إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ
وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا
فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب
(An-Nasr: 1-3)
Followers
Selamat Ulang Tahun, Sayang
28 Januari 2012 :)
Setiap tahun. As usual.
This is a special day for my someone special.
^_____^
Jus wanna say,
SELAMAT HARI LAHIR, SAYANG!!
Dia buah hati pengarang jantung
Dia orang yang disayangi dunia akhirat
Dia orang yang tahu segala rahsia hati saya
Dia cinta hati sepanjang zaman
********************************
Awak...
As my best friend, you are...
B - Benevolent
E - Entertaining
S - Soulful
T - Talented
B - Blessed
U - Unique
D - Dashing
D - Determined
Y - Youthful
Here's wishing you Happy Birthday!
Awak...
As my best friend, you have converted my sorrows into joys, fears into hope, questions into answers and doubts into results. Could I possibly ask for anything more?
Awak...
Dah, itu sahaja. Selamat hari lahir. Thanks for being my friend. I'll always be there for you. No worries okay.
I love you forever and ever ;))
My last word, selamat hari lahir, Dhila! ^______^
Allah jaga saya dengan baik. Be careful~
Senyum.
Tenang.
Lapang dada.
Yang di atas sana jaga saya dengan baik sekali. Nak nangis, Dia ada. Nak ketawa, Dia ada. Dalam setiap keadaan, dia ada.
Yang di atas sana jaga saya dengan amat baik. Dia jauhkan saya dari segala keburukan. Dia dekatkan saya dengan segala kebaikan.
Yang di atas sana jaga saya dengan sangat baik. Dia beri hujan kepada saya, dan Dia hadiahkan saya pelangi juga.
Yang di atas sana jaga saya dengan terlalu baik. Dia tunjukkan jalan kepada kekeliruan saya dan Dia beri jalan kepada pencarian saya.
Yang di atas sana masih menjaga saya dengan baik. Dia beri kekecewaan supaya saya jadi kuat dan Dia beri kelukaan supaya saya jadi tabah.
Yang di atas sana sentiasa jaga saya dengan baik. Dia sentiasa ada memujuk dengan ayat-ayat cinta-Nya dan Dia sentiasa ada untuk mendengar segala resah hati saya.
Yang di atas sana masih dan akan tetap jaga saya dengan baik sekali.
Saya perlukan Dia yang di atas sana.
Sebab Dia jaga saya dengan baik sekali.
Kalau saya goyah, kalau saya kecewa dengan hidup, saya akan berasa sangat malu dengan-Nya.
Kalau saya rebah, kalau saya tewas, saya akan berasa sangat segan dengan-Nya.
Kalau saya rapuh, kalau saya lemas, saya akan berasa sangat hina dengan-Nya.
Saya sayang yang di atas sana. Sangat cinta.
********************************
Awak, kamu, dia,mereka…
Yang pernah bertanya macam-macam kepada saya. Yang pernah berkata itu ini. Yang pernah memberi harapan. Yang pernah cuba mengoyakkan penjagaan Dia terhadap saya. Yang pernah melihat senyum tawa. Yang pernah melihat duka lara.
Saya ada Dia. Cukup. Itu lebih dari cukup dalam hidup saya kerana yang faham segala rasa hati saya ini, hanyalah Dia. Yang melihat titik tangis, hanyalah Dia. Yang tahu perit jerih, hanyalah Dia. Sungguh, ingin sekali rasa hati nak bertemu Ilahi. Sangat amat teringin.
*******************************
Entah kenapa, rasa nak menghadap Ilahi terlalu kuat saat ini. Namun, andai ditarik nyawa ini oleh-Nya, masih belum layak diri ini menjejakkan kaki ke syurga. Allah, bantulah daku, di jalan-Mu.
Terima kasih Allah kerana menjaga saya dengan baik sekali.
Terima kasih yang teramat.
Nota hati:: Sejak dua menjak ni, selalu saja berfikir tentang ajal dan kematian. Selalu sangat berharap dapat bertemu-Nya. Selalu sangat nampak detik kematian semakin hampir. Allahurabbi.. ;’)
Lelaki Acuan Madrasah Rasul
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya mendongak megah,
lelaki kami Asadullah,Saifullah.
tokoh ramai tak terkira.
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya,boneka Yahudi.
dulu,
bila disebut lelaki,
wanitanya tenang di hati
lelaki kami menjaga,melindungi,
kini,
bila disebut lelaki,
wanitanya mahu cabut lari,
lelaki khianat,perogol bersiri.
dulu,
bila seorang wanita teraniaya,
sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
kini,
ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
lelaki tunduk tak bertenaga.
dulu,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki memagari sehabis daya,
tiada siapa berani menggoda,
kini,
bila wanita di bawah jagaannya,
lelaki tak kisah auratnya terbuka,
wanitanya dibiar bebas,binasa.
dulu,
lelaki menggadai harta dan nyawa,
untuk mengangkat kemuliaan agama,
kini,
lelaki menggadai ketinggian agama,
demi nafsu, dunia seisinya
dulu,
lelaki bermatian mencipta sejarah,
kental berjihad tekun berdakwah,
kini,
lelaki hanya menyanjungi sejarah,
diri bermalasan,tenaga tak dikerah.
dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
dulu,
lelaki bersatu menghadapi musuh,
angkatannya kuat dan teguh,
kini,
lelakinya berpuak dan berpecah,
sesama sendiri sering bertelingkah.
kembalilah lelakiku,
pada kelakianmu,
kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~
(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)
Nota Cinta Dari Mereka :)
Kalian rindu saya?
Cuti-cuti ni tak payah la rindu saya. Dok je ngan family puas-puas. Nanti dah bukak sem mula lah nak balik rumah la ape la kan. heee~
Ni kali ni just nak share nota-nota cinta dan surat cinta yang saya dapat sepanjang semester yang lalu. Lebih-lebih lagi time exam. Ayat bila dorang kasi kat saya mesti camni;
"nah, nota cinta hari ni ;))"
"Saya ada surat cinta untuk Kak Nusrah :))"
tapi cik puan rumet saya main lekat je kat bilik saya ikut suke hati jiwe raga dia. hehe. but thanks to all. Saya suka semua tu. No worries ^____^
![]() |
| yang ni dapat surat sekali ngan kitkat dan loacker :)) |
![]() |
| isi kandungan.sikit je ni.hehe. Pengirim cakap,snap pic tu jgn bagi nampak nama dia ^^ |
![]() |
| kek ni pun dapat dari seorang adik time study cognitive,jauh-jauh hantar.terima kasih ye! ;D |
![]() |
| terlekat di almari bersama bunga comel.Bunga tu pun hadiah dari sahabat :) |
![]() |
| banyak hadiah.suka :) |
![]() |
| teringat kepada si pemberi al-Quran ni.terima kasih yang amat.sangat terharu ;') (yg hijau sebelah kiri tu saya punya) |
Dan yang terakhir. Seperti mana yang saya janjikan. Nak tunjuk tulisan purple yang saya hide hari tu kan? Ok lah. Ni gambar asalnya ;))
![]() |
| "jangan cari saya kalau belum sedia" =) jadi penyedap hati saya bila masih belum bertemu jodoh.mungkin si dia belum sedia,kan? :) |
Okay itu sahaja. Mungkin ada yang dapat hadiah dan nota lebih banyak dari saya. Saya tak kisah. Bukan nak tunjuk apa, cuma nak berkongsi rasa gembira saya. InshaAllah, besar pahala mereka semua ni sebab dah gembirakan saya dan bahagiakan saya tiap ketika. Moga ada redha-Nya. ;)
p/s:: Saya nak rindu kalian.Boleh? ;')
Secebis Kenangan Taaruf Week | Last Part
Hai! ^____^
Bersambung lagi part kenangan taaruf week. sebenarnya dah tak ada apa pun nak cakap dan tulis. tinjau-tinjau gambar je la. mau tak? :))
Knowing You Knowing Me (KYKM)
Appreciation Dinner
| mubarak-paklah-ayah mi-mama tirah ^___^ |
| pic yg menjadi ade tap sengaja letak yang ni :) Saya paling suke kenangan waktu ni. postmortem ST :D |
Penutup
Cuma nak cakap, saya sayang keluarga Special Task ni, Berharap boleh kerja dengan orang sama lagi. Masih mahu ingin nak kerja ngan dorang. ^____^
Akhir kata, jumpa next taaruf yea. ;))
Umur panjang, Allah izinkan. (",)
Terima kasih Allah untuk segala rasa ini :)
Selesai sudah kesemua peperiksaan untuk semester ini. Syukur Alhamdulillah untuk segalanya. Seronok? Sudah tentu. Sangat suka. Tapi tahap stress saya sebelum nak exam ni memang sukar dirungkai betul lah. mujur lah selalu dapat nota cinta dan surat cinta. Sering kali dapat kiriman yang sweet tu. Terima kasih yea :)
Social psychology
![]() |
| di masjid.waktu GM.baru je lepas balik dari kelas terakhir social psyc pd malam tu |
Subjek favourite saya. Terlalu amat suka belajar subjek ni. Walaupun saya jatuh hati dengan Cognitive Psychology tapi saya rasa Social punya penangan lebih dahsyat. Saya melalui hari-hari yang sukar nak study Social sebab rumet dah balik. Huuu. Al maklumlah dorang tu nak terbang jauh. Sekarang dah sampai sana tak rindu saya agaknya ;’)
Tapi banyak juga sms yang saya terima. Ramai pulak tu yang mesej cakap all the best, be strong dan ape sume lagi tu. Heee. Thanks sesangat la yea ^^ sahabat-sahabat semua memang terbaik. Paling kurang, dapat la jugak naikkan semangat yang lentur. Dan buat yang call saya, 100000000000x terima kasih. Allah sahaja yang tahu macam mana bahagianya saya waktu tu. Terima kasih, sahabat! :)
Hujan rindu
![]() |
| jam 1:35 pagi. persiapan terkahir exam. itu lah teman-teman exam saya ;) |
Ingat tak saya cakap UIA dah lama tak ditimpa hujan? Susah kan nak jumpa hujan apatah lagi hujan comel. Hujan comel tu sekali je saya jumpa. Tak ape lah kan :) Waktu tengah stay up, mata dah penat. Pastu sampai part nak check dalil untuk selitkan dalam essay nanti. Tapi sebab dah ngantuk sangat, pergi toilet, ambil wuduk, perform 2 rakaah prayer. Sebaik selesai sujud terakhir, hujan turun dengan lebat secara tiba-tiba. Ya Rabb, bahagianya saya waktu tu. Tidak terhingga, tidak terkata. 3pagi time tu. Terus sahaja rasa tenang dan fresh. Duduk 2-3 minit depan tingkap menikmati hujan. Indah. Sangat indah. Tak boleh duk lama-lama, nanti muncul benda-benda pelik =P
Pastu sambung check dalil. Akhirnya hampir pukul 4pagi saya berjaya melelapkan mata. Usai subuh, sempat berteleku tengok-tengok notes sebelum pegi exam. Nervesnye saya time tu. Sangat nerves! Walaupun dalam hati ada rasa excited nak habes exam, tapi takut nak jawab exam ni mengatasi segalanya. Huuu~ Dan pertama kali jugak saya bawak hp gi exam. Sebab nak snap picture. Kena ada kenangan since segala benda favourite kan :) Err..tapi yang overnya sampai bawak dua hp. Ish~
Exam yang di nanti
![]() |
| beberapa minit sebelum pegi exam :) |
Sampai kat Banquet, macam biasa lah, saya adalah antara orang yang terawal melangkah masuk. Memang dah biasa jadi yang pertama melangkah masuk. Style saya simple, pegi exam bawak pencil box yang hanya mengandungi alatulis dan matric card. Pastu slip exam. Cukup. Hp, jam ape sume tu memang tak. Jam pun rely kat dalam hall je (padahal sebab bateri jam habes dan tak ganti.hehe) Dan style saya, pegi exam bila nak dekat waktu masuk hall. Takdenya la nak datang setengah jam awal kea pa. sebab saya tak suka buat perbincangan di saat akhir di depan hall. Nanti habes kacau memory saya dan jadi information overloading. (err..kalau Madam yg ajar cognitive baca ni, mesti dia marah saya.sebab bagi information salah kat korang.heee)
![]() |
| walaupun curi-curi amek, tapi cantek jugak eh ;P |
Bila masuk hall, saya sempat la curi-curi snap picture. Hurm agak-agak satu kesalahan tak? Ke cemana? Tertanya-tanya jugak ni. Huuu~ bila duduk jawab exam, Alhamdulillah untuk segalanya. Masih boleh tersenyum dengan soalan walaupun ada jugak part mcq yang macam keliru-keliru sikit. Sikit ke banyak? =P
“okay, put your pen. You are not allowed to write anymore….bla bla bla…”
Senyuman saya melebar-lebar. Senyuman paling sejati dalam semester ni agaknya. Ya Allah, gembiranya. Leganya. Terima kasih sangat. Bersyukur dengan nikmat ingatan, nikmat masa yang Dia kurniakan. Sangat bersyukur. Tapi time tu rasa macam tak nak keluar je dari banquet. Tak tahu lah kenapa. Sayu sangat kot.
Ya Allah..terima kasih untuk segala rasa ini..
Ya Allah terima kasih untuk segalanya..
Lepas tu capai hp, nak snap picture la katakan.hehe. lepas tu teringat nak sampaikan berita gembira kat kawan, terus mesej dia. send macam ni je, “ ^_______^ “ Betapa saya nak cakap kat dia yang saya sekarang sedang bahagia dan tersenyum lebar-lebar. Dan bila dia reply cakap tahniah, saya rasa macam bertambah-tambah rasa bahagia tu. Lepas tu, sebaik sahaja keluar banquet, terserempak ngan kawan. Dia baru je lepas exam subjek Poli. Pastu salam dan peluk dia, pastu dia peluk saya erat-erat. Erat sangat-sangat. Lagi la tersentuh hati saya tengah-tengah habes exam ni. Huu. Saya rindu rumet saya =.=”
![]() |
| sejurus kertas exam di pungut, pic ni di ambil :) |
Saya tidak ada apa nak cakap. Saya dah berusaha sehabis daya saya. Sekalipun tak dapat A, saya takkan hampa. Saya tahu usaha saya. Dan yang penting ilmu yang saya dapat tu. Bimbang kalau dapat A tapi ilmu tu tak guna dan dilupakan. Kalau boleh nak ia terus-terusan mengalir. Jangan lupakan macam tu je tau apa yang kita pernah belajar ni. Rugi. Sangat rugi.
| pen ni nak habes ink.biasanya satu pen akan habes cukup2 sampai last day.agaknya sebab ada mcQ kot.dulu dua batang pen habes ink time buat latihan statistik.tu sem paling banyak guna pen.heee :D |
Kamu, dia awak, mereka…
Terima kasih atas segala dorongan, semangat, dan ucapan serta doa.
Terima kasih untuk segala bantuan.
Terima kasih for being there when I’m lost.
Terima kasih temankan saya release tension.
Terima kasih bagi hadiah kat saya sebab taknak bagi saya sedih.
Terima kasih bagi coklat sebab nak bagi saya berusaha.
Terima kasih bagi nota cinta untuk mendorong saya.
Terima kasih bagi surat cinta untuk menghiburkan saya.
Terima kasih atas kiriman sms yang menjadi penguat saya.
Terima kasih atas perbualan telefon yang menceriakan saya.
Terima kasih dengan setiap doa yang dihulurkan.
Terima kasih buat kamu, dia, awak dan mereka.
Terima kasih.
Saya sayang semua.
Semakin hari semakin sayang sahabat-sahabat saya ni.
Hanya Allah mampu balas segala budi dan jasa kalian.
![]() |
| ini coretan selepas jawab exam.3minit nak habes masa. dapat baca x? sengaja buat besar2 gambar ni :) |
Semoga Allah redha. Jumpa lagi semester depan. Masa tu maybe saya dah masuk 3rd year kot. Cepatnya masa berlalu. Semakin menuju kematian~
Selamat menghabiskan cuti kali ni. Saya? Mahu bersama keluarga untuk beberapa hari yang ada ini. Mahu bercinta dengan keluarga untuk beberapa hari yang ada ni. Mahu bersama mereka. Saya rindu keluarga saya. ;’)
Nota hati: Tinggalkan fb. Cuti ni masa dengan family je. ;’)
Nota hati 2: Jangan cari saya kalau tak rindu.
Nota hati 3: baca blog sudah kalau rindu =P
Saya tak kuat macam kawan saya ni
“Nusrah…..”
“yea??”
“nak cerita, boleh?”
“Err…jap eh..nak study satu chapter je lagi..”
********************
“ok dah. Apa dia?”
“hurm betul-betul free ke sekarang?”
“yup” Senyum lebar-lebar.
“orang ade masalah lah…”
“proceed. As always, you can count on me.” Senyum lagi.
“kawan orang…dia ingat orang suka orang yang dia suka. Sedih lah macam ni”
“Betul-betul suka ke? Ke memang salah tekaan kawan tu?”
“Isy, memang tak lah. langsung tak suka. Macam mana nak buat yea?”
Adoi..alamak! masalah hati lagi. saya tak mampu la nak handle part macam ni..hurm..
“nak tau, manusia ni kadang-kadang suka sangat buruk sangka ngan orang. Walaupun dia tak tahu reality dan hakikat sebenar. Kadang-kadang dia rasa macam sume yang dia sangka tu betul and tend to jump into conclusion. Dah jadi magical thinking. Haaa kan dah keluar bahasa psikologi”
“haha..takpe je Nusrah..orang okay kalau nusrah nak cakap bahasa apa pun..ermmm…tapi…”
“nak tahu satu benda? Ni ikhlas jujur dari hati nurani sanubari. Kalau tipu, Allah tahu. Perasaan tu fitrah. Takde sape pun boleh halang. Kite ada baca satu buku tau. ada seorang laki tu dia tak marah pun bila dapat tahu kawan baik dia suka kat perempuan yang sama. Tahu apa dia cakap kat kawan dia? dia cakap, dia tak boleh nak marah sebab perasaan tu fitrah. bukan senang-senang nak datang dan buang. So, same goes to you, syg! Kalau awak suka lelaki tu jugak or not, langsung tak de kaitan ngan dia pun. Lelaki tu suami dia ke?”
Err..over pulak saya bagi nasihat…
“tak…” sepatah dia menjawab.
“macam ni lah..yes, at first memang susah. Cemane la kan nak ngadap kawan ape sume tu tapi dia tu patut matang la sikit. Macam budak tadika je. Tak suka la dengki-dengki, buruk sangka apa sume..haish..”
“tapi nusrah..nak tau tak?”
“apa dia?” saya tengok dia tunduk..
Tiba-tiba…. Tik!
Dia menangis! Oh tidak. Habes la saya. Cuak tengok. Aduhai…
“kenapa ni??”
******** the rest is history ********
Saya kan, memang kesian bila dengar kes-kes macam tu. Kesian ngan hati dan perasaan orang. Kalau saya kena tuduh macam tu, agaknya saya setabah kawan saya tu tak? Agaknya saya mampu nak senyum lagi tak? Semoga Allah jauhkan saya dengan benda macam tu. Ameeeeen.
Saya tak suka orang dengki-mendengki.
Saya tak suka orang berprasangka.
Saya tak suka orang serkap jarang.
Saya tak suka mengata-ngata kat belakang.
Saya tak suka orang burukkan diri saya depan kawan dia.
Saya tak suka semua tu.
Kalau tak suka saya, benci terus saya. Jangan burukkan saya, jangan bercerita begitu begini. Boleh?
Saya pesan ni kat semua orang. Jangan terasa atau perasan saya tuju kat sesape. Please, semua orang ada hati dan perasaan juga. Selalu ingatkan diri.
p/s: kadang-kadang saya tak kuat.
Secebis Kenangan Taaruf Week | Part 2
Bersambung yang lepas. Hurm nak tau, family ST saya ni sangat best. Kami ada ayah yang baik, mak yang caring, adik beradik yang happening. Best.
Mereka ni terdiri daripada= Fahmy, Fikri, Pak Lah, Azwan, Dayat, Zack, Mubarak, Athirah, Anis Shuhada, Anis Nazli, kak JJ, Hanim, Elina, Syahirah, Mai dan Fizah serta saya yang manis ni. Heeee =P
Perkara paling best dalam ST
Nak tau ape? Benda paling best ialah bila kami duduk bersama. Tak kiralah time makan ke, time solat ke, time buat kerja, asalkan time tu duduk bersama-sama. Tersenyum ceria bersama, bersusah payah bersama. Semuanya best! ;)
Perkara paling tak seronok
Yang paling tak bestnya ialah kena bangun awal pagi. Seawal 4pagi. Ini memang tak best. Pastu buat wake up call kat Mahallah Maryam sorang-sorang. Seram dan takut. Huuu~~ lepas ni takmau dah kena wake up call di Maryam :(
Perkara paling penat
Ada banyak. Tapi sebagai ST, perkara paling penat ada dua je. Time jaga exam FKT dan TPT dan juga time pre-reg subjek. Allahurabbi penatnya pada waktu ni memang tak terkata. Banyak habes suara, banyak bergerak ke sana ke mari dan pengakhirannya saya kelaparan dan kehausan. Baru tahu susah juga jaga exam. Apatah lagi bila deal ngan mereka-mereka yang sebaya. Eh, sebaya? Haha =P
| mereka yang rajin bekerja :) |
Selalu lesap
Dalam geng ST ni, saya memang selalu je lesap. Bak kata dorang, kalau Nusrah ada, maknanya dah cukuplah tu semua. Errr..sorry dan maaf! Bukan sengaja tapi saya pun tak tahu kenapa saya menghilang. Kecuali hari pertama dan hari ketiga. Itu saya ada reasons kenapa saya menghilang tapi biar jadi rahsia dulu eh ;p
| saya yg selalu lesap.Tiada dalam gambar :) |
Ok itu sahaja.
I love you Special Task!!
Miss all of youuuuu ;)
• To be continued
Cognitive Psychology 3
Selesai.
Lega.
Penat? Tidak.
Saya mahu senyum.
10 January 2012.
Akhirnya tiba jua tarikh yang saya nantikan. Penat tunggu gap exam yang panjang. Penat. Amat lah. Alhamdulillah gap yang panjang ni memberi masa yang sangat banyak untuk saya study the most toughest subject. Rasa macam ni first time study awal-awal. Awal seminggu pulak tu. Sampai malam sebelum exam, saya dah tak tahu nak buat apa. Tak tahu nak baca apa.
Resah gelisah. Walaupun semua dah hadam, semua dah faham tapi saya masih resah gelisah. Risau takut tak dapat jawab exam. Sebab madam dah pesan, ni soalan critical thinking. So, sebanyak mana say abaca dan mengulang pun, kalau saya tak berfikiran kritikal, memang tak dapat jawab lah kan.
Pagi lepas subuh, masih lagi rasa resah. Nak tak nak saya paksa diri juga untuk revise lagi subjek ni. Lepas tu cakap telefon ngan ayah sekejap. Around 7:45 pagi dah habes revise. Tak lama lepas tu terlelap di meja. Haish~~ memang susah bila study awal minit ni. Rasa macam dah takleh nak baca dah.
Sampai la waktu tengahari. Paksa diri jugak berteleku si meja belajar. Tak tengok takut. Tengok pun takut. Haiyaaa~~ apa lah nak jadi. Makan? Memang tak. Errr..memang habit saya. Tak pernah makan time exam. Kebiasaannya habis je exam, memang laju je balik. Sebab apa? Semata-mata nak isi perut. Lapar. :(
Exam pukul 3petang. Jam 2:35 saya bergerak dari Mahallah. Tengah jalan nak ke Foyer 1 CAC, saya nampak dia. Dia. Yea, dia. Dia itu sahabat saya. Pendorong impian. Penguat semangat tuuu ;p Saya nampak dia tapi saya buat-buat tak nampak sebab jauh dan saya rasa macam berserabut sebab time tu rasa macam memory loss. Rasa macam lupa apa yang saya baca.
Sampai je depan Foyer 1, terus sahaja masuk. Malas nak fikir panjang dah. Ambil seat dan tenangkan diri.
“with Bismillahirrahmanirrahim, you may start now”
Bukak soalan. Senyum.
Ada soalan yang saya duga. Namun ada satu soalan yang langsung tak expect. Hee takpe, berusaha selagi termampu dan selebihnya berserah pada yang di atas sana. Selesai jawab exam, terus meluru balik. Nak solat dan lapar. Sangat lapar. =)
Syukur sangat Cognitive Psychology (PSYC 3030) sudah berlalu pergi. Kena focus untuk subjek esok dan lusa pula. Esok Fiqh. Tak boleh main goreng-goreng bila jawab soalan. Bila salah hukum, confirm la salah terus. Jadi, berusaha hadam Fiqh untuk malam ni. Berusaha revise Fiqh untuk sebanyak mungkin. Maybe boleh curi-curi revise Research Method jugak kalau Fiqh dah habes. Heee.
Doakan saya untuk 3 subjek lagi yang menanti.
Doakan ketenangan buat saya, supaya saya tidak resah gelisah lagi.
Oh yea, saya dapat merasa hujan 2 hari yang lalu. Syukur sebab Allah masih izinkan saya merasa nikmat hujan.
Itu sahaja.
Semoga berjaya, semua! ;)
Cognitive Psychology 2
Senyum.
Apa khabar iman?
Bagaimana dengan study?
Alhamdulillah. Semua subjek berjaya khatam. Cuma tinggal satu lagi untuk 15hb. Agak-agak time tu kuat semangat ke saya nak study? Rumet terchenta dah balik pon. :( [sampai hati korang]
Cognitive Psychology.
Tahu tak? Saya jatuh hati lagi sekali. Rasanya ni kali ke3 atau ke4 saya jatuh hati ngan dia. Dia ni complicated sangat tapi mudah saja buat saya jatuh hati. Heee. Cognitive Psychology! <3 Best sangat subjek ni sebenarnya. Suka! Allah, saya suka subjek ni! Sesape yang nak mind map subjek ni, meh la amik dan copy. Saya halalkan nota-nota ni. Sunggu, saya suka subjek ni. Terima kasih Allah kerana permudahkan segala urusan dan memberi kefahaman yang baik dalam subjek ni. Bersyukur sangat. ;')
![]() |
| chapter 9. -knowledge :) |
![]() |
| enjoy study! :) |
p/s:: Kamu, teknik reverse psychology saya dah berjaya! ^__^
Ok. saya nak bercerita lagi. Banyak. Tapi masa sekarang saya dah allocate untuk revise subjek Research Method dan Fiqh. So, mungkin lewat malam nanti saya tules entri lain yea. InsyaAllah. :)
~ Alhamdulillah ~
Cognitive Psychology
![]() |
| sangat suka subjek ni..tapi...... :( |
Macam biasa. Tak boleh fokus study bukak blog. Haish~~
Bila nak hujan agaknya yea? *thinking*
Saya tengah study Cognitive. Hadoi entah kenapa cepat benar hilang fokus bila study cognitive. Attention span memang tak lama. Dear Madam, macam mana ni? Saya suka subjek ni tapi susah benar saya nak hadam. Lambat benar nak selesai baca subjek ni. Madam.... ;')
Subjek ni seronok sebenarnya. Belajar berkaitan human mind. Best! Errr..tapi tak dapat dinafikan memang agak tough. Sebab belajar benda yang kita tak nampak. Belajar pasal brain & cognition, perception, attention, memory, encoding & retrieval, knowledge, imagery, language and thinking; problem solving, reasoning, decision making. Huuuu~
![]() |
| this chapter plg tough.pling byk nak hadam experiment.tengah poning ni~~~ |
Paling menyebabkan susah, banyak nak kena hadam experiments. Saya tengah pening part experiment. Kejap je fokus dan faham pastu terus lost semula. aiyaakkk~ Dah tahap teruk, capai hp, mesej my mum, cakap nak balik.haha. Sirius saya hantar mesej cemtu. tapi..tapi......tapi....... kena balik 15hb okay! after exam officially END! :(
Okay lah. Demi ibu ayah yang tercenta, saya janji akan usaha belajar Cognitive sampai berjaya. Saya janji akan usaha. Saya janji. Kalau saya tak berusaha, saya tak boleh balik rumah. Oh yea, hari ni saya dapat 'pelangi'. Alhamdulillah. Walaupun tengah tunggu hujan, dapat pula pelangi. Syukur. Terima kasih Allah ;)))
Beberapa minit lagi nak masuk waktu Asar, mungkin patut rehatkan otak sekejap. Pergi jalan-jalan amek angin ke, pergi jogging ke, pergi swimming ke, pergi tunggang kuda ke, pergi naik basikal ke, pergi kacau rumet study ke, pergi mana-mana asalkan bukan di meja belajar.hehe
![]() |
| saya suka baca part ni..tapi.... :( |
Ok itu sahaja.
Doakan saya boleh hadam Cognitive ni dengan baik.
Susah hati jiwa raga menghadap Cognitive ni..(mama, tolong!)
kalau ada usaha, nanti ada la hasilnya, kan? Senyum.
Ok sedapkan hati, saya boleh buat.
Saya boleh buat.
Saya boleh buat.
Ameeeeen. ^______^
~selepas kesulitan, ada kesenangan~
Subscribe to:
Posts (Atom)
































