إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..kenangan RASOK..


Finally I’m done with paper RASOK! Haha! Really scary subject ni. Honestly, saya sendiri hairan sesangat kenapa saya obviously takut nak jawab exam RASOK. Sebab sekali ngan paper BM kot. Tapi tak pon sebenarnya. Nanti jap nak imbas kembali sejarah RASOK nih. Huhu..


Kalau ikutkan subjek ni, saya register manually. Saya sendiri bersusah payah jumpa Head of Department Quran & Sunnah ni. Nak jumpa dia pun bukan kerja senang lah. Asal pergi je dia tak de, pastu, kena pergi keesokannya pulak. Pagi-pagi buta lagi, saya dah terjengul depan pintu. Tapi dia pulak tak sampai lagi. Akhirnya, dalam kul 10 pagi, dapat gaklah jumpa dia. Lepas cakap-cakap sikit, terus dapat sign dia dan terus pergi hantar form kat Academic Affairs IRK. Akhirnya, saya dapat lah kelas RASOK section 3 setiap hari Isnin dan Rabu kul 8:30-10 pagi.


Oh yea, terlupa pulak. Nama sebenar RASOK ialah Revelation As Source Of Knowledge. Bila wat short form jadi lah RASOK. Yang mengajar saya ialah Dr. Shah Jani (H.o.D tu lah). Saya ingat lagi ayat dia waktu first class. Dia cakap, “I’m very loyal to the ONE wife”. Haha! Adakah itu sebagai warning supaya tak de student nak ngorat dia? comel je sir ni. Tapi jujurnya, sir ni memang baik.


Paling jujur lagi, setiap kali masuk kelas dia, saya tak pernah faham pun apa yang dia ajar. Oh teruknya kamu, Nusrah! Saya salin semua notes dia kasi tapi saya tak faham. Dan saya mula rasa subjek tu sangat susah. Terlalu susah. Over susah. Tak tergambar ngan kata-kata tahap kesusahan subjek nih.


Pendek cerita, bila midterm, hancusss.. Oh, saya rasa markah midterm saya sangat dahsyat. Tak pernah hayat saya dapat markah banyak tu. Tapi saya tak nangis. Tabah, kan? Haha. Sebab saya tahu usaha saya banyak mana. Mungkin sebab tu saya gerun sangat ngan subjek ni. Waktu oral test pun takut tambah lagi, time tu tengah demam.


Akhirnya, bila keluar jadual final, meloponglah saya. Paper RASOK + BM in one day. Oh no! Plus, saya bukan terror sangat dalam bahasa Melayu. Bahasa melayu memang sangat susah sebenarnya. Dua tiga hari sebelum exam, memang saya resah gelisah lah. Sape yang belum amik BM mesti cakap, alah, BM je kot. Tapi tau tak, BM tu sangat susah. Huh.


Sehari sebelum exam, malam tu, saya langsung tak tidur. Ye, saya terlalu takut. Bila baca BM, saya teringat RASOK. Bila baca RASOK, saya teringat kat BM. Oh, saya tak tau apa kena ngan diri saya. Tengah study sorang-sorang, saya tetiba jadi panic. Saya tak tau kenapa RASOK buat saya panic, gelabah, takut, gerun yang melampau-lampau. Ada juga saya cuba teknik ‘spot soalan’. Ini bukan teknik yang baik. Tapi kalau tak spot pun, sama jugak.


notes Dr. Shah


Jadi, nak taknak, saya perlu usaha untuk study. Macam-macam cara dah saya buat untuk memotivasikan diri sendiri. Takut mungkin payah nak hilang, tapi saya tetap kena usaha. Saya taknak nanti rasa menyesal. Peluang nak dapat A bukannya tak ada langsung. Saya perlu usaha sahaja.


Hari ni, lepas jawab BM, saya terus terfikirkan RASOK. Setiap saat RASOK ada dalam fikiran. Jujurnya, bila saya study betul-betul, ia bukan lah subjek yang susah. Ia sangat senang. Saya tak tahu kenapa saya sangat tak boleh bawak subjek ni. Aduhai… lepas keluar hall, saya terus balik. Saya terus sambung study RASOK. Kaki tangan semuanya makin sejuk. Sah, saya tengah panic. Sebab risau sangat, saya makan roti sahaja untuk isi perut. Dan walau sangat mengantuk macam mana, saya paksa diri untuk study juga.


notes BM


notes RASOK (sendiri punya!)

Lepas zohor, waktu nak bersiap, saya tengok hp. Memang jenis saya, sorok hp dalam laci bila tengah study. Dalam keadaan tengah gelabah, ada mesej dari mama. Lepas baca mesej tu lah saya menangis. Haha. Betapa dahsyatnya tahap panic saya sampai menangis sebelum pergi exam. Saya menangis sebab takut dan saya menangis sebab terharu baca mesej tu. :-(


"tak perlu lah takut. InsyaAllah dapat jawab dengan tenang dan sempurna. Nanti lulus dengan baik. Mama selalu doakan yang terbaik untuk anak-anak mama"


Venue exam, foyer 1. Sekali lagi jantung macam nak luruh je. Tiba-tiba, seat saya depan sekali. Depan meja invigilator. Boleh bayang tak macam mana bertambahnya tahap panic saya? Haha! Lepas tu, Dr. Shah muncul depan meja tu. Dia nampak saya dan cakap, “eh!” sambil angkat tangan dan tersenyum. Hah memang tambah cuak lah waktu nih. Hehe.


Lepas tu, cuba gak tenangkan diri. Bila bukak kertas soalan, saya mampu tersenyum. Ada 3 soalan esei dan semuanya seperti yang saya spot. Oh pandai juga saya spot soalan. Yang jelas, dalam masa pukul 3-5 petang tu, saya menjawab exam dengan penuh semangat. Perlahan-lahan rasa gelabah tu hilang. Saya rasa masa 2 jam sangat tidak cukup untuk saya buat 3 esei. Sampaikan terpaksa pendekkan jawapan sebab masa sangat ngam-ngam. Selesai semuanya, saya rasa macam nak melompat. Subjek yang saya geruni sudah berakhir. Saya perlu focus pada 5 subjek lagi. Masih ada 5 kali perjuangan lagi. Hehe.

ni masuk exam. haha!

Sekarang, saya mungkin boleh tidur dengan aman, makan dengan tenang setelah RASOK berlalu pergi. Saya akan merindui kelas RASOK. Ada jugak sikit rasa menyesal sebab bila last class baru minat subjek ni. Apa-apa pun, saya dah berusaha dan cuba buat yang terbaik. Saya harap sem depan, tak de dah subjek yang buat saya gelabah bagai nak rak ni. Hehe.


Ok itu sahaja. Lepas habis RASOK, semangat nak tulis blog. Next exam, Sciences of Hadith. Lepas ni tak ada masa dah nak update blog. So, ni last kot untuk bulan ni.


Akhir kata, selamat maju jaya.


Semoga berjaya ye kawan-kawan.


Jangan panic, jangan gelabah.


Selamat menjawab exam.


Doa. ;-)



nusrah walfath: Francis Fukuyama adalah orang yang sangat Dr. Shah suka.

Bila kamu bising pasal IMEJ ISLAM


"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusi...a dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)." (hadis riwayat Imam Muslim)


Sejak dua menjak ni, ramai yang melenting saat Islamic Fashion Festival yang diadakan baru-baru ini mencemarkan imej Islam. Sebagai manusia normal yang beragama Islam, saya rasa anda wajar untuk mencemuh dan mengeji terhadap apa yang berlaku. Bagi pendapat saya sendiri, perkara seperti itu tidak sepatutnya terjadi. Oh, rasanya kalau tanya budak sekolah rendah pun, mereka tahu bagaimana etika berpakaian menurut Islam.


Namun di sini, saya tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai ‘Islamic Fashion Festival’ tersebut sebab saya lebih berminat untuk menyentuh soal ‘imej Islam’ yang anda semua melenting.


Saya mahu tanya anda, bagaimana sebenarnya cara berpakaian menurut ISLAM?


Apakah yang dimaksudkan menutup aurat?


Pakai baju, kain, tudung, kasut?


Baju jangan jarang?


Baju tidak menampakkan bentuk tubuh badan?


Begitukah?


Baiklah, saya tidak menyatakan jawapan anda salah atau betul sebab saya tak tahu apa jawapan anda. Tetapi, saya ada beberapa pandangan. (bukan buat hukum sendiri yea)


Dan katakanlah (juga) kepada para wanita beriman, agar jangan mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah menjaga kehormatan (maruah) dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung kepala (jilbab) mereka hingga menutupi dada..” (surah an-Nur)


Pertama sekali, saat kita bising-bising, melenting, marah-marah soal pakaian dan imej Islam yang ditayangkan dalam festival fesyen tu, ada tak sebelum ni, kita bertindak macam tu juga?


Saat kita tengok kawan-kawan di kampus berpakaian ‘menutup aurat’ dengan jeans yang ketat, tudung jarang, baju sendat, ada tak kita naik angin?

Saat kita tengok kawan-kawan, pakai baju kurung yang nipis, ada tak kita melenting?

Saat kita tengok kawan-kawan selamba je berselendang dengan juraian rambut, ada tak kita tegur-tegur dia?

Saya yakin, kita semua buat tak nampak je. Sebab apa? Kenapa?

Sebab dia tak pakai baju yang jarang tu dipentas peragaankah? Atau sebab dia dah tutup semua badan dia walau hakikatnya baju tu ketat?


Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, ia hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu (mengubah dengan tangan-kuasa), maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (yakni tidak redha dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sekadar besar biji sawi.” (hadis riwayat At-Tirmizi)


Sahabat-sahabat yang tersayang, kita ini manusia. Beragama Islam. Kita membawa agama kita 24jam. Sehari semalam. setiap masa. Setiap denyut nadi kita. Kita tidak membawa Islam dipentas peragaan semata-mata. Kita tidak membawa Islam dikhalayak ramai sahaja. Kita tidak mengikut hukum Islam di depan umum semata-mata. Kenapa kita bising bila benda tu nampak besar sahaja? Bagaimana perkara di depan mata kita? Takkan kita buta sangat sampai lembu terlepas kandang pun tak nampak? (peribahasa apa la pulak nih).


Sahabat-sahabat sekalian, saya tidak kata saya baik. Saya memberi teguran pada anda juga pada diri saya sendiri. Kita sama-sama perbaikinya. Yea, memang kita patut marah bila imej Islam dipermainkan. Tetapi sedar atau tak, kita sendiri telah mempermainkan hukum agama. Saya sentuh soal bertudung. Bertudung itu wajib, bukan? Budak tadika pun tahu rasanya. Kenapa kalian bertudung di dalam kampus sahaja? Anda lebih gerunkan saman di dunia university berbanding balasan di akhirat nanti? Tidakkah anda rasa anda juga salah seorang daripada mereka yang memburukkan imej Islam itu sendiri?


Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan pertunjuk setelah menerangkan kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.” (al-Baqarah: 159)


Bagi yang bertudung pula, sedar tak, tudung yang dipakai itu jarang? Leher pun nampak. Sedangkan kita semua tahu, leher itu aurat. Kalau tudung jarang dan nampak leher, bukankah terang lagi bersuluh, kita sebenarnya tidak menutup aurat dengan erti kata sebenar? Kita sendiri yang telah mencemarkan imej Islam. Entah-entah mereka dapat ilham daripada tudung-tudung kita yang jarang untuk dijadikan baju-baju yang jarang sebagai platform merosakkan imej Islam.


Jangan kata di luar sana, di dalam kampus sendiri banyak diadakan Islamic Fashion Show. Betul tak? Saya tanya anda lagi sekali, bagaimana Islamic Fashion Show kita? Betul-betul ikut hukum Islam? Jika ye, buktikan!


Saya jamin, rata-rata yang mengikuti Islamic Fashion Show, anda tahu pakaian bagaimana diperagakan. Jika anda berjubah, bukan kah jubah anda itu telah diubahsuai secantiknya mengikut bentuk badan anda? Itu anda kata imej Islam? Jika anda bertudung, anda telah menggunakan tudung yang besar itu untuk dililit supaya menutup kepala dan leher anda tetapi tidak dada anda. Itukah imej Islam?


Sahabat-sahabat sekalian, kita ini tidak buta hukum. Mungkin kita kurang celik dengan apa yang berlaku. Atau mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah dieksploitasikan? Kita bising dengan apa yang orang buat pada imej Islam, tapi dalam diam, kita sendiri telah memburukkan imej Islam. Kita ada al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Tetapi kita sendiri yang tidak mengikut panduan.


Sebab itu, saya selalu pesan pada sahabat-sahabat saya, kalau jadi apa-apa, kita cermin diri kita. Memang lumrah manusia, salah orang lain, nampak sahaja tapi salah sendiri, langsung tak nampak. Sebab tu, belajar cermin diri sendiri. Cuba anda melenting dan bising bila kawan-kawan di kampus berpakaian demikian. Cuba anda tegur mereka yang berdekatan dengan anda. Memang mereka tidak membawa nama ‘Islamic Fashion Festival’ tetapi mereka tetap Islam. Apatah lagi jika ia berlaku di Universiti Islam. Bukan kah sama sahaja kondisinya? Jangan kata pasal pakaian, akhlak juga banyak yang merosakkan imej Islam. Di mana letaknya maruah Islam yang anda lentingkan?


Sahabat-sahabat, saya yakin, kita semua nak jejak ke syurga. Seorang pun tak mahu ke neraka. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk hidup cara Islam dan berjuang mempertahankan agama kita. Apa kata cuba menegur kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik yang ada depan mata tu supaya hidup cara Islam yang betul. Ye, tidak ada paksaan dalam beragama tetapi berdakwah itu satu tugas kita juga.


Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampong Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidakk berfikir.” (al-An’am : 3)


Iman kita bukan sekadar kata-kata tapi ia perlu seiring dengan amal. Tidak guna jika pelajaran cemerlang peringkat dunia tapi akhlak macam sampah. Kenapa tidak kita gunakan kebijaksaan kita dengan akal yang diberi ini, untuk memperbaiki akhlak kita? Contohilah akhlak Rasulullah. Akhlak sahabat-sahabat baginda. Anda tidak akan rugi.


Sekarang, disebalik kesibukan nak exam, ingat akan fitrah kita. Kita ini Islam bukan sekadar nama. Kita perlu Islam dari sudut aqidah, ibadah, akhlaq, berkeluarga dan macam-macam lagi.


Adakah syurga tempat yang anda ingin tuju?


Jika ya, mari kita hidup cara Islam.


Biar kita tidak cantik di mata manusia tetapi cantik di mata penduduk langit.


Semoga Allah redha akan diri kita. ;-)



Nusrah walfath: anda pernah baca buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut islam’ karangan Fathi Yakan? Jika belum, boleh kalau nak pinjam ngan saya. Buku ni sangat menarik. ;-)

..kita manusia biasa tetapi berusahalah LUAR BIASA..


Assalamualaikum… ;-)

Salam petang hari. Bagaimana kawan-kawan hari ni? Alhamdulillah saya sudah beransur sihat. Terima kasih jika anda juga ada mendoakan saya. Sebenarnya saya tak plan pun untuk tulis blog hari ini. Ni baru je habis study untuk exam esok. Perlu revise lagi 2-3 kali. Waktu lepas asar ni tak elok study. Rehat-rehat kan lah otak tu juga. Pergi beriadah ke.. Walaupun semalam saya cakap saya tak nak cerita tips atau apa-apa yang berkaitan exam, tetiba hari ni saya rasa ada benda saya nak share. Nak baca ke?


Kalau taknak baca, saya tak nak tulis. Haha. Sebelum tu, saya nak cakap, apa yang saya tulis di blog sememangnya cerita benar. Tak ada pun kisah rekaan semata-mata sebab bagi saya, setiap kisah dan perkara yang terjadi kepada saya mahupun pada orang lain, saya rasa banyak benda yang kita boleh pelajari dari situ.


Sebelum baca ni, saya harap anda semua hilangkan semua fikiran-fikiran negative dari dalam fikiran. Apa yang bakal saya ceritakan ni cukup sekadar untuk kita ambil sedikit pengajaran dari pengalaman masa lalu. Bukan untuk meninggi diri, bukan juga untuk meminta simpati tetapi sekadar berkongsi supaya kita tak mengulangi kesilapan sama.

..Muhasabah sebelum EXAM..


Kejadian ni berlaku beberapa tahun lalu waktu saya di alam diploma. Saya masih ingat semester pertama saya di sana. Biasalah, budak baru lepas SPM, baru merasa kehidupan di kolej. Memang saya tak tahu apa itu carry mark. Err..memang tak faham apa pentingnya assignments, kuiz, presentation dan sebagainya. Di sebabkan itu, carry mark saya untuk dua subjek pada masa tu, sikit sahaja. Kalau markah per 60, saya Cuma dapat 40++. Orang lain boleh dapat 50++. Bagaimana perasaan anda kalau berada di tempat saya? Mahu bersedih? Mengalah? Menyalahkan takdir?


Tidak. Tidak. Itu bukan saya. Saya berusaha selepas tersedar bahawa itu bukan penamat perjuangan saya, sedangkan itu cuma semester pertama dan ujian final belum pun tamat. Saya cuba berjuang semahu-mahunya. Mungkin harapan saya nampak macam tipis untuk kejar A (85++), tetapi sokongan housemate waktu tu memang kuat. Ditakdirkan pula saya seorang je amik kos tu, yang lain semua kos Accounting, memang terasa dugaannya sebab saya kena menghafal tapi mereka kena mengira. Akhirnya, bila keluar result, saya terduduk. Yea, saya terkejut.


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dulu apa yang ada di dalam jiwa mereka." (ar-Ra'd: 11)


Bukan saya membangga diri. Bukan Bukan dan bukan. Mungkin sebab berkat doa, usaha dan segalanya, Allah bagi juga kejayaan tu. Dan siapa sangka, dengan carry mark yang cukup-cukup makan sahaja, saya menjadi top student juga waktu batch saya tu. Dan saya terkejut sebab kawan saya yang dapat tinggi carry mark, tak dapat score subjek tu sedangkan peluang dia jauh lebih cerah berbanding saya. Apa yang saya nak sampaikan di sini, bukan cerita mengenai kejayaan saya tetapi soal USAHA! Anda jangan peduli berapa carry mark anda dan orang lain, selagi masa masih ada, berusahalah. Jangan toleh belakang, jangan menyerah kalah sikit pun. Kuatkan lah hati sebab Allah takkan sia-siakan usaha hamba-Nya. Percaya, lah.


"Dan mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (al-Baqarah: 45)


Saya ni bukan lah seorang yang popular sangat waktu kat kolej dulu. Saya rasa low-profile lebih senang untuk saya survive. Tapi mungkin sebab lecturer selalu sebut siapa the highest mark dalam kelas, so, payah jugak lah. Bukan semua subjek saya cemerlang, tidak. Masih ramai lagi yang bijak pandai. Saya cuma manusia biasa tetapi cuba untuk berusaha luar biasa. Suatu hari, ada seorang teman bertanya, “Tengku, bagi lah tips nak berjaya..” erkk..hah? Saya tersenyum. Saya tidak ada tips khas sebab saya bukan seorang pelajar yang cemerlang sejak sekolah tetapi saya mengaku, memang ada beberapa perkara yang saya amalkan. Mahu tahu? Baiklah, saya tulis di sini:


Pertama, saya akan pastikan apa yang saya mahu sejak hari pertama semester baru itu. Saya perlu nampak target saya. Adakah mampu saya kejar untuk perbaiki pointer saya. Adakah mampu saya berjuang dengan semua subjek itu. Saya juga perlu jelas dengan ending semester tu. Saya perlu bersedia dengan macam-macam yang akan jadi sejak hari pertama lagi.


Kedua, target biar lebih dari apa yang kita nak. Contoh, anda mahu CGPA 3.5? justeru itu, target lah lebih dari tu. Kalau anda mahu 4.0, target lah 4.8 ;-) Saya tidak bergurau. Sebab biasanya kita akan dapat kurang dari target kita. Kenapa? Sebab kita hanya memandang keupayaan kita setakat tu, sedangkan kita boleh pergi jauh dari tu. Kenapa anda memilih untuk mendaki bukit sedangkan anda mampu menawan gunung?


Ketiga, belajar, belajar dan belajar. Maksudnya, jangan buat benda lain waktu belajar ni. Tak payah nak dengar lagu atau apa-apa. Saya memang jenis yang suka belajar dalam waktu sunyi. Oh, saya sangat allergic dengan bunyi. Dan library bukan tempat terbaik utuk saya sebab mata saya sangat sensitive dengan orang yang lalu lalang. Sebab tu saya prefer study kat bilik sahaja. Dulu, saya akan tidur pukul 10 malam. Lepas tu, bangun study pukul 4 pagi sampai subuh. Lepas subuh, jangan tidur. Saya akan tidur sekejap dalam pukul 11 pagi hingga 1 petang (asalkan sebelum zohor). Kemudiannya sambung kembali study tu. (ni bolehlah nak buat time weekend).


Keempat, saya akan pastikan setiap semester, saya akan khatam quran. Sebab, doa waktu khatam quran juga adalah mustajab. Selain tu, curi lah sedikit masa anda untuk baca quran setiap lepas solat fardhu. Jangan pernah merasa tidak sempat untuk study. Kalau anda ringankan masa untuk ibadah, Allah akan ringankan masa anda juga. Jangan risau. Selain tu, berpuasalah. Puasa mengajar kita untuk bersabar dan doa sewaktu berbuka puasa juga mustajab, bukan? Jadi, apa kata kita cuba cara yang sangat mudah ini. Bukan untuk siapa-siapa, untuk kebaikan anda juga.


Kemudian, saya akan pastikan, saya khatam baca + faham + ingat sebuah buku tu, paling tidak 3 kali. Walaupun waktu tu saya study last minutes, saya tetap akan usaha saya khatam sebanyak 3 kali. Nak lebih mudah mengingat, cerita apa yang anda baca pada teman-teman. Saya ingat lagi, waktu saya ambil subjek Introduction to Special Needs. Semua senior cakap subjek ni susah. Yea, memang susah. Tapi bila susah tu, saya akan cabar diri saya. Terkena pula waktu tu saya sekelas ngan senior yang rata-rata dah nak tamat belajar pun, saya pula baru semester ketiga, memang rasa mencabar juga. Tapi mungkin sebab saya minat dan setiap hari saya mengulang bercerita apa yang saya belajar pada kawan saya (jurusan perakaunan), akhirnya, saya mampu ingat sebiji macam dalam buku. Sampaikan lecturer cakap pada kelas, “dalam exam nanti, tolong jangan salah ejaan. Tengok macam Nusrah tu, semuanya sebiji macam buku.” Haha malu saya waktu tu. Saya tidak menghafal tapi saya memahami. Yang menjadikan sebiji macam buku sebab tu subjek tentang penyakit-penyakit dan ke arah sains. Memang tak boleh diubah fakta. Jadi, di sini, tak kira susah macam mana subjek tu, usaha dan cabar lah diri anda. Saya yakin, sahabat-sahabat saya lebih bijak dan mampu buat lebih dari saya.


Lagi, jagalah hubungan kita dengan ibu bapa. Setiap kali sebelum pergi exam, saya akan mesej atau call mereka untuk mintak maaf dan reatu. Kemudian minta mereka doakan. Walaupun mama selalu jawab, “mama selalu doakan anak mama,” tetapi saya tetap akan buat benda sama setiap kali nak masuk hall.


Selain tu, jagalah hubungan dengan sahabat-sahabat. Tak kira anda rapat atau tidak, berhati-hatilah. Kerana, jika mereka terasa hati, amat besar kesannya pada kita. Saya ingat lagi, waktu saya sudah layak dikira second year, memang terjadi kontroversi dengan rakan serumah. Ditakdirkan waktu ada masalah besar tu, saya ada exam paper yang sangat sangat sangat SUSAH. Hinggakan saya menangis waktu jawab exam. Yea, saya menangis waktu menulis tu. Exam tu susah satu hal, tekanan dengan rakan lagi lah buat saya sedih. Dan saat saya nak keluar dari rumah tu, kawan saya ni masih kurang ajar ngan saya. Sejujurnya, saya tak pernah mendoakan yang tidak baik tapi mungkin sebab saya terasa hati, Allah tunjukkan balasannya. Saya tidak kata saya ni baik. Tidak. Tidak. Anda jangan salah faham.


Allah takdirkan saya dapat A dengan cemerlangnya untuk subjek tu dan siapa sangka, kawan saya failed untuk subjek yang pada hari dia kurang ajar dengan saya. Yea, saya tidak harapkan benda ni jadi kat dia tapi maksud yang ingin saya sampaikan ialah, anda berhati-hatilah dengan perilaku dan kata-kata anda. Kalau ada yang terasa hati tanpa kita sedari, ia mungkin bagi kesan pada result kita juga. Sebab tu, saya berusaha untuk menjaga persahabatan saya dan mengelakkan pergaduhan lebih-lebih lagi waktu exam. Buanglah ego anda. Buang jauh-jauh. Pergi cari sahabat anda dan minta maaf padanya. Tidak ada apa yang luak kalau kita buang ego kita. Saya percaya, sahabat anda itu masih menyayangi anda. Sekarang, pergi minta maaf pada mereka seikhlas hati.


"Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara, maka perdamaikanlah kedua-dua antara saudaramu yang bertelagah, moga-moga kamu mendapat kerahmatan" (surah al-Hujurat: 10)


Selain itu juga, hubungan dengan pensyarah juga perlu dijaga. Jangan mengumpat mereka. Jangan maki hamun mereka. Saya pernah bergelar guru. Saya tahu bagaimana perasaan guru bila students kita nak exam. Kalau kita pernah termengumpat, terkata, terbercerita bukan-bukan pasal mereka, minta maaf lah pada mereka. Biar berkat ilmu yang kita dapat sepanjang belajar dengan mereka. Kita ni hebat sangatkah untuk membangga diri depan pendidik kita? Banyak sangatkah ilmu kita ni dibandingkan dengan mereka? Anda fikir sendiri.


"Dan tidaklah Kami berikan kepada kamu ilmu melainkan sedikit." (al-Israa': 85)


Kemudian, jagalah kesihatan, jaga makan minum. Tetapi yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah. Yea, ini lah yang paling penting. Ada orang sanggup meninggalkan solat semata-mata untuk menggunakan masanya untuk study. Susah sangat ke nak luang masa untuk solat? Paling tidak, anda hanya mengambil masa 5 minit untuk solat, bukan? Bagaimana mahu berjaya jika hubungan dengan Allah pun tidak dianggap penting? Anda jawab sendiri.


sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Allah paling rapat dengan hamba-Nya ketika hamba-Nya sedang sujud kepada-Nya sewaktu solat."


Akhir sekali, nasihat saya, setiap apa yang anda lakukan, perbetulkan niat anda. Segala-galanya bermula dengan niat. Kita belajar ni, bukan sebab nak grad ngan pointer dahsyat, bukan sebab nak tunjuk kat orang kampong kita budak bijak, bukan sebab nak dapat kerja hebat, tetapi biarlah kerana Allah. Jangan jadikan mencari ilmu itu sebagai adat semata-mata. Ambil masa sekejap dan tanya hati anda, kenapa anda di sini? Kenapa anda belajar jurusan ni? Kenapa anda berhempas pulas untuk study? Anda tanya diri anda dan carilah jawapannya. Jangan belajar untuk dapat Dean’s List sahaja. Itu salah pelajar-palajar sekarang. Mereka tak tahu tujuan mereka belajar tapi mereka sibuk nak jadi DL. Kenapa budaya ini begitu berleluasa?


Saya minta maaf entri kali ni terlalu panjang. Tapi saya cuma mahu anda duduk dan berfikir sejenak. Sama-sama kita muhasabah diri. Setiap kali sebelum bukak buku, itu yang saya buat. Dan jelas saya nampak sesuatu di hadapan saya, di kanan saya dan di kiri saya. Saya minta maaf kalau ada tersalah cakap, terbuat anda tersinggung atau apa-apa. Saya cuma mahu berkongsi sesuatu yang tak pernah saya kongsikan dengan orang lain. Kita semua manusia biasa. Kadang-kadang kita terlepas pandang sesuatu yang kita rasakan remeh. Sekarang, ambil masa yang ada, perbaiki diri. Jangan biarkan diri anda dikuasai rasa sedih, kacau-bilau dan sebagainya. Bangkitlah, dan mari kita berjuang kerana Allah. Jangan toleh belakang, buang ego anda, mari kita bermaafan. Tidakkah anda sayangkan mereka? Kalau yea, buang ego tu.


Saya sayangkan anda macam diri saya sendiri.


Saya mahu anda berjaya macam saya impikan.


Saya mahu anda dirahmati Allah dan sama-sama melangkah ke syurga.


Semoga Allah redha dengan kita semua.


Salam perjuangan. ;-)

Kita semua manusia dan manusia itu adalah kita

Salam sayang untuk semua. Exam sudah semakin mendekati kita. Bagaimana dengan persiapan nak exam? Dah ready ke? Untuk entri kali ni, rasanya saya bukan nak bercerita mengenai exam. Mungkin sebab saya rasa rata-rata pelajar dah ‘biasa’ sangat dengan exam. Tak perlu lah nak kasi tips persediaan menghadapi exam. Kamu semua tentu dah pandai ‘jaga’ diri waktu exam ni, kan.


Sudah 4 hari saya demam. Sungguh, ni pertama kali saya demam dengan lama yang melampau-lampau. Sebelum ni, saya demam sehari je. Tak tahu apa yang tak kena. Tiba-tiba sahaja demam. Hari ni selsema yang melarat-larat. Saya harap sangat esok dah sihat sebab lusa saya ada exam. Saya tak nak lah ‘buat bising’ dalam hall tu dengan bunyi batuk dan selsema. Doakan yea. Mungkin sebab saya rindu kat buah hati saya, Dhila. Owh~ lama betul tak jumpa dia. Kali terakhir jumpa masa pergi Grand Forum tu lah (5 oct), hah lama betul, kan? Huhu.. Tapi, rindu boleh wat jadi demam ke? Hehe abaikan je. Saya dah mula nak merepek ni. ;-)

saya memang SANGAT rindu kat dhila


Bagaimana keadaan anda hari ni? Harapnya sahabat-sahabat semua jaga kesihatan dengan baik. Sebelum saya terus pada entri hari ni, saya nak minta maaf pada semua yang baca blog ni secara langsung dan tidak langsung kalau saya ada salah silap. Kalau saya ada terhutang ke apa ke, bagitau lah. Takut saya terlupa. Dah nak exam ni. Saya jugak minta maaf kat semua yang terserempak ngan saya tapi saya tak senyum. Mungkin masa tu saya tak nampak dan sepanjang demam ni, betul-betul buat saya tak aware sangat ngan sekeliling. Ok, terus pada entri kali ni. Saya 'membesar' dengan nasihat-nasihat ni, jadi, tiba masa untuk saya berkongsi pula dengan anda. Jom, tenang-tenang kejap baca ni; (^_^)

ADUHAI PUTERIKU SAYANG


Doaku padamu wahai anakku,
"Ya Allah Ya Tuhanku...hanya Engkaulah saja yang mengetahui akan diri anakku ini. Tunjukkanlah dia di jalanMu, permudahlah segala urusannya, tenangkanlah jiwanya dan perkenankanlah doa ini."

Wahai permata hatiku,
Apabila ada orang sedang marah dan kamu terpaksa berhadapan dengannya, maka berilah peluang kepadanya untuk menyatakan sebab-sebab kemarahannya, jangan merendah-rendahkan dirinya. Jika kemarahannya berpunca daripada kesilapanmu anakku, maka minta maaflah daripadanya dan bersabarlah.


Wahai sayangku,
Jika kamu dalam keadaan marah pula, maka sentiasalah ingat kepada Allah. Ambil wuduk dan bertenang. Ingat kembali perlakuan burukmu apabila marah dan bandingkan rupa orang yang bersabar dan bersopan. Fikirkan semula mengapa kamu harus marah. Nilaikan semula punca yang menyebabkan kamu marah, sama ada wajar atau sebaliknya. Anakku, janganlah jadikan dirimu mudah marah dan dikuasai oleh kemarahan.


Aduhai muslimahku sayang,
Berusahalah agar dirimu memiliki rasa kehambaan. Hamba Allah yang sebenarnya. Kerana dengannya, akhlakmu jadi menawan, kata-katamu tidak akan menyakitkan hati bahkan mendidik. Kecintaan pada makhluk merata, sehinggakan sentiasa mendoakan keselamatan dan hidayah untuk orang yang melakukan kemungkaran.


Oh anakku sayang,
Kita dituntut agar merasakan diri begitu kerdil di hadapan Allah. Merasakan diri sebagai hambaNya yang lemah, dhaif, hina. Allah sentiasa melihat dan mengawasimu setiap gerak-gerimu dalam pengetahuanNya dan kamu tidak dapat berselindung lagi. Rasa diawasi, diperhati dan dilihat mendorongmu untuk takut dan cinta kepadaNya.


Namun, wahai anakandaku,
Rasa itu terlalu seni, tidak dapat dirasa tanpa dilatih dan tanpa diusahakan. Orang yang berjaya mendapatkannya mudahlah baginya mendapat kecintaan dari Allah dan kecintaan makhluk seluruhnya. Sesungguhnya wahai anakku, hanya orang yang ada rasa hamba saja dapat membuang penyakit hasad dengki, cinta dunia dan sebagainya. Rasa kehambaan mendorong dirimu melakukan kebaikan dan menghindari kemungkaran.


Aduhai puteriku sayang,
Betapa pentingnya ilmu tiada siapa dapat menafikannya. Ilmu itu menjadi panduan kepada manusia dalam mengharungi kehidupan, menjadi teman ketika kesepian dan menjadi penyuluh pada waktu kegelapan. Ilmu itu mampu menjaga pemiliknya berbanding harta dan kekayaan yang bersifat sementara dam melalaikan. Wahai puteriku, hati-hatilah oleh dirimu dalam mengejar ilmu, kemahiran dan kebolehan. Janganlah kamu jadikannya sebagai adat. Pada masa orang lain sibuk mendapatkan sekeping sijil, usahlah kamu turut sama berniat seperti mereka sekadar mendapatkan sijil untuk pulangan kewangan.


Ketahuilah wahai anakku sayang,
Dalam Islam, mencari ilmu bukan sekadar adat dan bukan sekadar ikut-ikutan. Konsep menuntut ilmu harus jelas dan tersemat kukuh dijiwamu, kerana sesungguhnya ulama dan cendekiawan Islam berjaya membangunkan tamadun apabila niat mereka mencari ilmu bukan sekadar untuk mendapat pengiktirafan masyarakat. Ilmu digali dengan penuh gigih, rahsia alam dicungkil penuh tekun, tamadun dibina tanpa henti, manusia dididik dengan tabah lagi sabar dan akhirnya Allah “dibesarkan” dalam kehidupan.


Aduhai puteriku sayang,
Apabila datang suara bisikan seperti “aku ini cantik...aku ini cerdik... aku ini tahu itu ini...masyarakat hormat aku...aku orang penting...aku orang penyantun..bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja dan lain-lain suara bisikan”, maka cepat-cepatlah kembalikan semua sifat-sifat itu kepada Allah.

Cuba lihat kata-kata ini.. kita kata tetapi yang sebenarnya...

1) kita kata kita kuat tapi sebenarnya...kekuatan itu milik Allah dan Allah
lebih perkasa dari makhluk.

2) kita kata kita handsome/cantik tapi sebenarnya...Handsome/cantik itu
hak Allah dan Allah bersifat dengan cantik mengatasi kecantikan
manusia.

3) kita kata kita cerdik/pandai tapi sebenarnya...Allah lebih mengatasi
ilmu aku dan ilmu yang aku miliki hanyalah ibarat debu halus yang berada
di bumi yang luas.

4) kita kata: aku ni berakhlak mulia tapi sebenarnya...akhlak aku ini adalah
pemberian Allah dan kekasih Allah iaitu Baginda s.a.w adalah lebih tinggi
akhlaknya dari umatnya. Jauh beza antara aku dan Rasulullah s.a.w.


InsyaAllah dengan melawan kata-kata tersebut tadi kita akan merasa tiada suatu pun dalam diri kita ini yang boleh dibanggakan kerana semuanya hak Allah jua. Barulah datang selepas itu sikap merendah diri kepada Allah dan bukannya merendah diri kepada manusia. Sesiapa yang merendahkan diri kepada Allah dengan sebenar-benar makna merendah diri, saya percaya dia akan menghormati manusia lain di dunia ini kerana dia tahu bahawa semua manusia adalah sama di hadapan Allah. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah mereka yang kuat TAQWA.



Aduhai puteriku sayang,
Anggota tubuh badan yang kamu miliki sekarang ini adalah nikmat Allah yang wajib kamu syukuri. Mensyukuri nikmat Allah bukan setakat berkata ‘alhamdulillah’,malah setiap kesyukuran itu mestilah dibuktikan dengan perbuatanmu. Maksudnya, kamu dikira telah mensyukuri nikmat Allah apabila kamu telah menggunakan nikmat-nikmat tadi kepada mentaati dan menuruti apa yang diperintahkan oleh Allah seperti menggunakannya kepada solat, bersedekah, bercakap benar, melihat kepada perkara yang halal, berjalan ke masjid, surau atau najlis ilmu, berjuang, berdakwah dan seumpamanya.


Aduhai puteriku sayang,
Kamu datang ke muka alam ini bukanlah dengan sia-sia tetapi datangnya engkau ialah dengan kehendak Allah dan harapanNya iaitu kamu menjadi khalifah di bumi. Oleh itu wahai sayangku, mohonlah hidayah dari Allah s.w.t sebab hidayah daripada Allah adalah pokok pangkalnya kebaikan itu. Hidayah itu pula membuat kamu mengerti mana satu jalan yang baik dan mana satu jalan yang jahat. Semua insan lahir ke dunia diberi oleh Allah petunjuk, tidak kira sama ada dia seorang Islam atau tidak.


Aduhai permata hatiku,
Kadang-kadang telah berkali-kali kamu berdoa, bermohon dan meminta dengan sepenuh hati kepada Allah tetapi permintaanmu dan doamu tidak dimakbulkan, apakah perasaan hatimu lantaran belum terkabul? Kecilkah hatimu? Wahai anakku, seorang mukmin tidak berasa kecil hatinya dan tidak pula cemas di sebabkan doanya tidak dikabulkan Tuhan kerana dia tahu bahawa dirinya itu dibawah perintah, dibawah aturan Tuhan semesta alam Yang Maha Tahu menentukan segala aturanNya tidak di buat sia-sia.


Wahai anakku sayang,

Jika kamu ingin mencari kebenaran mak terlebih dahulu sempurnakan empat perkara....

Pertama, berpegang dengan akidah yang benar tanpa bid’ah.
Kedua, taubat nasuha dan tidak kembali kepada kesesatan.
Ketiga, memohon maaf daripada orang yang berbalah dengannya agar tiada lagi hak orang lain yang tertanggung olehnya.
Keempat, mencari pengetahuan agama sekadar dapat menunaikan segala perintah Allah. Seterusnya ilmu-ilmu akhirat yang akan menyelamatkan di sana nanti.


Aduhai gadisku sayang,
Kamu pernah bertanya kepadaku tentang tawakal. Ketahuilah bahawa tawakkal ialah menetapkan keyakinanmu kepada Allah dan semua yang dijanjikanNya. Maksudnya kau yakin bahawa segala apa yang telah ditentukan Allah kepadamu akan kau perolehi juga, walaupun semua makhluk berusaha untuk menghalangnya daripadamu. Kau juga yakin bahawa segala yang tidak ditentukan kepadamu tidak akan kau perolehi walaupun semua isi alam menolongmu untuk mendapatkannya.


~~end.

nusrah walfath: saya rindu pada Dhila. Boleh tak sampaikan padanya, saya sangat rindu pada dia. Saya takde kredit, dia jarang on fb. Oh sedihnya ;'(

Yang Paling Tahu Hanya ALLAH

Assalamualaikum. ;-)

Sebenarnya saya sangat teruja. Maklumlah blog saya berwajah baru lagi (untuk kali yang ke6/7 mungkin) hehe.. Baru je lepas edit-edit gambar dan templates sikit. Susah juga benda-benda macam ni. Huhu. So, untuk merasmikan blog yang 'baru' ni, saya terfikir-fikir juga entri apa yang nak dimasukkan. Tadi, terjumpa lah notes seorang teman kat facebook ni. Bila saya baca, rasa best pulak notes tu. Jadi, sesuai dengan jiwa remaja yang kadang-kadang terfikir soal jodoh, saya pun share lah benda ni. Harap sama-sama kita ambil mana yang bermanfaat ;-)

"Kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai dia"


Saya bertanya kepada ummi, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang?" Ummi jawab,"dua-dua bukan....." Saya tercengang.. Ummi mengukir senyuman. Pilihan hati ummi adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam...

"Macam mana nak tau orang tu sayangkan kita kerana apa?" Ummi diam sekejap berfikir kemudian tersenyum. Rasanya ummi dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya ini. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari ummi sedangkan sekilas saya pun ummi mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." Ummi merenung dalam-dalam wajah saya.. "Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya." Ummi menyusun ayat-ayatnya. "Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "tak faham.."

Ummi menyambung, "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.."
Ummi menyambung lagi, "Begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi oleh seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan megnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika ummi dapat mengesan gelora jiwa muda ini. Ummi menyambung,

"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki, jodoh dan maut sejak azali lagi. Persoalannya ialah.... Siapakah jodoh itu?" ummi berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Ummi buat-buat tak nampak.

"Kakak, ummi dulu masa muda ada secret admirer.. Rajin betul dia hantar surat. Masa ummi hendak balik sekolah pun dia selalu ikut, sampai ummi lari menyorok dari dia. Ummi takut dia apa-apakan ummi. Dalam hati tak berhenti-henti berdoa agar Allah sentiasa pelihara ummi. Masa tu ummi tahu bercinta sebelum kahwin ni tidak halal...dan masa tu ummi tekad tak mahu layan sebab ummi takut tok kamu marah. Ummi sedar ummi anak orang miskin, adik beradik ramai.. Ummi nak belajar bersungguh-sungguh..

Lama budak tu tunggu ummi. Akhirnya ummi bagi kata putus, ummi hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ummi... dan dia memang bukan jodoh ummi, maka tak pernah dia menerima balasan cinta itu." Ummi merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada ummi, semakin berminat dengan kisah lama ummi.

"Ummi memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" Saya menyoal sambil memandang tajam wajah ummi. Ummi ketawa kecil... "Walaupun mungkin ada, ummi tak pernah bagi peluang pada diri ummi untuk mengisytiharkan perasaan tu... Ummi takut pada Allah.Ummi bukan seperti rakan sebaya ummi yang lain.... Ummi, seperti kakak..." Ummi memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya..

"Kakak.... jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada satu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni... Tetapi kita kena ingat.. Kita takkan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai... Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali... dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."

Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah ummi. Ummi meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya.. Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba itu sendiri.. Sebab hamba itu degil... Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya..

Dalam Islam kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Batas-batas syariah ini memelihara kehormatan seseorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain... Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara dia dan kita terputus... Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah... Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." ummi berhenti seketika..

Tentu kering tekak ummi menerangkan kepada saya persoalan hati ini. "Kakak, jadi di sini ummi nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pula bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain... Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang... Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta pada Pencipta dia.. Kita bagi tahu pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia.

Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuklah ummi abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang tu, beri tahu pada diri sendiri yang kita membenci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak, hati kita ni walau dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya... Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila Dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..

Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana itulah pengalaman bercinta dengan lelaki kaya, rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh, cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti.."

"Kakak. walau siapapun jodoh yang Allah hantar untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah... Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak saja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia... Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak dapat mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur..."

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri...

Ummi menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ummi sangat-sangat kuat. "Ummi dah didik anak-anak ummi dari sebelum lahir untuk mencintai Allah.Sekarang ummi serahkan anak ummi yang ummi sayang ni pada Allah untuk Dia pelihara. Kakak, jadilah contoh terbaik untuk adik-adikmu...." Ummi mengakhiri kata-kata dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya......

xxxxxxxxxxxxxxx END xxxxxxxxxxxxxx


Nusrah Walfath: DOA ;-)

BE A LEADER WHO CARES

An effective leader helps people to achieve their goals by understanding what motivates them.


Many people mistakenly think that leaders and managers are the same. They are actually different because leaders focus on inspiring and developing people whereas managers focus on controlling people.

Leaders and managers need to influence people. Managers rely on formal power while leaders rely on personal power to influence people. People can respond in different ways when someone tries to influence them – they can resist, obey or agree happily.
The problem faced by managers is that too often, people simply obey and refrain from disagreeing with them because of fear.

Effective leaders are able to get people to accept their suggestion willingly because they tap into shared values and help people to grow. Effective leaders recognize the importance of building a collective identity because people who feel they belong to a group that gives their lives more meaning are likely to make sacrifices for the group and enjoy their work.

Creating a collective identity requires knowing what values and goals inspire people, and developing a climate where all members of the group feel a sense of purpose are respected and appreciated. Here are the core qualities of a leader

Leaders inspire trust


Trust is a complex phenomenon and its importance in work place relationships is easy to overlook. Different types of different behaviours lead to different types of trust. Being competent and reliable is a good start if you want to be seen as trustworthy, but you need to do more if you want to get enduring trust from people and not have your intentions questioned.

Leaders care


The best leaders care deeply about people, their organizations and the wider community. They transform people by personifying integrity, compassion and authenticity. The best leaders preach only what they practice, inspire others to seek greatness and share their explicit and tacit knowledge enthusiastically.

Great leaders energise people


They are able to motivate people by being role models, acting with fairness and convincing others of the worthiness of the future they envisage.

Leaders recognize needs


An effective leader recognizes the various needs of others and behaves such satisfies their need for dignity, respect and achievement. To be motivated, people need to be excited about their goals and be convinced that they can achieve goals that may seem unattainable at first. Effective leaders are exciting and inspire their people to make lots of little sacrifices so they can achieve lofty goals and maximize their potential.

Leaders influence organizational culture


Every organizational has its own particular culture. You can think of organizational culture as the way in which an organization operates and subsumes issues such as what matters to the organization and how members of the organization should behave and treat others. Effective leaders know how to built an organizational culture that can get the best out of people in a win-win way. Organizational cultures that are meritocratic and harmonious encourage people to do their very best.

Great organizational cultures make people look forward to going to work and perform at levels that surpass their personal standards and make members of organization feel that they are part of a big family that supports and nurtures them. Great organizational cultures also lead to great organizational performance.

Great leaders empower others


Work is a major part of people’s lives. It provides people not only with a means to pay their bills but also a sense of identity. Effective leaders know this and therefore ensure that their people believe that the work they do is meaningful and that they have ownership of their jobs. To empower others requires confidence that allows others to be great. Effective leaders empower people by giving them autonomy, allowing them to demonstrate their competencies, providing them with opportunities to grow, and making them feel that what they do matters to the organization and the wider community.

The secret to effective leadership is not to manage your people. There is no need in control people because most people take pride in their work and want to make a positive difference in their world. Micro-management stifles creativity, reduces trust in the leader and makes people feel unworthy. True leadership creates love for the leader, a desire to emulate the leader and a passion to do things above and beyond the call of duty.



article by Dr Gian Casimir,
honorary academic advisor of Training Edge International.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...