إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

30:36-37


بسم الله الرحمن الرحيم



"All I’d ever wanted was to forget. But even when I thought I had, pieces had kept emerging, like bits of wood floating up to the surface that only hint at the shipwreck below. Because that is what happens when you try to run from the past. It doesn’t just catch up: it overtakes, blotting out the future, the landscape, the very sky, until there is no path left except that which leads through it, the only one that can ever get you home."


She cried while writing this story.
Its hard. I know.

Fatimah diam membatu. Satu persatu kenangan menjelma. Ah, kali ini Fatimah tewas. Tewas dengan kenangan, dengan harapan, dengan impian.

Di suatu sudut, di dalam gelap, Fatimah menangis. Menghamburkan tangisannya setelah berminggu-minggu cuba ditahan.

"Allah...." kedengaran sayup-sayup di sebalik pintu..

"Tim... are you okay?"

Tiada jawapan.

Khadijah memeluk bahu Fatimah. Perlahan-lahan diusap nya sambil meniupkan secebis doa. Semoga Allah kurniakan ketenangan terhadap Fatimah.

Setengah jam menyepi.

"Dija, aku sedih..aku menyesal.."

"kenapa?"

"aku menyesal dengan masa lalu.. menyesal sebab dua kali tolak tawaran untuk fly.. dan aku rasa tak berbaloi langsung berkorban untuk semua tu.."

"Tim..."

Airmata jatuh.

"aku mungkin tak faham apa yang kau rasa.. apa yang kau lalui.. tapi aku percaya, kau adalah insan yang hebat. sebab tu Allah bagi ujian macam ni dekat kau..bukan pada aku..atau orang lain..kau sedih sebab tak dapat fly? Rezeki ni luas, Tim.. selagi kau masih percaya dengan Dia, selagi kau masih berusaha dengan seikhlasnya, selagi itu Dia akan bantu kau.."

"tapi ... "

"tapi apa lagi Tim?.. kau tak dapat fly, tapi results kau masih cemerlang, rezeki kau melimpah-limpah.. sedang kawan-kawan kau yang lain tengah menganggur, kau dah mula bina kerjaya sendiri..jadi pensyarah pulak tu.."

Tunduk. Sepi.

"Tim... aku mungkin tak pandai nak bagi nasihat dekat kau.. aku tahu, kau sedang rasa perit sekarang ni.. tapi percayalah, setiap airmata yang jatuh, semua tu Allah tengok, Allah tahu... kalau kau boleh bangkit dengan kekecewaan yang dulu, takkan la sekarang kau nak goyah? come on, Tim.. be strong!"

"em.. Dija...kenapa aku tak dapat apa yang aku nak?"

"sebab Allah sayang dekat kau..."


Di situlah di uji orang-orang mukmin dan digoncangkan (hatinya) dengan goncangan yang dahsyat [33:11]


- check 30:36-37


"But you know whats the best feeling within all these chaos? Knowing that its Allah telling you that He wants you to be alone with Him. He wants you to look for Him. He wants you to turn to Him. He wants you to depend on Him. He takes away the people you love in your life so it would just be the two of you. If you have a bit more faith in Allah, He'll show you the way, He'll return everything you've lost, in fact He can replace them with someone better."














~ I drop du'as. Not bombs ~




Mereka yang di sayang Tuhan



بسم الله الرحمن الرحيم




Awan yang berjauhan, masih berlatar belakangkan langit yang sama.

Dalam.

Sangat dalam.

Tambah tolak, dalam perkiraan saya, sudah hampir 3 bulan. Tempoh yang kedengarannya cumalah sebentar tapi ianya agak lama sebenarnya. 3 bulan dalam tempoh probationary period. 3 bulan yang terkadang ketawa terburai, terkadang airmata laju menderas. Namun, 3 bulan ini jugalah penuh dengan cinta.

Mereka.
Menceriakan hari saya.
Menghiburkan hati saya.

Walau terkadang mencabar keimanan dan kesabaran di hati. Walau terkadang teruji keikhlasan di jiwa. Walau terkadang di beban kemarahan yang menggunung.

Tetapi jauh di sudut hati, saya terlalu menyayangi mereka. Terlalu sayang.

"I love all of you. I don't hate anyone of you" -this words. Setulus hati saya sampaikan pada mereka. Walau mungkin mereka tidak percaya.

Mereka telah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Mereka juga sudah menjadi tanggungjawab untuk saya, amanah buat diri ini.

"teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku..agar kami banyak bertasbih kepada-Mu" [20:31-33]

khas untuk mereka yang di sayang Tuhan, semoga jiwa kalian dilembutkan untuk menerima ilmu-Nya, semoga diterangkan hati dengan suluhan iman dan di kuatkan jiwa dengan akhlaq yang mulia.. Aameeeen :))


Allah, ampunkan diri ini T_____T














~ I drop du'as. Not bombs ~


Hujan Pelangi


بسم الله الرحمن الرحيم




si A bejalan laju menuju ke satu sudut. Diam-diam dia duduk dan tanpa disedari airmata menitis. Perlahan-lahan ia jatuh. Kemudian, si B datang menepuk bahu sambil berkata; "lecturer kena tabah".. dan seketika C datang menitip pesan, "hanya dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang"

-jatuh air mata.

saya terfikir, andai kata cikgu-cikgu atau pensyarah saya pernah menitiskan airmata kerana saya, maka saya akan rasa betapa berdosanya saya. Berdosanya saya kerana melukakan hati mereka. Maka, masih adakah keberkatan dalam ilmu yang saya dapat? Masih kah?

mungkin Dia cuma mahu menjentik saya. Menjentik tahap kesabaran saya dalam meniti liku-liku hidup. Menjentik sedikit keikhlasan saya dalam menuju redha-Nya. Menguji tahap kesayangan saya terhadap mereka.

Tuhan, hati ini telah cuba sedaya upaya
Tuhan, hati ini telah berusaha seboleh mungkin

Namun, saya tahu saya gagal.

Gagal untuk jatuh hati pada tempat ini. Gagal untuk membina bahagia pada mereka-mereka ini. Gagal untuk memetik sayang pada sayap yang semakin rapuh.

Dan saat hati kecewa
Jiwa terhiris

Angin datang sampaikan pesan, "perlu melalui hujan andai mahu bertemu pelangi"

Senyumlah, kerana masih ada kasih-sayang Dia..




nota hati: rupanya, banyak perkara yang kita korbankan demi orang lain. dan banyak perkara yang dikorbankan tidak dihargai. dan di situlah terujinya keikhlasan hati.

nota hati 2: tabah. dan belajar untuk ikhlas :)












~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...