إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Hilang fokus



بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum.

Actually masa nak tulis ni semangat saya memang membuak-buak. Tapi tiba-tiba anak-anak Mu'izzah datang. Haha terus hilang mood dan idea. Mood nak main je ada sekarang ni. In fact, kat kaki sekarang pun rasa geli sebab ada anak-anak dia. Haha

Anak-anak dia so comel. Haha gerammmmmmmm


Okay lah. Lain kali lah sambung cerita. Ingat baru nak cerita kenapa saya sedih semalam :(

Okay then. Itu je


Babaiiii





~ I drop du'as. Not bombs ~


Little Nusrah


بسم الله الرحمن الرحيم




Beberapa minit sebelum melelapkan mata, terkesima sebentar dengan mesej yang masuk.

Diam.

Perlahan-lahan airmata menitis.

Terharu.

"salam Nusrah.. welcoming another little Nusrah in this world..hi aunt nusrah, my name is Nusrah Hanim bt Najman Hariz.." 

and she attached with a picture.

After that, she said to me, "so dear, u'll be in my memory till end of my life"

Saya speechless sungguh-sungguh.

Dia. Sahabat saya. Mengenalinya sejak sekolah rendah, walaupun sebenarnya berlainan sekolah. Tidak pernah bertegur sapa. Tapi saya kenal  dia dan dia kenal saya. Sehinggalah masuk sekolah menengah. Kami sekelas, malah jadi geng pulak tu.

Sehinggalah kemudiannya saya berpindah. Mula-mula masih tetap berhubung tapi lama kelamaan saya dan dia menyepi. Mungkin sebenarnya saya yang diam menyepi. Heh.

Masa berjalan. Terus pantas berjalan.

Dia mendirikan rumahtangga dan mengikut suaminya ke Itali (kalau tak silap saya. hehe). Dan saya masih tetap setia mengikuti perkembangan dia. Sehinggalah dia melahirkan anak sulungnya.

Alhamdulillah.

Dan terasa gembira dengan kebahagiaan seorang sahabat. Bahagia yang sukar dirungkai.

Dan malam tadi, ketika dia inbox saya dengan perkhabaran yang simple tapi bermakna, betul-betul menyentuh hati saya. Dia sahabat yang baik. Sepanjang saya mengenalinya, walaupun dia sedikit 'ganas' hehe tapi hati dia terlalu tulus murni. Dia tak sombong walaupun dia budak pandai. Dia terror English. Bukan calang-calang orangnya tau. Heee

Ketika saya accident zaman sekolah dulu, suara dia lah yang kali terakhir saya dengar menjerit panggil, "Nusrahhhh!!!". Dia caring. Kalau nampak macam sakit, pasti dia akan risau dan suruh pergi hospital. haha. Comeel kan sahabat saya yang seorang ni. Siti Nurfateen, you are too nice. And you're so beautiful in your own way :) I love you, and miss you. ;'')

Dan bercerita berkenaan nama. Nama yang diberikan oleh dia kepada anaknya, sedikit sebanyak buat saya rasa terharu. Saya bukan lah manusia yang baik. Serta punya banyak kekurangan diri. Banyak. Tapi jauh-jauh, saya doakan supaya little Nusrah ni menjadi anak yang solehah, cantik, pandai, bijak, baik, dan membahagiakan hati ibu dan ayah. Aameeen. Aameeeen.

Mohon doakan juga ye.

Teringat pula saya pada semester akhir di UIAM. Seorang sahabat menegur saya. Pertama bersua dengan dia pada semester pertama lagi. Dan kali ini dia bercerita pada saya tentang anak saudaranya. Tiba-tiba dia berkata,

"Nusrah, saya namakan anak saudara saya tu Nusrah.."

Err. Terpegun.

"Ingat tak kita kenal waktu first sem dulu? masa tu, saya tengok awak, saya rasa..cantiknyaa...baik pulak tu..so alang2 kakak saya nak letak huruf N, saya bagi la nama Nusrah"

Dummm. Macam kena bom.

Mungkin nampak seperti sebuah pujian. Tapi jauh disudut hati, saya rasa macam em..macam teguran dari Tuhan. Untuk saya perbaiki akhlaq saya dari masa ke semasa. Dari hari ke hari. Perlu perbaiki.

Dan nama saya ini cumalah pinjaman. Bukan milik saya. Tapi saya berbangga dengan nama saya. Kerana bagi saya ia memberi makna yang istimewa untuk diri saya. Ya, istimewa.

Buat dua anak kecil yang diberi nama Nusrah, semoga kamu menjadi muslimah solehah. Menjadi penyejuk mata ibu ayah. Menjadi penolong agama yang tekad dengan semangat juangnya. Menjadi pembantu yang setia kepada ummah. Menjadi pendorong terindah buat masyarakat sekeliling. Aameeen. Aameeeen.


Nusrah = Pertolongan. (pembantu, penolong, sokongan or Helpful)


Mohon doakan ye. Terima kasih banyak-banyak.


Senyum sampai ke telinga sambil kesat airmata.





nota hati: saya ada printscreen conversation kami. tapi tak dapat nak upload pulak. huhu. but ada dalam intagram. hehe.  :D













~ I drop du'as. Not bombs ~


Doa

بسم الله الرحمن الرحيم






"cepat doa. Doa penuh yakin tau" -bicara seorang makcik pada anak kecilnya ketika beberapa minit sebelum berbuka puasa.

Ketika itu kami berada di sebuah ruang masjid, menanti saat iftar. SubhanaAllah, ramai sungguh orang di sini. Dan betapa tenangnya saya berada di rumah Allah, memang sangat sukar untuk digambarkan.

Ketika tangan ditadah, mulut laju menutur bicara pada Dia, tiba-tiba sahaja, yang setia disebelah saya bersuara;

"akak doa apa?"

Saya senyum kenyit mata. Faham benar mimik muka dia yang minta saya doakan tentang hal yang dia bicarakan pada saya lewat beberapa hari lalu.

Doa.

Bagi saya ia adalah suatu keindahan.

Sebab saat itu, kita sedang berbicara pada Dia. Pada pemilik nyawa, pemilik hati. Teringat bicara akhawat pada saya ketika sedang pillow talk dengan dia, katanya;

"nak doa, jangan bagitahu. nanti tak mustajab" 

Hehe. comel sahaja. Masih, saya juga teringat pesan seorang pakcik beberapa bulan lalu, katanya;

"bila berdoa, kena yakin. Yakin sepenuh hati yang Tuhan akan makbulkan doa kita. Jangan ada rasa ragu-ragu pun..."

Sebab tu bila makcik tu cakap macam tu pada anak dia, sedikit sebanyak dia mengganggu konsentrasi saya. Kerana kata-katanya serupa dengan pakcik yang berbicara dengan saya.

Doa tu senjata bagi orang mukmin. Kata orang, kalau kita tak boleh nak sentuh hati seseorang, sentuhlah dengan doa. Kirim doa banyak-banyak. Tembakkan doa. Lebih-lagi bila waktu mustajab untuk berdoa.

Dan satu benda menarik pasal doa ni, kata murabbi saya, Allah juga boleh kabulkan doa  kita melalui lintasan hati. Kadang-kadang apa yang terlintas di fikiran kita adalah suatu doa. Fuhh~

Sementara masa masih berbaki, Ramadhan masih menghias hari, mari kita doa banyak-banyak. Bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk kenalan dan keluarga kita juga. Dan terima kasih kepada anda anda semua yang sentiasa mendoakan saya. Semoga Allah makbulkan permintaan anda, seiring dengan perancangan-Nya yang terbaik buat hidup anda. Aameeeen.

Semoga kita sentiasa saling mendoakan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

Ramadhan masih berbaki.

Ayuh, laju-laju kita lari mengejarnya.




dan Selamat Hari Raya-in advanced


:)


















~ I drop du'as. Not bombs ~


Update: Saya selepas GRAD =)


بسم الله الرحمن الرحيم


program agm terakhir sy di uiam.
senyum.
bacaan doa yg masuk terserap dalam hati.
pertama kali ada rasa sentuhan dalam doa.
suatu rasa ikhlas yg saya mampu rasa dengan hati.
moga Allah redha.



ketuk kepala banyak kali.
ada orang rindu.
eh....

senyum dalam-dalam.

"nusrah da grad tapi kat mane sekarang eh?"

"kenapa diam je sekarang ni, nusrah?"

"ramai tanya, awak kat mana sekarang ni nusrah"

alahai.
diam sebentar.
hmm. fikir.
nak bagitahu tak kat kalian semua ni ye? huhu

okay lah, ni saya nak bagi update sikit dekat my blog reader yang setia, yang selalu doakan saya sejak dulu sampai sekarang. huhu. So far, saya ni masih lagi di Malaysia. Ehemm.. gaya macam soon akan fly, kan? haha.

Sebenarnya lepas grad hari tu, saya having adjustment dengan keadaan diri. So a bit kelam kabut dan sengaja la tak online. After two weeks duduk rehat dekat somewhere (which is for sure agak jauh, bukan di sini, eheh), saya ke UIAM yang saya cinta dan rindu.hihi.

Dua hari berada di uia, untuk menyelesaikan beberapa perkara tapi lain juga yang jadi. but Allah knows best. Isn't it? *tunduk.senyum*

Dan setelah beberapa interview, saya akhirnya sudah dapat kerja. Still, somewhere in Malaysia. Syukur dengan rezeki yang tak terduga. Menganggur pun dua minggu je. Right after result keluar, saya dapat kerja terus. Alhamdulillah. Errr tapi kan, saya tak check result lagi la. Ini serius tau. huhu *teruknya*

So macam tu lah, kiranya sekarang ni saya sedang kerja. Doakan lah saya, semoga pekerjaan ni penuh berkat dan masih dalam redha-Nya. Aameeeen.

dan berkenaan Holland, itu kita cerita esok lusa ye. hihi

--------------------------------

Ramadhan dah tiba. Saya rasa Julai kali ni agak istimewa. hehe. kenapa? sebab........ tunggu ye. nanti saya bagitahu. hehe. okay itu itu sahaja update dari saya. nanti saya cerita lagi esok lusa (kalau ada masa). heee




nota hati: saya tak tahu nak rungkai ayat yang bagaimana untuk mengatakan bahawa betapa baiknya para akhawat melayan saya setiap kali saya ke uiam.

nota hati 2: tergamam jugak diri bila duduk makan semeja dengan blog reader saya.huhu. *segan*

nota hati 3: teringin nak sambut Ramadhan kat uia. cuma tak tahu sempat ke tak.

nota hati 4: semoga kita masih terus saling mendoakan. senyum

nota hati 5: terima kasih kerana memahami bahasa hati saya.






tak sabar nak dapat t-shirt APG.huhu










~ I drop du'as. Not bombs ~


Berwajah Baru


kita sedang melihat perkara yang sama?
:)


بسم الله الرحمن الرحيم


Ehem ehem.
Blog saya dah berwajab baru. hihi. Bertungkus lumus belajar dan edit template sebab blogger dot com sekarang kan dah versi baru. Memang garu kepala jugak nak edit-edit ni sampai kena mintak tolong orang. Huhu.

Cantik tak design baru ni? Err..lebih-lebih lagi header nya tu. haha. Hurm kenapa saya tukar background baru ye? Sebab;


  • Sebab dah grad. haha. Kena la amek mood baru. Bukan mood student dah. hehe
  • Dah puas tengok yang putih kot. Tapi suka je putih actually. Cumanya, teringin nak nampak sangat ketara bezanya, so tukar kaler hitam. haha. Kononnya nak buat blog ni nampak matang la, seiring dengan usia dan dah grad. Tapi warna hitam tu tanda matang ke? >_<
  • Sebab kaler hitam nampak kemas kot.. kot je lah. Tapi bila tengok banyak kali, rasa blog hitam ni nampak macam 'sayu', sedih, huhu
  • sebab saya memang nak tukar yang baru. hehe
Mudah-mudahan, saya kekal istiqamah dalam penulisan blog ni. Dan mudah-mudahan juga ada manfaatnya untuk kalian. Saya kekadang risau juga. Bimbang jika penulisan saya ini tiada manfaatnya pada orang yang membaca. Lagi bimbang kalau-kalau yang ditulis itu menambahkan dosa. Na'uzubillah. 

Jadi, doakan la saya mampu untuk menulis dengan baik, menyampaikan kebaikan, dan terdapat ibrah (pengajaran) di sebalik kisah-kisah atau cerita-cerita yang saya kongsi. Senyum.

Oh saya dah dua hari berkemas barang tapi hurm nampak gaya memang macam perlukan sehari dua lagi. Dan saya rasa selagi tak masuk sehari sebelum pulang, memang takkan siap la kemas barang. haha. Terkenang-kenang pula dekat Dilla kalau part kemas barang ni. Banyak kenangan dengan dia. Saya rindu dekat dia dan Wani. Huhu

Last word, jazakillah Qursiah dan Nadilla atas percubaan dan bantuan saya dalam pening-pening dengan blog ni. Hehe. Sorry sebab kacau korang malam-malam buta. Haha. Okay itu sahaja. Semoga bahagia selalu. dan sentiasa. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Final exam Final sem III




بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah

Senyum.

Puas.

Saya dah selesai kesemua exams. Semua submissions.

Maka, dengan ini saya sudah unofficially GRADUATED! ^__________^

Dan sepanjang hari saya hanya mampu mengukir senyuman lebar yang tiada berpenghujung. Bahagia. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. :))

Semuanya dari Allah. Dan doa kalian semua.




1st June 2013
5.00 pm
Foyer 1, CAC
- I will remember this-




-senyum sedalam sungai-











~ I drop du'as. Not bombs ~




Final exam Final sem II






بسم الله الرحمن الرحيم


Satu lagi berlalu. Eh silap. Dua.
Dua subjek berlalu. Maka berbaki lagi 3.
Dua exams dan satu seminar paper.

Penat?

Senyum sahaja.

Experimental Psychology selamat sudah. Selamat dihantar sejurus selepas selesai exam dan urusan di AMAD pagi tadi. Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Doakan semoga lembut hati madam baca report experiment yang terakhir itu. Report terakhir itu merupakan markah untuk final saya dalam subjek ni. Mudah-mudahan lulus cemerlang dengan penuh bergaya *pinjam ayat Dilla dan Wani zaman dulu-dulu.haha*

Saya menyiapkan report Expe ni pada petang dan malam selepas exam Educational Psyc. Berhempas-pulas sehingga jam 2 pagi. Dan harapnya ia berbaloi sebab jam 2 pagi tu juga saya baru dinner. Oh sila bayangkan saya makan nasi ayam bersama sambal kerang yang pedas berlemak pada jam 2 pagi. Hujan pula renyai-renyai. Fuhh~ awesome! Sebab mungkin itu kali terakhir saya makan lewat malam macam tu di bilik yang super duper heaven ni. Oh sedih pula rasanya.

Untuk Experimental Psyc ni, terlalu mencabar perjalanan yang ditempuhi. Sejak awal sem sehingga ke akhir sem, memang susah nak cari participants. Untuk itu, saya ucapkan berkalung2 terima kasih kepada setiap individu yang sudi, yang baik hati, yang berkorban masa walau beberapa minit untuk experiments saya ini. Jazakumullahu khair.

Untuk yang datang dari jauh, dari KENMS, dari KAED, dari ENGINE, dari ICT, dari AIKOL dan juga dari IRKHS, terima kasih berbanyak-banyak. Untuk adik saya berkereta kuning yang sanggup datang selepas kelas, walau sejam lewat, yang sanggup berpartner dengan orang lain, yang jauh-jauh dari kelas dekat econs sana, terima kasih sangat-sangat. Terharu, tau. T___T

Untuk adik yang lagi sorang yang bermotor yang berusaha tolong saya dapatkan participants dari kalangan budak-budak Engineering, pun saya berterima kasih. Terharu juga sebab saya tak minta pun dia tolong tapi dia tiba-tiba call dan cakap nak tolong. Dan adik yang berkereta putih pun sama. Dia join sama dalam eksperiment ni. Double terharu. Dan rupanya mereka berdua ni berharap saya pergi reunion NLC sebab tu tolong ringankan beban saya sebab pada asalnya saya taknak pergi sebab busy dengan report yang berlambak-lambak. Heh.

dua orang adik engine saya.
yang setia buat experiment.
:)
semoga dapat jadi engineer yang beriman
dan beramal soleh
dan beristeri solehah.
haha


Untuk groupmates Expe, Rina dan Shamim yang banyak bersabar, yang banyak memberi tunjuk ajar, saya ucapkan jazakillah. Saya tak mampu nak balas jasa korang. Semoga kalian berdua cemerlang dalam Expe ni. Aameeen ya Allah. Ini pengalaman yang terbaik yang pernah saya rasa sepanjang buat eksperiment. Again, jazakillah wahai ukhti berdua :)) *shamim tu pelajar antarabangsa*

Dan kisah subjek yang exam tadi. Interviewing and Counseling Skills. Ini subjek optional. Saya ambil pun sebab dah tak ada pilihan lain tapi madam ni saya belajar ngan dia sejak first sem lagi. Dah empat subjek belajar dengan madam. Huhu.

Malam tadi, saya belajar subjek ni dengan Ruhiyah dan Ainin. Itu mungkin study group terakhir saya dengan mereka. Sebab dah tak ada subjek yang sama. Dua subjek lagi tak sama dah. Huhu. Sebenarnya, nak study subjek ni agak mencabar juga. Sebab subjek ni bukan theory tapi applied. Memang faham-faham lah kalau subjek applied ni macam mana bila exam. Huhu.

Pagi sebelum pergi exam, kak Farah mesej saya, "nusrah, macam biasa ye pergi exam :) "

Saya tersenyum. Selalu sahaja saya akan pergi exam dengan kak Farah bila ambil subjek dengan dia. Kalau tak sama subjek, memang saya akan pergi sorang. See! Lonely kan hidup saya ni. huhu~

Sewaktu berjalan nak pergi exam, saya cakap dekat kak Farah, "kak, ni kali terakhir kan kita pergi exam sesama"

Kak Farah gelak. Dan saya pun sama. Padahal dalam hati, saya menangis laju-laju. Sedih sangat sebenarnya.

Kak Farah ni sebaik-baik kakak yang saya ada kat UIA. Maklumlah, semua orang nak jadi adik saya. Jadi, kadang-kadang tak best juga sebab dengan adik-adik saya perlu bersifat matang. So dengan kak Farah ni la saya bermanja, saya ngada-ngada, saya kelam kabut, saya gelabah, saya menangis, saya ketawa, saya bercerita, saya berceloteh, saya marah-marah, saya main-main. Semua dia layan. Tak pernah pun dia tak peduli. Dan she is one of my spirit!

Pernah sekali, saya sedih, saya pergi bilik dia. Bercerita dan menangis sampai tertidur kat situ. Dan dia pula tidur kat lantai je. Bila bangun pagi, saya rasa sedih sangat tengok dia tidur kat lantai. Bukan sekali, banyak kali. Kalau nak tahu, kak Farah ni terlalu berjasa untuk saya. Terlalu banyak budi dia sampai saya rasa tak mampu nak sebut satu-satu kat sini. Dan dia ni sangat tabah orangnya. Berganda-ganda tabah dari saya. Bergunung-gunung kuat dari saya. Sungguh, dia terlalu baik!

Dia sanggup nak teman saya pergi selesaikan urusan dekat AMAD, pegi pejabat pos, pergi fotokopi, pergi buat eksperiment, pergi situ pergi sini. Semua kebudak-budakan saya dia layankan sahaja. Paling saya ingat, masa first year dulu, saya demam teruk. Dia buat sorang je assignment. Part saya pun dia back-up. Cakap dengan saya, mana nak cari kawan macam ni? sahabat macam ni? kakak macam ni? *mata berair dah* Dan lepas ni saya dah kena berdikari. Semua kena buat sendiri dah.


kak farah belanja saya after a week saya mengidam
dan sekarang dia suka sangat cakap;
"alaa lepas ni awak tu bukan ada kat sini dah pun"
nangis diam-diam


Dan saya masuk dalam hall exam dengan perasaan yang macam-macam.

Sedang jawab exam tadi, saya berhenti menulis pada waktu sejam sebelum masa tamat. Ketika itu saya surrender sebab saya terlalu penat jawab exam! Astaghfirullah, syaitan berjaya menggoda saya dalam tempoh lima minit itu. Segera saya beristighfar dan fokus pada exam. Mohon jangan contohi sikap saya tadi. Saya sendiri tak tahu kenapa perasaan tu boleh muncul pada ketika saya sedang menulis, pada ketika saya berada dalam final sem, pada ketika ianya sedikit sahaja lagi untuk selesai.

Hati-hati dengan syaitan sebab ia takkan putus untuk menggoda dan menghasut.

Dan exam tamat pada ketika saya kalut-kalut finalized everything. Saya sudah cuba semampu yang boleh. Saya sudah berusaha sekudrat yang ada. Dan saya sudah tulis sepenuh hati. Mudah-mudahan akan sampai pada hati madam dengan apa yang saya tulis tu. Aameeeeen.

Dengan ini, saya masih berbaki dua lagi exam dan satu lagi submission.
Sepertinya, saya rasa mahu hentikan masa seketika supaya ia tidak terus berlalu.
Saya rasa tidak sanggup pula untuk menutup tirai imtihan di uiam.

Namun, menjejak realiti, saya akur.

Mohon terus doakan saya lulus dengan cemerlang, semoga ada peningkatan dalam peperiksaan kali ni. Saya perlukan doa kalian. Saya cakap ini sungguh-sungguh.

Jom usaha untuk next exams.
Lagi tiga hari, semuanya berakhir.

Dan saya berdebar.












~ I drop du'as. Not bombs ~


Final exam Final sem


langit subuh tadi.
sebelum pergi exam.
subhanallah
:'')


بسم الله الرحمن الرحيم


Langit cerah. Awan lembut berarak.
Alhamdulillah.
Dua exams berlalu. Lusa pula untuk dua subjek lagi.
Sedikit coretan berkenaan exam pada hari-hari terakhir saya ini. Sungguh, lain benar rasanya.

Cross Cultural Psychology

Tidak dapat dinafikan, saya buat revision untuk subjek ni memang agak lewat sebab saya fokus pada final report Experimental Psychology. Entah kenapa, susah juga nak dapatkan mode exam pada kali ni. Mungkin perlu duduk dulu dalam hall untuk ambil sedikit getaran exam. Mungkin lah.

Saya tidak ada masalah ketika study subjek ni sebab semua nota lengkap dan tiada masalah nak faham topik-topik yang ada. Semuanya kelihatan smooth. Dengan izin Allah. Alhamdulillah :))

Jazakillahu khayran buat sahabat solehah saya dunia akhirat, Ruhiyah Sakinah sebab tolong fotostat notes untuk saya. Free pulak tu. Teimakasih sebab fotostat notes sejak midterm sampai sekarang. Kalau nak tahu, one of the reason yang buat saya semangat nak study CCP, adalah kerana awak, Ruhiyah. Tak mahu lah duit awak terbazir dengan usaha saya yang ala kadar. Jadi, saya berusaha optimumkan usaha semampu yang boleh. InshaAllah.

dia tulis;
from: ruhiyah sakinah comel
haha


Hari exam CCP tiba. Duduk dalam hall, saya tercari-cari di mana Ruhiyah, tapi saya tak nampak pun. Mungkin ada di belakang sebab seat saya kat depan. Sedang menunggu exam mula, tiba-tiba saya sebak! Ah, perasaan apakah yang melanda ini dengan tiba-tiba. Jujur, suasana dalam hall buat saya sayu. Memikirkan ini adalah detik-detik akhir exam, hampir sahaja airmata menitis. Saya tahankan hati dan berusaha fokus pada exam. Saya janji pada diri untuk buat yang terbaik.

Sedang khusyuk jawab exam, saya sakit perut. Saya selalu terlupa untuk jaga kesihatan dengan baik stiap kali exam dan saya terpaksa tahan sakit sampai saat masa tamat. Mahu menangis tapi kena tahan, kena fokus. Pengajaran untuk saya supaya jaga diri dengan baik lepas ni. Dan pada ketika saya menahan sakit, tiba-tiba saya teringat dekat Mon. Seperti bermimpi, saya rasa Mon sedang bercakap dengan saya. Huhu.

Dan tiba saat paper nak dipungut, sekali lagi, saya diserang rasa sebak sehinggakan saya berkata pada diri, "alahai nusrah,..ni baru first paper..kalau paper last nanti? mahunya setangki airmata keluar"

Dan saya pulang dari exam dengan perasaan yang sedih sebab saya tak jumpa pun Ruhiyah. Tapi sampai sahaja di bilik, ada mesej dari Mon (saya memang tak pernah bawa hp pergi exam). Dia buat saya gelak banyak kali juga dengan lawak dia. Hilang terus sakit saya. Mon mon...comel sangat!


Educational Psychology


coklat feveret
reward lepas khatam baca
ahaa~


Belajar subjek ni dalam keadaan yang agak stress. Mungkin sebab paper berderet. Jadi, rasa macam aih, susahnya nak hadam. Dupdapdupdap. Dan rezeki datang di malam hari. Saya dapat mesej pada waktu saya baru sahaja beli makanan untuk dinner. Dan hamba Allah yang mengajak saya makan pula terlewat sesaat dua.

Tepat jam 11 malam, saya dah mula hilang fokus. Rasa macam mahu makan macam-macam. Rasa lapar dengan tiba-tiba. Tapi saya cuba paksakan diri untuk satu lagi chapter (okay cara ini memang tidak wajar diikut). Suddenly, ada mesej masuk. Dari Ain Shamila. "kak nusrah, famy hantar makanan. kak nusrah blok mane? turun amek boleh?"

Erk. heh. pucuk di cita ulam mendatang atau kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan ataupun orang mengantuk di sorongkan bantal, orang lapar, diberi makanan? Aha~ banyak betul peribahasa yang menjelma. Ini memang betul-betul rezeki ketika lapar. Terharu pula saya. Dah menolak awal tadi tapi dihantar jugak makanan. Terima kasih banyak-banyak.


sedap.
sirius sedap.
:)))


Jazakillah Ain sebab sampaikan makanan. Jazakallah fahmy untuk makanan jauh dari rumah dan along Azwan dengan bekas tu. Huhu mujurlah along ngan Famy sebilik.

Dan tak lama kemudian, sahabat solehah saya, Lela hantar mesej mengucapkan all the best. Sepertinya dia tahu saya sedang stress yang banyak. Huhu

Dan untuk kamu kamu kamu kamu (semua orang), jazakumullahu khayran saya ucapkan di atas sokongan, semangat dan doa yang dihulurkan. Esok-esok, rajin rajin lah hantar makanan juga sebab saya masih ada paper berderet lagi dan saya memang makan banyak sepanjang minggu exam ni. hehe.

Petang ni kena siapkan report Experimental Psychology. Perlu siap sepenuhnya. Malam dah boleh study. Lusa exam. Doakan saya dan mereka ye :))

Pesan saya, tulis dengan hati, inshaAllah akan sampai pada hati yang menanda nanti :)





"...kalau nak rasa ketenangan sebenar insyaAllah cubalah utamakan maslahah dakwah.. Yang lain akan setel insyaAllah.
 ...kalau tak dapat seideal yang dia nak di dunia, nanti claim dengan Allah kat syurga insyaAllah."

-genggam kuat-kuat, pegang kemas-kemas. janji Allah itu pasti. :)




nota hati: dua hari sebelum exam bermula, saya dikejutkan dengan berita cikgu math saya meninggal dunia. sedih. speechless. so saya duduk diam-diam sebab takut menangis banyak. Al-Fatihah untuk cikgu yang mengajar saya ;''')








~ I drop du'as. Not bombs ~


Apabila kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah





بسم الله الرحمن الرحيم


Ta'lim Wida': Bicara wanita berakhir semalam dengan suatu perasaan yang sukar untuk saya tuliskan. Melihatkan senyuman para akhawat yang saya kenali sejak awal semester di uiam membuatkan hati saya berasa sayu untuk meninggalkan mereka. Ketika slot perkongsian, duduk dalam bulatan gembira bersama dengan mereka yang bukan seusrah, masih terselit juga bahagia. Apalagi masing-masing melopong mendengarkan bahawa saya sudah berada di semester akhir dan lagi melopong bila tahu umur saya. Senyum sahaja. Adik-adik memang comel.

Sesaat dua, hati saya berdetik. Mungkin saya sudah terlalu tua untuk terus berada di sini. Mungkin apa yang sudah Allah tetapkan untuk saya ini adalah yang terbaik. Terbaik. InshaAllah.

Selesai makan-makan dalam bulatan gembira yang bahagia, seorang adik mendekati saya. Adik yang ketika saya memandangnya sudah merasa bahagia. Yang ketika mendengarkan namanya juga sudah cukup untuk buat saya tersenyum.

"kak Nusrah, perlu ke kita pegang jawatan tinggi-tinggi? Perlu ke kita menonjol di hadapan khalayak?"

"yam macam tanya dua soalan je tu..senyum. Macam ni la, kalau nak popular, tak semestinya kena pegang jawatan tinggi-tinggi, besar-besar. Nak menyumbang pun, bukan lah perlu berjawatan hebat. Kecilkan skop, kat dalam ni sendiri pun, ada sahaja yang pegang jawatan tu bukan orang yang selayaknya. Ramai lagi yang layak. Namun, mereka menggunakan kelayakan mereka dalam cara yang lain. kak Nusrah pun bukanlah src, bukan mrc, bukan juga kbs tapi ramai sahaja yang kenal walaupun sekadar join program dan berjawatan kecil.. Jangan pernah rasa benda kecil tu tak menyumbang apa-apa pun, dik."

Dan kadang-kadang, sekecil-kecil perbuatan tu sangat besar pahalanya bila disertai dengan ikhlas.

"kak Nusrah tak tahulah menjawab ke tak soalan Yam tu. Macam tak jawab je kan.."

"eh menjawab..menjawab...ada satu lagi soalan"

"apa dia?"

"macam mana kak Nusrah study sampai dapat Dean's List?"

"haha..Yam pun pandai kan..mintak tips ngan akak pulak.."

"ala...sekali tu je..cepatlah kak..."

Kerana berkejar dengan masa, saya sempat bercerita sedikit sahaja dengan Maryam semalam. Jadi, saya sambung di sini. Cerita yang saya simpan, saya jadikan pedoman. Saya jadikan pengajaran. Dan saya juga berharap sesiapa yang pernah tahu cerita ni, yang pernah saya kongsikan, dapat mengambil ibrah dari sudut mana sekalipun.

Cerita Fatimah pada awal semester ini betul-betul menyentuh hati saya. Fatimah dengan senyumnya, dengan tangisnya, dengan semangatnya yang saya rasa dia sudah mengumpul beribu kekuatan sebelum dia datang dan duduk bercerita dengan saya.

Suasana sunyi sepi. Rintik hujan langsung tidak menjentik riak muka Fatimah ketika itu.

"nusrah, saya ada suka orang. sejak semester pertama saya di sini"

Diam.

"dan ramai orang kata dia pun suka saya juga walaupun saya tak tahu dia suka saya ke tidak"

"Dia masih belajar kat sini ke?"

"tak..dia dah tamat belajar two years ago...dan saya pulun study banyak-banyak, nak habiskan 3 tahun pun sebab dia. Sebab saya nak kejar dia, dah habis boleh kahwin dengan dia..walaupun saya tak tahu dia suka saya ke tak, tapi dia selalu bagi harapan kat saya.."

"harapan yang macam mana?"

"dia pernah cakap nak masuk meminang..kadang-kadang saya tak tahu dia bergurau atau bercakap benar, tapi sanggup ke muslimin macam dia nak tipu saya? gurau-gurau benda macam tu?"

Kaku sekejap.

"Sehinggalah pada akhir semester lepas, sedang saya khusyuk study untuk subjek terakhir saya, ada kawan mesej saya.."

Ketika itu, dia menggenggam erat tangan saya. Menahan rasa hati, barangkali.

"kawan saya cakap, muslimin tu nak kawen dah....belum pun sempat sedih menjengah, airmata saya dah tak boleh nak tahan..."

Allahu Allah~ Dan saya masih membiarkan dia bercerita lagi.

"masa tu kan, saya tak tahu macam mana nak buat..dengan exam lagi, dengan perasaan sedih lagi, saya rasa teruk sangat saat tu..tapi memikirkan itu adalah masa hadapan saya, saya lawan rasa sedih tu..saya belajar-belajar-belajar dan belajar, saya tajdid niat kembali, semuanya lillahitaala...sampai lah saya dapat jawab exam dengan baik..dan menangis lepas habis semua tu..."

"tapi dapat DL kan sem lepas?"

"ha'ah.. dan saya rasa Allah nak ajar saya sikit kut. mungkin selama ni saya belajar sebab dia, bukan kerana-Nya. Dan bila kita letakkan sesuatu semuanya kerana Allah, Allah akan tolong, akan bantu.."

"fatimah memang budak pandai kan..jadi apa plan sekarang?"

"sebelum ni, kalau saya study hard macam mana sekali pun, dapat result sekadarnya sahaja..tapi, kuasa Allah, ketika kita belajar kerana-Nya, memang Dia akan beri apa yang kita minta selama ni..Dan plan saya sekarang, saya rasa saya kena teruskan juga sem akhir ni..walaupun saya menyesal buat 3 tahun sebab dia, tapi saya yakin ada hikmahnya..mungkin saya tak nampak sekarang,,tapi suatu hari nanti, inshaAllah.."

sebak. saya tengok mata dia berkaca.

"habis belajar nanti, saya memang perlu keluar dari sini..mungkin perlu sedikit masa untuk lupakan apa yang dah jadi..nak jadi kuat bukan senang..nak belajar senyum semula pun payah..."

saya tarik dia dan memeluknya erat. saya bisikkan secebis kekuatan dan doa untuk dia. apalah sangat sebak dalam hati saya kalau nak dibandingkan dengan apa yang dia rasa. Mungkin dia ada silapnya dalam perjalanan hidup dia, tapi dia belajar dengan setiap yang dia lalui.

seketika kemudian, dia menggenggam erat tangan saya dan berkata;

"nusrah, jangan jadi macam saya.."

Dan saya ingat kata-kata ini sampai sekarang. Fatimah adalah seorang yang sentiasa meletakkan sabar dalam hati. Walaupun terpijak duri dunia sekalipun, sabar itu lah yang menjadi kunci dalam kekuatannya. Saya bukan dia dan dia bukan saya tapi bila-bila masa sahaja watak kita boleh terbalik, bukan?

Menyedut ibrah cerita Fatimah tadi, banyak sebenarnya yang boleh kita belajar. Terlalu banyak. Selain dari sudut pandang Fatimah, mungkin kita juga perlu berhati-hati ketika nak sampaikan berita pada kawan-kawan. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dalam fatrah imtihan.

Atau mungkin juga kaum adam di luar sana perlu belajar sesuatu dari ini.

Oh ye. Saya menulis blog ni, adalah untuk semangat pada diri saya juga. Menyedut nikmat terakhir di bumi uiam ini terasa lain benar cuacanya. Sekejap sahabat buat kejutan, sekejap sahabat buat terharu. Susah juga. Sampai rasa, alahai tak mahu grad ;'')




Dan semoga semua sahabat dapat menjawab soalan exam dengan baik. Dapat fokus dalam study dan dapat result yang baik. Aameeen.

Senyum banyak-banyak. Saya akan merindui setiap kenangan di uiam ni. Dan saya akan merindui kalian semua. Jom study! =))










~ I drop du'as. Not bombs ~





Minggu terakhir sebelum grad




Alhamdulillah.
Semuanya dari Dia. Dari Allah. Yang memiliki segala di bumi dan di langit.

Selepas post terakhir saya di blog, saya jatuh demam. Dan semakin pulih pada hari Isnin lepas walaupun sekarang masih bersisa batuk-batuk. Syukur dengan semuanya. Sakit, tanda Allah sayang juga. Chill :)

Minggu terakhir. Kelas terakhir. Serasa seperti mimpi.

*setiap kali habis kelas, menangis dalam hati*

Saya tak tahu bagaimana nak bercerita dan berkongsi rasa tentang apa yang saya rasa sekarang. Tak tahu bagaimana nak ekspresikan rasa yang tersimpan. Mungkin. Terlalu banyak benda nak fokus sampai rasa macam-macam.

Beberapa hari saya stress. Sampai terzahir pada wajah. Kata kawan saya, "takut nak tegur nusrah..muka lain macam sangat.." Sedih saya dengar kata-kata kawan saya. Sedih kerana saya tidak mampu memaniskan wajah pada sahabat. Sedih kerana saya tidak mampu kawal stress dengan baik.

Namun, terima kasih buat dua orang sahabat pada hari ini kerana membuatkan saya tersenyum ketika saya sendiri sudah lupa bagaimana caranya untuk senyum. =))

Masih berbaki bebarapa tugasan dan masih berbaki satu kelas sahaja lagi. Semoga hati masih tabah dan kuat dan cekal. :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Hari-hari terakhir sebelum grad


mungkin kerana terlalu banyak simpan diam
simpan sorang
simpan jaga
kongsi rasa
dengan Pemilik Hati
:)



Hari ini. Tiada sejarah yang luar biasa untuk disampaikan. Tiada cerita yang baru untuk di khabarkan. Cuma sebuah kenangan yang teselit dalam lipatan rutin harian di hari-hari terakhir di sini. Tak tahu nak senyum atau bersedih. Banyak perkara yang macam buat diri ini terdiam terkaku. Tiada tahu bagaimana nak bereaksi. Senyum lagi dalam hati. Supaya jadi penawar diri.

Perjalanan hari ini. Pagi hari sebelum ke kelas, menyiapkan video yang saya render sejak malam tadi. Kemudiannya bergegas ke kelas. Duduk dalam kelas, terasa seperti lain macam. Tapi saya tak tahu itu perasaan apa. Belum pernah saya rasa macam tu. Tak lama kemudian, madam bagi midterm paper. Terkaku seketika. Betulkah ini markah saya?

Diam.

Lama.

Istighfar dalam hati. Berkali-kali. Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang dukacita yang tidak semena-mena. Diam-diam hati berdoa.

Sahabat-sahabat di sebelah kanan saya, kelihatan ceria dengan markah yang diterima. Sempat menjeling pada kertas jawapannya, saya mengucapkan tahniah di dalam hati. I'm proud of her. Sahabat-sahabat di sebelah kiri pula kelihatan murung. Saya cuba mengukir senyuman pada dia. Sedangkan saya sendiri tidak tahu perasaan saya pada ketika itu.

Entah.

Saya tidak tahu mahu bergembira atau mahu menangis. Atau mungkin kerana kerja-kerja yang masih bertimbun membuatkan saya tidak sempat langsung untuk melayan perasaan sedih. Dan hari ini, saya belajar satu perkara lagi. Pertama, mungkin di kala kita gembira, kita juga perlu sedar dengan rakan-rakan sekeliling. Kerana bimbang di sebalik tawa kita, ada yang diam-diam sedang menangis kecewa. Dan mungkin ada yang ketika itu perlukan semangat dari kita di saat dia di rundung rasa lemah dan dukacita.

Kata kawan saya; "Nusrah, you perlu bodek madam"

"itu yang nusrah tak reti"

"but you should do it"

"masalahnya nusrah memang tak tahu bodek orang, apatah lagi lecturer"

"you kena buat baik dengan madam dan buat madam tahu you"

Hurm. Saya diam. Tak tahu dah nak jawab macam mana. Madam bukan tak kenal saya. Tapi saya sejujurnya memang tak reti bodek orang. Maka, bagaimana lagi harus saya lakukan? Dapat markah tinggi sebab bodek madam? Sungguh, saya tak reti. Sedangkan saya punya dua minggu sahaja lagi. Dan diam-diam hati saya berkata, "nusrah, just be yourself!"

Petang hari bersambung dengan kelas dan discussion. Sesungguhnya terasa sangat penat hari ini. Tapi mohon hati sabar sebab saya tahu, ini mungkin bernilai di mata Allah. Ya Allah, kurniakanlah daku kesabaran dan ketabahan. Aaameeen.

Malamnya pula, sebelum pergi meeting, sedang duduk makan-makan, ada seorang teman bertanyakan saya tentang mushrif saya. Dan tidak saya sangka, dia tinggalkan secebis nasihat yang berguna. Mungkin. Kata-kata dia, membuatkan hati saya diam kaku. Terasa seperti nafas berhenti dan jantung berehat sebentar. Perlahan-lahan menghadam kata-katanya, akhirnya saya akur. Dengan sebuah senyuman, saya mengucapkan terima kasih pada dia.

Lepas ni, saya tak boleh balik dengan mushrif saya dah. Tak boleh.

I'm pretty sure that my mushrif doesn't read this. Kalau dia baca pun, saya rasa...mungkin tiada kesan langsung kot kat dia. Kot lah. Entah.

Kemudiannya, saya pergi meeting. Setengah jam menanti, barulah anak-anak PC Taaruf Week ni muncul. Itu pun cuma beberapa orang. Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi sejak maghrib lagi. Setelah berbincang itu ini dengan mereka, maka terhasil lah Reunion versi Potluck. Mohon ampun maaf buat sesiapa yang tak berkenan atau rasa menyusahkan. Kami di pihak PC sendiri sudah cuba memberi yang terbaik. Semoga semuanya dalam redha hati kalian. Aaameeeen.

Dan tadi, saya balik dalam hujan. Berseorangan. Mungkin itu kali terakhir untuk saya bermain hujan yang agak lebat. Indah. Mungkin mushrif saya pun tidak perlu untuk risau kerana ada Allah menjaga saya dan bila saya keluar UIA nanti, saya juga perlu berdikari.

Sampai di bilik, saya berasa lelah. Rasa seperti, ya Allah malam ni pasti tak tidur sebab perlu finalized video lagi sekali. Mohon hati kuat dan tabah. Perlu. Ini perlu.

Saya menulis ini cumalah sebagai kenangan saya di masa hadapan. Mungkin suatu hari nanti, coretan ini akan menjadi penguat semangat saya. Mungkin juga tidak. Tapi, coretan hari-hari terakhir sebelum grad ni tetap akan bersemadi walau mungkin ada yang pahit dan ada yang masam. Tetapi saya percaya, pastinya terselit kisah-kisah indah dan bahagia. InshaAllah :)

Saya berani jamin, malam ni, airmata saya akan menitis. Mungkin diam-diam sebelum tidur atau mungkin dua tiga saat lagi.

Senyum.

Doakanlah saya kuat.

Kerana untuk menjadi kuat di hadapan manusia, diri akan menjadi lemah ketika bersendirian.

Hati, redha lah dengan segalanya.










~ I drop du'as. Not bombs ~


Sebaik dia. Setulus dia. :)


mungkin.
saya dan dia
tidak seperti ini
tapi
saya dan dia
sahabat selamanya.
:)


Mon. Kawan baik saya. Perkenalan dengan dia sangat unik. Sangat kelakar pun ye jugak. Tapi taqdir Allah selalu menjangkaui segalanya. Kami ditaqdirkan bersahabat sejak hari itu sampai sekarang.

Mon selalu buat saya malu. Kadang-kadang tu macam tak tahu kat mana nak sorok muka bila dikenakan Mon. Sampai sekarang, saya belum berjaya buat dia pula yang malu dengan saya. Mon ni tenang je orangnya. Memang saya kalah lah dengan dia bila terserlah kegelabahan saya tu. Saya paling malu dengan Mon masa saya guna mouse dia tanpa saya tahu itu dia punya. Masa tu dia minta tapi saya taknak kasi sebab saya ingatkan tu orang lain punya. Lepas tu dia perli saya, "best kan mouse tu?" haha. Muka dia masa tu jelas sekali perli saya. 

Oh sungguh saya malu. -.-

Saya pun tak tahu sampai bila saya akan berkawan rapat dengan Mon. Sebab saya dengan dia sangat jarang jumpa. Adalah dalam 2-3 kali seminggu. Kadang-kadang tak jumpa langsung. Tapi dengan dia, saya selalu rasa tenang. Beruntung kalau duduk bercakap dengan Mon walaupun seminit dua. Sebab kata-kata dia selalu mengandungi hikmah. Hebat kan dia? :)

Mon ni budak baik. Kalau nak compare dengan saya, memang macam langit dan bumi. Saya teringin sekali nak jumpa emak Mon. Saya rasa mak dia pun tentunya ibu yang hebat kerana berjaya mendidik anak macam dia. Sehingga majadi 'manusia' macam sekarang. 

Cuma terkadang, saya rasa kesian dekat Mon sebab saya selalu cari dia bila saya ada masalah, bila saya susah. Agak-agak Mon kecik hati tak? huhu.

Dulu kan, pernah duduk sembang-sembang dengan Mon. Berkongsi rahsia. Berkongsi cerita. Masa sembang-sembang tu, saya baru perasan yang Mon ni lembut orangnya. Dia bercakap sangat sopan. Masa duduk dengan dia tu, saya rasa indah. Makan sama-sama, masak sama-sama. Ah, dia sungguh baik.

Kalau nak tahu, Mon ni suka juga tolong saya. Bukan selalu. Tetapi bila sekali dia tolong, saya boleh rasa keikhlasan dia. Saya boleh rasa betapa tulusnya dia tolong saya. Dan dia, memang jaga saya dengan baik sekali. Saya harap, Mon selalu berada dalam jagaan Allah selalu. Semoga Allah sayang dia selalu. Dan semoga cinta Allah bersama dia selalu. 

Mon, you are really a good friend! :)

Mon, thank you for everything! :)

Mon, you are great! :)










~ I drop du'as. Not bombs ~


Bicara Akhir Fatimah



Fatimah seorang diri.
Menaiki tren menuju ke rumah. 
Bumi UPM di biar sepi.
Membawa hati yang sudah kering.

Berbicara dengan Azzam kali terakhir.
Ada sesuatu yang Fatimah belajar.

Di situ, hatinya berdetik.
Terima kasih, Allah.
Untuk ini.

:)



p.s:: "nusrah, dia sangat baik. dari awal kenal sampai sekarang. teruskan doakan dia" -Fatimah,2013









~ I drop du'as. Not bombs ~



Menelan yang pahit disebalik tirai langit

let the picture speaks to you :)


Suasana di kolej kediaman sunyi sepi. Fatimah berjalan laju menuju ke biliknya setelah selesai kuliah. Dia merebahkan badan ke katil. Matanya meliar menatap kipas yang berputar laju di ruang siling bilik. Fikirannya menerawang jauh. Masih teringat peristiwa yang terjadi pagi tadi.

Fatimah beristighfar berkali-kali. Bimbang emosinya di kuasai syaitan. Kemudiannya dia duduk di meja belajar. Hujan mula turun renyai-renyai di bumi UPM pada petang hari. Fatimah membuka buku. Sekeping kad terjatuh. 



"Undangan ke Majlis Walimatulurus Marissa dan Azzam"



Fatimah senyum. Redha. 

"kau ok ke Tim?" tanya Yan, sahabatnya

"aku dah sedih berbulan. Nak aku sedih lagi ke sekarang. Aku dah cuba belajar jadi tabah."

"kau nak nangis tak?" sambil menepuk bahunya sebagai tawaran.

"agak-agak kan, berbaloi tak kalau aku nangis untuk orang yang tak peduli pun dekat aku?"

"mestilah tak!"

"aku dah nangis banyak dah. For the time being, aku nak senyum je" 

"nak pergi ke walimah tu?"

"tak nak"

"betul?"

"yup. waktu walimah dia tu, inshaAllah aku dah sambung MA aku kat obersea sana" sambil angkat kening

"haha..kau serius ke ni?"

"mestilah! masa depan aku tu penting, Yan."

"aku doakan kau, Tim"

Fatimah senyum. Lega.




pesan hati: "sepi atau riuh, ada cerita yang tak pernah kita tahu, tinggalkan menghukum"

nota hati: "kadang-kadang kita hanya perlu diam, rasakan manisnya pagi dan syukur"

kisah hati: "tempat yang 'tinggi' selalunya mahal"

cerita hati: "pada takdir langit, kau mungkin merah atau ungu"

rahsia hati: "Allah, ajarkan hati menelan yang pahit. Allah, ajarkan hati menikmati yang manis"








~ I drop du'as. Not bombs ~


Yang terakhir 2012



Nota-nota bergelimpangan. Mata terasa berat. Saya mengantuk. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Saya sudah berjanji pada diri dan pada mama saya bahawa saya tak mahu tidur petang. Pesan mama saya, betulkan semula waktu tidur tu. heh~

Jadi, saya paksa diri duduk di meja belajar. Dengan rajinnya, saya menelaah subjek Usul Fiqh. Upcoming exam. Akhirnya, dapat juga saya cover 4 topic. Alhamdulillah. Sebagai reward, saya boleh tulis blog. dan boleh buka FB. Dan boleh makan coklat. Macam  banyak pula reward, kan? Ni sebab saya dah banyak dera diri sendiri sejak sebelum bermula exam Arab.

Sejujurnya, exam kali ni agak susah nak dapat mood belajar. Saya pun sedikit hairan. Macam-macam dah buat nak bagi jadi rajin tapi still macam tu jugak. Sampai lah saya minta nasihat dari mama saya. Hampir sejam saya bersembang dengan mama saya sebelum saya mula study. Saya lebih banyak mendengar dari bercerita sebab saya rindu sangat dengan mama saya. Rindu yang banyak. Sampai bergenang airmata masa dengar celoteh mama saya. Saya rindu dengan adik saya yang baru tamat SPM. Rindu dekat rumah baru. Rindu dekat ayah. Rindu dekat atuk nenek. Habes semua saya rindu.

Sampai tiba satu saat, mama check mutabaah ibadah. Haa masa tu baru rasa banyak nya ibadah sunat yang saya tak buat. Biasanya kakak usrah yang check tapi bila mama sendiri yang tanya, rasa macam, adeh -,-"

Untuk kali ni, saya dah buat macam-macam notes kat wall bilik. Supaya bersemangat sikit nak study. Dan saya juga banyak mengajar diri supaya jadi disiplin. Saya buat jadual makan, jadual tidur, jadual online. Supaya masa study saya terjaga. Hehe. Dan saya juga haramkan katil untuk study. Haramkan meja study untuk tidur. Semuanya untuk kebaikan diri. haha

malas nak rotate gambar ni. haha :P


Hari ni 31 Disember 2012. Esok bermulanya 2013.
Sedih tak?
Adalah sikit.
Mungkin kerana target tak tercapai.
Tapi pesan saya, jangan kecewa.
Sebab hidup ini berjalan mengikut aturan-Nya.
Bukan aturan kita.
have faith.

Jadi, kiranya ini adalah post terakhir sempena Disember. Sempena 2012. Ya, tahun ini meninggalkan bermacam kenangan buat saya. Yang mana baik, ambil jadikan teladan. Belajar dari kesilapan. Dan yang mana buruk, boleh kita perbaikinya di masa hadapan. Jangan sesekali mengalah dan berputus asa dengan rahmat-Nya. Okay? :)



nota hati: saya rasa lebih baik kamu kamu jangan reply mesej orang kalau mood tengah tak elok. saya cakap betul-betul ni. 

nota hati 2: dia berbicara dengan saya tentang sesuatu yang tidak wujud. entah kenapa. saya pun tidak faham.

nota hati 3: 2013 adalah tahun mendebarkan. kerana saya bakal tamat belajar. dan akan menjadi dewasa. inshaAllah boleh konvo. 

nota hati 4: lepas habis belajar nak buat apa?














~ I drop du'as. Not bombs ~


Sahabat Lama




Lama sepi. Lama diam. Tiada bercerita, tiada berkongsi. Bukan tidak sudi, saya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menzahirkan kisah hidup saya ke dalam tulisan ini. Malam ini, mata tidak dapat tidur. Bukan kerana penat, bukan kerana banyak kerja, tetapi kerana saya sudah terlebih berehat pada siang hari.

Isnin yang lalu, saya melangkah masuk ke masjid sementara menanti waktu Asar, untuk ke kelas jam 5petang. Di suatu sudut, saya ternampak seorang perempuan sedang menyusukan anaknya. Saya duduk tidak jauh dari situ. Kemudiannya, suara si ibu menegur;

"Nusrah, you don't know me?"

"I know you. I just can't see you very well" -setelah saya menatap dia dalam-dalam.

Kemudian dia datang bersembang dengan saya. Lama kami bersembang. Mungkin kerana saya dan dia sudah lama tidak bertemu. Dia kawan pertama saya sejak di UIAM. Dia merupakan classmate pertama saya. Malah, dia juga groupmate pertama saya. Pantas masa berlalu. Dia sudah pun punya seorang anak yang berusia 8 bulan. Sekejapnya masa berjalan.

Di akhir perbualan, dia berkata,

"Nusrah, don't forget to invite me on your convocation day"

Saya senyum. Hiba. Terharu. Sedih. Semuanya bercampur. Ini pertama kali orang pesan macam tu dekat saya. Selalunya orang akan cakap, "kawen nanti jemput". Tapi sahabat saya yang seorang ini tidak. Saya dihimpit rasa sayu.

Meniti saat-saat terakhir di UIAM sebenarnya sangat sedih. Saya tidak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan saya jika ini adalah semester yang terakhir.

Duduk diam. Doa.











~ I drop du'as. Not bombs ~


Gadis Bertudung Hitam



15 Zulhijjah 1433H
31 Oktober 2012


1130 Pagi

Gadis berjubah hijau bertudung hitam melangkah penuh ceria pulang ke Mahallah. Puas hati dengan peperiksaan pertengahan semester yang baru sahaja selesai walaupun soalan itu sememangnya agak susah. Gadis bertudung hitam sempat online sebentar setelah sampai di bilik. Gadis bertudung hitam itu sempat tersenyum manis di depan laptop. Tentu ada sahaja perkara yang menarik hatinya.

330 Petang

Gadis bertudung hitam sudah menanti pensyarah di dalam kelas. Petang itu, pensyarah telah menyerahkan kembali kertas jawapan kepada para pelajar. Jelas sekali, semua pelajar kelihatan kecewa dengan keputusan peperiksaan. Majoritinya gagal. Gadis bertudung hitam tersenyum. Dia memandang rakan di sebelah. Gadis bertudung hitam sempat berkata, "stress. Dapat paper exam lagi stress dari jawab exam". Namun begitu, gadis bertudung hitam terus menghadiahkan senyuman kepada rakan sebelah walaupun hatinya hiba. Memandangkan rakan di kiri dan kanannya sudah kelihatan tertekan yang teramat, dia tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Jadi, dia masih tidak lekang dengan senyuman sehingga berakhirnya kelas.

0530 Petang

Gadis bertudung hitam berada dalam kelas yang terakhir pada hari tersebut. Jelas sekali, hatinya gundah gulana. Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap presentation pada petang itu. Dia menoleh kepada rakan di sebelah. Kemudian dia berkata;

"korang boleh tolong tulis kata-kata semangat? Nak letak kat sofboard sebab dah boring tengok yang lama. Langsung tak tukar-tukar."

"tapi kitorang takde kertas lawa la. nak tules tu kena buat cantik-cantik"

"takpe, guna kertas A4 pun boleh"

Tak lama kemudian, rakan disebelah menyerahkan kertas kata-kata motivasi tersebut. Pesannya kepada gadis bertudung hitam supaya tidak terus baca sebab malu. Gadis bertudung hitam kemudiannya ambil dan simpan kertas itu dalam beg.

0645 Petang

Gadis bertudung hitam keluar dengan perasaan yang terkejut. Hujan? Lebat pula tu. Bagaimana mahu pulang ke bilik? Buntu. Gadis bertudung hitam mula berfikir sendirian. Alang-alang sudah hampir Maghrib, eloklah rasanya dia ke masjid. Tak lama lepas tu, seorang teman menegur. Dia berjalan bersama gadis bertudung hitam di dalam hujan dengan payungnya. Baiknya hati rakannya. Sanggup memayungi si gadis bertudung hitam sampai ke masjid. Sesampainya di masjid, azan kedengaran sebaik sahaja si gadis bertudung hitam selesai berwuduk.

0720 Petang

Si gadis bertudung hitam selesai solat Maghrib berjemaah. Tak lama lepas tu, dia bangkit menunaikan solat dua rakaat. Mungkin solat hajat, mungkin juga solat istikaharah. Hanya dia yang tahu. Kelihatannya dia sujud sangat lama dalam setiap sujudnya. Juga, doanya kelihatan panjang seusai solat. Si gadis bertudung hitam kelihatan sebak. Tetapi tiada langsung mutiara jernih yang keluar. Kemudian si gadis bertudung hitam melangkah ke ruang tengah masjid. Dia mencapai handphone. Perutnya lapar. Jadi, dia cuba mendail nombor kawan-kawannya untuk mengajaknya makan bersama. Malangnya, tiada sorang pun yang jawab telefon. Dia makin sedih. Lantas, dia membuka beg. Kelihatan ada sekotak hadiah yang comel. Hadiah yang dia dapat ketika jawab kuiz dalam kelas. Kemudian, si gadis bertudung hitam terpandang nota yang ditulis oleh kawannya. Dia ambil dan baca.

Tik!

Airmata bergenang.

Sebak melanda.

Segara dia simpan kembali nota tersebut kerana dia malu untuk menangis di tengah-tengah ruang masjid. Kemudian, dia mengubah kedudukan. Dia bangun dan duduk di dudut belakang masjid. Di situ, hatinya sebak. Dia termenung memandang handphone. Dia lapar. Dia sedih. Segala perasaan bercampur.

Si gadis bertudung hitam sudah mula bergenang airmata. Puas dipujuk segala rasa hati. Puas dia mengingatkan diri akan kasih sayang Allah. Ketika itu, dia terbayang-bayang kejadian pada hari Isnin lalu, dia terbayang-bayang kertas peperiksaan yang mengecewakan hati. Dia terbayang-bayang dengan apa yang diminta dalam doa nya. Dan ketika itu, terngiang-ngiang pula suara seorang sahabat dua tahun yang lalu, "nak sedih apa, kan Allahuma'ana".

Lantas, dia bangun dan mengambil al-Quran.

Surat cinta Ilahi itu dibuka dan airmata juga laju merembes keluar. Dia menangis tanpa henti. Dia terpukul dengan apa yang dibacanya. Si gadis bertudung hitam sudah hilang rasa malunya. Dia sudah tidak peduli akan sesiapa yang memandang. Dia berasa tenang dapat menangis di rumah Allah.

Di sudut masjid itulah dia melepaskan segala tangisan. Dia melepaskan segala rasa lemah nya. Andainya ada yang peduli, mahu sahaja dia dipeluk oleh seorang teman, mahu sahaja dia melepaskan segala tangisan di bahu seorang rakan. Namun dia sedar, ketika itu dia punya Allah.

Ketika hatinya hiba membaca ayat cinta-Nya, telefon bergetar. Ada yang sedang memanggil. Seorang sahabat. Si gadis bertudung hitam menjawab telefon dengan suara serak. Kawannya bertanya;

"awak demam ke? tak sehat?"

"tak lah.. ok je"

Kemudian diam. Airmata nya menitis laju.

Kawan di hujung talian memanggil lembut. Dan kemudian dia diam dan membiarkan sahaja si gadis bertudung hitam menangis semahunya di sebalik telefon itu. Tak lama kemudian, kawannya bersuara;

"kita ada sesuatu untuk awak. Kita nak baca ni. Dengar ye."

Kemudiannya, dia bacakan Suruh Al-Insyirah dari ayat pertama hingga akhir. Si gadis bertudung hitam diam. Tenang.

Kemudian, kawannya berkata lagi, "di sebalik kesusahan ada kesenangan"

Setelah panggilan telefon diletakkan, si gadis bertudung hitam sambung mengaji. Tak lama kemudian, seorang lagi teman sedang calling. Dia berat hati juga untuk menjawab panggilan itu tapi dijawabnya juga.

Seperti yang di duga, sahabat di hujung talian, terkejut dengan suara gadis bertudung hitam yang berubah seratus peratus. Akhirnya, terkoyak sebuah senyuman di bibir gadis bertudung hitam kerana kepetahan sahabatnya itu.

0810 Malam

Sebaik azan Isyak, gadis bertudung hitam sudah semakin pulih. Dia berjaya memujuk hatinya. Dia berjaya menenangkan dirinya buat seketika. Usai solat, dia duduk sebentar. Tak lama kemudian, sahabatnya yang pertama call tadi muncul. Dia datang menghadiahkan senyuman. Dia datang memberikan suatu nota kasih. Dan bersama dia juga, si gadis bertudung hitam pulang ke Mahallah menaiki motor di dalam gerimis hujan.

--------------------------------------------

Apa yang dapat kita belajar dari kisah Gadis Bertudung Hitam ini? Banyak sebenarnya.

1. Ketika tiada sesiapa mahu mendengar, tiada sesiapa di sisi, ingatlah bahawa Allah sangat rindu dengan kita. Allah mahu kita mengadu pada-Nya.

2. Sentiasa peduli dengan kawan-kawan di sekeliling kerana mereka mungkin sedang menanggung seribu duka. Sekurang-kurangnya kita mampu untuk menjadi penawar buat dia. Kalau tidak  semua pun, sikit jadi lah.

Dan untuk yang lain-lain, mungkin kalian boleh fikirkan apa pengajarannya. Sebab saya percaya, setiap kisah atau cerita pasti akan ade sesuatu yang kita belajar darinya. :)

-------------------------------------------

Ada garis sedih dalam hati.
Ada garis sayu dalam jiwa.
Saya tak suka perasaan macam ni. 

-------------------------------------------

Lastly, Selamat Pengantin Baru buat Mohammad Kamarul Helmi dan Nik Nadia Izyan. Maro adalah salah seorang pembaca blog saya (kekadang), dia juga rajin komen kat blog ni (dulu-dulu), dia juga penasihat saya masa saya jadi AEM5 Convest'11. Tahniah sekali lagi buat Maro ;))











~ I drop du'as. Not bombs ~

Kisah sakit. Kisah demam



Masa sihat kita berlari-lari ke sana sini.
Masa sakit kita terlantar sepi di katil.
Masa sihat seringkali membuah lalai kepada kita.
Masa sakit seringkali mendatangkan insaf dibenak kita.

Cerita demam saya.

Pagi itu saya bergegas bersiap. Bergerak ke kelas dengan harapan yang menggunung. Pagi itu saya sudah mula batuk-batuk. Gayanya seperti tidak berapa sihat. Tapi saya buat-buat tak endah. Mungkin sekejap saja batuk ini. Petangnya, hidung pedih dan perit semacam. Petanda mahu selesema. Saya terpaksa menolak ajakan sahabat-sahabat untuk keluar pada malam tersebut kerana berasakan badan saya tidak berapa baik. 

Keesokannya, kawan saya yang lain pula ajak keluar. Juga terpaksa ditolak oleh saya dengan cara baik kerana saya sudah mula selesema. Saya dah rasa badan saya tidak enak semacam. Lidah pula rasa kosong. Tapi saya masih dengan kedegilan untuk berpuasa. 

Hari Khamis menjengah. Di sini lah bermulanya kemuncak cerita saya pada semester ini. Selesema saya makin teruk. Perit hidung. Sukar bernafas. Segalanya mengganggu tumpuan saya dalam kelas. Saya masih ingat, pada hari itu, ramai yang tegur saya. Kata mereka, saya kelihatan 'sakit', tidak bermaya. Tiada keceriaan pada wajah. Saya senyum sahaja.

Lebih berat lagi bila saya ada 3 meeting pada hari tersebut. Saya sudah berkira-kira nak skip meeting sebab badan yang tidak bermaya tetapi disebabkan ada yang sudah remind saya, saya terpaksa juga pergi. Petang itu, jam5, saya pergi meeting PGG dengan niat sekadar 'tunjuk muka'. Taktahu pula dalam meeting ni nama saya naik untuk jadi PM suatu program dan juga mainboard untuk tenure PGG yang baru. Masa tu, saya tolak cara baik. Mungkin faktor demam menyebabkan saya enggan menerima tanggungjawab yang berat. Syukur pada Allah kerana mainboard PGG pada kali ni dipegang oleh Aleya - seorang yang saya sangat kagumi. :)

Petang itu juga, saya sempat inform pada ketua saya pada satu program lain, bahawa saya terpaksa tarik diri daripada menjadi sebahagian komiti. Tidak dapat dinafikan bahawa demam saya ini menyebabkan saya rasa macam nak berhenti dari semua perkara. Penat. Itu yang ada dalam fikiran saya. Melepaskan sesuatu yang sudah digenggam adalah bukan perkara yang senang tapi bila ada kemahuan, disitulah letaknya pendirian kita.

Malamnya pula, saya sudah rasa seperti tidak mampu untuk bersiap ke meeting GM. Saya cuba gagahkan diri kerana saya rasa saya perlu pergi meeting malam itu supaya pada hari Sabtu nanti saya dapat excuse. Dengan lemah longlai, berserta baju sejuk dan semua kelengkapan, saya mula melangkah nak gi meeting. Buka sahaja pintu bilik, hujan turun. Lebat. Saya merenung sahaja hujan. Mengenangkan badan yang lemah, diri yang sememangnya demam, saya melangkah semula masuk ke bilik. Niat dihati mahu tunggu hujan berhenti namun, saya capai hp dan bagitahu my PM berkenaan keadaan saya. Kemudian saya terlelap dengan keadaan bertudung macam tu.

Saya terjaga jam 12.30 malam ketika ustazah Asifah datang memegang dahi. Dia suruh makan ubat. Saya geleng kepala. Degil. Bagaikan seorang ibu, dia datang bercakap-cakap, mengurut-urut saya. Dia letakkan towel basah di kepala saya. Saya ingat lagi kata-kata dia, "mungkin Nusrah rindu dekat Dilla kot sampai demam. Dengan izin Allah, demam rindu pun boleh jadi juga.." -syahdu. sayu. Saya memang rindu dekat Dilla. Malam sebelumnya, saya menangis sebab rindukan dia. Mungkin juga saya demam sebab rindu atau demam sebab penat bertaaruf week.

Pagi ini, saya bangun dengan badan yang lebih sihat. Selesema pun sudah beransur. Rasa macam ajaib. Syukur pada Allah. Kata Asifah, "sebab Nusrah puasa, jadi Allah bantu Nusrah. Allah tolong Nusrah.." Sudah lama rasanya saya tak demam. Terima kasih untuk Asifah sebab menjaga saya dengan baik sekali. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Terima kasih segalanya ketika diri ini layu tidak berdaya. Buat Nadilla, kakak awak ni sangat rindu dekat awak. Tak boleh nak bayang kalau esok lusa lepas cik adik ni fly, kakak ni jatuh demam lagi ;''')

Cerita kaki saya

Saya sentuh kaki. Sakit. Awak tahu kaki saya sakit? Tak tahu, kan? Ini cerita 8tahun yang lalu. Saya masih ingat lagi. That's the worse condition that I ever had. Masa mula-mula kejadian, saya tak boleh bangun berjalan. Sedih. Masa tu macam terkejut juga. Masa tu merasa keadaan berjalan dipapah orang. Masa tu, kaki sangat fragile. Takboleh nak pakai seluar. Kena pakai  kain je sebab kaki takleh nak angkat. Takboleh nak lari-lari. Nak jalan macam selalu pun dah tak boleh. Sampai suatu saat, saya rasa putus asa nak berjalan. Saya jalan macam kura-kura. Lambat sangat. Sedih. Masa tu saya cuba kuatkan diri. kuatkan hati. kuatkan semangat.

Cerita kaki saya pada 8tahun lalu memberi kesan yang mendalam sampai hari ini. Mungkin sebab 2x kaki saya terkena keadaan yang perit masa tu. Sampai sekarang, saya sangat berhati-hati menjaga kaki. Sehinggalah pada hari raya yang lalu. Malam tu saya tertidur di tilam. Tiba-tiba mummy datang kejutkan saya kerana dia nak betulkan tilam. Dalam keadaan mamai saya bangun dan tiba-tiba.."dum!" Saya jatuh terduduk.

Mummy terkesima. Saya masih lagi mamai. Masa tu saya rasa kaki saya sakit tapi saya bangun berjalan ke luar. Tak lama lepas tu, saya melangkan ke ruang tamu. Saya merasakan kaki saya sangat sakit. Tiba-tiba sahaja kaki saya tak dapat nak jejak ke lantai dengan baik. Berjalan pun terhencut-hencut. Rupanya-rupanya, jari-jari kaki terseliuh dan membengkak. Sakit. Malam tu, atuk sapu minyak dan urut kaki saya. Sakitnya teramat-amat. Rasa macam nak menjerit je. Malam tu saya tidur lena selepas diurut oleh atuk.

Keesokannya saya tengok kaki saya membiru. Bengkak dan jadi biru. Takboleh nak sarung kasut. Sakit. Lama juga kaki saya sakit sampai lah tibanya hari induction taaruf. Disebabkan saya masih tidak mampu berjalan dengan baik, saya rasa macam nak tarik diri dari jadi komoti taaruf. Rasa macam perlukan rehat buat seketika. Saya sampaikan pada Nusaibah. Katanya, nanti dia takde kawan nak mengadu :) Dari dia juga saya dapat tahu saya dalam biro PC. Setelah berlapang dada dan berfikir berkali-kali, saya buat keputusan untuk pergi induction pada hari kedua. 

Dengan bermacam risiko, saya gagahkan juga melangkah ke uia pada pagi selepas subuh. Mungkin tiada siapa yang perasan, saya pergi induction dengan memakai sandal. In fact, masa explorace tu, kaki saya terlalu sakit disebabkan lari-lari apa semua tu. Walaupun Fahmy dan Azwan juga tahu tentang kaki saya tu, hanya Nusaibah yang yang tahu bahawa kaki saya belum sihat. Setiap masa, dia akan tanya, "kak Nusrah ok tak?" "Kaki kak Nusrah ok?". Saya hanya mampu menjawab dengan gelengan kepala sambil menahan airmata sebab kaki saya memang sakit.

Sebenarnya sampai sekarang kaki saya masih lagi sakit. Masih lagi ada sisa-sisa bengkak. Saya pejamkan mata sahaja masa jadi PC Hall sepanjang taaruf. Saya pernah tanggalkan kasut dalam hall sebab tak tahan. Saya kuatkan hati baca macam-macam doa supaya saya tabah. Kaki adalah pemberian Allah. Kalau hilang, saya takboleh nak cari ganti kat mana-mana shopping complex. Kalau rosak, saya takboleh nak bawak pergi mana-mana bengkel. Sebab tu saya sayang kaki saya. 

Sama macam usaha untuk jaga diri, jaga iman, jaga hati, macam tu juga kena jaga kaki. Nanti kalau dah takde kaki, macam mana nak melangkah pergi masjid? Macam mana nak melangkah pergi kelas? Macam mana nak melangkah pergi majlis-majlis ilmu? Macam mana nak bawa mak ayah berjalan suatu hari nanti? Kalau fikir dalam-dalam dan lama-lama, pasti bergenang airmata.



Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Walaupun demam, puasa 6 berjaya juga dihabiskan. Syukur pada Allah yang memberi nikmat ini.


ini gambar raya.
tapi tahun lepas punya.
boley la kan? :)


Ketika saya sakit, saya sedar akan beberapa perkara tentang diri saya;
1. Saya ni degil.
2. Saya tak suka orang paksa saya.
3. Saya kurang rasional bila sakit.
4. Saya suka berehat secukupnya walaupun kerja tak siap ketika sakit.
5. Saya mudah stress bila orang bagi kerja last minute kat saya.
6. Saya tak sukakan jawatan yang tinggi-tinggi
7. Saya suka jadi yang sederhana.
8. Saya tidak manja.
9. Saya terlalu berdikari.
10. Saya perlukan perhatian ketika demam.


-saya ini memang macam-macam. heh~









~ I drop du'as. Not bombs ~

Perancangan Allah yang lebih baik


"This week jadi ke nak balik sama-sama?"

"Jadi. Tapi saya ada game esok pagi. Tak payah tunggu pun takpe"

"Takpe je kot kalau nak tunggu. Bukan lama sangat kan?"

"Ha'ah..oh yea, nak tanya..ni saja-saja tanya tau.. Rabiatul tak balik ke?"

Khadijah hanya tersenyum sambil berkata, "Tak..kenapa?"

"Saya saja-saja tanya je"

Sebenarnya, saat itu Khadijah dapat merasakan bahawa Malik mungkin tak jadi nak balik dengan dia. Entah kenapa hatinya terasa begitu.

Keesokannya.....

Dari jam 1030 pagi sehinggalah tengahari Khadijah menanti. Ketika mahu bersolat zuhur, Khadijah dipalit rasa bimbang. Rasa bersalah dengan tindakannya.

"Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Ya Allah, kalau Engkau tidak redha dengan pilihanku, dengan keadaan kami pulang bersama, Engkau biarkanlah perkara ini tak menjadi..Aamiiiin"

Saat itu, Khadijah solat dan berdoa dengan penuh khusyuk sehingga menitis airmata. Malu sungguh dengan Tuhan. Malu sungguh dengan tindakannya.

Akhirnya, tepat jam 2 petang, Malik muncul bersama Ahmad.

"Maaflah...saya tak jadi nak balik sebab ....... "

Senyum. Khadijah senyum. Senyum kecewa? Tidak. Tidak sama sekali. Malah bersyukur. Allah memang tidak izin Khadijah dan Malik pulang bersama. Allah masih menjaga Khadijah dengan baik. Alhamdulillah. Walaupun jelas sekali Malik kelihatannya sangat rasa bersalah. Namun Khadijah masih berkata tidak mengapa. Jangan risaukan dia.

*************************************

Cerita Khadijah dan Malik masih panjang sebenarnya. Khadijah dijaga dengan baik oleh Allah sehinggalah kakinya menjejak ke rumah. Katanya Khadijah, Allah tak pernah izin dia bekerja atau buat apa-apa dengan Malik. Mereka plan dengan baik sekalipun, tentu akan ada yang terhalang, dihalang atau menghalang. Khadijah redha dengan pilihan untuk dia. Sebab dia tahu, Allah mahu menjaga diri dia dengan baik.

Katanya Khadijah, walaupun dia dan Malik itu sahabat baik, ibarat sepupu, ibarat pakcik-makcik, ibarat mak-anak, namun dia sedar bahawa mereka tetap bukan mahram dan perlu menjaga batas seperti yang sepatutnya. Kerana, ajnabi tetap kekal ajnabi. Tiada apa-apa yang dapat mengubah hakikat itu.

*************************************

Sekadar berkongsi secebis kisah Khadijah. Banyak lagi kisah dia yang boleh saya kongsikan. Cuma setakat ini, itu sahaja perkara yang bermain dalam fikiran saya. Belajar dari kisah di atas, tentu semua orang sedar bahawa serapat mana pun kita dengan seseorang itu, hukum tetap hukum. Yang haram tetap haram. Yang halal kekal halal. Khadijah dalam cerita di atas sedang berusaha melawan kehendak diri. Saya juga begitu. Anda bagaimana?







~ Allah adalah sebaik-baik perancang ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...