إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Jangan putus asa. Jangan rebah :)



Selesai kelas leadership.
Stress.
Tension.


This week saya dah mula exam.
I've 4 subjects to go through.
Tapi kelas leadership nih masih meninggalkan seribu satu kerja kat saya.Haishh~

Setiap kali duduk diam-diam kat meja belajar, mata mesti terpandang jadual exam kat softboard. Pastu tengok pulak kerja-kerja lain yang perlu disiapkan. Memang rasa macam...err...huu~ hectic? exhausted? agaklaa~

Ok. saya dah janji kat diri. Saya takmau mengeluh. Juga takmau putus asa. Mungkin sekadar neluah rasa, mengadu penat pada blog ni. (ehem..sebab di alam realiti, saya taktau pada siapa patut diceritakan. Semoga sesiapa yang TERbaca entri yang satu ni sudi nak doakan saya. Doakan agar dipermudahkan segalanya. Terima kasih bebanyak :)

Kejap lagi ade discussion dengan kawan. Pastu nak study group. Petangnya ada post mortem. Besar kemungkinan saya tak dapat nak attend post mortem tersebut. Pastu bertilawah la pula. Pastu kena buat summary untuk extra works leadership. Selasa dah mula exam untuk Tilawah dan Lab-based statistics. Hari yang sama. Waktu yang sama. Khamis ada interview session ngan lecturer. Jumaat exam Personality Psychology dan sabtu exam Arab. Hurm..agak hectic! :(

In planning...rasa mahu balik lepas exam Arab. sebab next exam pulak, 10 hari kemudian. errr..tapi 3 subjek berderet lah. Huhu.


...............................................

"nak pegi India? Ambik medic kat sana. Ikut jejak Mama"

"takmau..nak pergi India main salji sahaja :) "

"belajar rajin-rajin, nanti semua tempat boleh pergi main salji"

"errrr..."

"nak ke tidak?"

"mahu ^__^ "

"jangan berkeluh kesah pasal belajar. nanti dah kerja, mula lah rindu nak belajar balik. Masa tu, mama operate otak kamu!"

"operate otak??"

~ Senyum. Saya rindu mama saya.
~ Senyum. It will be okay.
~ Senyum. Mama selalu mendoakan.

..........................................................



Semoga saya masih tabah nak berusaha sehabis daya.
Semoga saya masih gigih nak belajar sampai lewat malam.
Semoga saya masih...dan masih.... =)


Jangan putus asa.
Jangan mengalah.
Jangan rebah.
Jangan goyah.


Dengan izin-Nya,
Semoga ada redha-Nya. ^__^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...