إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

diam-diam





"di ribaanMu, kata aku: aku janji, hanya mahu diam, tapi, dalam diam-diam yang lama itu,



 kata aku lagi: tapi Tuhan, boleh kan aku menangis,
 ..sekejap?"


-u.s-





nota hati: saya baik-baik sahaja. cuma facebook saya perlukan rehat. :) Dan hati saya juga perlu rehat. :)))







~ I drop du'as. Not bombs ~



Sesederhana Hujan



cinta aku sesederhana hujan 
turun lewat gerimis halus 
di mulanya diam-diam 
senyap-senyap 
tak terkhabar 

cinta aku sesederhana hujan 
jatuhnya berani, ramai-ramai 
muafakat hasil irama 
denting kocaknya 
mengindah pandang 

 cinta aku sesederhana hujan 
tak tertuang semua dari langit 
dihulurnya satu-satu, perlahan-lahan 
tiada tamak, tiada kalut, tiada riuh 

 cinta aku sesederhana hujan
 ke bumi datang dari Tuhan 
jauh ingin merosakkan niatnya 
hanya menyuburkan 

 aku mahu sederhana 
dalam mencinta Allah, 
Kau sebaik-baik 
pemberi kurnia


-u.s-









~ I drop du'as. Not bombs ~


[14:41]



Kelihatan katil-katil di sudut ruang itu dipenuhi dengan warga tua. Rata-ratanya sebaya dengan atuk saya. Lemah tidak berdaya. Katil hospital itu mencerminkan segalanya.

"Wahai Allah Yang Maha Pengasih, apakah ibrahnya ketika Engkau detikkan hatiku untuk melangkah ke sini?"

Rumah Orang Tua al_Ikhlas merantai hati saya. Ketika kaki melangkah ke sini, seorang pakcik menegur mesra. Duduk bersama supervisor di situ mendengar ceritanya. Ada yang meruntun hati saya. Kemudiannya, kami menyambung kerja-kerja di situ. Ketika sedang seronok membantu apa yang patut itu lah, hati saya di sapa oleh sebuah dongeng yang selalu saya lihat dalam drama. Dongeng itu bukan lagi sekadar omongan kosong kerana saya melihat dengan mata saya.

Seorang lelaki. Berbaju hitam. Bercermin mata. Handsome. Muda.

Namun, saya terkaku di sebalik pintu kaca. Melihat pemuda itu menghantar ayahnya ke rumah orang tua tersebut. Bersama sebuah bagasi, sebakul makanan dan ubatan, seorang pegawai membawa pakcik tersebut masuk, duduk di katil kosong. Pakcik itu persis pemuda itu. Tidak banyak beza pada paras rupanya.

Sejenak, airmata bertakung. Tahankan hati.

Tidak lama kemudian, kami keluar beramah mesra dengan pakcik-pakcik di sana. Mendengar cerita dan celoteh yang macam-macam. Dengan pesanan oleh adviser kami supaya jadi neutral ketika mendengar cerita mereka, jadi, kami lebih banyak mendengar daripada menyuruh mereka bercerita.

Ada dua orang pakcik, gelagatnya kelakar. Bercerita dan menyanyi. Tiba-tiba, dia menyanyi;

"ibu... ibu... engkaulah ratu hatiku..."

Dan serentak itu, dia menangis. Saya sebak. Saya tunduk. Sungguh. Mereka-mereka ini terlalu menyentuh hati saya. Mujurlah ada di antara kami yang pandai menghidupkan suasana. Pakcik itu boleh kembali ketawa dalam masa dua tiga saat selepas itu.

Tapi airmata saya sudah semakin terpaksa cuba ditahan-tahan.

Kemudian pergi pulak dekat pakcik yang lain. Ketika itu, saya menyaksikan pemuda tadi berangkat pulang. Sejenak terfikir, kenapa dia tak bersalam pun dengan ayah dia? Saya masih lagi memerhati. Pedih. Hati saya rasa perit.

Tak lama kemudiannya, pakcik tadi tercari-cari anaknya. Dia cakap, ni bukan tempat dia. Kejap lagi anak dia datang ambil. Anak dia pergi jemput isteri yang tunggu kat luar. Sekarang barulah saya faham. Rupanya pakcik tu tak tahu langsung bahawa dia telah ditinggalkan di situ. Simpati saya membuak tapi saya perlu tahan.

Sekejap-sekejap pakcik itu bertanya, samada anaknya dah sampai ke belum. Sambil menunggu anaknya, dia beri saya coklat. Dan dia bagi dekat saya banyak-banyak. Dia cakap, bagi kat semua orang sebab dia ada banyak coklat. Tak lama lepas tu dia bawak bakul dia ke muka pintu. Katanya anak dia dah sampai tu. Dan banyak kali juga dia tanya, kenapa lama sangat. Hati saya rasa seperti di siat-siat. Pedih. Terlalu perit melihat keadaan pakcik tu sampai tarik bagasi untuk balik dengan hati yang penuh yakin bahawa kejap lagi anaknya datang.




Akhirnya, titis jernih keluar dan saya tidak mampu menahan rasa. Saya melangkah ke bilik solat dan menangis. Saya tidak mampu menahan airmata lagi. Saya tak sangka apa yang selalu kita lihat dalam tv itu rupanya wujud juga dalam realiti. Keseorangan saya menangis di situ.

Manja sungguh saya ini. Saya seorang sahaja yang menangis.

Selepas itu, saya kembali keluar. Dan pakcik tadi masih dengan penantiannya, pakcik makcik yang lain, masih dengan celotehnya. Sungguh ya Allah, pengalaman hari ini sangat besar. Bernilai yang amat.

Untuk pemuda tersebut, awak sudah tidak kacak bila awak buat begitu pada orang yang telah membesar dan mendidik awak. Saya cakap ini sungguh-sungguh dekat awak.

"Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari di adakan perhitungan (hari kiamat)." [14.41]

Saya kan setiap kali baca doa ni, hati saya akan sayu sangat. Saya terbayang-bayang susah payah ibu ayah sejak saya dalam kandungan hingga sekarang. Bagaimana mereka sayang saya, buat saya rasa terlalu bahagia. Dan bagaimana sanggup seorang anak meninggalkan ibu atau bapanya di pusat jagaan? Lupakah mereka pada ayat seterusnya yang berbunyi;

"Dan janganlah engkau mengira, bahawa Allah lengah dari apa yang diperbuat oleh orang yang zalim. Sesungguhnya Allah menangguhkan mereka sampai hari yang pada waktu itu mata mereka terbelalak" [14:42]

Walaupun tidak di nafikan bahawa ada yang menghantar ibu bapanya ke pusat jagaan itu dengan masih ambil peduli, masih melawat, masih bawa pulang bila cuti, tapi saya terkilan dengan mereka-mereka yang buat ibu bapa mereka seperti tak ada makna langsung. Seolah-olah tiada langsung secebis sayang dan kasih dalam hati mereka. Mana silapnya?

Cuba bayangkan, ayah kita hantar kita pergi sekolah. Lepas tu dia pesan, 'dok baik-baik. ramai kawan kat sini. mesti seronok'. Dan kita tunggu punya tunggu, ayah atau ibu kita tak muncul-mucul. Apa perasaan kita? Kecoh satu dunia, mereka adalah ibu bapa zalim dan tak sayang anak. Tapi begitu juga lah sebenarnya perasaan mereka saat kita meninggalkan mereka di pusat jagaan dengan janji bahawa, kejap lagi kita datang dan sebenarnya kita tipu. Kita tak datang-datang sampai mereka meninggal.

Oh sadis sungguh hidup sebegitu.

Mudah-mudahan kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang zalim. Lebih-lebih lagi terhadap kedua ibu bapa kita. Entah apa jadi pada pakcik tu sehingga malam ni. Adakah masih menanti anaknya? Bagaimana reaksi dia bila tahu dia ditinggalkan di situ? Masih terbayang-bayang wajah pakcik tu.

Staff di rumah jagaan ni pesan, kalau nanti, ibu ayah kita sudah tua, atau sakit dan kita sendiri tidak mampu nak jaga mereka, janganlah hantar mereka ke sini. Carilah orang untuk jaga mereka di rumah. Kalau ayah, carilah penjaga lelaki, kalau emak, carilah penjaga perempuan. Tetapi jangan ambil orang yang dah tua juga. Carilah yang kuat-kuat, yang mampu nak jaga dengan baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan saya dan awak awak semua mampu untuk menjaga ibu bapa sendiri dengan baik.

Buat semua, yang dekat dengan ibu ayah, sila pandang mereka. Pandanglah wajah tua mereka. Yang tidak pernah jemu memberi kasih sayang, tidak jemu melayan kita sejak berpuluh tahun lalu. Sekarang pergi dekat mereka, dan katakan bahawa awak awak semua sangat sayangkan mereka.

Dan saat kaki melangkah keluar menuju ke arah bas UIA yang menanti, kelihatannya sepasang suami isteri datang untuk menghantar bapanya ke situ. Wajah tua bapanya yang menanti dalam kereta begitu menjentik hati saya. Jauh-jauh dalam hati, saya berdoa supaya pasangan itu berubah fikiran dan tak jadi hantar ayah mereka ke situ. Aameeen ya Allah, Allahumma Aameeeen.


"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberimu pendengaran, penglihatan dan hati nurani agar kamu bersyukur" [16:78]



;''')






~ I drop du'as. Not bombs ~


Bicara Akhir Fatimah



Fatimah seorang diri.
Menaiki tren menuju ke rumah. 
Bumi UPM di biar sepi.
Membawa hati yang sudah kering.

Berbicara dengan Azzam kali terakhir.
Ada sesuatu yang Fatimah belajar.

Di situ, hatinya berdetik.
Terima kasih, Allah.
Untuk ini.

:)



p.s:: "nusrah, dia sangat baik. dari awal kenal sampai sekarang. teruskan doakan dia" -Fatimah,2013









~ I drop du'as. Not bombs ~



Promise Yourself




“Promise Yourself 
 To be so strong that nothing 
 can disturb your peace of mind. 
 To talk health, happiness, and prosperity 
 to every person you meet. 

To make all your friends feel 
that there is something in them 
To look at the sunny side of everything 
and make your optimism come true. 

To think only the best, to work only for the best, 
and to expect only the best. 
To be just as enthusiastic about the success of others 
as you are about your own. 

To forget the mistakes of the past 
and press on to the greater achievements of the future. 
To wear a cheerful countenance at all times 
and give every living creature you meet a smile. 

To give so much time to the improvement of yourself 
 that you have no time to criticize others. 
To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear,
and too happy to permit the presence of trouble. 

To think well of yourself and to proclaim this fact to the world, 
not in loud words but great deeds. 
To live in faith that the whole world is on your side 
so long as you are true to the best that is in you. ”


― Christian D. Larson









~ I drop du'as. Not bombs ~



Doa dan dia :)



Semester ni kan, banyak kali saya tertinggal kunci bilik. Hailaaa~ entah kenapa saya asyik 'cuai' =.=' Mungkin sebab semester ni saya jenis kalut, selalu nak cepat. Sampai kunci bilik pun tak sempat nak capai. huhu.

Kisah hari Jumaat yang lalu. Jumaat lepas. Jumaat 5 hari yang lalu.

Pagi hari, saya pergi discussion. Asyik discussion je kan? Apa yang dibincangkan sangat tu? Kalau awak-awak nak tahu, sangat banyak kerja group semester ni. Discussion tak mengira waktu, tempat. Kalau penat pun, tetap kena pergi. Selepas lunch, saya pun bergerak pulang ke Mahallah. Sampai depan pintu bilik, saya terpaku. Alahai, kunci bilik tertinggal.

Capai handphone, calling my roomates.

Tapi semua tiada kat Mahallah. Saya call kawan-kawan yang lain, ingatnya nak tumpang bilik dia. Tapi tak berangkat pula. Akhirnya, saya membuat pilihan untuk ke surau Asma'.

Masuk surau, nampak tiga orang makcik sedang tidur. Oh kepenatan buat kerja agaknya. Kasihan pula saya tengok. Tersentuh hati.

Selepas duduk menyejukkan badan, saya segera berwuduk. Kelihatan seorang sister yang berjubah hitam, sedang solat. Sewaktu saya memulakan solat, dia telah pun selesai dengan solatnya. Selesai solat, sister tu masih lagi duduk di sejadah. Dan kedengaran esakan kecil. Allahurabbi...dia menangis! Sayu hati saya.

Duhai gadis, apakah parah luka hatimu?
Apakah sengsara jiwamu?
Apakah goyah hatimu?

Melihatkan dia menangis, saya rasa terhiris. Untuk pertama kalinya, selesai solat, saya berdoa sungguh-sungguh untuk sesorang yang saya langsung tak kenal. Seseorang yang saya sendiri tak nampak mukanya. Saya mohon supaya Allah kuatkan dia, tabahkan dia, pujuk dia, bantu dia. Saya tahu peritnya luka. Saya tahu, dia menangis kerana hati dia sudah betul-betul luka. Walaupun saya tak tahu sebab apa dia menangis, tapi saya harap dia akan okay. Saya harap hati dia pulih segera.

Ketika saya sedang berehat-rehat sambil tunggu jam 2.30 petang untuk berjumpa lecturer, saya masih terdengar esakan kecil. Mungkin dia belum puas mengadu dengan Pemilik hatinya. Segera saya baring-baring supaya dia berasa selesa untuk menangis. Supaya dia rasa saya sudah tidur dan tak sedar pun yang dia menangis. Tapi akhirnya, saya memang betul-betul tertidur dan entah bila dia keluar dari surau tu pun saya tak tahu. Huhu

Apa yang saya belajar dari kejadian hari Jumaat lalu ialah, berkenaan doa.

Kita mungkin tak pernah sangka ada orang yang mendoakan kita. Ada orang yang kita tak kenal langsung sudi doakan kita. Mungkin kita jadi kuat, bukan kerana doa kita tapi orang-orang sekeliling. Kita selalu terlupa tentang itu.

Saya juga belajar untuk tidak kedekut mendoakan orang lain. Jangan kedekut nak doakan orang. Kerana kita takkan pernah rugi apa-apa. Okeh kawan-kawan? :)


*******************************


Ada ketika, Allah akan menguji sejauh mana kamu ikhlas dalam berdoa. Iaitu ketika Allah memakbulkan doa kamu terhadap orang lain tetapi saat itu kamu kecewa. Pernah rasa?

Sehari dua ni, saya rasa macam ada orang sedang doakan saya. Sebab saya perasan akan beberapa perubahan dalam diri saya. Sampai saya sendiri hairan. Allahu Akbar.

Semalam saya menulis kisah Fatimah, Azzam dan Marissa lagi. Tapi seperti ada sesuatu yang menarik hati saya untuk simpan dalam draft. Dan seperti ada sesuatu menarik perasaan saya sampai jadi kosong. Fatimah masih sedih. Tapi kata Fatimah, dia doakan Azzam dan Marissa. Dia cuba mencari di mana dia letak redha dalam hati dia. Dan dia juga menangis. Katanya, agaknya, dia (Fatimah) mati dulu sebelum kawen kot. Saya diam. Taktahu nak pujuk. *Azzam tu takpernah tahu pun Fatimah suka dekat dia walaupun Azzam pernah mengusik Fatimah, kononnya nak pinang Fatimah.Patutlah hancur sangat hati dia*

Saya ada exam esok. Subjek susah. *taktahu sejak bila saya ada subjek senang*

Mohon doanya ye kawan-kawan :))




nota hati: menjejak masa depan, aku jadi gerun.....




ex-boss saya.
bakal berkahwin.
Alhamdulillah :))
semoga boss saya, Firwan dan kak Ummi bahagia.
sampai syurga.
Allaumma Aameeeen :))









~ I drop du'as. Not bombs ~



senyap




"..kalaulah mereka tahu; senyap kita yang lama hanya kerana kita sedang faham bahasa yang sama.."












~ I drop du'as. Not boms ~ 


bertahan



tangan laju menepis titis jernih.
wahai diri, kenapa terlalu lembik.
sikit sahaja lagi.

kerja-kerja bertimbun.
kesemua 7 subjek perlu disiapkan minggu ni.
saya baru selesai dua.
maka hati berasa parah.

"Ya Allah sabarkan diri" 


Psychology ini macam Medic. Tapi ramai yang tak tahu. Jadi, kalau ambil 7 subjek tu memang teruk. Saya jealous tengok mereka-mereka yang boleh balik tiap-tiap minggu. Kos diorang belajar macam mana agaknya? Mesti tak ada experiment, tak ada report, tak ada discussion macam ni kan. Huu~

wahai diri, belajarlah bersyukur kerana kamu yang memilih jalan ini.

Mohon bertabah. jangan goyah.




ada kad kawen menjengah diri.kosong saja rasa hati.
apa tandanya itu?saya sudah berjaya.mungkin.
semoga berbahagia.sampai  syurga.









~ I drop du'as. Not bombs ~


H.O.P.E :)



Semoga dapat jadi muslimah solehah, ibu mithali, anak mithali, isteri mithali :)






Semoga terus-terusan istiqamah di jalan-Nya :)





Semoga masih dan tetap berlari mengejar cinta-Nya. :)






Semoga tamat belajar dengan jayanya dan tabah mengharungi liku-liku semester akhir :)






Semoga syahid di jalan-Nya. :)






Allahumma Aameeeen :))












~ I drop du'as. Not bombs ~


Belajar dari hikmah kehidupan



"Wahai engkau yang dibelenggu rantai takut dan gelisah
Pelajarilah maksud kata nabawi, La Tahzan
Jangan takut tak berketentuan
Sekiranya ada Tuhan yang Maha Kuasa disisimu
Lemparkan jauh-jauh segala takut dan bimbang
Lemparkan cita untung rugi
Kuatkan imanmu sekuat tenaga
dan pupukkannya berkali-kali dalam jiwamu"


Hari ini saya belajar banyak perkara. Perkara yang sungguh menyentuh tangkai hati. Satu ketika, saya duduk muhasabah diri. Allahurabbi.. betapa sayangnya Allah dekat saya. Betapa banyaknya rahmat dan kasih sayang yang Allah beri. Alhamdulillah ;''')

Hari tu, hati saya remuk redam. Kecewa yang banyak. Puas saya pujuk hati. Puas saya cuba kawal dengan iman. Namun, hampa. Saya cuba beri masa pada diri. Walaupun saya sedar bahawa saya sangat tewas dengan keadaan. Pada saat tu, selalu sahaja pekataan "kenapa" menjengah fikiran saya. 

Saya tahu hati saya luka. Tapi saya cuba juga untuk tabah. 

Semester lepas, saya siapkan Wishlists before Grad. Salah satunya, saya berazam nak gembirakan semua orang pada akhir semester saya. Saya berazam nak beri barang yang saya sayang pada sahabat-sahabat saya. Saya berazam untuk belajar jadi ikhlas. Maka, setiap kali birthday sahabat saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk gembirakan mereka. Samaada beli hadiah, atau bagi kad, atau belanja makan. Saya cuba buat sebaiknya. Sebab saya mahu mereka gembira sebelum saya keluar dari UIA.

Namun, Allah uji. Saat itu, Allah tarik benda yang paling saya sayang. Allah ambil sampai hilang dari pandangan. Saya menangis. Sehinggakan saya rasa tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Saya patah semangat. Saya menangis berhari-hari. Waktu itu saya tak tahu berapa ramai yang cuba pujuk hati saya. 

Lama juga saya mencari hikmah di sebalik ujian. Lama juga saya paksa diri untuk tersenyum. Sehinggalah suatu hari, saya pulang dari kelas. Ada orang, bagi saya dua choki-choki di mana saya begitu gemar. Sedang dalam perjalanan pulang, saya terserempak dengan kawan. Oleh kerana saya sedang pegang kedua-dua choki-choki tersebut maka, saya offer dekat dia. Dia nak. Saya pun bagi saja satu untuk dia dan satu untuk kawan dia. Sepanjang perjalanan pulang, saya tersenyum sendirian. Saya belajar sesuatu.

Beri barang yang kita sayang dekat orang bermula dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar perkara. Choki-choki itu saya suka. Tapi saya belajar erti memberi pada saat itu. Sebab apa? Sebab walaupun ia cuma benda biasa, tapi wajah bahagia jelas terpancar pada muka sahabat saya itu. Dan kegembiraan mereka buat saya rasa bahagia. 

Di situ juga saya belajar erti ikhlas. Saya juga belajar untuk mengutamakan sahabat berbanding diri sendiri. Kalau tak boleh nak buat dari sudut yang besar-besar, maka kita perlu belajar untuk lebihkan sahabat dalam perkara kecil dahulu. Dan dari situ juga saya sedar bahawa Allah mahu saya belajar. Belajar perlahan-lahan. Slow-slow belajar, lama-lama nanti kita akan nampak hikmahnya. Mungkin sekarang terlindung, namun percayalah, suatu masa nanti kita akan tesenyum bahagia.

Tadi, dalam kelas, madam ada cakap, apa yang Allah beri pada kita samaada baik atau buruk, itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Allah takkan pernah beri benda buruk kepada kita. Saya tersentuh. Di situlah saya belajar lagi sekali. Belajar erti kasih sayang, erti hikmah. Belajar untuk menerima sesuatu dengan baik. Masa tu saya rasa terpukul. Betapa sayangnya Allah dekat kita tapi kita begitu susah untuk menerima setiap ujian dari-Nya. Sedangkan, bila Dia menjauhkan kita dari sesuatu perkara, maka, tentunya perkara itu buruk dan tak elok untuk diri kita. Kerana Allah sentiasa beri yang terbaik buat hamba-Nya.

Masa sesi usrah tadi, ada satu kata-kata murabbi saya yang saya sungguh tersentuh. Kata-kata yang dipetik oleh Ibn Athaillah (kalau tak silap). Katanya, kalau kita dalam dilema nak memilih yang mana, pilihlah perkara yang paling berat oleh hati kita sebab hal yang memberatkan hati kita itu adalah yang terbaik sebenarnya. Contoh, kita tengah nak pilih nak solat dulu ke nak makan. Tentunya kita pilih untuk makan berbanding solat. Sedangkan kita patutnya pilih solat dulu. Kat situlah terbukti benda yang berat tu sebenarnya yang elok, sebab masa tu syaitan akan hasut kita banyak-banyak supaya buat benda tak elok. Dan saya betul-betul rasa kena dengan batang hidung sendiri. 

Hari ini terlalu bermakna buat saya. Kisah-kisah yang sangat menjentik hati. Semoga hati ini masih ringan untuk menerima nasihat dan tetap di jalan_Nya. Aameeen. :)

Dan saya masih perlahan-lahan belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Terkadang saya rasa terlalu pelik dan kaku. Namun saya masih cuba untuk biasakan diri. Biasakan diri untuk tidak ingat, untuk tidak terlalu fikir perkara-perkara yang bukan milik saya. Saya masih belajar ini.

Kata mushrif saya, "orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk menjaga hatinya, meski terkadang berlawanan dalam apa yang diterima dalam kehidupan". Nasihat dia dua tahun yang lalu. Sampai sekarang saya pegang. Hari tu, dia cakap, "sedih? 2:25" Saya buka nota cinta hijau hadiah darinya, dan hati saya tersentuh dan terpujuk. Terimakasih, untuk nasihat sederhana tetapi luar biasa.

Semoga dalam setiap langkahan kita, sentiasa diiringi dengan rasa percaya dengan hikmah ujian. 

Allah itu Maha Melindungi, Maha Memberi, Maha Mendengar, Maha Nyata, Maha Luas. Letakkan tangan pada dada. Pejam mata. Tidakkah Allah itu selalu memberi kebaikan kepada kita? Tidakkah Allah itu selalu melindungi kita? Tidakkah Allah itu selalu bersama kita? Rasakan denyut nadi kita. Rasakan helaan nafas kita. Jika bukan kerana kasih sayang Allah, maka kerana apa lagi?

Untuk sahabat pembaca blog yang saya kasihi,

Saya juga kadang-kadang lemah.
Kadang-kadang goyah.
Kadang-kadang lemas.
Namun, ketika diri mampu bangkit, ketika diri sudah memperoleh kekuatan, saya rasa sangat perlu untuk sebarkan kebaikan. Untuk sebarkan kekuatan. Kerana boleh jadi, bila hati kita sedang kuat, ada jiwa-jiwa yang sedang parah. Maka, sebarkan lah kekuatan tika jiwamu sedang teguh. 

Mari kita sama-sama doakan antara satu sama lain. Mudah-mudahan kita semua sentiasa optimis dan tabah dengan apa yang menimpa.

Sabar.

Tabah.

Redha.

Tidakkah kamu sedar bahawa Allah begitu sayangkanmu?









~ I drop du'as. Not bombs ~




esaimen ini buat saya pening



Rasa macam nak hantuk kepala ke dinding
Banyak kali
Sungguh susah
Dah tak tahu nak buat macam mana esaimen ni

=.='


Nak cari participants untuk experiment pun susah jugak. Hmm










~ I drop du'as. Not bombs ~


sebiru hari itu



Terima kasih
untuk segala rasa ini

yang bersusah payah untuk saya
yang sanggup korbankan masa untuk saya
yang sudi mendengar dan memberi nasihat
yang tiada jemu memujuk

walaupun tanpa bicara
ia cukup menenangkan jiwa

Terima kasih untuk kasih sayang ini
tiada tahu sampai bila akan berpanjangan
mungkin esok 
mungkin lusa
mungkin selamanya

saya sayang pada dia
yang banyak berbakti
yang banyak berjasa
yang banyak mengasihi
yang banyak memberi
tanpa jemu

cuba sembunyikan rasa hati
tapi Allah tahu

geleng kepala berkali-kali
perlu menafikannya
mungkin kerana masa
mungkin kerana beda

semoga Allah beri jalan
semoga Allah tunjukkan haluan

saya sayang
sungguh-sungguh

semoga Allah jaga dengan baik :)









~ I drop du'as. Not bombs ~


Untuk 3 tahun

:)


Pernah tak terfikir? Kalau kita daki gunung, part mana yang paling susah? Masa mula-mula nak naik, waktu kat tengah-tengah pendakian ataupun di penghujung nya? 

Bagi saya, yang paling susah adalah bila kita hampir sampai ke puncaknya. Sebab bila kita dah nak sampai ke puncak, kita perlu kemaskan pegangan kita supaya tak jatuh ke bawah. Kita perlu kukuhkan langkahan kita supaya tak tersadung rebah ke bawah. Kita perlu besedia untuk menghadapi cabaran kat puncak sana pula. Sebab kita mungkin dapat puncak yang best dan menarik, kita juga mungkin bakal bertemu harimau dan serigala. Segalanya mungkin. Sebab tu bagi saya, yang paling susah adalah ketika kita hampir sampai dipuncaknya.

Itu adalah analogi sebuah kehidupan. Analogi ketika saya terasa berat untuk meneruskan langkahan pada semester akhir di bumi UIAM ni. Baru sebulan dua tapi airmata yang mencurah-curah dah macam sungai. Saya tahu Allah ada bersama saya. Ketika ujian menyapa hidup, saya tahu Allah sedang mengajar saya untuk jadi tabah, jadi kuat. Saya tahu. 

Kenapa saya nak cepat sangat habis belajar? Kenapa nak buat 3 tahun? Kenapa bersusah payah ambil subjek banyak-banyak? Kenapa korbankan masa sendiri? Kenapa dan kenapa? Semua orang bertanya pada saya. 

Saya pada asalnya tak mahu cerita kalau boleh. Tak mahu cakap pun kenapa sebabnya kalau boleh. Tapi, kerana benda ni jugak lah airmata saya jatuh entah berapa banyak. Nak bertahan setiap semester memang susah dan payah. Dan saya juga tak sangka saya goyah jua pada semester akhir hingga buat saya rasa macam nak lari jauh-jauh. Rasa macam taknak tengok semua orang. 

Berbulan saya kalah pada perasaan sendiri. Saya kalah pada hati saya. 

Masa tu, saya tak tahu macam mana nak pujuk diri, pujuk hati, pujuk jiwa. Yang saya tahu, saya kecewa. Sampai satu saat, saya rasa macam lemas dalam laut yang dalam. Saya rasa macam tak tahu macam mana nak bernafas. Saya tak tahu macam mana nak kuat. Saya tak tahu macam mana nak senyum. Dan akhirnya, saya memang kalah. Saya terduduk dan menangis. 

Saya menyesal.
Kerana bazirkan masa selama 3 tahun untuk tujuan yang sememangnya melukakan hati pada akhirnya.

Dan akhirnya saya bangun semula. Kenapa?

Kerana Allah ada bersama. Dalam setiap langkahan, Allah tidak pernah tinggalkan saya. Walaupun apa yang saya mahu sudah tiada di pandangan, tetapi saya teruskan jua langkah kaki. Kerana saya tidak mahu berputus asa. Saya mahu jadi tabah. Saya tahu itu susah tapi saya nak belajar untuk tabah.


saya bukan jurutera
saya bukan arkitek
saya bukan guru
saya bukan peguam
saya juga bukan doktor
jadi, saya tahu saya memang tidak mampu
terimakasih kerana beri saya peluang
untuk cermin diri sendiri


Akhir kata, terima kasih untuk kenangan selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk tunjuk ajar selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk rasa bahagia selama 3 tahun ini.
Terima kasih untuk perkenalan sejak semester pertama saya di sini.
Terima kasih untuk perhatian yang menggunung.
Terima kasih untuk bantuan yang tiada terhingga.
Terima kasih untuk harapan yang tidak kesampaian.

dan saya mohon maaf kerana mencampakkan rasa pada tempat yang salah

Semoga Allah sentiasa beri bahagia :)








~ I drop du'as. Not bombs ~


Wahai jiwa-jiwa yang luka

Perempuan itu tidak peduli,
untuk berlari membawa hati,
di atas mawar wangi,
yang masih berduri


Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
dan seterusnya...

Terus mendaki...
sedikit sahaja lagi akan sampai  di puncak usaha..

Mulanya susah..
mulanya payah...
jatuh dari langit, patah sayapnya..
ambil masa, rawat.
sudah pulih, bangkit lah..
perlahan-lahan mendaki..
nanti sampai di puncaknya, sayap yang patah itu akan mampu terbang semula..

cantik sungguh hikmah yang Allah susun..
cuma terkadang iman sungguh goyah untuk meyakininya..

Wahai jiwa-jiwa yang luka,
tersnyumlah..
kerana di sebalik derap langkahmu, Allah ada bersama..

Anda kamu tenggelam di laut dalam,
Allah masih bersama dan tidak akan pernah tinggalkan dirimu.
Percayalah.

Wahai hati-hati yang duka,
tersenyumlah..
kerana di sebalik tabir hidupmu, terselit beribu hikmah dari-Nya..

Tabah, okay? :)







~ I drop du'as. Not bombs ~


It's just the matter of time



Ada masa, kita kalah pada perasaan sendiri.
Ada masa, kita sendiri tak tahu arah.
Ada masa, kita hilang arah tujuan.
Ada masa, kita goyah dengan keadaan.

Dia rebah
Dia lemas







~ I drop du'as. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...