إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label tag. Show all posts
Showing posts with label tag. Show all posts

..Tag SssSss :)

Salam Maal Hijrah 1432H. Masuk bulan disember dah. Masa untuk update blog walaupun kering idea nak menulis.. Jadi, sekadar jawab tag ssssss oleh cik Diba Violet tak lama dulu..(diba, saya adelah orang yang sangat rajin nak jawab tag nih)..hehee... tapi agak malas nak buat intro guna ayat sendiri (kali ni je ekkk) heee...

once you have been tagged, you are supposed to write a note with 25 random things,facts, habits, or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. :))

Kalau diba mula ayat ngan huruf S, saya akan mula setiap ayat saya ngan huruf S jugak! haha :)


1. Saya langsung tak makan sebarang jenis sayur; sayur ijau, putih, kuning, oren, merah, semuanya saya tak makan..hurm coeslaw (betul ke eja?) ala yang kat KFC tuh..pon TAK MAKAN jugak.

2. Selalunya orang ingat saya budak sekolah. Setiap kali orang datang rumah, mesti tanya, "tingkatan berapa?, cuti sekolah ke?".. Tak kurang juga ramai yang lebih muda daripada saya yang panggil saya ADIK. Bukan salah saya untuk perasan muda ok.

3. Saya selalu dengar orang cakap saya ni sukar didekati. Betul? Yea, memang betul sebenarnya.

4. Selalu jugak orang ingat saya ni pendiam. Tapi, sekali cakap, masyaAllah dahsyatnya! HAHA semua kawan-kawan saya cakap begitu, bukan rekaan semata.

5. Sekali orang tengok saya, macam sombong. haha saya sombong dengan lelaki yang tak dikenali + yang baru saya kenal.. Tapi saya ramah sebenarnya kalau orang tu menyenangkan saya.

6. Saya sangat sukakan warna GREY a.k.a KELABU!

7. Saya tak suka warna PINK..Sangat KURANG gemar :(

8. Suka sangat makan udang. Mujur tak de resdung yea..hihi

9. Saya tak percaya pada teori 'love at first sight' atau dalam bahasa melayunya, jatuh cinta pandang pertama. Bagi saya semua tu KARUT!

10. Sangat sayang pada kawan-kawan saya.

11. Semua yang berbuat baik pada saya adalah orang yang sangat saya kenang.

12. Suka baca buku sangat sangat sangat! I love books!

13. Sederhana dalam semua segi tapi cerewet juga..heeee...

14. Sungguh tak sabar nak habis study walaupun saya agak seronok belajar kat UIA ni. Kawan-kawan best setanding sahabat-sahabat kat TEJA dulu.

15. S.A.B.A.R itu adalah kunci saya untuk menjadi tabah hadapi macam-macam fitnah duniawi.

16. Selalu jugak terfikir kenapa muka saya ni asyik kena gosip. Tak buat apa-apa pun kena gosip. Kali ni saya percaya, tak de angin pun pokok leh bergoyang sebab monyet ada kat atas pokok tu kot.. haha :)

17. Sulaiman adalah buah hati saya. Tak boleh berpisah dengan dia rasanya.. walaupun baru tiga tahun, tapi dia sangat petah. oh comelnya dia...

18. Saya suka tengok hujan comel di UIA.

19. Sendiri terfikir siapa jodoh saya?? di mana dia? walaupun kerap kali saya diingatkan oleh kata-kata encik BB; 'kadangkala jodoh itu di hadapan kita sahaja'.

20. Suka dan sangat senang hati tengok orang tersenyum pada saya.

21. Seorang yang pemalu juga sebenarnya..heeee...

22. Saya tak suka orang paksa saya melakukan sesuatu.

23. Saya tak reti untuk menolak atau dengan kata lain, saya adalah seorang yang tak reti berkata TIDAK.

24. SURI RUMAH adalah cita-cita saya yang sejati..haha

25. Saya yakin dengan janji Allah s.w.t



Selesai semuanya... sesiapa yang nak jawab or buat tag ni, silakan lah yea ;-)




..AWARD..

Selamat petang semua. Saya baru sahaja selesai menggosok kesemua baju yang ada. Puas hati sangat tengok bilik yang teramat kemas ni. Lepas ni boleh la bagi award bilik terkemas dan terbersih kat saya yea. Hehe.. Haaa cakap pasal award ni, saya dengan suka hatinya nak bagitahu saya dapat award daripada blogger lain. Haisy, macam mana leh dapat award ni? Tulis blog pun macam belum betul lagi. Haha.. walaupun saya agak kekonfiusan pasal award ni tapi saya teruskan juga lah sesi menjawab tag award ni k.


MY FIRST AWARD






Haa..tu dia.. creative blogger award. Errr..saya ni kreatif ke? Hee… anyway, thanks to you Nadilla Jamil. Walaupun saya tak sekreatif anda, tetapi saya tetap hargainya. ;-)


Seterusnya, 5 orang yang akan saya anugerahkan award ni ialah.. Hurm (garu-garu kepala yang tak gatal), saya tak tahu nak bagi siapa. Nanti saya jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang akan saya cop dia sebagai orang yang kreatif. Heee… Baiklah, setelah diziarahi semua blog, ini lah senarai penerimanya-=:
1. kelisa hijau
2. ezzu exSMKANT
3. xikree
4. farid nazmi
5. nana




MY SECOND AWARD







Haa kali ni dapat friendship award pulak. Sweet je. Award yang ni perlu jawab soalan. Bila penyampai award ni tanya soalan-soalan (gaya macam jawab exam je), saya kena la jawab soalan tu. Huu… okey ni dia soalan dia dan jawapan daripada saya.


1.Adakah anda kawan saya?
~Yea. Sudah semestinya saya kawan awak. ;-)



2.Bagaimana cara kita bertemu/ berkenalan?
~Haha saya masih ingat lagi. Saya kenal awak pada hari pendaftaran di UIAM. Kalau tak silap, awak la yang tegur dan tanya saya, “Malaysian?” heee… kamu kan Dila? Lepas tu jumpa kat Klinik waktu nak check-up. Waktu tu la saya berkenalan dengan kamu.



3.Apakah anggapan anda ketika kali pertama bertemu / berkenalan dengan saya?
~Mula-mula saya fikir, kamu ni mungkin serius orangnya, nampak macam seorang yang berdikari dan paling nampak, kamu ni berani sangat la cik Dila oi..tapi ada gaya cam makcik-makcik pun yea jugak. Hehe..



4.Adakah anda msih beranggapan demikian?
~Hahaaa tidak. Yang pasti Dila memang seorang yang berani dan berdikari. Bila dah kenal, Dila jugak ada gaya budak skema (hihi) walaupun dila selalu cakap saya yang skema.



5.Apakah yang mengingatkan anda kepada saya?
~Macam-macam la Dila. Tapi saya sangat mengingati note yang Dila tampal kat bilik saya waktu hari konvokesyen saya. Dila yang tak pernah jejak bilik saya di blok F tu telah ke bilik saya dan meninggalkan nota yang mampu membuatkan saya tersenyum. ;-)




6.Pendapat anda tentang diri saya dalam satu perkataan sahaja.
~Genius.



7.Award ini juga dianugerahkan kepada:=
~ diba violet
~ sharifah amira
~ dila zemudin
~ xikree

~ laman hikmat





Baiklah, saya telah selesai menjawab. kepada yang berkenaan, selamat menerima award ni yea. terima kasih sekali lagi buat Nadilla Jamil. hee...sayang kamu. ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...