nyata, tabarruj bukan disiplin seorang Muslimah.

Lebih penting lagi, segala disiplin seorang hamba kepada Allah SWT, adalah termaktub di dalam disiplin seorang Muslimah.

Justeru, di sini saya noktahkan perihal Disiplin Seorang Muslimah.

Pendek kata, Muslimah itu sederhana, menjaga dirinya, dan menjaga orang lain dari diheret oleh dirinya ke neraka. Dirinya mulia, dan amat menjaga kehormatan dirinya ini dengan berusaha menjaga batas-batas sebagaimana yang telah Allah SWT tetapkan.


Blogger Muslimah. 

Maka, seorang blogger Muslimah adalah yang tertakhluk di bawah Disiplin Seorang Muslimah.

Seorang blogger yang menulis atas dasar untuk menegakkan kebenaran, untuk menyampaikan kesedaran, untuk mengajak manusia kembali kepada Allah SWT. Perkara ini, telah kita jelaskan bayak dalam artikel-artikel blogger=da’ie yang lepas. Tiada bezanya untuk seorang blogger Muslimah.

Blogger Muslimah tidaklah menunjuk-nunjukkan kecantikannya. Tidaklah dia berhias untuk mendapat perhatian ramai, lalu memampangkan wajah ayunya, bibir mungilnya di blognya. Tidaklah dia mendedahkan auratnya, dan tidaklah dia memakai pakaian yang tidak sopan.

Tidak pula dia meletakkan gambar-gambar yang mampu menimbulkan fitnah, walaupun menutup aurat(balik kepada isu tabarruj).

 Pendek kata, jika benar dia seorang Blogger Muslimah, maka fokusnya adalah penyampaiannya, dan bukannya untuk menayang-nayangkan kecantikannya.


Blogger Muslimah Blogger Mendidik. 

Blogger Muslimah tidak menjadikan pujian orang sebagai matlamat. Apatah lagi pujian terhadap rupa paras.

“Comelnya Kak Zazu(bukan nama sebenar).”

“Ayu la Kak Zazi(bukan nama sebenar).”

“Wah, lawanya Kak Zus(bukan nama sebenar.)”

Sekiranya inilah yang muncul pada komen-komen setiap postnya, maka sepatutnya blogger Muslimah bermuhasabah. Apakah yang sebenarnya telah dia lakukan? Dia sebenarnya membawa manusia pulang kepada Allah SWT, atau sebenarnya membuatkan orang terpegun dengan kecantikannya?

Blogger Muslimah sepatutnya menjadi pendidik kepada akhlak sopan, dan adab seorang muslimah yang sebenar. Menceritakan cabaran menjadi seorang muslimah di tengah Islam menjadi dagang. Di tengah perempuan-perempuan lain tidak malu menggadaikan diri dan membuka aurat masing-masing. Menjelaskan peranan wanita di dalam kehidupan, di dalam Islam, di dalam rumah tangga, di dalam negara dan sebagainya. Boleh dikupas juga bagaimana wanita-wanita Muslimah yang terdahulu, atau juga ilmuwan Muslimah yang muktabar untuk dijadikan contoh. Boleh juga dikupas perihal wanita masa kini, dan bagaimana mahu kita bina bi’ah solehah yang baik dalam masyarakat wanita kita.

Sarat dengan idea. Sarat dengan wawasan. Sarat dengan isi yang bermanfaat. Ya, begitulah Blogger Muslimah yang sebenarnya. Bukan hanya bersembang berkenaan ‘hensemnya si dia’ atau ‘kenapa artis itu bercerai dengan si dia?’ dan atau ‘hari ini aku pergi bla bla bla’. Lebih buruk, memang kerjanya tayang diri sematya-mata.

Bukanlah Blogger Muslimah seorang yang bercerita akan diari hidupnya tanpa ada hubungan dengan Allah SWT. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang menceritakan aib orang lain. Bukanlah blogger Muslimah seorang yang hanya menayang-nayangkan kecantikannya, hayat hidupnya, untuk dipuja dan dipuji.

Blogger Muslimah, adalah blogger yang mendidik.


Janganlah Jadi Blogger Wanita Semata-mata. 

Maka janganlah jadi blogger wanita semata-mata. Yang kosong tanpa idea. Yang sekadar menjual kecantikan dirinya.

Blogger Muslimah bukanlah blogger yang menulis ayat-ayat Allah SWT, hadith-hadith Rasulullah SAW, kalam-kalam nasihat, dalam keadaan dirinya memaparkan aurat, dalam keadaan dirinya bertabarruj, dalam keadaan dirinya memaparkan kecantikannya.

Tidak. Itu bukan Blogger Muslimah. Itu Blogger Wanita.

Blogger Muslimah, walau dia tidak letak sepotong ayat Al-Quran pun, walau tidak ada bersama artikelnya sebaris hadith pun, tetapi dia membawa nilai dan pengajaran yang tinggi untuk kehidupan, bersama adab dan kehormatannya yang terjaga. Kerana dia jelas mengajak kepada Allah SWT, dan berada di dalam disiplin seorang Muslimah yang sebenarnya.

Maka janganlah kita menjadi blogger wanita semata-mata.

Jadilah Blogger Muslimah.

Yang duduk tunduk di bawah disiplin seorang Muslimah.

Fokus kembali matlamat kita.


Penutup: Blogger Muslimah, Satu Aset.

Jika anda lihat di dalam LangitIlahi.Com, kami punya blogger Muslimah juga. Sister Khumairah(pelukis) dan SisFaeez(kartunis). Tetapi nyata gambar-gambar mereka tidak langsung memaparkan wajah.

Saya sangat percaya bahawa Blogger Muslimah adalah satu aset yang besar. Ya, lelaki mungkin tidak terlalu hebat dalam mendalami perempuan. Kerana apa-apa hal pun, lelaki adalah lelaki. Perempuan jugalah yang mampu sampai kepada perempuan dengan lebih dalam. Kerana itu, Blogger Muslimah amat perlu, untuk menjadi qudwah, penyampai, yang baik kepada wanita-wanita. Kerana itu, kita sepatutnya membina diri kita biar benar-benar menjadi Blogger Muslimah, bukan semata-mata Blogger Wanita.

Bukanlah salah meletakkan gambar.

Tetapi tidaklah perlu berhias, tidak perlu kepada aksi-aksi manja, tidak perlu memuncungkan bibir tanpa keperluan. Tidak salah memaparkan aktiviti-aktiviti yang dilalui bersama muslimah lain, selagi aurat masih terjaga dan akhlak masih dalam kesopanan Islam.

Bahkan, sampai masa, perlu kerana masyarakat hendak melihat bagaimana kehidupan muslimah yang sebenar. Tetapi janganlah kita ‘jual’ diri kita. Jika kita ‘jual diri kita, kita hakikatnya tidak membantu Islam pun. Bahkan kita menjadi fitnah pula kepada Islam kerana memaparkan sikap ‘muslimah’ yang tidak sepatutnya. Apatah lagi, jika yang kita tulis adalah perkara-perkara kebaikan. Ketahuilah bahawa, antara kita dengan orang Islam ada perbezaan. Begitu jugalah antara wanita biasa dan seorang Muslimah, sepatutnya ada perbezaan. Jika kita pun serupa mereka, maka apa sebenarnya kita?

Mari, didik diri menjadi Blogger Muslimah!


~ Langit Ilahi :)










~ I drop du'as. Not bombs ~

Kalah hatiku padanya



Tekan situ, tekan sini.
Baca itu, baca ini.
Ada satu yang menarik hati saya.
Mungkin terkena dengan batang hidung sendiri :)

---------------------------------------

Pesanan Aliya Rassendyle lewat musim luruh dulu kembali terngiang-ngiang di cuping telinga ini.

"Dia berhak bahagia. Dia berhak gembira. Doakanlah dia selalu. Restuilah dia selalu. Bila kau sayangkan sesuatu kerana Allah, itu bermakna kau menerimanya tanpa bersyarat. Dan syarat yang ditetapkan adalah, kau dan dia kekal bersaudara ibarat sedarah satu ibu satu bapa kerana takdir pintanya sebegitu. Dunia ini bukan Syurga yang segala yang terlintas di hati Tuhan akan baca dan segera akan tunaikan. Dunia ini tempatnya untuk menguji dan diuji. Dunia ini tempatnya untuk menduga-duga. Bila menang, kau ucap syukur. Bila kalah, lansung kau redha. Dan. Satu yang kau perlu pelajari daripada pertemuan ini adalah terimalah hakikat kau telah kalah."


Matahari kalah terang dengan hatinya, 
Bulan kalah indah dengan senyumannya, 
Air kalah jernih dengan jiwanya, 
Bumi kalah subur dengan amalnya, 
Langit kalah cerah dengan akhlaknya, 
Batu kalah keras dengan imannya, 
Dan aku pun kalah hati kepadanya... 
(Siti Khadijah Bashir, 2010) 

Kalah hatiku padanya walaupun bukan diriku gadis pilihannya. 

Malam pun datang, setelah siang pun hilang. Begitu putaran hidup dan pelajarilah daripada alam. Bukalah mata. Bukalah hati. Semoga bertemu dengan teman pengganti dan jangan dikalahkan lagi hati. (Sidratul Muntaha, 2012)

Dan aku tertanya-tanya, setelah aku mati nanti, bolehkah aku bertemu dengannya lagi? Jika di dunia ini, aku tidak berjodoh dengannya, bolehkah aku meminta pada Allah, jodohkanlah aku dengannya di akhirat sana?

-------------------------------------

Okey, saya cuma copy paste share cerita dari blog orang. Entah kenapa, baca berkali-kali tapi saya suka akan ayat puisi itu. Ye, kalah hatiku padanya. Dan kalah jua diriku dalam pilihan nya. Senyum. :)

"awak, orang yang saya suka dah nak kawen"

"haha. inilah motif asal call orang?"

"eh taklah. teringat pula"

"eleh..yelah tuu"


Anyhow, hidup ini banyak perkara yang kita takkan dapat duga. Semuanya unexpected. Hari ni kita jumpa dia, esok lusa dia dah meninggal. Hari ni kita senyum pada dia, esok lusa kita membenci dia. Itu lumrah. Turun naik, jatuh bangun, semuanya menjadi silih berganti. Kata kawan saya, hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi. Jadi, senyumlah. Kerana, anda masih punya berbagai momen lagi untuk bahagia.

Jika hidup ini bukan untuk Allah, habis tu untuk siapa?










~ I drop du'as. Not bombs ~

Sometimes... :(



Saya baru selesai jawab exam tadi pagi. Paper Abnormal Psychology betul-betul mencabar minda. Kalau study subjek ni memang rasa aura kedoktoran. Tapi masa jawab exam ni, hurm saya rasa macam ada auro psychopath pula *na'uzubillah*

Apa-apa pun Alhamdulillah. Syukur untuk segalanya. :)

Saya ada satu cerita. Eh, bukan satu tapi dua mungkin. Pertamanya, sejak hari Ahad lalu, saya selalu mimpi. Setiap kali tidur, saya akan bermimpi. Walaupun tidur 5-10 minit atau sejam dua, ataupun 5-6 jam, saya tetap akan dihadirkan mimpi. Dan mimpi tu pula akan jadi kenyataan. Apa yang berlaku dalam kehidupan seharian saya, akan terjadi sebiji macam apa yang saya mimpi. Ada juga mimpi tu yang bagi peringatan sebelum saya buat silap. Maha suci Allah yang mengizinkan semua ni. Saya selalu rasa sebak. Malah, takut pun ada. Mungkin kebanyakan mimpi saya adalah perkara yang sepertinya agak mengerikan.

Saya hanya mampu berdoa semoga baik-baik sahaja semuanya. Aameeeen. InshaAllah. :)

Kedua, masa hari Isnin lalu, lepas solat Isya', saya turun ke cafe. Hajat dihati nak beli makanan. Untuk dinner. Masuk sahaja cafe, bertembung dengan sorang kawan. Dia cakap, "ramai orang la Nusrah. Lambat lagi ni". Kemudiannya, lepas order, saya duduk di gazebo luar cafe. Kat situ saya tak tahu nak buat apa sebab handphone pun tak bawak. So, saya duduk diam-diam sambil fikir pasal exams dan assignments yang melambak. Tak lama lepas tu, saya nampak sorang kawan. Saya pun panggil dia, kot lah boleh bersembang ke sebab lama tak jumpa dia. Dalam 10 minit bersembang dengan dia, dia pun naik ke biliknya.

Kemudian, saya dah dapat makanan, terus pulang ke bilik. Sampai di bilik, hati sebak. Sedang saya study, airmata jatuh. Setitik demi  setitik ia menitis. Aduhai hati~ Sebenarnya, ada satu benda yang kawan saya cerita. Entah kenapa benda yang dia cakap tu buat hati saya hiba. Sungguh, satu perkara yang dia beritahu saya tu, buat saya belajar tentang banyak perkara.

Saya belajar tentang erti bahagia.
Saya belajar maksudnya iman.
Saya mula faham bahawa kalau kita tidak merasa sesuatu perkara, kita tidak akan dapat memahaminya.
Saya belajar erti sebenar pasrah dan redha.
Saya mula reti membezakan perasaan pentingkan diri sendiri dengan orang lain.
Saya mula tahu tentang kesusahan hidup orang.

Sungguh, terlalu banyak yang saya faham dan belajar pada malam itu.
Dan akhirnya, saya tidak dapat meneruskan study.

Segera saya tinggalkan meja belajar dan ambil wuduk. Selesai solat dua rakaat, hati saya hiba mengadu pada-Nya. Hati saya hiba memikirkan apa yang saya tahu. Hati saya hiba melepaskan segala rasa hati. Hati saya sayu dengan segalanya.

Namun, alhamdulillah, saya dapat tidur lena pada malam tu. Malah, saya lebih tenang menghadapi hari-hari seterusnya. Cerita pada malam tu betul-betul buat saya insaf.

------------------------------------------------------

"alahai. tertengok pula. sorry.." -bercakap sorang diri dengan poster

senyum. selagi boleh elak, sila elak.
selagi boleh lupa, sila lupa.

saja nak pesan dekat diri sendiri. supaya berpijak pada bumi yang nyata, pada realiti alam ini. Kerana hidup ini adalah dalam aturan-Nya. Bukan mengikut kehendak diri. Allah beri apa yang kita perlu. Bukan yang kita mahu. Dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Faham?













~ I drop du'as. Not bombs ~

Mohon doanya :)

uia kesayangan saya. dan mereka juga :)


Okeh
Saya baru lepas balut buku teks. Hurm hampir sejam juga saya terkial-kial membalut buku teks itu sebab dah berkurun tak balut buku. Masa zaman sekolah dulu yang last. Dan rasanya lebih 5 tahun dah saya tinggalkan sekolah. Huhu. Alhamdulillah selesai.

Saya tadi termenung panjang di meja belajar sambil buku-buku dan nota-nota terbuka luas. Susah nak hadam, susah nak fokus. Saya jenguk-jenguk jadual midterm, hurm memang hectic! Rasa macam boleh pecah kepala dengan jadual yang macam tu. Alahai~

Selasa: Satu exam.
Rabu: TIGA exam.
Khamis: Satu exam.

Itu belum tambah tolak kena submit esaimen, presentation or meeting lagi. heh~ memang boleh pengsan juga agaknya saya this week. Dan saya plan hujung minggu ni mahu pulang ke rumah. inshaAllah. :)

Dan saya sebenarnya tengah mengumpul semangat yang hilang dari diri. Memang susah nak fokus. Puas sudah saya pesan pada hati supaya behave. Hati saya ni agak degil la sejak tadi. Heh~ Dan  saya baru lepas bercakap dengan ayah. Ayah saya sangat comel la hari ni. Perbualan tadi sangat kelakar. Alahai ayah~ ^^,

Macam biasa, buat pembaca blog sekalian, saya mohon doa dari kalian semua. Mohon diberi kesihatan yang baik, mohon supaya dapat fokus dengan baik, mohon dipermudahkan semuanya. Aameeen. Dan terimakasih untuk itu yea ^^,

Allahumma Aameeen. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Rindu-Doa-Kenangan



Masa takkan boleh diputar.
Kenangan takkan bisa diulang.
Yang berlalu tetap akan berlalu.

Ada suatu masa kita akan berasa rindu dengan sebuah kenangan. Saya juga begitu. Tutup buka lipatan memori, betul-betul menggamit hati saya dan membuatkan saya berfikir panjang. Jejak langkah yang telah saya hamparkan, yang telah saya isi. Betapa banyaknya kenangan yang hampir saya lupakan. Oh saya sungguh rindu! Pada segalanya.

Dan saya memang dihambat rindu.

Dah masuk 9 Zulhijjah. Hari Arafah. Kalau buka facebook, penuh status berkenaan tu. Saya pula, sempat contact insan di sana, mohon doanya. Banyak pula doa yang saya kirim. Huhu.

Dan saya bakal beraya tanpa ibu ayah di sisi. Sahabat saya semuanya tak tahu. Sengaja saya tak bagitahu pun. Takpe, sedapkan hati. Saya boleh beraya dengan baik (walaupun dah nanges banyak kali jugak).

Anyhow, I'll make my day beautiful. Promise :)










~ I drop du'as. Not bombs ~

Cerita hati Nur 4

kasut.
satu perjalanan hidup.
bermacam rencah.
perlu tabah mengharungi.


Saya ada cerita.
Ini bukan kisah Cinderella.
Bukan kisah Snow White.
Bukan kisah Rapunzel.
Bukan juga drama Nur Kasih.
Apatah lagi cerita Ketika Cinta Bertasbih.

Ini kisah seorang manusia.
Yang bernama insan.
Yang bernama hamba.
Kerana dia manusia biasa.

Saya menutup komputer riba. Ambil buku, baring dan baca. Masih banyak buku-buku yang perlu dikhatamkan. Malam itu, saya seperti biasa menyambung bacaan sebelum mata terlelap. Entah kenapa malam itu, airmata menitis satu persatu. Tersentuh dengan apa yang dibaca barangkali. Hari-hari seterusnya pun berlaku perkara yang sama. Saya baca buku, saya menangis. Saya baca buku, saya menangis. Sampai satu saat, saya terasa sesuatu dalam diri saya. Ada sesuatu yang menyentuh hati saya.

Dan akhirnya saya terduduk menangis bermuhasabah diri.
Ya Allah, kerdilnya hamba-Mu ini!

Saya ambil banyak masa juga cermin diri saya. Sampai saya ubah banyak rangka perancangan hidup saya. Boleh dikatakan saya ubah semuanya. Bukan kerana diri saya, bukan kerana ibubapa saya. Bukan kerana sesiapa tetapi kerana Allah. Sedikit sedih juga tapi mungkin itu yang terbaik.

Saya buka planner saya. Terkadang terlupa apa rutin saya. Terkadang lupa tarikh mana yang sudah bertanda. Sedang saya menyelak halaman di bulan Disember, saya tengok ada satu tarikh bertanda. Tarikh yang konon-konon saya target nak kahwin. Ataupun bertunang. Saya senyum. Ia tidak melukakan hati walaupun saya tidak punya sebarang calon. Yang ada hanya sebuah harapan, sebuah doa, sebuah usaha. Saya senyum sendiri. Saya nekad. Saya mahu lupakan tarikh tersebut.

Tahun depan umur saya 25. Saya sendiri fikir, 25 tahun ni tua ke kalau belum kahwin lagi? 25 tahun ni nampak macam tak laku ke kalau tak kahwin lagi? 25 tahun ni memang tahap wajib kawen ke? Saya sendiri terfikir benda ni bila ramai orang asyik tanya saya pasal kahwin. Tidak kurang pula yang cakap saya ni jual mahal dan memilih sangat. Sampai saya rasa ada satu keluhan yang sangat panjang dalam diri saya bila memikirkannya.

Takde ke orang yang Nusrah berkenan?
Siapa orang yang Nusrah suka?
Kenapa taknak terima orang tu?
Ramai tak orang ngorat?

Saya kadang-kadang penat dengan soalan sebegini. Kadang-kadang mahu saja saya jerit sekuatnya dalam hati. Mahu sahaja saya luahkan apa yang saya simpan tapi saya lupakan sahaja. Manusia ramai yang lupa, nikah kahwin bukan benda senang. Bukan benda sehari dua. Bukan nak duduk bersama seminggu dua. Ramai yang lupa itu. Sekali ada orang mendekat, semua nak suruh saya terima. Kalau saya tolak, masing-masing bising dan cakap saya jual mahal, masalahnya, yang nak kawen tu sape? Saya atau awak?

Ramai yang tidak tahu. Saya sebenarnya memang tidak punya masa untuk diri sendiri. Saya sebenarnya tak cukup masa nak consider benda-benda macam tu. Sebab tu, kalau orang approach, saya biasanya menolak. Bukan sebab tak suka, tapi saya sendiri tiada masa nak duduk dan fikir walau sekejap. Sebab apa? Sebab saya join banyak benda. Dan subjek saya pula banyak. Maka, assignment dan exam dan meeting juga banyak. Dan kerana itu, saya decide nak bersara dah dari jadi komiti-komiti ni. At least untuk final year ni, saya boleh fokus dekat subjek2 saya tu dengan baik dan ada sedikit masa untuk diluang bersama para sahabat dan diri sendiri juga famili.

Saya sudah decide, nak belajar bukak hati sikit (hurm sikit je?). Mungkin sebab saya terkesan juga dengan nasihat si baju merah tu. Selama dua hari si baju merah tu 'basuh' saya. Sampai satu saat, saya rasa gementar, saya rasa takut, saya rasa risau. Semuanya ada. Semuanya menghuni ruang hati.

"senang cakap, Nusrah suka sape?"

Diam. Senyum.
Saya suka awak. Betul. Saya tak tipu.

Saya ingat lagi ada seorang teman baik, dia pernah suka dekat orang, tapi dia taknak bagitau. Tahu sebab apa? Sampai sekarang saya ingat dia cakap, "kita orang perempuan ni ada sifat malu. Malu kita dengan orang laki ni lain. Saya taknak lah approach dulu. Sebab kawen ni sekali je seumur hidup. So, kalau boleh biarlah dia yang datang dekat kita." Yes, saya sangat terkesan dengan part malu tu. Betul cakap dia. Suka lah macam mana pun dalam hati, sifat malu perlu ada dalam diri. Perlu tebal. Jangan nipis.

Saya teringin sungguh nak jadi isteri seperti Siti Khadijah. Saya bukan nak jadi sepertinya yang melamar seorang lelaki (sebab saya belum mampu capai tahap tu), tapi saya nak jadi isteri sepertinya. Saya selalu menangis kalau baca kisah-kisah wanita Islam yang hebat terutamanya berkenaan Siti Khadijah r.a. Dan kerana itu, saya sedar bahawa saya perlu tingkatkan diri saya. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki dalam diri saya. Saya takut satu hari nanti suami saya cakap, "saya menyesal kawen dengan awak" [na'uzubillah].

Saya selalu risau banyak benda kalau fikir pasal kawen. Saya selalu fikir perkara yang negatif. Mungkin kerana lelaki sekarang sudah tidak ramai yang boleh dipercayai. Sudah tidak ramai yang boleh saya yakini. Betul ni. Saya tidak tipu. Dan saya selalu rasa rugi je kalau orang bagi nasihat kat saya berkenaan jodoh. Sebab ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Haduhai~

Saya ini perempuan biasa-biasa sahaja. Tidak ada apa pun yang istimewa. Takde lah ramai peminat pun. Takdelah hebat pun. Takdelah cantek pun. Takdelah pandai mana pun, dan bukan juga solehah sangat. Tapi saya berusaha untuk tingkatkan diri jadi baik. Kat luar sana tu, berlambak-lambak orang yang super duper baik dari saya. Saya ni banyak benda tak tahu, banyak benda juga tak reti. Dan siapalah saya ini jika tidak Allah yang beri kekuatan untuk hadapi hidup, yang beri hidayah pada saat saya tercari-cari.

Ini kisah saya. Tidak banyak yang saya dapat ceritakan.
Mungkin sebab saya suka diamkan sahaja. Kerana saya rasa diam itu cara yang paling memberi makna buat diri saya. Diam saya buat saya rasa bahagia. Diam saya terselit juga dengan usaha. Cuma saya tidak khabarkan pada sesiapa.

Ada juga rasa mahu berhenti dari segala penantian. Dari segala usaha. Ada satu waktu, saya decide untuk berhenti. Ada satu waktu, saya dikuasai dengan perasaan yang penat, lelah, letih dan putus asa. Namun, tiba satu saat saya sedar akan satu perkara. Iaitu, Allah mahu saya belajar. Allah mahu saya perbaiki diri.

Pejam mata.
Tarik nafas.
Hilangkan keluhan dalam diri.
Lega.








~ I drop du'as. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...