إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Hilang fokus



بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum.

Actually masa nak tulis ni semangat saya memang membuak-buak. Tapi tiba-tiba anak-anak Mu'izzah datang. Haha terus hilang mood dan idea. Mood nak main je ada sekarang ni. In fact, kat kaki sekarang pun rasa geli sebab ada anak-anak dia. Haha

Anak-anak dia so comel. Haha gerammmmmmmm


Okay lah. Lain kali lah sambung cerita. Ingat baru nak cerita kenapa saya sedih semalam :(

Okay then. Itu je


Babaiiii





~ I drop du'as. Not bombs ~


entri tiada tajuk



بسم الله الرحمن الرحيم




Apa khabar hati?
Apa khabar jiwa?

Semoga baik-baik sahaja hendaknya. InshaAllah.

Lama dah kan rasanya tak bercerita dan berceloteh kat sini. Sibuk. Busy. Banyak kerja. Memang macam tak cukup tanah nak berjalan rasanya. Dan memang penat sangat. Kekadang tu rasa macam sedih. Sedih sebab terlalu penat. Sampai menangis juga terkadang.

Tapi selalu juga saya ingatkan diri bahawa dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Jadi, tarik nafas dan cekalkan hati. Dunia ini sementara sahaja.

Terkadang rindu juga nak jadi student balik. Rindu akan kesibukan sebagai seorang pelajar. Rindu nak buat assignment banyak-banyak. Rindu nak stay up malam-malam sebab nak exam. Student's life memang best. Huhu.

Tapi kita hidup ni memang kena move on kan. Takkan selamanya berada di tempat yang sama.

Doakan saya. Semoga satu hari nanti, dapat lagi saya bergelar pelajar. InshaAllah :)

Alhamdulillah kehidupan di sini agak baik. Cuma penat dan letih sahaja. Tapi alhamdulillah saya dah ada kawan baru. Hihi. Nama dia Mu'izzah. Ha nanti saya tulis entri khas pasal dia. Sebab cerita tentang dia memang takkan habis. Haha.

Okay lah, just to let you guys updated je.

Take care all.

Semoga dalam jagaan-Nya sentiasa.
InshaAllah :)







~ I drop du'as. Not bombs ~


awak


بسم الله الرحمن الرحيم





I just need to talk to you.

I am really sorry for troubling you and hurting you. So much, maybe?

............................

Awak,

Sebgai kawan, saya sekadar mahu menasihati. Nasihat. Bukan marah. Bukan nak membebel panjang lebar macam mak-mak.

Mungkin terkadang bahasanya saja yang agak kasar. Dan kalau tersinggung hati awak, saya sendiri mungkin tidak perasan. Mungkin.

Jadi,

saya minta maaf.












~ I drop du'as. Not bombs ~


di dalam pelukan Tuhan



بسم الله الرحمن الرحيم


my beloved cat.
the best medicine for every tears.



Lama jari tidak menari di papan kekunci.
Rindu juga pada laman ini.
Tempat meluah rasa, teman bicara rahsia walau tiada yang membaca.

Apa khabar wahai hati-hati yang di sayang Tuhan?

Semoga semakin hari semakin di limpahi kasih sayang-Nya.
Semoga semakin hari semakin di peluk rahmat dari-Nya.

Aameeen.

...............................................

Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan nikmat yang terlalu banyak. Walau terkadang tersadung rebah sampai menangis. Walau seketika datang rasa lelah dan penat. Namun, saya sedar, setiap dugaan dan ujian yang Tuhan beri, itu adalah cinta. Bukannya luka. Kerana Tuhan menguji hamba-Nya yang semakin hari semakin tebal imannya.

Mungkin suatu masa kita perlu bertanya pada hati dan diri bilamana ujian sudah tidak menyapa, adakah kita sudah jauh dari kasih sayang Dia? adakah iman kita semakin turun dan menjunam?

Bila jiwa rasa perit, seolah tiada tempat meluah dan bercerita, kita ada Tuhan yang Maha Mendengar. Kita ada Dia yang sentiasa Mengetahui. Kerana bila kita tidak ada bahu untuk bersandar, kita masih ada lantai untuk bersujud. Sujud. Saat yang paling hampir antara kita dengan Tuhan.

Letak tangan kamu ke dada.
Rasai degup jantung kamu.

Setiap denyut, setiap nafas, ada cinta dari Dia.

Semoga tenang, sentiasa.


*tutup lampu, pejam mata. menangislah wahai hati*





p.s:: awak, hb! :)








~ I drop du'as. Not bombs ~


Yakin

بسم الله الرحمن الرحيم




Untuk setiap langkahan kaki, semoga masih dalam jagaan Dia.
Untuk setiap senyum tawa di bibir, semoga masih dalam rahmat Dia.

Bila kita minta sesuatu dengan Allah, minta lah dengan sepenuh hati.
Dengan seyakin-yakinnya.


Kamu yakin kan dengan Allah? :)








~ I drop du'as. Not bombs ~




Koyak rabak


بسم الله الرحمن الرحيم



Saya pandang langit. Sepi.
Tapi indah. Sangat indah.

bagaikan terngiang-ngiang kata-kata kakak naqibah saya suatu masa lalu, "Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang sama sampai kita lulus ujian tu"

Dan mungkin saya belum lulus ujian tu. Sebab tu Allah menguji hal yang sama berkali-kali. Berulang-ulang. Sehinggakan terasa jatuhnya seperti payah untuk berdiri semula.

Sehari demi sehari. Masa terus berjalan. Dan saya sedar bahawa ujian itu manis pada akhirnya apabila kita sedar bahawa semua di dalam hidup ini pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal bersama kita. Kecuali Allah. Dia yang Satu.

Bila ujian menyapa, kita mungkin jatuh terduduk. Terkadang sampai rasa berat dan susah untuk bangkit. Terkadang kita akan rasakan seperti tiada siapa pun peduli. Menangis berseorangan, nak mengadu tak berteman, semuanya kita rasakan kita bersendiri. Dan pada tika itu jugalah teman-teman tidak lagi menjadi sahabat. Teman-teman mula melihat diri kita yang lemah sambil menyalahkan kita di atas kelemahan kita tanpa menghulurkan tangan untuk menolong, menghulurkan bahu untuk melepaskan tangisan dan menghulurkan hati untuk ditenangkan. Tiada.

Pernah kan kita rasa macam tu?

Kita jarang sekali sedar bahawa di sebalik kekecewaan dan kedukaan kita tanpa sahabat di sisi sebenarnya ada Allah yang tetap setia tanpa meninggalkan kita walau sesaat. Ya. Ada. Allah Yang Satu, yang tak pernah meninggalkan kita walau sesaat, walau satu kelip mata pun.

Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang bersyukur?

Kadang-kadang sebagai manusia, kita selalu lupa untuk mengusap bahu sahabat yang sedang berduka. Kita lupa untuk menghulurkan bahu pada saat airmata sahabat kita menitis. Kita lupa bahawa kita bisa memberi kekuatan kepada sahabat kita di saat getir dengan cara yang paling mudah. Namun, jarang sekali kita ambil peluang yang sudah tersedia di depan mata.

Berada di sini membuatkan saya sedar akan besarnya kuasa Allah. Hebatnya kuasa "kun fayakun". Allah boleh tarik apa yang dia beri pada bila-bila masa sahaja. Anytime.

Dan sebagai seorang mukmin, kita sepatutnya bersedia dan berhati-hati pada setiap masa. Itu salah satu lambang ketaqwaan kita. Bila kita meninggalkan sifat taqwa, pakaian berhati-hati kita, kita akan terus kecewa termengadah sampai tak tahu bagaimana nak bangun semula.

Bila satu persatu teman meninggalkan saya, saya sedar bahawa tidak ada satu pun di dunia ni yang akan kekal. Tidak ada. Hatta ibu ayah, suami isteri, anak-anak, kawan-kawan, kaum kerabat, semua tu Allah boleh ambil pada bila-bila masa sahaja kerana itu semua pinjaman. Pinjaman. Dan pada ketika itu lah kamu patut sedar yang kamu hanya ada Allah. Kerana hanya Dia yang kekal.

Tarik nafas dalam-dalam.

Saya tahu ada jiwa yang luka.
Ada derita yang di tanggung.
Ada duka yang di simpan.
Ada pahit yang di telan.
Ada airmata yang di tahan.

Pahit
Pedih
Calar-balar
Koyak rabak

Tapi sedarkah kita bahawa ubatnya adalah Allah?

Di situ ada rahmat-Nya.
ada kasih sayang-Nya.
ada pelukan cinta-Nya.

ada Allah.

;'')

















~ I drop du'as. Not bombs ~


Ubat ni pahit sangat



بسم الله الرحمن الرحيم





Fatimah duduk di bangku di bawah pohon yang rendang. Diam-diam dia memandang langit. Sepi. Petang itu suasana terlalu sepi. Sesepi hati nya.

Diam termenung.

Tik.

Airmata menitis. Sayu. Perit.

"Allah, kenapa ubat ni pahit sangat? macam mana nak telan?" dia bermonolog dalam hati.

Berita yang diterima pada petang semalam terasa seperti ditoreh-toreh hatimya. Seperti disiat-siat kulitnya. Sakit sungguh.

"Tim..." Dija datang menyapa.

"Eh dija.. kenapa?"

"kenapa kau duduk sorang-sorang kat sini?"

Fatimah mengukir senyum. Pahit.

"Dija... kenapa susah sangat nak telan rasa pahit ya?"

"kau sedih pasal semalam?"

Angguk.

"penat aku berlagak tabah. berlagak okay sedangkan hati aku rasa macam dihiris-hiris. sakit sangat."

"sebab Allah sayang kau, Tim."

Khadijah memeluk Fatimah. Erat. Semoga dengan pelukan itu mampu melegakan duka lara Fatimah. Dan entah yang keberapa kali Khadijah melihat Fatimah menangis dikeranakan manusia yang....entahlah.

Semoga masa bisa merawat semuanya.

Semoga.








~ I drop du'as. Not bombs ~



Pilihan Allah untuk...kita


بسم الله الرحمن الرحيم





"bukan semua orang boleh meninggalkan orang yang dia sayang demi tanggungjawab yang di galas. Kerana tanggungjawab tu berat. Amanah tu boleh tarik diri ke neraka"

Perlahan-lahan kata-kata itu menyisip masuk ke dalam hati. Tersentuh. Terasa airmata mula bertakung.

Maaf, mungkin pada ketika tu saya gagal menyembunyikan riak kecewa walaupun saya berjaya sorokkan airmata daripada mengalir.

Bukan lah kerana saya kecewa. Bukan kerana sedih. Saya cuma rasa sayu. Sayu dan terharu. Pertama kali saya bertemu dengan seseorang yang terlalu jujur. Jujur pada kata-katanya, pada perbuatannya, serta pada amanahnya.

"Tuhan, daku jatuh lagi..."

Jatuh yang tidak menjatuhkan.

Kata dia, Tuhan mendatangkan kebaikan melalui ujian, terkadang melalui nikmat. Dan jika kita mengelak untuk satu perkara, boleh jadi Tuhan hadirkan perkara yang lain pula. Boleh jadi.

Dengan setiap sujud, ada doa.
Dengan setiap doa, ada harapan.

Semoga setiap keputusan dan pilihan kita, masih dalam redha-Nya, masih dalam rahmat-Nya. Masih.

"Kekadang pilihan kita banyak. Kekadang tidak. Namun, luruskan hati kepada-Nya. InshaAllah pilihan Dia untuk kita lebih tepat daripada pilihan kita untuk kita"


Allah, permudahkan lah ;''')












~ I drop du'as. Not bombs ~


Cerita yang tidak berpenghujung


بسم الله الرحمن الرحيم




Tali yang pendek kelihatan panjang sekali
Bulatan yang kecil kelihatan besar sekali

Saya pilih untuk meniti tali yang pendek walau jelas kelihatan jalannya panjang
Mungkin sangat panjang

-------------------

Nak cakap macam taknak cakap
Nak sembang macam taknak sembang
Nak senyum macam taknak senyum
Nak marah macam taknak marah
Nak sedih macam taknak sedih
Nak tengok macam taknak tengok

Yes, itu kita.

Kekadang tu nampak je, ada je kat sebelah tapi sengaja butakan mata, buat-buat tak nampak walau jaraknya cuma seinci dua

Sampai bila nak macam ni?
Seperti cerita yang tidak berpenghujung
Seperti kisah tidak berpenghuni

Mungkin kita sebenarnya keliru


.







~ I drop du'as. Not bombs ~



Semoga baik-baik sahaja



بسم الله الرحمن الرحيم




Lama rasanya tak menulis. Lama.
Sehingga terlalu banyak cerita terbuku sepi.

Sewaktu saya menulis ni, saya baru sahaja balik dari bercuti. Very short vacation. Tapi percutian yang sekejap ni memang terlalu berbaloi-baloi. Rasa macam taknak balik terus. Jauh dari segala masalah dan fitnah yang melanda. Jauh.

Terkadang pernah rasa mahu marah, mahu lepaskan saja segala kekecewaan dan prasangka. Bila selalu sangat bersangka baik, akhirnya kita sendiri diperdaya oleh manusia.

Tarik nafas.

Rasa sebak.

Saya tahu Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Saya tahu.

Jauh-jauh saya doakan semoga baik-baik sahaja.

Semoga dalam setiap langkah kita, dalam setiap amal kita, dalam setiap kata-kata kita, masih lagi dalam rahmat-Nya. Masih lagi dalam redha-Nya.


Semoga.






nota hati: saya yakin, hati kamu kuat. semoga tabah dengan dugaan. Aameeeen ;'')


nota hati 2: masalah perlu dihadapi bukan lari..tapi terkdang kita perlu lari dari masalah agar kita mampu untuk hadapinya dengan tenang dan sabar :'')














~ I drop du'as. Not bombs ~


sapaan hati


بسم الله الرحمن الرحيم





Di sebalik ruang-ruang sempit, saya nampak kamu sedang duduk
Di sebalik jeriji-jeriji besi, saya lihat kamu sedang tersenyum

Sekilas pandangan, ia cukup menenangkan
Sekilas pandangan, segera melarikan

Kerana dua kali tekan, sudah cukup untuk mengungkapkan

Di sebalik kabus, saya nampak lagi kamu
Dekat tapi jauh
Cuma,
tidak ada lagi segaris senyuman

Masih, ia cuma sekilas pandangan

Hmm

----------------------------------


Seringkali tertanya-tanya, andaikata menyapa dari hati, akan tersapakah sapaan itu?







~ I drop du'as. Not bombs ~


iProkhas-21


بسم الله الرحمن الرحيم

untuk beberapa musim yang telah lewat,
ada sisa-sisa rasa yang tertinggal..

iProkhas siri ke-21..
saya rindu pada Aqilah sebenarnya...
rindu sangat-sangat...

;'')

ini sedikit sebanyak gambar iprokhas hari tu.
sumber dari macam-macam.. heee









































Perjalanan msih sangat terlalu jauh
semoga kita ampuh dengan badai mahupun dugaan yang mendatang

semoga








~ I drop du'as. Not bombs ~









Kelakar dan malu sendiri



بسم الله الرحمن الرحيم


gambar tiada kaitan :)



Masih lagi rasa kelakar. Tersenyum-senyum sendiri.

Cerita semalam sebenarnya. Semalam ada sesuatu yang terjadi. Hal ni sebenarnya buat saya malu sendiri. Malu yang sampai hari ni saya gelakkan diri saya.

Alkisahnya tak ada sapa yang tahu pun. Hanya saya dan Allah.

Tapi bila fikir-fikir semula, memang malu sungguh rasanya. hehe

But Alhamdulillah saya belajar sesuatu dari situ. Banyak sangat yang saya ambil ibrahnya walaupun hal tu simple je. Terkadang rasa juga tu satu jawapan dari Tuhan yang selama ini saya nantikan.

Walaupun berkali-kali gelakkan diri, terasa juga lega. Seolah-olah sudah lepas satu beban yang berat.

Tarik nafas.

Kita ini manusia yang suka sangat meletakkan persepsi sendiri terhadap sesuatu perkara. Malah, cepat pula kita membuat konklusi sendiri sedangkan hal sebenar tu jauh seperti langit dan bumi.

Masih. Saya mahu ketawakan diri sendiri.

:D







~ I drop du'as. Not bombs ~


Dua Kosong Satu Tiga


بسم الله الرحمن الرحيم





 2013 ends with a beautiful smile :)


 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.


 Yang mengurniakan rasa seperti ini. Yang menganugerahi nikmat seindah ini. Terima kasih ya Allah.

 Dua-Kosong-Satu-Tiga menyaksikan satu lagi sejarah. Saya berjaya menamatkan pengajian dengan baik di bumi UIAM terchenta. Walaupun beronak berliku berduri sepanjang semester terakhir tersebut, akhirnya semuanya berjaya juga ditempuhi dengan tabah.

 Semester terakhir adalah di antara semester yang paling mencabar bagi saya. Mungkin kerana bilangan subjek yang banyak. Mungkin juga kerana workload yang melampau banyaknya serta ada cerita duka yang buat diri jatuh tersungkur pada ketika sudah berada di semester terakhir.

 Namun yang pahit itu tidak perlu dikenang dan sudah lama saya biarkan ia berlalu pergi walau terkadang ia menjengah kotak fikiran. Dan pernah juga saya berkongsi cerita sedih ni pada students saya. It just that, I never mentioned to them this is my story. I told them, “my friend…..”

 Sebaik tamat di UIAM, sempat berehat seminggu lebih di rumah, saya dapat dua interview kerja. Ketika tu, result final exam pun belum keluar lagi. Namun rezeki tu Allah yang beri. Alhamdulillah saya diterima bekerja di tempat saya berada sekarang walaupun belum officially grad. SubhanaAllah. Indah sungguh aturan Tuhan. 


Dan jujur dari hati, saya sebenarnya bahagia berada di sini.

 Bagaikan terngiang-ngiang kata-kata seorang junior saya di uia ketika saya menangis dibahunya, “akak perlu keluar dari uia ni..lepas beberapa lama bila akak datang sini, pasti akak akan lupa kisah sedih tu dan rasa happy je bila kembali..inshaAllah”

 Dan kata-kata dia ada betulnya. Sebaik saya meninggalkan uia dan menjejakkan kaki ke sini, saya semakin melupakan segala rasa pahit yang membeku dalam hati. Dan setelah semuanya saya lupakan, saya terasa bumi uia terlalu indah sekali untuk saya jejakkan kaki dan menapakkan hati saya di situ untuk kesekian kalinya.

 Tahun 2013 telah mengajar saya untuk sabar dengan sebenar-benar sabar.

 Tahun 2013 telah mengajar saya untuk tabah dengan sebenar-benar tabah.

 Tahun 2013 telah membawa saya ke suatu tempat yang membahagiakan walaupun terpaksa meninggalkan tempat yang menenangkan.

 Tahun 2013 memberi semangat juang yang sangat kuat untuk saya.

 Terima kasih ya Allah.

 Alhamdulillah, Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. ^^

 Deep down inside, saya rasa betul kata orang, bila kita dapat lihat hikmahnya nanti, kita akan menyesal menangis pada suatu masa lalu. Jadi, jangan bazirkan airmata untuk sesuatu yang sia-sia. You are too beautiful to cry, my dear.

 Dan untuk tahun 2013, juga menyaksikan majlis konvokesyen saya. Macam tak sangka. Kejap je masa berlalu. Macam tak sangka juga berpeluang lagi naik ke stage tu untuk terima scroll. *senyum bahagia*

 Kat sini saya ambil peluang untuk berterima kasih kepada semua yang terlibat sepanjang kehidupan saya di uia directly and indirectly. Sejak semester pertama hingga lah semester terakhir buat semuanya. Mungkin bait kata-kata indah tidak akan pernah mampu untuk menggambarkan rasa syukur saya dengan kehadiran kalian dalam cebisan hidup saya.


 Terima kasih buat;

 Yang berjalan bersama pada hari pendaftaran

 Yang menghulurkan tangan di klinik uia tanda perkenalan

 Yang menyapa mesra dalam ruang bilik

 Yang sentiasa bertanya kesihatan diri ini

 Yang sentiasa menemani diri study sehingga lewat malam

 Yang menjadi bodyguard tak bergaji sejak semester pertama

 Yang menjaga saya dengan baik daripada anasir luar

 Yang selalu ajak jalan-jalan

 Yang menjadi teman explorace dengan saya

 Yang suka duduk tepi tangga mahallah sambil bercerita itu ini

 Yang teman balik meeting lewat malam

 Yang sudi jadi driver pada saat-saat genting

 Yang rela hati jadi mushrif

 Yang paksa rela ambil dan hantar pulang saya dari kelas malam

 Yang hadiahkan saya coklat

 Yang belanja saya makan minum tak kira masa

 Yang selalu kirimkan saya nasihat

 Yang teman saya menangis belakang CAC

 Yang teman saya tidur dalam masjid

 Yang ajak saya berbuka dan qiyam di masjid

 Yang selalu ajak saya solat berjemaah

 Yang teman saya pergi usrah

 Yang suka bergaduh dengan saya pasal bola

 Yang suka mengusik saya

 Yang pernah panggil saya kambing

 Yang suka baca blog saya

 Yang pernah marah saya

Yang pernah merajuk dengan saya

 Yang bagi saya tumpang tidur dalam biliknya

Yang selalu lepak malam-malam tengok bulan

Yang suka kongsi makanan dengan saya

Yang makan aiskrim dengan saya lewat malam

Yang keluar jalan-jalan waktu malam lepas habis exam

Yang rela hati kena compound sebab balik lewat

 Yang suka join program dengan saya

 Yang masuk lumpur dengan saya

 Yang mandi hujan dengan saya

 Yang pernah buat study group dengan saya

 Yang mengajar saya statistic

 Yang mengukir senyum setiap kali bertemu mata dengan saya

 Yang selalu fotokopi nota untuk saya

 Yang selalu bagi pinjam buku untuk saya

 Yang teman saya pergi interview kerja

 Yang tolong saya siapkan slides

 Yang bagi saya pinjam barang

 Yang jadi adik-adik comel untuk saya

 Yang selalu beri dorongan pada saya

 Yang diam-diam utuskan doa buat saya



 T.E.R.I.M.A K.A.S.I.H



 Anda semua adalah manusia yang terlalu berharga dalam hidup saya. Jika tiada manusia seperti anda semua, maka tiadalah saya yang sekarang ini. Saya tidak akan pernah mampu untuk membalas segala jasa anda semua. Semoga Allah beri ganjaran syurga buat kalian, sahabatku.

 Cukuplah untuk kalian tahu bahawa saya sangat menyayangi kalian semua. Sangat.

 Semoga terus menjadi manusia indah yang sentiasa mengindahkan hidup sekelilingmu.

 Semoga tetap menjadi manusia baik yang sentiasa menyebarkan kebaikan pada sekitarmu.

 Semoga syurga ganjarannya nanti. inshaAllah.

 Aameeeen.


convo :)




sahabat terbaik :)








geng intec 



convest family :)

family convest'11 graduated 



as-siddiq ^__^


beloved Edinburgh + Leicester :))









nota hati: actually this post dah lama tulis. It stayed in the draft for a long period :)















~ I drop du'as. Not bombs ~


Comot-comot ahad


بسم الله الرحمن الرحيم

trial exam cumalah setahun sekali :)


Alhamdulillah.

I'm done. Selesai beberapa kerja walaupun bukan semua. InshaAllah will try my best to settle everything before Tuesday. ^__^


Checklist to do:

  • Soalan trial (4 set)
  • Soalan revision (3 set)
  • Marking scheme (7 set)
  • Marking papers (3 classes)
  • Review slides (2 chapters)
  • Prepare leaflet (1 topic)
  • Provide discussion issues (1 chapter)


Honestly, because of those checklists lah yang buat saya stress semalam. But I managed to settle some part of them. Syukur. 

Sebenarnya macam kelakar jugak marking paper malam tadi. Sebelum tidur. Sorang student ni tulis jawapan part economics. Keliru jugak saya pun. Pandai pulak dia relate psychology dengan economics, eventhough his answers actually wrong. haha :D

Well, esok dah mula kelas. Hmm seronok la students saya. Cuti sejak hari Rabu. Tentu esok ramai yang Monday blues. Kalau buat pop quiz pun best jugak ni. hehehehee. Walaupun kebiasaannya saya yang Monday blues, bukan diorang. eheh. 

Am looking forward to have a long holiday after done trial exam. Yeah, that one would be a biggest reward for me, inshaAllah :)) 











~ I drop du'as. Not bombs ~


kerja ikhlas


بسم الله الرحمن الرحيم


So many works to do. While everyone in their kampung, am still in the office to settle down some other works. Honestly, i felt terrible. Rasa macam mahu nanges sekuat hati.

"Why me?" I keep on asking myself. Hoping for not teaching seniors though i know the reality is, seniors is mine. But the juniors also.

I found myself getting jealous with others. Though I know I shouldn't have that kind of feeling.

To be honest, I always think she should teach seniors, rather than me. But at the end, i learnt something from all this chaos life.

"ikhlas.."

Yes, ikhlas. Susah nak ikhlas. So hard to train your heart with sincerity. Like it or not, i have to force myself with this. As others said, paksa diri dulu. Lama-lama nanti jadi ikhlas. Hmm

To end up this, I have to sacrifice a lot of things, especially time. Susahnya mengajar seniors and i don't know how to share with others because they don't teach seniors.

Mungkin, suka ataupun tidak, saya perlu belajar jadi ikhlas untuk semester ni.

Doakan.

Annnddddd,

as am surfing the internet and do a blogwalking, i found one beautiful blog. Really osem and i love your stories. Really hope this person won't stop writing and sharing as he just started published a really good blog. :)



"Ingat. Kau bukan tuhan yang mampu menentukan dengan siapa kau berakhir." 
(quoted, january 2014)













~ I drop du'as. Not bombs ~


Perempuan berkasut merah jambu



بسم الله الرحمن الرحيم



Berkasut merah jambu, bertudung biru.
Laju langkah kaki menuju ke perpustakaan.
Peluh mula memercik ke dahi.



"astaghfirullah..."







-bersambung










~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...