إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Perkampungan Intelektual Mahasiswa IPT 2011| part 1|


Mencari jawapan.

Terlalu ingin tahu.

Itu sememangnya saya. =)

Masih ingat artikel kenapa saya perlu memilih anda? Artikel yang hampir setahun berlalu =) Pada awal Rejab yang lalu, iaitu 3-5 Jun 2011, saya bersama 5 lagi mahasiswi UIAM telah mengikuti program Perkampungan Intelektual Mahasiswa IPT 2011. Syukur Alhamdulillah, program ni sememangnya mantap dan sangat bermanfaat. Selama 3 hari di sana, setiap masa terisi dengan baik dan makan minum juga sangat sedap ^^

Sepanjang program tersebut, ada 4 slot kesemuanya. Apa yang ingin saya kongsikan kat sini ialah ketika slot ke-3. Slot ke-3 bertajuk “Kepimpinan Mahasiswa Islam Mendepani Cabaran Semasa” oleh ustaz Erfino Johari. Setiap penjelasan dari ustaz, sememangnya di support dengan evidence dari al-Quran. sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan sepanjang pengisian slot itu antaranya ialah; seorang pemimpin perlu memberi jawapan yang mampu membuatkan orang berfikir. Teringat pula saya pada seorang pemimpin yang saya sangat kagumi. Saya selalu bertanya soalan pada dia. kadang-kadang soalan yang remeh sahaja, tapi setiap jawapan yang diberi olehnya selalu membuatkan saya berfikir panjang.

Katanya lagi, dalam memilih pemimpin, kita perlu melihat dari sudut kekuatan dan kepercayaan terhadapnya. Adalah sangat penting penglibatan semua dalam menentu keputusan dan memilih kepimpinan. Kita perlu memilih pemimpin yang boleh dipercayai dan bersifat al-amin. Macam mana nak tahu seseorang itu bersifat al-amin atau tidak? Menurut ustaz Erfino, orang bersifat al-amin ialah orang yang boleh bagi ketenangan dan orang yang kita percaya bilamana kita tinggalkan barang kita padanya, kita langsung tidak memikirkan tentang barang tersebut.

Sewaktu saya menjadi Pengerusi Persatuan Pandu Puteri di sekolah dulu, cikgu saya pernah cakap, “bila orang pilih kamu, bermakna ada sesuatu yang istimewa ada dalam diri kamu, yang mungkin kamu tidak sedar. Jadi, percayalah dengan kemampuan diri”. Sama seperti yang ustaz Erfino katakan pada slot tersebut. Menurutnya, setiap pemilihan itu adalah satu penghormatan. If it is not from people but it is from the only One.

Dalam memimpin, pemimpin yang perlu memuji pengikutnya. Tetapi, pada masa yang sama, seorang pemimpin perlu memuji ketuanya apabila mereka mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Dalam perkara ini, saya melihat tidak ramai ketua yang menghargai orang bawahannya kerana hakikat sebenar, tanpa orang-orang bawahan yang membantu, seorang ketua tidak akan mampu mencapai sebuah impian yang besar. Selain itu, ketenangan adalah sangat penting dalam memipin dan mengarah. Seorang ketua tidak boleh mengikut emosi dalam menilai sesuatu perkara. Keputusan tidak boleh dibuat ketika dalam keadaan sedih dan marah. Atau dengan kata lain, don’t make conclusion when you are angry and don’t make a decision when you are sad.


Saya ada bertanya kepada ustaz Erfino. Bagaimana agaknya kita perlu memilih pemimpin memandangkan bila pilihanraya kampus, ada dikalangan calon yang bertanding adalah orang yang tidak dikenali. Adakah menilai manifesto ataupun keperibadian? Dan bagaimana pula nak tahu keperibadiannya jika kita sendiri tak kenal orang tersebut? ~Ada sesiapa mahu menjawab persoalan ni? =)

Katanya ustaz Erfino, pemimpin sekarang perlu menyalurkan visinya kepada pemimpin yang baru. Bakal pelapis perlu ditonjolkan kepada sekelilng. Bakal pelapis ini perlu didedahkan dengan gerak kerja persatuan sejak dari awal. The more they expose, the more they get along with the organization. Calon yang bertanding adalah orang yang patut dikenali. “manifesto is nothing. It is just a way to communicate with followers”. Saya terdiam. Cuba menghadam apa maksud tentang manifesto tersebut. Katanya, antara manifesto dan keperibadian, manifesto tidak ada apa masalah. Keperibadian patut lebih diutamakan. Dan calon ini sepatutnya yang biasa dekat dan dikenali dikalangan para pelajar, bukan di kalangan kawan-kawannya sahaja. Jadi, pastikan bakal pelapis di dedahkan dengan gerak kerja persatuan and should be among the people that close with others.

Nasihat ustaz Erfino, sebagai pemimpin,untuk menyelesaikan masalah, kita perlu meletakkan diri kita di tempat tersebut. InsyaAllah ianya lebih memudahkan kita untuk berfikir dan membuat keputusan. Masih banyak lagi yang ustaz Erfino kongsikan. Mungkin saya boleh sambung menulis lagi lain kali.

Tidak semua orang mampu.

Tidak semua orang hebat.

Tidak semua orang berbakat.

Namun,

Kita boleh belajar dari sekeliling.

Kita boleh berusaha memperbaiki diri.

Kita boleh jika kita yakin.


Demi ALLAH! Aku berasa takut sekali untuk duduk di atas singgahsana ini (menjawat jawatan khalifah), jika memang yang duduk di atas singgahsana Ini bukan orang yang layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku serahkan kekuasan ini kepada yang berhak untuk menerimanya. Tetapi aku hanya boleh bersabar sehingga ALLAH menentukan pilihan dan ketentuan-NYA." - Umar Abdul Aziz

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...