Bila berisi, orang asyik cakap kita ni besar tapi bila kita kurus, orang kata kita ni cekeding pula. Itulah manusia. Takkan berhenti berkata-kata walaupun perkara itu normal. Bagi saya, dari sudut psikologi, benda ni boleh bagi kesan pada tuan empunya diri. Kesan dari sudut emosi yang mungkin membuatkan mereka hilang keyakinan diri. (saya pun pernah rasa). Dulu ada beberapa orang tanya saya, macam mana saya jadi kurus. Saya pun tak ada jawapan tapi saya rasa ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk kita. =)
1.Makan dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh makan nasi tapi biar berpada-pada. Makan sikit tetapi kerap. Ia akan mengurangkan perasaan lapar.
2.Jangan makan disulami air. Maksudnya, tunggu makanan habis dulu baru minum air. Ia mengelakkan rasa cepat kenyang dan juga perut buncit. Walaupun makanan itu mungkin pedas, cuba tahan juga.
3.Amalkan minum air masak bila lapar. Percaya atau tidak, air dapat membuatkan kita rasa kenyang.
4.Elakkan minum ais. Seboleh-bolehnya, elakkan lah. mungkin cuaca panas membuatkan kita haus tapi kita masih perlu kawal diri dan minumlah air masak. Jika ke kelas, bawa air bersama.
5.Pastikan tidur anda cukup. Kajian mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih cepat gemuk. Ini kerana, mereka akan kerap merasa lapar ketika waktu mereka berjaga.
6.Jangan tidur selepas subuh. Bukan sahaja rezeki tak masuk, malah badan pun bertambah berisi. Kebiasaannya, orang yang terlebih tidur, lebih-lebih lagi yang suka sambung tidur selepas subuh, dagu nya akan berlapis.
7.Amalkan mandi di awal pagi. Cikgu saya pernah berkata, jika kita selalu mandi awal pagi (sebelum pukul 7), insyaAllah berat badan takkan bertambah. Dan ketika mandi waktu ni, siram badan dahulu. Jangan siram kepala. Sewaktu air disiram ke badan, segala wap-wap akan keluar melalui kepala. Setelah selesai membasahi badan, baru lah siram kepala.
8.Ringankan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah dan rajinkan diri berjalan kesana ke mari. Ini jelas dapat membantu membakar kalori.
9.Puasa. Bukan setakat puasa ramadhan tetapi juga puasa sunat Isnin Khamis, Rejab, Syaaban dan sebagainya.
Itu sahaja beberapa tips yang dapat dikongsikan. Saya juga ada mengamalkannya. Bukan sebab nak kurus tapi nak maintain badan ni walaupun saya masih perlu tambah berat badan untuk mencapai berat badan yang seimbang.
Perlu diingatkan disini, biar usaha kita itu selari dengan niat. Saya biasa tengok dalam majalah, tv dan sebagainya, bila mereka sudah kurus, mereka buka tudung, berpakaian seksi. Ini jelas sekali niat untuk kurus itu salah. Jika anda nak kurus hanya kerana nak berpakaian cantik-cantik, nak tayang kecantikan pada yang bukan muhrim, saya rasa lebih baik kita kekal saja gemuk begini. Seperti yang ustaz-ustazah saya selalu pesan, biar niat menghalalkan cara. Sebab Allah tahu niat kita lah, Dia berhak untuk menjadikan atau tidak, memakbulkan atau tidak doa kita. Jadi, tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum.
Nusrah Walfath: kurus atau gemuk sama sahaja. Apa yang penting adalah kesihatan dalaman. (Nanti saya tambah lagi tips nya k)