2012.
Bakal menunjukkan diri.
2011.
Bakal berlalu pergi.
Bagaimana dengan iman kita? Bagaimana dengan amal kita? Dalam sibuk nak berazam itu ini, harapnya kita tak lupa nak check balik iman dan amal kita. Perlu recharge segera supaya tak jauh dari Ilahi. Jangan tangguh-tangguh nak buat baik sebab kita tak tau bila mati tu kan. Muhasabah diri~
Alhamdulillah selesai exam untuk tahun 2011. Masih berbaki 4 subjek lagi. Lama kan exam? Mula 2011, 2012 baru habis. Heee~ Ehem, dengan berakhirnya tahun 2011, maka cik facebook saya yang unofficial tu bakal ditamatkan riwayatnya. Sedih? Ada lah sikit. Tapi senyum sahaja. Ada kisah indah disebalik facebook 'mengarut' tu :)
Sekarang ni saya cuba ingat-ingat balik kenangan lepas. Apa benda yang saya buat zaman sekolah dulu. Rupanya ada satu benda rahsia yang sampai sekarang jadi rahsia. Rasa macam nak buat slot "saya minta maaf" secara terbuka. Yes, saya masih ada rasa 'berdosa' pada kawan sekolah yang satu ni. Oh 'nakal' juga saya dulu-dulu yea? :)
Sebenarnya saya tak ingat sangat dah tapi satu hari tu, dalam kelas Social Psychology, tengah belajar topik Aggression. Tetiba je saya angkat tangan dan bagitau madam nak bagi example. "This is real example. True story from me" Ehem-ehem..nampak gaya madam pun berminat. Terus dia cakap kat kelas, "this is Tengku Nusrah true story. Her secret okay.." ^__^
Dengan semangat, saya bercerita la.. dulu waktu form2 tahun 2002. Hampir 10 tahun yang lalu. Lama kan? :) Ada satu geng budak kelas sebelah ni, dia agak baik dengan kawan saya. Saya pun baru je join dorang time tu. Tiba-tiba ada satu hari tu, ada kawan bagitau saya yang geng tu cerita benda buruk pasal saya. Dia cakap saya begitu begini, macam tu macam ni. Oh, saya yang waktu tu yang masih muda dan sifat sabar pun masih baru dipupuk, terus sahaja rasa 'panas' hati.
Masuk kelas, saya rasa bengang sangat. Apsal la geng tu nak cari pasal ngan saya. Pastu saya ngan kawan sebelah ni berpakat nak sakitkan hati dorang. Disebabkan time tu meja kat dalam kelas kami semua (termasuk kelas sebelah), dibalut ngan rubber mate, so memang meja masing-masing sangat kemas, bersih dan cantik. Tambah pula, rubber mate agak mahal. Nak dijadikan cerita, time dorang gi makmal sains, saya ngan kawan saya ni, terus senyap-senyap masuk kelas dorang. Tahu apa kami buat?
Jeng..jeng..jeng.. Saya scratch pembalut meja dorang. Errr..satu geng tu yang kena. Semahu-mahunya saya toreh. Puas hati rasanya. Balik je dari makmal sains, kecoh la kelas dorang. Sangat kecoh sebab dorang bengang. Dan saya ngan kawan sebelah boleh tersenyum-senyum tanpa ada sekelumit rasa bersalah pun. Waktu tu saya nak dorang rasa macam mana rasanya sakit hati itu. Kejamnya saya...
Habis bercerita, madam tanya, "Tengku Nusrah did that??" Terbeliak mata madam. Dengan diri saya sekarang, saya sangat yakin ramai yang tak percaya saya pernah buat macam tu. Dan hari ni, saat ni, saya masih lagi ada rasa bersalah ngan dorang. Sampai sekarang dorang taktau saya lah manusia yang kejam tu. Tambah lagi, saya pindah sekolah lepas tu. Mungkin dorang pun dah tak ingat kat saya sekarang ni.
Jujurnya, saya nak minta maaf ngan dorang. Kalau dorang terbaca apa yang saya tulis ni, setulus hati jiwa raga saya mohon maaf. Kerana terlalu ikutkan rasa sakit hati, saya terlupa dangan yang di atas sana. Terlupa bahawa Allah itu Maha Adil. Kenapa saya perlu membalas rasa sakit hati sedangkan kita punya Allah untuk menghakimi segalanya? Walaupun ianya sekadar toreh meja, tapi tahap sakit hati mereka tu sape yang tahu kan? Boleh jadi juga kerana saya pernah sakitkan hati dorang ni, tertariknya saya ke neraka nanti. Nauzubillah!
Dan saya sudah lama memaafkan mereka. Sejak hari saya keluar dari sekolah tu, saya dah lupakan semua salah silap yang pernah buat saya rasa terguris terhiris termalu dan segala macam ter lagi. Jujur, segalanya dah saya buang. :)
Kat sini lagi sekali, saya nak minta maaf. Maaf sangat-sangat ngan mereka. Mungkin saya patut cari mereka di Facebook. Tapi nama dorang pun saya agak lupa. heee cemane ni?~ Pengajarannya, kita perlu sentiasa jaga hati kawan kita. Bukan kawan kita sahaja, malah orang sekeliling. Jangan disebabkan mulut kita, orang lain terasa hati dan andainya kita manusia yang difitnah itu, serahkannya pada Allah. Biar Dia yang menghukum. Jangan kita menambah dosa sendiri. Mudah-mudahan masih ada sekelumit maaf dari mereka dan seribu keampunan dari-Nya. ;')
Doa dari jauh, semoga dimaafkan.
Doa dari jauh, semoga dilupakan.
Doa semoga ada redha-Nya.
Dengan izin dari-Nya.
Ameeeen.
nota hati: esok lusa kalau saya mati dan dorang tak maafkan saya, bagaimana agaknya yea? Allahurabbi ;')
~ People hurt you, Allah will heal you, People judge you, Allah will justify you ~
No comments:
Post a Comment