إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

tak payah jalan kaki


بسم الله الرحمن الرحيم



"awak nak balik bilik ke?"

"ha'ah"

"saya pun nak balik bilik jugak"

"jadinya?"

"tak payah jalan kaki.."

"okayyy..."


Kotak memori. I just love the situation and this--- I defined as sweet.










~ I drop du'as. Not bombs ~


Diari Kinabalu


بسم الله الرحمن الرحيم




Alhamdulillah.

Akhirnya bermula juga training Kinabalu saya. Seronok! Saya suka training ni. Walaupun at first rasa macam nervous jugak lah nak pergi training. Maybe sebab saya takde kawan. Tapi alhamdulillah semuanya baik-baik je. Ada je kawan. Dengan students pun jadi kawan jugak. Heee

Latihan untuk hari pertama ni taklah berat sangat pun. Tapi saya pun wonder macam mana saya boleh demam lepas training. Hm kononnya bajet okay bila Dot tanya. Tapi sekali besoknya terus tak bangun-bangun. Saya pun tak sure lah demam ni sebab balik dari Kelantan hari tu atau pun memang sebab training. haha.

Coach saya nama dia abang Amir. Abang Amir ni mula-mula nampak scary tapi sebenarnya comel je. Haha saya pun tak tahu kenapa saya rasa dia kelakar sangat. Kadang-kadang takleh tahan nak gelakkan dia.

Rakan-rakan training saya yang lain pun semuanya baik-baik belaka.

Cuma sayangnya saya tak dapat join training pada hari kedua. Ni semua gara-gara demam dan juga masalah muscle. Hm tapi saya tak berani nak bagitahu abang amir pasal muscle tu. huhu. Rugi betul missed training day 2.

Oh btw, waktu saya demam, Mu'izzah datang. Rindu betul dengan dia. Lama sangat tak jumpa. Comel sungguh dia. Hari tu dia baik sangat. Dengar ckp je. Terlalu baik. Saya rindu betul waktu Muiz dulu-dulu manja yang amat. Sekarang macam dah jadi manja semula. hehe. Tapi saya lagi rindu Muiz yang dulunya hari-hari saya dapat jumpa dia. Pagi pagi bila sampai ofis, saya boleh jumpa dia. Saya rindu sungguh!

Menghitung hari di sini, saya terkadang rasa sayu. Entah kenapa.

Okay lah, doakan semoga baik-baik sahaja semuanya.









~ I drop du'as. Not bombs ~


Dua kosong satu empat yang lalu



بسم الله الرحمن الرحيم



Apa khabar hati hati yang disayang Tuhan?
Alhamdulillah, masih di izin untuk menulis lagi. Walaupun serasa saya agak lama juga berhenti tulis blog. 2014 adalah tahun yang paling kurang post. InshaAllah, tahun yang ini sedaya upaya saya akan cuba menulis. At least, seminggu sekali.

Just for a quick review about 2014, saya rasa banyak suka duka yang saya simpan. But I have decided to stop thinking about that. I have decided to be happy and positive all the way.

Memang banyak luka. Banyak calar balar. Banyak koyak rabak. Banyak duka. Banyak pahit. Bila terkenang boleh buat airmata jatuh sepi.

Tapi syukur, di sebalik ujian ini, saya belajar erti tabah, sabar dan ikhlas. Mula-mula memang payah tapi lama-lama alhamdulillah, Allah bantu. Tambahan, saya banyak belajar dari kisah Fatimah dan Azzam suatu waktu dulu. Mungkin jalan cerita saya dan Fatimah berbeza tetapi ketabahan Fatimah itu menjadi kunci utama untuk saya bangkit dan kembali tersenyum.

Untuk tahun ini, saya berazam untuk melupakan tiap garis sedih dalam hidup dan belajar dari hikmah yang terjadi. Semoga pergantungan kepada Allah tetap utuh dan kuat. Semoga saya masih bisa menjaga dan meletakkan Allah di dalam hati, di sudut yang paling dalam. Aameeen. InshaAllah.

Saya mahu terus kuat meniti hidup.
Semoga Allah tetap bersama.








~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...