إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

selamat tarikh lahir, Nusrah!






Sekarang tepat pukul 8:31 pagi. Hari ini hari Jumaat. Kejap lagi nak pergi ofis untuk berjumpa dengan cik adik Nur Nadhila. Heeee… lama dah tak update blog. Bukan sebab malas tapi memang sebab tak de masa. Seminggu ni saya memang tak sempat nak rest langsung. Semalam paling dahsyat saya terkejar-kejar dengan masa. Dari jam 7:30 pagi hingga 11 malam padat ngan macam-macam perkara. Dan untuk pertama kali dalam sejarah, saya mengantuk dalam kelas yang paling best. Pertama kali juga kepala jatuh ke meja, tangan menongkat dagu, mata jadi kuyu waktu dalam kelas soca ten ten. Hihi..


Pada 26 Julai lalu, genap lah umur saya….erm…berapa umur saya yea?? Hehe tak perlu mention pun tak pe, sebab ramai dah yang tahu kan. Malam hari lahir saya tu, my ex-roommate datang ke bilik sebab nak tumpang print kerja-kerja dia. Waktu tu dah pukul 12 malam.


Dia tanya saya, “kak Nusrah bukan tidur awal ke?


saya jawab, “memang pun tapi sejak dua menjak ni memang payah nak lelap awal. Ada je kerja nak buat. Kadang-kadang sampai pukul 4 pagi”.


Tiba-tiba, handphone saya berbunyi. Bukan sekali tetapi banyak kali menandakan ada banyak sms. Benda ni berlarutan sampai kawan saya cakap, “akak ni banyak fans la”. Hahahahaha semahu-mahunya saya gelak waktu tu. Tak ada nya ramai fans pun. Sms banyak sebab ramai yang nak ucap “Selamat Hari Lahir” je.


Pagi tu, bila pergi ke kelas, saya terima sms lagi. Kali ni sms yang sangat meruntun hati. Saya sedih baca sms tu~terharu sangat. Disebabkan terlalu banyak sms yang diterima, saya habis kredit nak balas dah. Huhu.. Sebenarnya, saya tak kisah orang tak ingat birthday saya tetapi saya kisah kalau saya tak ingat birthday kembar saya. Walaupun kembar saya ni jauh, tetapi kami ni dah macam satu. Semuanya sama sahaja walaupun secara fizikal, kami sangat berbeza. The truth is, SAYA SANGAT SAYANGKAN DIA!

Malamnya pula, saya ke DTE Mahallah Asiah. Waktu tu tak sabar-sabar nak habis sebab saya dah jemput kawan-kawan G.P untuk makan kek di bilik. Sepulangnya saya, lepas selesai uruskan diri, saya call kembar saya. Tak puas bercakap ngan dia. Saya rindu dia sangat. Lepas tu, saya bersama 3 orang roommates lagi, mula potong kek. Waktu nak potong tu pun kena gelak banyak kali dulu. Sebab diorang ni kelakar lah. lepas beberapa minit, muncul pula kawan-kawan yang lain. Tak sangka, ramai pula yang datang waktu tu.


Kepada mereka semua yang datang, Kak Farah, Kak Kinah, Hasanah, Ju, Asifah, Ja dan juga Dila, Wani dan At, saya ucapkan terima kasih sangat. Saya hargai saat-saat bersama kalian malam tu. Mungkin tak dapat nak ditukar ganti dengan apa-apa. Saya tak perlukan hadiah atau apa-apa. Cukup dengan senyuman dan sokongan yang kalian berikan, itu dah cukup buat saya rasa bahagia dan kuat untuk melalui hari-hari di UIA ni.




Akhir kata saya, terima kasih semua!! I do love you~~

..Allah lebih menyayangi..


Tepat jam 11 malam. Hurm.. I should sleep now. Or exactly, I should sleep at 10pm. Yes, itu adalah waktu saya tidur. Pukul 10 malam yea. Ni baru sahaja selesai minum ubat. Biasanya liat betul nak makan ubat. Kalau nenek tak bebel panjang-panjang, dah tentu saya buang je ubat yang ada. Haisy.. Walaupun saya agak penat dan perlu segera tidur, esok kelas pagi-pagi buta lagi ni, tetapi saya masih terasa nak bercerita. Rupanya skill lari 4x100 meter yang saya guna untuk sampai ke kelas kurang berjaya. Sudah berhasil tetapi kurang berjaya. Mungkin patut guna skill larian pecut pula. Haha..


Semalam (18 July), saya terima panggilan telefon daripada ibunda tercinta. Hairan juga bila mama call malam-malam. Memang mama saya tersangat tahu sepatutnya saya dah tidur waktu tu. Kebetulan saya tengah mengemas buku, so, terperasan la handphone bergegar-gegar. Seperti yang saya TIDAK jangka, mama saya bawa berita duka. Berita yang saya terduduk dan menangis dengan sendiri. Argh..sungguh sedih waktu tu. Luruh jantung, terhenti nafas dengar berita yang memang tak pernah saya fikirkan.


Lebih kurang 6 tahun yang lalu, waktu saya di perantauan, saya dikejutkan dengan berita kematian sahabat akrab, baik, rapat sejak tingkatan 1. Masih teringat saat saya terima berita yang menghiris hati waktu jauh dari mereka. Sungguh, berita tu sangat mengejutkan saya. Saya masih tak lupa bagaimana arwah dan sahabat yang lain bersedih hati bila saya bertukar sekolah. Lebih kejam, saya berpindah secara diam-diam. Langsung tak bagitahu mereka. Hari terakhir, baru lah saya cakap. Ahh kejamnya saya. Saya juga masih ingat bagaimana mereka menangis dengan pemergian saya. Sedih..itu kali terakhir saya jumpa mereka. Sekarang, sahabat saya yang seorang tu, dah tak ada. Dan hari ni saya jadi rindu pada mereka.




Sekarang, setelah 7 tahun berlalu, saya menerima berita yang lebih menyayat hati. Ayah saya, yang menjaga saya waktu di perantauan telah meninggal dunia. Walaupun sekadar ayah angkat, saya terasa sangat sedih. Selepas dapat tahu dari mama, saya cuba menahan tangis. Berita ni terlalu mengejut. Saya cuba kuatkan hati, saya cuba kuatkan semangat walaupun saya rasa sungguh sedih. Jelas mama, ayah saya tu memang meninggal secara mengejut. Masih terbayang-bayang kenangan bersama arwah. Ayah sangat kelakar. Setiap kata-katanya, selalu buat saya ketawa. Pernah bawa saya jalan-jalan sepanjang berjauhan dengan keluarga. Sekarang, ayah angkat saya tu dah tak ada. Saya dah hilang sorang ayah. Sedih…


Lepas bercakap ngan mama, saya sambung mengemas. Saya tengok roommates. Rasa macam nak cakap, tapi saya takut saya menangis depan dia. Saya tak nak mereka rasa simpati dan sedih. Selesai semua kerja, dan segala-galanya, saya masuk tidur. Waktu nak tidur ni, saya tak dapat tahan rasa sedih. Akhirnya, saya menangis jua. Saya harap lepas saya bangun tidur, ini semua hanya mimpi. Waktu kawan saya meninggal dulu, saya juga terus tidur sekejap. Tapi bila bangun, saya sedar, ini bukan mimpi tetapi kenyataan. Hari ini, saya masih sedih, tetapi saya kuatkan hati melangkah pergi ke kelas. Dan kawan-kawan masih tak tahu cerita ni. Kalau sahabat-sahabat baca ni, saya minta maaf sebab tak cakap terus. Saya takut hati saya tak kuat. Nanti jangan tanya banyak-banyak, saya takut jadi sebak, dan takut saya menangis depan kalian. Nanti, kalian juga tak tahu nak pujuk.


Saya sekadar bercerita di blog ni untuk menghilangkan rasa sedih saya. Saya tak meraih simpati, juga tak mahu apa-apa. Cukup sekadar membuatkan saya rasa lega walau hanya sedikit. Jujur cakap, saya agak susah nak focus dalam kelas. Saya masih rasa kehilangan yang teramat. Saya tak boleh nak pergi ke sana sebab memang jauh dan mama saya pun tak bagi. Jadi, dari jauh, saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Sungguh, dia adalah ayah yang terbaik.


Akhir penulisan ni, saya sekadar nak berpesan, hargai orang di sekeliling anda. Kematian itu pasti dan bila-bila masa sahaja akan tiba. Saya sayangkan sahabat saya dan ayah angkat saya tu tetapi Allah lebih sayangkan mereka. Untuk sahabat yang masih setia di sisi saya, saya sayangkan kalian juga dan setiap senyuman kalian, mampu membuatkan saya terlupa dengan kesedihan saya. Ketenangan saya ada bersama kalian. Terima kasih, semua. ;-)




Nusrah Walfath: mencari damai di hati.

..AWARD..

Selamat petang semua. Saya baru sahaja selesai menggosok kesemua baju yang ada. Puas hati sangat tengok bilik yang teramat kemas ni. Lepas ni boleh la bagi award bilik terkemas dan terbersih kat saya yea. Hehe.. Haaa cakap pasal award ni, saya dengan suka hatinya nak bagitahu saya dapat award daripada blogger lain. Haisy, macam mana leh dapat award ni? Tulis blog pun macam belum betul lagi. Haha.. walaupun saya agak kekonfiusan pasal award ni tapi saya teruskan juga lah sesi menjawab tag award ni k.


MY FIRST AWARD






Haa..tu dia.. creative blogger award. Errr..saya ni kreatif ke? Hee… anyway, thanks to you Nadilla Jamil. Walaupun saya tak sekreatif anda, tetapi saya tetap hargainya. ;-)


Seterusnya, 5 orang yang akan saya anugerahkan award ni ialah.. Hurm (garu-garu kepala yang tak gatal), saya tak tahu nak bagi siapa. Nanti saya jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang akan saya cop dia sebagai orang yang kreatif. Heee… Baiklah, setelah diziarahi semua blog, ini lah senarai penerimanya-=:
1. kelisa hijau
2. ezzu exSMKANT
3. xikree
4. farid nazmi
5. nana




MY SECOND AWARD







Haa kali ni dapat friendship award pulak. Sweet je. Award yang ni perlu jawab soalan. Bila penyampai award ni tanya soalan-soalan (gaya macam jawab exam je), saya kena la jawab soalan tu. Huu… okey ni dia soalan dia dan jawapan daripada saya.


1.Adakah anda kawan saya?
~Yea. Sudah semestinya saya kawan awak. ;-)



2.Bagaimana cara kita bertemu/ berkenalan?
~Haha saya masih ingat lagi. Saya kenal awak pada hari pendaftaran di UIAM. Kalau tak silap, awak la yang tegur dan tanya saya, “Malaysian?” heee… kamu kan Dila? Lepas tu jumpa kat Klinik waktu nak check-up. Waktu tu la saya berkenalan dengan kamu.



3.Apakah anggapan anda ketika kali pertama bertemu / berkenalan dengan saya?
~Mula-mula saya fikir, kamu ni mungkin serius orangnya, nampak macam seorang yang berdikari dan paling nampak, kamu ni berani sangat la cik Dila oi..tapi ada gaya cam makcik-makcik pun yea jugak. Hehe..



4.Adakah anda msih beranggapan demikian?
~Hahaaa tidak. Yang pasti Dila memang seorang yang berani dan berdikari. Bila dah kenal, Dila jugak ada gaya budak skema (hihi) walaupun dila selalu cakap saya yang skema.



5.Apakah yang mengingatkan anda kepada saya?
~Macam-macam la Dila. Tapi saya sangat mengingati note yang Dila tampal kat bilik saya waktu hari konvokesyen saya. Dila yang tak pernah jejak bilik saya di blok F tu telah ke bilik saya dan meninggalkan nota yang mampu membuatkan saya tersenyum. ;-)




6.Pendapat anda tentang diri saya dalam satu perkataan sahaja.
~Genius.



7.Award ini juga dianugerahkan kepada:=
~ diba violet
~ sharifah amira
~ dila zemudin
~ xikree

~ laman hikmat





Baiklah, saya telah selesai menjawab. kepada yang berkenaan, selamat menerima award ni yea. terima kasih sekali lagi buat Nadilla Jamil. hee...sayang kamu. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...