Saya baru sahaja selesai study Research Methodology. Subjek yang bakal exam pada 12hb. Errr..hari ni baru 3hb. Awal,kan? :) Malam ni nak study Cognitive Psychology pulak. Belum menjenguk lagi subjek tough ni. Huuu~
Saya dan exam
![]() |
| jadual exam saya =) |
Semester ni saya mula exam agak awal. To be exact, terlalu awal. Hehe. Namun begitu, (ayat skema)saya tetap habes exam paling lambat. Kesian kan? Seminggu dua ni macam bersepah jugak lah meja belajar dengan notes yang macam-macam. Anyway, saya suka tengok notes banyak-banyak. Seronok rasa dikelilingi ilmu. Lagi satu saya ni jenis yang suka buat nota sendiri. Saya tak reti pakai nota orang. Sebab tu saya perlukan masa sehari at least tuk siapkan mind map mengikut citarasa dan kefahaman saya.
![]() |
| nota-nota cinta saya. :) |
Hurm..saya ni bila tengah study biasanya saya akan letak hp dalam drawer. Hp tu dah la di silentkan pastu sorok dalam drawer pulak. Dah habes study baru saya tengok hp. Sebab tu kadang-kadang saya saya tak perasan langsung ada mesej or call. Heee~ Cuma bila malam-malam je hp tu ada je depan mata. Buat teman study lewat malam. :)
![]() |
| makan coklat time study.best.ehem..mne org yg nak bg saya coklat tu? =P |
Hari tu waktu nak study Personality Psychology (esoknya exam), berderet-deret mesej saya dapat. Ngeee. Bukan mesej wish all the best tapi mesej dari adik-adik yang mengadu itu ini begitu begini. Adik-adik saya ni macam-macam betul. Time tu memang terasa lah diorang ni macam budak-budak je. Hehe. Btw, saya tak kesah pun. Walaupun saya tak mampu nak selesaikan masalah dorang, at least dapat bantu kurangkan beban sikit pun takpe. Senyum yea.
Penguat semangat, Pendorong impian.
Dia. Sejak short sem lalu hingga sem ni tak pernah putus bagi semangat kat saya waktu exam. Paling ketara time midterm yang lalu. Huu~ Disebabkan midterm saya berderet seminggu non-stop, so memang macam agak tension. Tapi setiap kali tu jugak ada sahaja mesej dari sahabat saya ni. Terharu. Pernah sekali, call saya semata-mata nak wish "all the best". Dia buat saya tersenyum. Kelakar.
Saya pernah rasa down, pernah rasa pudar harapan, pernah rasa semangat goyah, tapi Alhamdulillah sahabat saya yang ni selalu sahaja menaikkkan semangat saya. Again, saya terharu. Pernah saya belajar sampai lewat malam, dia teman study jugak. Tapi dalam teman study tu, dia study subjek dia jugak. Sudahnya, saya yang tidur dulu dan dia masih lagi mampu bertahan baca buku. Dahsyat la sahabat saya ni.
Yang kelakarnya waktu nak bercerita kat dia pasal midterm saya dapat rendah. Tahu dia pujuk saya cakap apa? "nanti saya bagi gula-gula nak?" Errr...haha macam budak tadika la pulak. Comel. Disebabkan dia sentiasa ingat exam saya, sentiasa bagi semangat kat saya, jadi, haruslah saya ingat exam dia jugak. Supaya saya juga boleh sentiasa bagi semangat kat dia. InsyaAllah. :)
![]() |
| jadual exam sahabat saya di softboard saya.Supaya saya tak lupa (",) |
Terima kasih Allah untuk sahabat seperti dia. Saya akan selalu mendu'akan dia sepertimana dia mendu'akan saya. Doa dari jauh, semoga Allah redha. :) [saya tahu, dia suka ayat tu] (^__^)v
p/s: Jom struggle sama-sama. Kita grad sama kan? ;))
Adik kecik saya
Baru-baru ni adik kecik saya mengadu pasal subjek dia. Dia mengadu pasal markah dia. Dia mengadu itu ini. Kasihan dia. Sebagai kakak, apa yang saya mampu ialah bagi semangat dan motivasi. Saya tak suka tengok orang down. Apatah lagi kalau orang tu adalah adik saya. Saya tak suka. Alhamdulillah adik kecik saya ni dah okay. Dia dah besemangat kembali. Waktu dia mesej semalam pun gayanya dia begitu ceria. Oh mungkin sumber inspirasi dia dah bagi kata-kata semangat kot. =P
Adik kecik saya ni baik.Sangat baik. Saya suka nama dia.Cantik. Rasa nak letak nama anak je nanti. Nanti hari-hari boleh sebut nama yang indah ni :) lagipun adik kecik saya budak pandai. nanti nak anak saya jadi bijak dan baik macam adik kecik saya ni. Bolehkan?
Kahwin masa belajar.
Semalam saya bagitau adik kecik saya yang saya nak kawen time belajar. Itupun kalau diizinkan Allah dan diizin oleh ayah mama. Dan itupun jika ada orang yang nak kawen ngan saya. Itupun jika ada yang sudi bawa saya ke syurga bersama. Ada ke? Senyum. Saya tidak mahu mencari. Saya serahkan pada adik kecik saya untuk pilihkan buat saya lah. Boleh? =)
Adik perempuan saya.
Ada ramai. Ramai adik perempuan saya suruh saya kawen. Sudah tu, tak bagi saya cari sendiri partner saya. Katanya, "kak nusrah jangan cari. Biar saya carikan tau". Senyum. Adik-adik saya ni semua terlalu caring. Memang sangat mengambil berat pasal saya. Kelakar lah diorang ni. Tapi saya bersyukur punya adik-adik yang macam ni. Mereka sangat sweet. Sekurang-kurangnya mereka buat saya rasa disayangi. Semalam sorang adik saya, cakap, "ramai betul orang yang sayang Kak Nusrah" Senyum. Syukur pada Allah atas segala kurniaan-Nya.
Masa hadapan saya.
![]() |
| ini gambar kesukaan saya.Nak fly bersama suami suatu hari nanti.Doakan :) |
Saya tak tahu bagaimana jalan hidup saya lepas ni. Saya tak tahu apa yang Allah rancangkan untuk saya. Setiap hari saya berdoa dan berdoa dan terus berdoa, semoga hati saya kuat untuk menerima segala cabaran yang bakal dihadapi. Mungkin saya bakal rebah, mungkin saya bakal jatuh. Mungkin dan mungkin. Harapnya saat saya tersadung rebah di lubang derita, tergelincir jatuh di longkang ujian, masih ada yang menghulurkan tangan dan terus bersama saya meniti pahit manis hidup.
Saya kadang-kadang lemah, saya kadang-kadang sedih, saya kadang-kadang goyah, saya kadang-kadang kuat, saya kadang-kadang begitu dan kadang-kadang begini. Saya perlukan kalian untuk mewarnai kain semangat saya yang luntur, untuk mecorakkan lukisan luka yang suram, untuk bersama saya bergerak menuju ke syurga-Nya. Saya perlukan kalian untuk memayungi hati saat dihujani ujian, untuk memadam contengan derita yang menghinggap. Saya perlukan kalian, sahabat-sahabat ku. :)
Semoga terus berjaya dan bersama menggapai redha-Nya.
Semoga terus memburu cinta-Nya.
Semoga terus dilindungi-Nya.
Semoga ada redha-Nya.
Saya sayang kalian semua ;')
~ Because takdir is a beautiful twist ~









1 comment:
bersabarlah..
Post a Comment