إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

...saya begitu teruja...


Salam sayang.. waktu ni saya terlalu mengantuk. Sangat2 sebenarnya. Huhu tapi saya tak nak tidur lagi. Banyak perkara saya nak cerita hari ni. Itu pun kalau saya larat nak tulis semuanya. Sebenarnya saya ada post khas yang nak tulis tapi saya tersangat lah busy. Cume hari ni saya nak cerita pasal keterujaan saya. Rasa macam kelakar pun ada. Macam-macam betul saya ni kan..

K lah, semalam saya rasa gembira bercampur sedih. Selesai buat tugasan dalam kelas, saya mendapat pujian daripada lecturer. Mula-mula saya tergamam jugak tapi lepas tu beliau cakap, “nusrah, you are doing very well. I want you to teach your friends in front, in the next class.” Huh terbeliak biji mata sekejap. Macam mana saya nak ajar foreigner ni semua? Aduh dugaan betul. Tiba-tiba saya jadi sedih. Dan kawan saya dari Somalia memujuk saya. Dia kata, “you can, nusrah.” Sambil disertakan hadis-hadis dan bermacam lagi. Dia buat saya bertambah sedih.

Saya tak tahu kenapa saya patut rasa sedih dan saya juga rasa malu sebenarnya. Saya malu nak ajar budak lelaki dalam kelas ni nanti. Saya harap lecturer tu akan lupa bila tiba kelas dia next week. Huhu.. erm.. cerita untuk hari ni pulak, tadi saya kena panggil ngan lecturer. Huh saya dah agak dah kenapa. Tapi saya tak boleh lah cerita kat sini sebab saya kena jaga hati kawan saya. 100% saya kena rahsiakan dari kawan saya ni. Huhu.. lepas tu, waktu saya kat café, roommate saya call. Tertanya-tanya jugak kenapa. Pastu dia kata ada orang baru nak masuk bilik kami.

Saya pulang kelas petang ni dengan penuh keterujaan. Saya sangat tak sabar nak jumpa orang baru dalam bilik saya sebab saya dah bosan asyik dok sorang dalam bilik. Masuk je bilik, saya tergamam sekejap. Sekali lagi saya berasa teruji. Saya sedapkan hati jugak sebab saya tahu Allah dah takdirkan yang terbaik untuk saya. Walaupun saya tengok dengan mata kasar pun nampak, saya tanya jugak dia, “where are you from?” dia jawab, “china,” huwaaaa… saya ingatkan saya akan dapat roommate orang Malaysia tapi…. Memang takdir saya la di sini. Saya dapat kawan dari macam-macam negara.

Sampaikan saya rasa jealous ngan kawan-kawan lain sebab diorang dapat orang Malaysia. Tak seperti saya, di dalam kelas pun, cuma saya seorang muslimah dari Malaysia. Hehe.. tak pe2, ujian ni.. mungkin besar hikmahnya nanti. I hope so. Sambung cerita tadi, di sebabkan saya begitu teruja, bertubi-tubi soalan saya tanya kat dia (terlebih peramah pulak). Tapi saya sekali lagi terasa sukar bila dia agak susah nak faham English. Uhhhuuuu. Macam mana la saya nak cakap ngan dia nanti. Tapi tak pe, saya dah cukup gembira dapat roomate baru. Hehe..

Tapi sempat jugak saya tanya soalan terakhir kat dia, “are you muslim?” hehe.. sebab takut jugak saya, mana la tahu kan kot agama lain ke. Aurat pun lagi kena jaga. Alhamdulillah dia memang muslim. Syukur sangat. Ok lah, itu sahaja lah keterujaan saya hari ni. Sekadar saja-saja nak kongsi. Hehe.. ok lah, saya dah mengantuk tahap apa dah ni. Padahal baru pukul 9 malam. Dahsyat betul. Ok salam sayang buat semua. Assalamualaikum.




nusrah walfath: disebabkan begitu teruja, saya terlupa dengan janji saya nak gi halaqah ngan ustazah sifa. sorry..huhu.. (ni post hari khamis sepatutnya)

...Cinta perlu Couple?...

assalamualaikum.. hurm dah lewat malam juge ni.. tapi hati saya tetap nak tulis blog lagi.. saya sebenarnya dah terlalu mengantuk.. tapi malam ni saya ada benda nak share ngan anda semua.. maaf lah yea. saya terus post je la artikel yang saya amik dari Hilal Asyraf ni. tak nak celoteh panjang2 dah. terlalu mengantuk sangat. jom kita baca sama2 yea. harap kita dapat buka mata hati kita waktu baca artikel ni. saya tak tuju kat sape2. sekadar berkongsi dengan anda semua.


Couple=cinta? Saya kata tidak




Ada orang tanya saya di dalam shoutbox. Adakah saya pernah bercinta. Saya kata pernah. Kemudian dia tanya, adakah saya pernah bercouple. Saya kata tak pernah. Kemudian dia pelik dan berkata:

“Macam mana tak couple, tapi bercinta?”

Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?

Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.

Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.

Apa itu cinta

Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini. Saya pun dah banyak kali ulang di Langit Ilahi berkenaan perkara ini.

Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.

Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.

Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau menarik seseorang yang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.

Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, ikhtilat itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?

Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah… kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.

Yang saya kata bercinta sebelum kahwin

Sahabat saya ada menyatakan kepada saya apabila saya berbicara berkenaan cinta sebelum kahwin. Dia kata:

“Ana rasa enta patut jelaskan. Mungkin ada orang yang salah faham”

Jadi biar saya terangkan di sini. Saya tak pernah kata bahawa bercinta sebelum berkahwin itu adalah dibenarkan bercouple, dibenarkan melebih-lebih dalam hubungan lelaki perempuan dan sebagainya. Malah dalam beberapa artikel saya, saya dah nyatakan bahawa saya tidak menghalalkan couple.

Apa bercinta sebelum kahwin?

Mempunyai perasaan cinta, biasanya waktu bila? Mungkin zaman mak ayah kita dahulu, kahwin datuk nenek kita susunkan untuk mereka. Zaman tu mungkin kita boleh kata – cinta selepas kahwin.

Zaman sekarang, paling kurang pasangan kita tu adalah yang belajar sama sekolah, kerja tempat sama, pernah bekerja sama dalam apa-apa program. Apa-apa pun, ada pertembungan sebelum perkahwinan yang menjadi trigger kepada rasa nak kahwin dengan dia.

Rasa nak kahwin dengan dia tu apa? Itulah perasaan suka, nak, yang kemudiannya kita katakan itu adalah ‘cinta’. Jadi, kalau cinta sebelum kahwin ni haram, maka ramailah orang zaman sekarang, asas perkahwinannya haram. Sebab rasa suka tu datang sebelum kahwin. Persoalannya, benda-benda macam ni(jatuh suka, jatuh nak, jatuh cinta ni), boleh atur ke? Macam mana? Sebab itu, saya tidak memilih mengharamkan cinta. Saya memilih untuk menunjukkan cara bercinta.

Bila kamu ada rasa suka pada seseorang, kamu cakap dan luah pada dia bila kamu bersedia. Kalau dia terima, di situ secara tidak langsung sudah ada kontrak antara kamu dan dia. Hubungan kamu pula diketahui oleh ibu bapa.

Maka tidak salah mempunyai perasaan cinta ketika itu. Bercintalah macam orang belum berkahwin sepatutnya bercinta. Janganlah buat gaya macam dah lepas kahwin pula. Sebab itu saya sering kata, kalau ketagih sangat nak berdating, suruh famili anda ajak famili pasangan anda keluar makan. Kalau rindu sangat nak jumpa, ajak keluarga ziarah rumahnya. Senior saya pula(Abang Amir, telah berkahwin) berkata, kalau sms, urusan yang sangat-sangat penting sahaja. Lepas sms tu, delete cepat-cepat yang dia sms tadi. Supaya kita tak baca sms tu banyak kali dan kemudian mengheret kepada zina hati. Pendek kata, hubungan tu masih macam orang belum kahwin ya. Masih banyak kena jaga.

“Susah la macam tu”

Habis, ini sahaja jalan yang ada kalau nak bercinta sebelum berkahwin. Nak lebih senang, kahwin la.

Kenapa saya tidak mengharamkan cinta sebelum kahwin?

Sebab untuk cinta itu boleh muncul bila-bila masa sahaja tanpa kita rancang. Cinta ini bergejolak dan senang memberontak. Kita tidak boleh tundukkannya dengan berkata – itu haram, ini tak boleh – dan sebagainya. Tetapi kita boleh lenturkannya dengan – boleh, tetapi ada syaratnya –

Maka, hendak mencapai boleh itu, ikutlah syarat-syarat yang disediakan.

Tengok diri dahulu

Saya lebih senang kalau dalam bab cinta ni, kita tengok diri kita dulu la. Tengok diri ni, bukan maksud saya duit. Duit tu nombor 100 dalam perkiraan saya. Perkara yang pertama kita kena tengok adalah, apakah kita sudah bersedia dengan tanggungjawab nak bawa anak orang lain masuk syurga?

Itu yang pertama sekali. Yang kedua, apakah kita sudah bersedia untuk menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak?

Yang ketiga, apakah telah dipersiapkaan ilmu, emosi, mental dan jiwa untuk berkeluarga, menghadapi cabaran-cabarannya, mendidik orang-orang di dalamnya?

Jangan nampak ending hubungan kita dengan pasangan kita hanya di gerbang perkahwinan.

Ada dunia yang luas, penuh cabaran dan dugaan, menanti anda selepas gerbang perkahwinan itu.

Yang bercouple, apakah anda berfikir?

Jadi bila orang tanya saya, apakah yang beza orang bercinta dengan orang yang bercouple?

Bezanya, satu pihak fikir perkara-perkara yang saya sebut di atas ini, dan berusaha mati-matian menyiapkan dirinya. Satu pihak lagi, fikir nak seronok, nak happy-happy aja, dan tak fikir pun selepas itu apa yang akan mereka hadapi.

“Kami couple sebab cinta la”

Maka saya kata, cinta anda itu, tidak sama dengan cinta saya. Maaf saya kata, cinta yang saya katakan ini suci, mahal, berharga. Nak dapatkannya, perlukan usaha yang keras. Cinta menembus syurga, mestilah usahanya juga boleh menggegarkan jiwa.

Saya tak suruh break up ya. Kalau yang bercouple sedar benda ni, hentikan couple itu, dan cari makna cinta sejati memperbaharui cinta mereka sebelum ini, perbaiki perjalanan hidup dan serius nak bina kehidupan yang Allah redha, apa salahnya kamu masih bersama. Boleh sambung couple tu lepas kahwin.

Kalau kamu benar-benar ber’cinta’ la kan, takkan la nak teruskan sesuatu yang merosakkan pasangan yang kamu kata kamu ‘cinta’ tu? Ya la, lempar pasangan pada kemurkaan Allah, pada neraka Allah. Kamu kata kamu ‘cinta’? Jadi kalau benar kamu ‘cinta’, takkan la tak boleh stop sekejap couple tu dan bergerak memperbaiki diri, perbetulkan kembali matlamat, fahami kembali cinta, kemudian kahwin, dan sambung cople kamu semula.

Yang bercouple, apakah yang anda fikir? Senangnya, kalau anda baca artikel saya ini, saya nak anda fikir kembali melihat diri anda sendiri. Apa masa hadapan yang anda mahu? Keluarga yang macam mana hendak anda bina? Anak-anak nanti anda hendak didik dengan apa?

Ketahuilah, seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, tidak akan boleh memberikan apa-apa.

Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama

Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.

Couple ni, nak pegang-pegang tangan, nak sembang dekat-dekat, nak jiwang lebih-lebih, nak romantik tak boleh blah, lepas kahwin la. Nak bercinta sebelum kahwin(tak ada duit nak kahwin, belajar tak habis, mak ayah tak bagi kahwin lagi), buat la gaya bercinta sebelum kahwin ya. Dah ambil jalan susah, kena guna cara susah juga la. Senang cerita, kalau nak senang, dua sahaja solusinya: Kahwin, tak payah bercinta.

Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.

Siapa kata couple=cinta?

Boleh tukar definisi tu.



nusrah walfath: bolehkah anda layan rasa cinta cara begitu? tanya lah iman anda.

...lelaki yang saya suka...

salam sayang buat semua.. saya baru je kembali ke Mahallah hari ni.. baru-baru ni ada orang tanya saya, "nusrah suka laki yang macam mana?" saya sebenarnya tak ada jawapan untuk itu.. tapi saya tak sampai hati untuk membiarkan soalannya tergantung.. saya cuma jawab "yang sederhana".. mujur sahabat saya ni dah tak bertanya lebih2..sebab saya susah nak terangkan padanya.. saya bukan lah orang yang suka mengharap yang terlalu baik kerana kita manusia memang tak sempurna.. jadi, cukuplah faktor sederhana yang saya idamkan.. baiklah, entri kali ni, saya nak bagi kalian baca post  hilal.. walaupun dia masih muda, pemikirannya sangat matang..


Perempuan yang saya suka



Ada orang tanya, apa ciri-ciri perempuan yang saya suka. Kebelakangan ini, rajin pula ada orang bertanyakan soalan-soalan berikut:

“Kalau ada orang nak kahwin dengan awak, awak nak terima?”

“Kalau ada perempuan kata kat Hilal, dia suka Hilal, Hilal nak tak dia?”

“Kalau ada orang nak offer adik dia ke, anak dia ke, Hilal agak-agak, nak tak?”

“Apa ciri-ciri perempuan yang Hilal akan terima?”

Saya tak tahu la kenapa terima menerima, nak tak nak ni. Dia bukan masalah orang offer, atau orang nak kat saya atau sebagainya. Persoalannya, apakah dia memenuhi ciri-ciri yang saya kehendaki? Sebenarnya, saya berat hati juga kalau sangkut menyangkut benda ni. Sebab saya sendiri tak dapat nak pastikan dengan jelas sukatan perempuan yang saya suka, ciri-cirinya dan sebagainya.

Tetapi saya usahakanlah seboleh mungkin.

Maka ini perkongsiannya.

Sederhana

Saya senang kalau bakal isteri saya adalah seorang yang sederhana. Sederhana dengan harta, sederhana dengan penampilan, sederhana dengan ilmunya, sederhana dengan akhlaknya, dan sederhana dengan agamanya.

Jangan salah faham sederhana ni sama dengan separuh/tak cukup. Ini masalah la.

Sederhana yang saya maksudkan adalah, kalau dia kaya, dia tak bermegah-megah. Kalau dia cantik, dia tak menunjuk-nunjuk. Kalau dia berilmu, dia tak bising-bising tunjuk bagus. Kalau dia orang puji solehah, dia tidak pula overboard perasan baik. Kalau dia miskin, dia tak merungut-rungut. Kalau dia hodoh, dia tak mengeluh-ngeluh. Kalau dia kurang pandai, dia tidak pula terlalu memperbodoh-bodohkan dirinya. Kalau dia tak solehah sangat, dia taklah menunjuk-nunjuk ketidak solehahanya.

Sederhana. Bukanlah saya nak dia sederhana ni sebab kepuasan saya. Atau mungkin ada orang fikir: “Nak jadi isteri penulis islamik, mesti la kena macam malaikat”. Saya tidak tetapkan standard ni, untuk sekufu dengan standard saya ke, apa ke. Saya tak pernah pandang pun standard-standard ni.

Sederhana, bukan sebab perempuan itu nak jadi isteri Hilal Asyraf. Saya nampak, isteri saya perlu sederhana adalah kerana, dia nak jadi ibu kepada anak-anak saya.

Itu sahaja.

Agamanya bersih

Selepas sederhana, baru datang yang lain. Seterusnya, saya senang kalau isteri saya ada kefahaman dalam Islam. Maksud kefahaman kat sini, bukanlah dia faham Islam sehebat Zainab Al-Ghazali ke, faqih sampai tahap macam Aisyah RH ke, bukan, dan bukan. Tak semestinya juga, bila saya cakap ada kefahaman agama, dia kena ambil bidang Usuluddin ke, Usul Fiqh ke, Bahasa Arab ke, bukan. Bukan. Ambil komputer pun, ok.

Sekurang-kurangnya, dia adalah yang faham apa Allah nak, dan apa yang Allah benci. Seterusnya dia faham kenapa kena ambil Islam sebagai jalan hidup. Kemudian faham pula kenapa keluarga itu perlu dibina atas keimanan. Kenapa anak-anak perlu ditarbiyah dengan didikan Islam.

Kenapa? Sebab saya tangan saya ada dua sahaja. Tubuh saya ada satu sahaja. Saya ada tugasan saya dengan keluarga dan masyarakat. Kalaulah isteri saya seorang yang agamanya bersih, maka tugas saya ke atas keluarga jadi ringan. Tambahan, isteri saya boleh tegur saya kalau dia rasa saya silap dalam perjalanan saya menjadi hamba Allah.

Bila saya terluka dengan masyarakat, maka keluarga akan menyembuhkan saya.

Tidaklah bila saya terluka dengan masyarakat, keluarga juga melukakan saya.

Wajahnya menyenangkan

Saya akan cari yang menyenangkan mata saya memandang. Antara doa saya kepada Allah adalah:

“Ya Allah, berikanlah aku isteri, yang menyejukkan pandangan mataku”

Nanti bila saya letih bekerja, saya melihat wajahnya, hilang segala letih saya.

Macam mana nak kira wajah menyenangkan ni, saya pun tak reti nak beritahu. Tapi bila saya senang melihat wajahnya, itu kira fit dengan perkiraan saya la tu. Jadi, nak cerita kat sini, susah. Saya tak ada perkataan selain ayat – kalau saya lihat dia, saya senang hati – untuk dijadikan ukuran.

Dan saya fikir, anak-anak saya akan membesar dengan gembira apabila wajah ibu mereka membuatkan mereka senang hati.

Anak-anak saya mesti gembira.

Keturunannya baik

Ada orang ingat, keturunan baik ni dari golongan tengku ke, raja ke, syarif ke. Saya tak kira ‘keturunannya baik’ ini dari segi pangkat. Saya nampak, ‘keturunannya baik’ ini adalah keluarganya orang baik-baik. Bukan jenis buat dosa-dosa besar. Dan paling penting, mak ayahnya juga baik dan sederhana, mesra dan jujur, amanah dan menyenangkan, ambil berat dan penyayang.

Kalau tanya saya kenapa saya perlukan keturunannya demikian?

Mudah. Bukan untuk saya.

Untuk anak-anak saya.

Berharta?

Saya tak tahu saya perlu letak atau tidak perkara ini. Saya fikir, kalau dah cukup empat yang di atas, saya tak perlukan kut ‘harta’ ni. Isteri saya itu adalah satu ‘harta’. Jadi selain dirinya, saya tidak perlukan dia mempunyai harta lain.

Dan kalau dia punya harta, saya akan berusaha tidak menyentuh sesen pun duitnya.

Saya akan berusaha, biar wang saya sahaja sudah cukup untuk menampung kehidupan kami sekeluarga.

Kalau boleh, isteri saya tidak perlu bekerja. Saya senang kalau dia menjadi suri rumah.

Agar dia boleh luang masa dengan anak-anak saya. Mentarbiyah mereka terus dari tangannya. Menyayangi mereka terus dari hatinya. Mengasihi mereka terus dari jiwanya. Agar anak-anak saya membesar dengan didikan air tangannya. Biar anak-anak saya sangat sayang pada dia. Biar anak-anak saya anggap, ibu mereka adalah harta termahal yang Allah beri kepada mereka dan saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja


Saya tak nak isteri yang panas baran. Kalau boleh, harapnya perkataan yang busuk-busuk, sumpah seranah, semua dia tak tahu. Kalau tahu pun, tak sebut. Saya nak isteri saya sentiasa tersenyum, senang hati dan hatinya lembut.

Saya nak gurau-gurau dengan dia, romantik-romantik dengan dia, manja-manja dengan dia, sayang dia sepenuh-penuhnya, dan mencintainya dengan seluruh diri saya.

Saya nak isteri saya happy-happy aja. Dengan saya macam kawan, sahabat akrab yang tersangat akrab. Dengan saya dia tiada malu. Dengan saya dia tiada segan. Dengan saya dia tiada simpan. Kalau dia nak marah saya, dia senang cakap terus dengan saya tanpa cakap belakang.

Biar anak-anak saya membesar dengan suasana kasih sayang. Biar anak saya faham erti cinta. Biar anak saya tidak membesar dengan tertekan. Biar anak saya sentiasa gembira. Biar anak saya sentiasa rasa tenang dan senang. Biar anak saya nampak, rumah itu adalah syurga dia, ibu ayah dia adalah permata.

Saya hairan


Saya hairan dengan orang yang kahwin untuk kepuasan dirinya sahaja. Entah kenapa, setiap kali saya fikir fasal berkahwin, saya akan nampak anak saya. Saya akan rasa berdosa dengan anak saya, kalau saya hari ini merosakkan masa hadapannya.

Saya juga rasa kelakar dengan orang yang bising-bising fasal baitul muslim, tetapi di matanya dia nampak adalah – baitul muslim=cari pasangan untuk kahwin. Sampai ada unit baitul muslim untuk cari jodoh.

Tetapi, baitul muslim itu bukankah hakikatnya projek untuk mendapatkan redha Allah? Ia bukan berhenti pada gerbang perkahwinan dengan pasangan yang kita cari, tetapi ia berterusan sampai ke akhirat nanti.

Siapa sebelum berkahwin, dia fikir benda-benda ni?

Siapa?

Sebab itu, ramai yang dapat kahwin dengan pasangan soleh/solehah, tetapi tak ramai yang dapat produce anak yang soleh/solehah, dan tak ramai pula mampu membina keluarga yang soleh/solehah. Sebab apa?

Dia nampak, ending dia pada perkahwinan sahaja. Dia tidak nampak di alam perkahwinan, dia perlu buat apa. Dia hanya bersedia, untuk berkahwin sahaja. Dia tidak bersedia untuk mengharungi rumah tangga dalam keadaan mengejar redha Allah SWT.

Penutup: Entah dapat, entah tidak.

Saya rasa sedih pula bila tulis artikel ni. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan dapat apa saya mahu. Hidup ini bukan macam skrip novel yang boleh saya reka endingnya. Sebab hidup ini bukan dijalankan oleh kita sahaja. Hidup ini berjalan dengan jutaan manusia lain.

Apa masa hadapan saya? Saya tidak tahu. Yang ada pada tangan saya hanyalah usaha. Usaha tanpa jemu. Penetapan ciri-ciri ini juga, adalah usaha saya. Agar perjalanan masa hadapan saya, sentiasa berlegar-legar dalam pencarian ke araah redha-Nya.

Baik, kepada yang bertanya, saya sudah menunaikan.

Kamu hendak buat apa lepas tahu semua ini?

ps: mata dah bergenang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


itulah semua penulisannya.. kalau penulis sendiri boleh bergenang airmata waktu menulis, apatah lagi yang membacanya.. tak ramai lelaki yang berfikir seperti hilal asyraf ini fikir.Cukuplah yang sederhana untuk saya kerana saya tidak layak untuk orang yang terlalu baik.. artikel ini bukan untuk dibaca secara tersurat tapi fahamilah juga yang tersirat..



nusrah walfath: andainya susah mencari perempuan yang baik, lebih sukar lagi untuk mencari lelaki yang baik..;')

...AWAS...

salam tahun baru... apa khabar semua? (mood tengah ceria ni) hehe...Click Me~ hari ni dah masuk tahun baru.. tahun 2010..(padahal dah seminggu pun).. umur pun bakal meningkat.. tapi diorang semua cakap muka saya cam 18 tahun.. haha.. kalau macam ni bila umur 26, mesti saya lagi muda.. ahaks.. k la hari ni saya masih bukan dalam mood nak menulis walaupun dalam hati terlalu tak sabar nak tulis..huhu.. ade banyak gak nak share article ngan anda semua.. buat permulaan tahun 2010 ni kan.. jom kita baca sama2.. ni kaitan ngan pig fat dalam makanan.. rasanya ramai yang tahu tapi ramai juga yang musykil kan.. so, jom tengok benda ni betul2..



AWAS!! jajan yang selalu dimakan mengandungi PIG FAT..


salam semua...tadi saya baru dapat email mengenai penemuan lemak babi dlm jajan yang sering kita mkn tnpa kita sedari kandungannya....saya amat terkejut jugak bila dpt tahu benda ni sebab x dpt dijangka sama sekali hadirnya benda2 yg haram dlm mknan tu....jd elokla sy sampaikan pd semua akan bahayanya mknan ringan ni......buat anda semua,kt bwh ni ade kod yg mengandungi lemak babi dlm makanan,so before beli sesuatu makanan,eloklah perhatikan dulu........

Pasal jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli. Semoga Allah menghancurkan kaum2 yg zalim & musyrikin yg cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam..


MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
















1

E

100


16

E

280


31

E

434


46

E

482

2

E

110


17

E

300


32

E

435


47

E

483

3

E

120


18

E

301


33

E

436


48

E

491

4

E

140


19

E

325


34

E

440


49

E

492

5

E

141


20

E

326


35

E

441


50

E

493

6

E

153


21

E

327


36

E

470


51

E

494

7

E

160


22

E

334


37

E

471


52

E

495

8

E

161


23

E

335


38

E

472


53

E

542

9

E

210


24

E

336


39

E

473


54

E

570

10

E

213


25

E

337


40

E

474


55

E

572

11

E

214


26

E

422


41

E

475


56

E

631

12

E

216


27

E

430


42

E

476


57

E

635

13

E

234


28

E

431


43

E

477


58

E

904

14

E

252


29

E

432


44

E

478


59

E

920

15

E

270


30

E

433


45

E

481


Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...

Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...



Click Me~nusrah walfath: "di dalam diri setiap kamu ada seketul daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh badan dan anggota kamu. tetapi jika ia jahat, maka akan jahatlah seluruh tubuh dan anggota kamu. ketahuilah, itulah HATI." (riwayat Bukhari dan Muslim)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...