إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Surat untuk cikgu..


Jika saya tidak punya kenangan di sekolah suatu ketika dulu, sudah tentu saya tidak mampu berdiri seperti sekarang. jelasnya, kehidupan saya sejak kecil, memang melalui hidup bersama guru-guru yang hebat. Bermula umur 4 tahun (kalau tak silap), saya sudah ke sekolah. Bukan untuk belajar tetapi untuk berjalan-jalan ikut datuk saya di mana dia seorang Guru Besar. Guru Besar yang sangat garang.

Kenangan saya sewaktu sekolah rendah~ Saya ingat lagi waktu tu, saya sangat suka belajar dengan cikgu Salmiyah. Dia ajar saya subjek Bahasa Melayu dan Matematik. Suatu hari, saya tak bawak buku. Dia langsung tak marah saya tapi sebaliknya dia suruh saya tulis dulu kat buku lain. Keesokannya, bila dia tengok buku tu tak ada latihan semalam, dia marah saya. Tak sempat nak kasi penjelasan (yelah, baru darjah satu, bukan reti menjawab pun), terus saja saya dimarahi oleh Cikgu Salmiyah. Paling sadis, dia lekuk kepala saya. Sakitnya bukan kepalang. Tahu kenapa? Sebab kena cincin dia. Lepas tu, saya rasa fobia dengan cincin cikgu tu.Haha.

Tapikan cikgu, saya mintak maaf sebab saya mungkin selalu buat cikgu naik darah dengan saya. Saya malu nak tulis kat sini tapi saya rasa saya banyak susahkan cikgu sepanjang saya darjah satu. Hari ni, saya nak ucap TERIMA KASIH, cikgu sebab pernah lekuk kepala saya suatu waktu dulu. Kalau cikgu tak pernah ketuk kepala saya, mungkin sampai sekarang saya asyik tertinggal buku. Dan sebab cikgu juga, saya tak berani nak pakai cincin bila mengajar dalam kelas waktu kerja dulu.

Kenangan saya waktu darjah dua dan tiga juga saya taklupa. Saya selalu kena berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir. Dan sampai sekarang saya tak ingat sifir, cikgu! Dulu saya juga selalu kena cubit ngan cikgu sebab matematik selalu je gagal. Selalu je dapat C, D. Teruk sangat. Cikgu Marzuki selalu cubit dan suruh saya berdiri atas kerusi, walaupun saya seorang sahaja perempuan. Tapikan cikgu, saya minta maaf sebab tak pernah berusaha pun untuk hafal sifir. Saya memang degil. Cikgu, hari ni saya nak ucap TERIMA KASIH sebab pernah denda saya, sebab sampai sekarang, saya masih kuat nak hadapi kegagalan, masih kuat nak hadapi cabaran walaupun saya mungkin dimalukan depan khalayak ramai.

Cikgu Hasnah, selalu cubit saya. Cubitan yang sangat sakit dan membiru. Saya ingat lagi, suatu hari, dapat markah ujian matematik.Daripada gagal, saya dapat B. Cikgu sangat gembira waktu tu. Semua orang dalam kelas tepuk tangan untuk saya. Saya sangat terharu! Cikgu, saya minta maaf sebab selalu buat cikgu geram dan tertekan mengajar saya. Terima kasih cikgu atas semangat dan cubitan dulu. Jika tak, saya tak mungkin menjadi orang yang tabah dan kuat berusaha. terima kasih, cikgu!

Untuk teacher Rahimah, saya sangat menyayanginya. Tanpa dia, tak mungkin saya berada di UIAM sekarang. saya dulunya langsung tak pandai bahasa Inggeris. Ujian pertama gagal, kedua gagal, ketiga dapat C, keempat C, ujian percubaan dapat B. hingga hari UPSR, saya dapat A untuk subjek BI. Teacher, saya tahu bukan senang teacher nak jadikan saya daripada zero to hero. Terima kasih teacher atas usaha dan dorongan teacher yang menjadikan saya cemerlang dalam Bahasa Inggeris.

Kenangan saya dengan ustazah Halimah. Dalam kelas ustazah, saya selalu main-main. Tapi dengan ustazah, banyak perkara yang saya belajar. Mungkin ustazah bukan sekadar mengajar saya, tetapi pernah menjadi guru kelas saya dan guru persatuan saya. Melalui persatuan, saya timba bermacam pengalaman. Daripada seorang yang tidak punya pengalaman dan keyakinan, ustazah menjadikan saya seorang yang kuat. Sebagai Pengerusi Persatuan Pandu Puteri, saya menjadi seorang yang kuat semangat. Sebagai seorang peserta pertandingan melukis, dan dianugerahi Naib Juara, saya menjadi seorang yang berkeyakinan. Tapi saya minta maaf, sebab saya mengecewakan ustazah. Saya tinggalkan sekolah dengan mengejut. Saya membiarkan ustazah dan cikgu-cikgu lain terpinga-pinga. Dan sebab tu saya tak pernah ambil sijil Pengerusi dan naib juara tu. Saya tidak layak untuk menyimpannya. Tapi hari ni saya nak ucapkan terima kasih buat ustazah sebab buat saya rasa berkeyakinan dan kebal dengan dugaan yang datang.

Kenangan pahit saya sewaktu tingkatan lima, saya dituduh lesbian. Hancur hati saya waktu cikgu tuduh saya lesbian. Puas saya pertahankan diri, tapi cikgu tak percayakan saya. Sungguh, saya sedih. Hanya kerana sepucuk surat tu, cikgu cakap saya macam tu. Waktu tu marah saya membara. Saya terlalu marah. Ramai yang memandang saya dalam bilik guru. Tapi saya langsung tak peduli walaupun saya sangat malu. Saya tak boleh nak bayangkan macam mana keruhnya muka saya waktu tu. Cikgu, saya minta maaf sebab waktu tu saya cakap cikgu bodoh. Saya marah sangat macam dah tak nampak apa. Saya minta maaf cikgu. Tapi terima kasih cikgu sebab pernah membawa saya kearah kenangan ini. Paling tidak, saya tahu, saya ni bermuka lesbian juga rupanya. Terima kasih cikgu, sebab cikgu buat saya sedar, tidak semua benda dalam hidup ni dilihat sama oleh semua orang.


Cikgu Laily penguat semangat saya. Ibarat ibu kepada saya. Tidak pernah lupa akan tarikh lahir saya sebab sama tarikh lahir anak sulungnya. Cikgu Laily adalah satu-satunya cikgu yang suka panggil saya TNNTAA. Walaupun dari jauh, dia akan jerit nama saya TNN. Saya memang sayang dengan cikgu. Terima kasih cikgu! Sebab cikgu, saya dapat tahu bahawa saya kurang ‘kefasihan’ berbahasa melayu. Tapi sekarang, bahasa melayu saya sangat ok dah walaupun kadang-kadang teruk juga.

Teacher Jariyana, terima kasih sebab berusaha mengajar saya dan memberikan yang terbaik dalam kelas. Kerana bebelan teacher juga saya jadi berani masuk pertandingan ‘News Reading Competition’. Indeed, teacher memang penguat semangat saya kala itu. Saya minta maaf teacher sebab dulu, satu kelas pernah buat teacher merajuk. Berdosanya kami waktu tu. Teacher, terima kasih tak terhingga. Tanpa teacher, saya tidak akan mampu menggenggam A1 dalam SPM untuk subjek Bahasa Inggeris.

Untuk cikgu-cikgu lain, seperti Ustaz Zulhazmi, Ustaz Zulnasri, Cikgu Roshidi, Cikgu razak, Cikgu Jalal, cikgu zuraifah, cikgu Izamani, cikgu Zul, Cikgu Aziz, Cikgu Sharimawati, Cikgu Arifah, Sir Nagib, dan ramai lagi..mungkin saya patut tulis entri baru. Saya minta maaf dan terima kasih untuk cikgu-cikgu semua.


Umumnya, saya sangat nakal juga di sekolah walaupun saya mungkin nampak baik. Namun kenakalan dan kedegilan saya suatu waktu dulu ini lah yang menjadikan saya sekarang. Andainya saya tidak melalui kenangan-kenangan tersebut, saya mungkin tidak seperti sekarang. Andainya cikgu-cikgu tidak pernah menjentik dan memarahi saya dulu, tentu saya sekarang tidak bergelar mahasiswi. Sesungguhnya, saya dibesarkan dan dididik oleh guru-guru yang sangat hebat. Akhir kata, saya minta maaf sepenuh hati saya terhadap semua cikgu. Saya minta maaf terhadap sikap saya selama ini. Dan terima kasih, cikgu! Tanpa cikgu, saya bukan siapa-siapa. Tanpa cikgu, saya tidak mampu menjadi Tengku Nur Nusrah! Terima, kasih, cikgu! ;-)




Saya sayang cikgu saya!!



..Mengapa kamu tak bercouple dengannya?..



Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.

Apakah maksud saya?



Couple dan lompong kasih sayang

Mengapa bercouple?

Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.

Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.

Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala romeo dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.

Di sinilah timbul persoalan.

Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina

Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?

Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?


Apabila wujud keakraban

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.

Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.

Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.

Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.


Satu cerita saya

Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.

Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”

Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.

Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”

Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.

Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”

Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.

Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.

Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.


Penutup: Kita isi hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.

Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.


~Hilal Asyraf.




Nusrah Walfath; Sebenarnya cerita ni pernah saya ceritakan pada buah hati pengarang jantung limpa saya, Nur Nadhila Mohd Robi. Sejak hari tu lah,kami declare sebagai 'kekasih'. Yes, we don't need a boyfriend (but husband,yes!). Cuba lakukannya dengan sahabat-sahabat anda yang lain. Percayalah, anda akan merasa 'keajaibannya'! Cerita ini banyak mengubah hidup saya dan Dhila. Dan ia juga banyak menyedarkan saya tentang berbagai perkara. Pejam mata, fikirkan sejenak. ;-)

~Saya betul-betul BERHARAP ramai yang membaca artikel ni.


..Maharku Untukmu..

Inilah maharku untukmu
Seperti ini kumampu
Sepenuh hati kuberikan
Sebagai wujud cintaku

Maharku untukmu tulus kuserahkan
Kepada dirimu satu yang kupilih
Maharku untukmu agung
Karunia yang Allah berikan padaku untukmu

Terimalah sebaris doa
Semoga engkau bahagia
Dan kunyanyikan lagu ini
Persembahan cinta suci






lagu ni hadiah dari seorang sahabat. Thanks Wani! ;))

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...