إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Sila bertabah, Nusrah!



kerana Tuhan lebih menyayangi kamu, kerana itulah kamu yang diuji dengan lebih berat, berbanding ujian-NYA pada aku, pada kami.

kerana Tuhan sangat peduli keadaan kamu, kerana itulah DIA terlebih prihatin pada keadaanmu, lantas memilih kamu untuk diuji.

Bila kita yakin, Allah uji sebab Allah sayang, maka hati juga akan yakin, bahawa kita mampu, kerana kita sangat percaya pada Kalam-NYA dan Janji-NYA, bahawa ujian adalah sesuai kemampuan.


kalau kita tak mahu percaya pada DIA,
maka pada siapa lagi kita mahu percaya?
sudahlah, kesat air mata.

-tersenyum melihat langit-



Awak. 
Ya.Awak yang tengah baca ni. 
Saya tahu,jauh di sudut hati awak, 
Ada rahsia yang tersimpan. 
Ada tangisan yang tersembunyi. 
Ada harapan yang terlukis terang. 
Namun di situ, awak memilih untuk senyum. awak bertahan dalam diam. awak yakin dengan doa. 
Tapi saya percaya di sebaliknya, 
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti. 
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, 
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. kerana hatimu teguh bersama Pencipta. =)







nota hati: harus bertabah dengan kehidupan ini. Kerana ia berjalan dengan aturan-Nya. Bukan ikut kehendak diri. Nusrah, sila bertabah! Dan kamu, selamat pengantin baru ;))

nota hati 2: Dia nak kawen. kenapa perlu saya menangis? Doakan sahaja dia bahagia. ;'')






~ I drop du'as. Not bombs ~


Seperti Yang Ku Jangka





Sekali lagi ku lalui jalanan sepi 
Yang cukup diri ini kenali 
Ku sangka dia yang ku cari 
Telah ku jumpa 
Namun dia yang menghancurkan jiwa 

Cukuplah sudah hatiku dipanah duka 
Cukuplah sudah segala sengsara 
Dan aku tak mahu lagi dibelenggu rindu 
Kerana ia akhirnya membunuhku 

Seperti yang ku jangka terjadi 
Tewas sekali lagi 
Menambahkan luka ynag sudah ada 

Seperti yang ku jangka terjadi 
Cinta datang dan pergi 
Mungkin takdir ku hidup menyendiri  

Harapan terakhir ku rupanya sama saja 
Dengan yang terdahulu darinya 
Biarkan aku hidup tanpa belaian cinta 
Biar semua tahu ku kecewa 

Seperti yang ku jangka terjadi 
Tewas sekali lagi 
Menambahkan luka yang sudah ada 

Seperti yang ku jangka terjadi 
Cinta datang dan pergi 
Mungkin takdir ku hidup menyendiri 

Mungkinkah takdir hidup ini menyendiri 
Bertemankan sepi 

Yang pasti setiap malam 
Ku imbas kembali 
Kenangan indah menyentuh hati 
Yang pasti itulah saja mampu ku miliki 
Mungkin sepanjang hayat ku bermimpi

by KRU feat Indigo





nota hati: pernah tak sebelum sampai rasa sedih, airmata dah jatuh dulu?












~ I drop du'as. Not bombs ~


Where words fail



Duduk bersandar
Jauh melemparkan pandangan
Lesu
Terlalu banyak yang dipendam

Bunyi burung pada petang hari
sama seperti keadaan di Korea ketika musim luruh
damai.. indah..
dan saya selalu tersenyum sendiri

"Nusrah tahu tak?"

"tahu ape?"

"Amir nak tunang."

Serentak itu tahi burung jatuh ke atas kepala. Tunduk. Terkejut. Mungkin dia tak dapat melihat riak terkejut saya pada waktu itu. Bersyukur dengan tahi burung yang selamat mendarat di kepala. Terkena tudung hijau saya pada petang hari.

"Dengan siapa?" saya menyambung

"Nusrah tak tahu ke? I thought dengan Nusrah"

"Erk..tak lah. Kite tak tahu apa-apa pun ni"

Sedih sebenarnya. Mungkin sebab saya agak rapat dengan Amir. Jadi, bila dengar dari mulut orang dan berita sebegitu pula tu, buat saya rasa macam dibaling batu. Terkejut. Sakit.

"Nanti Nusrah jangan tanya Amir pula ye"

"Oh okay2 tak"

Dan saya pun terfikir kenapa saya tak perlu tanya Amir sedangkan benda tu benda baik. Lama juga saya fikir nak tanya Amir ke tak. Akhirnya saya tanya. Tapi dia diam. Dan diamnya itu saya anggap YA. Bila dia tidak menidakkan, makanya saya faham sudah jawapannya.


*Amir bukan nama sebenar
*tunang bukan erti sebenar

--------------------------------

Kadang-kadang, kita tak perlu minta orang jauhkan diri dari kita. Sebaliknya, kita sendiri yang sepatutnya menjauhkan diri dari mereka. Jika kita tahu mereka sememangnya tidak perlukan kita. Kita bukannya tempat untuk dicari bila rasa mahu berkongsi masalah, bila rasa mahu orang mendengar. Orang sebegitu bukan sahabat yang baik. Bukan. 



"kenapa Nusrah termenung tengok sudu?"

"saja. rindu"

"eh, ada ke orang rindu dekat sudu?"

"ada. Nusrah la orangnya."

"kenapa rindu dekat sudu?"

"sebab sudu tu datang sekali je dalam hidup. lepas tu tak de dah."

"peninglaaa"

"takpe, jangan cuba fahamkan. saya rindu sudu bersebab. mungkin nanti Allah akan gantikan yang lebih baik. mungkin bukan sudu but a kinda of that. saya merajuk dengan orang yang beri, sampai saya beri dekat orang lain. hmm" 

"asal orang tu bahagia menerimanya, awak pun akan bahagia. ikhlaskan hati, nusrah"

Kadang-kadang teringat juga dekat sudu. Tapi saya mahu belajar erti ikhlas sampai saya berjaya lupakan sudu tu. Mungkin orang rasa pelik kenapa saya suka dan sayang dengan sudu tu. Sudu tu bukan di beli di Malaysia. Sudu tu undoubtedly memang cantik sangat. Tapi bila tengok sahabat saya bahagia, saya rasa berbaloi juga saya lepaskan sudu tu. Dan ampun maaf kepada yang hadiahkan saya sudu tu.

----------------------------

Exam masih berbaki lagi dua subjects. Singgah tulis blog sebab rasa macam nak bercerita. Duk kat bilik selalu bercakap dengan si baju hijau. Sekarang masanya nak bercerita dengan pembaca blog saya. :)

Saya buka surat cinta hijau. Tadabbur surah al-anbiya'. Betul-betul menyentuh hati. ;'''')




nota hati: ramai orang tengah suruh saya istikharah. tentunya bukan untuk jodoh. tetapi beberapa hal melibatkan masa depan. 

nota hati 2: dah habis belajar nanti, saya nak tukar num fon. stop fb. private blog. agak-agak kalau tak dapat nak cari saya tu, selalu lah sedekahkan al-fatihah. saya maafkan semua orang.

nota hati 3: kalau saya menjauh, sila jangan dekat. 










~ I drop du'as. Not bombs ~


Bittaufiq Wannajah :)

:)




Saya sedang study.
Kemudian termengelamun.
Habis 3 chapters.
Singgah facebook.
Tulis blog.

Seronoknya exam! :)














~ I drop du'as. Not bombs ~


Semakin Allah Sayang :)

langit 2012
bertarikh 24-11-2012



"Semakin sayang Allah dekat kita, semakin di uji iman kita kepada-Nya. Namun dirawatnya dengan sebaik-baik penawar, ketenangan pada hati. Alangkah bahagianya memiliki hati yang tenang"



Senyum.
Rasa yang ada hari ini adalah suatu rasa yang sukar digambarkan.
Nikmat Allah yang tidak terperi.
Nikmat ketika ujian menyapa.
Kita mungkin sedih
tetapi
bagaimana kita menghadapi ujian itu menunjukkan tahap iman kita.
Tabah.
Sabar.
Redha.
Semoga bahagia itu ada.

Tiba masanya untuk menunduk ke langit, mendongak ke rumput
kerana di sebalik hijau itu adanya ketenangan. 
bukan biru.

Senyum lagi
Seindahnya
Seceria hari-hari semalam
Semoga Allah redha.









nota hati: malam tadi saya tertidur bersama nota cinta hijau bersama si baju hijau dalam genggaman. semoga perit luka terubat. :)














~ I drop du'as. Not bombs ~


Rasa hati




Saya tak tahu nak cakap macam mana. Dah banyak kali saya pesan. Jangan menangis. Jangan sedih. Jangan dan jangan.

Saya nak buat macam mana bila hati saya tak kuat? Saya nak buat macam mana bila hati saya rasa sedih? Saya nak buat macam  mana bila ada rasa 'begitu' dalam hati? Saya nak buat macam mana?

Muhasabah diri.
Banyak-banyak.

Saya mahu pergi. Jauh. Kalau boleh.

Tidak tahu mahu kata apa.
Mungkin patut diam. Makan hati.

Sungguh.
Rasa luka.

Boleh tak bawa saya pergi jauh?
Sekejap pun boleh la.
Sekejap sahaja.


Rehat sebentar.
Moga hilang rasa luka.
Allahurabbi ;''')
















~ I drop du'as. Not bombs ~



Teman Bicara

sila jangan tanya saya apa kaitannya gambar ini dengan post ini.
heh.




Dia...
Berbicara dengan saya tentang sesuatu yang tidak wujud...
Tentang sesuatu di dalam kotak pemikirannya...

Dia...
Bercerita dengan saya tentang rasa hati yang tidak nyata...
Tentang rasa hati di dalam benak jiwanya...

Adakah benar
Adakah palsu
Saya tidak tahu

Mungkin rasa itu terlalu indah buatnya..
Dan saya pun tersenyum sendiri...

:)








~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...