إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..Jatuh hati dengan Cikgu Statistik..


Dulu waktu berblog walking, terjumpa satu blog ni. Hehe. Menarik pulak tajuknya. “Siapa kakak kau?” kalau nak baca, leh klik kat tajuk tu. Saya dah letak link. Hahaha agak lawak jugaklah sebab saya sendiri pun tak suka sangat orang panggil saya kakak. Kekok. Seriously rasa kekok nak bahasakan diri kak. Orang yang muda 3 tahun dari saya pun tak kecoh-kecoh nak panggil kakak. So, agak2 kita ni takde la beza mane pun, tak yah lah panggil kakak. Pelik dan cam mencipta jurang pulak. Hehe. Sebab saya rasa closed sikit ngan sahabat2 bila tak de pun panggil kakak2 ni. Unless kalau first time kenal dah panggil kakak. Tu belakang kire.


Dah 2-3 minggu tak balik. Setiap minggu tu jugak ayah saya kol dan tanya, tak balik ke minggu ni, setiap minggu jugak mesti jawab, ‘nak balik ni tapi ada bla bla bla…’ Haisy.. tadi ayah saya call lagi. dia kat Terengganu. Bila dia tanya lagi sekali, betul-betul buat saya homesick! Heh rasanya kalau tak kerana program esok, dah lama saya capai tudung dan terus blah dari hostel ni. Heeee… Opss, lari tajuk dah.


Ok kembali kepada topic utama saya. Haha saya dah jatuh hati ngan cikgu statistik. Confirm kawan-kawan sekolah saya dulu tak caye ni. Sejak darjah dua sampai tingkatan lima, memang cikgu math saya semua garang-garang. Dan memang sebab tu agaknya saya sangat popular time kelas math sebab tak pandai math. Jujur sekali, saya sangat tak suka math. Darjah dua lagi dah kena denda berdiri atas kerusi sebab tak hafal sifir. Kena cubit pun ada. Dah lah cikgu laki. Uisy..


Darjah 3 pun sama. Dapat cikgu perempuan yang sangat suka mencubit. Kalau dia cubit tu, boleh biru lengan. Tapi saya tak de lah kena sampai macam tu, mungkin takut kena saman ngan saya kot. Anak tettt ni..berani ke? Haha!


Yang bestnya bila popular tak pandai math, sekali dapat markah tinggi time exam, mesti dapat tepukan gemuruh punya. Macam artis popular terima anugerah. Haha. Sampai lah saya naik form 1, saya dapat cikgu math yang ok lah..tapi saya tak ingat dah nama dia sebab lepas tu pindah sekolah. Masuk sekolah baru ni, dapat cikgu cina sebagai guru kelas dan guru math. Hehe tapi dia ngajar best. Betul ni tak tipu. Heee..


Tapi tahap tak pandai saya tu, bukanlah tahap kritikal sangat. Mungkin sebab math ni subjek yang senang bagi kebanyakan orang, so, bila saya ni kurang menyerlah dalam math, tu yang boleh jadi popular tu. Haha. Tapi ada lah subjek lain yang saya terror. Contohnya? Cuba anda teka.


kenangan zaman sekolah (form 5 rasenya)

Naik form 4 pindah sekolah lagi. This is the best school ever. Cewahhh.. Waktu form 5, saya bertambah-tambah menyerlah tahap tak pandai math tu. Haha sampaikan setiap kali jawab exam math, mesti saya tulis kata-kata hikmah kat exam paper tu. Subjek matematik moden je berani wat cam tu sebab cikgu add math saya muka takde perasaan, so, saya takut ngan dia. haha.


Nak tau ayat apa selalu saya tulis? Jeng3… saya akan tulis cam ni, “Mahatma Gandhi pernah berkata,…………..bla…..bla…bla…….” dan setiap kali dapat balik kertas exam, setiap kali tu lah cikgu tu akan menjawab. Tu yang lagi seronok saya tulis macam-macam. Haha.


Tapi yang paling saya ingat, saya tulis cam ni, “Mahatma Gandhi pernah berkata, kepuasan bukan terletak kepada pencapaian tetapi kepada usaha..” lebih kurang cam tu la saya tulis. Konon nak buktikan kat cikgu bahawa walaupun saya dapat markah sikit, tapi saya dah usaha. Heheheh. Lepas tu cikgu tu tulis balik, “habis tu, ko nak jadi Gandhi ke?” hahahahaha. ^^


Hari tu sekali pernah jugak tulis, “something is better than nothing” konon nak sampaikan kat cikgu, walaupun saya buat formula sendiri, tapi lebih baik lah daripada dibiarkan kosong. Keh keh keh., tau cikgu tu jawab apa? “but sometimes nothing is better than got everything but useless.” Hahahaha.


Tu semua zaman nakal-nakal saya kat sekolah. Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi kembali kepada main point saya di sini, saya sebenarnya terkejut bila kena belajar statistic dalam kos Psychology ni. Ingatkan boleh lah nak lari dari calculation. Huhuu..kesian betol rasanya.


Nak dijadikan cerita, saya ni panic sangat lah sebab nak exam statistic. So, ramai lah orang yang saya mesej mintak ajarkan. Memang ramai tak terbilang. Tapi sangat terkilan. Dalam ramai-ramai yang saya mesej, dua orang saja yang reply. Dua-dua budak Econs. Heh. Sedih nya waktu tu tak payah cakap lah kan. Last-last, sahabat baik sorang ni jugak yang sanggup tolong. Dia budak engineering.


Saya kenal dia dah 8 tahun la lebih kurang. Dia ni memang genius sangat. Kalau dok dalam kelas tu, memang rasa malu lah sebab dia terror sangat math, add math, fizik, saya pulak sebaliknya. Waktu saya mintak tolong, dia tak pernah cakap ‘tak boleh’. Sedangkan waktu saya mintak dia ajarkan stat tu, dia ada dua test. Tapi dia langsung tak cakap tak boleh. Dia langsung tak guna perkataan ‘tak’. Saya sangat kagum! Serius!


Saya jatuh hati ngan dia. Dia langsung tak cakap pun takde masa, tak boleh, tak reti. Semua tu tak terkeluar langsung dari mulut dia. Paling dahsyat, dia bukannya budak engine kat UIA ni tapi kat UTM sana. Boleh bayangkan tak macam mana kami study? Boleh imagine tak cam ne dia ajar saya? Saya emelkan soalan-soalan saya. Pastu, saya mesej dia dan bagi num soalan yang tak faham. Pastu dia akan call saya atau saya yang call dia.


Bayangkan belajar math melalui telefon. Ia bukan benda mudah. Sangat susah! Bayangkan waktu tu jam 2 pagi. Sampaikan waktu saya call tu, dia tertidur. Kesian sangat. Dan masa tu peluang saya nak kena maki hamun sangat besar, yelah bayangkan kalau ada orang call semata-mata nak tanya soalan math pagi-pagi buta cam tu, mahunya kena maki hamun, tapi sahabat saya ni langsung tak. Dia boleh jawab fon ngan sopan lagi. Bersalahnya saya!


Memang sampai jam 3 pagi dia ajar saya malam tu sebelum pergi exam. Handphone je la jalannya. Waktu ni saya sedar, kawan masa senang sangat ramai tapi bila kita minta tolong orang, bukan sebarangan orang yang sanggup tolong kita. Saya jatuh hati, jatuh sayang pada sahabat saya ni. Dia punya seribu satu alas an untuk beralasan dengan saya kalau tak nak ajar tapi dia langsung tak buat macam tu.


Mungkin sebab saya kawan ngan dia dah 8 tahun. In fact, dia muda setahun daripada saya sebab dia ni budak lompat. Genius sangat. Bulan depan, habis lah degree engineering dia kat UTM tu. Pastu nak sambung master katanya.


Akhirnya, jumpa jugak saya ngan cikgu math yang boleh buat saya jatuh hati ngan dia. haha! Kalau sahabat saya ni lelaki, dah lama saya ambik dia buat jadi suami. Heeee.. sayangnya, dia perempuan. Haha!


Saya memang suka pada cikgu math saya yang ni, Nur Amalina Alias.


sejak zaman sekolah lagi, Amalina jadi 'cikgu math, add math, fizik'



p/s: minta maaf pada sahabat-sahabat yang terima mesej saya secara mengejut. Takpe, saya faham masalah anda.



..Kenapa saya perlu memilih anda?..


Semalam saya ada bertanyakan, antara manifesto dan kredibiliti, yang mana satu menjadi keutamaan? Silakan anda fikir dan jawab sendiri.


Bagi pandangan saya sebagai seorang mahasiswi, saya berpendapat bahawa, kebanyakan pelajar UIAM terutamanya, memilih calon bukan kerana kredibiliti atau manifesto tetapi kerana nilai yang ada dalam diri calon. Saya melihat perkara ini daripada sudut yang positif. Tidak menyebelahi mana-mana pihak. Saya menilai bukan saja dari sudut pandang saya tetapi daripada buah fikiran beberapa orang yang amat kritis pemikirannya.


Sejauh mana kredibiliti seseorang itu penting sebagai seorang calon? Yea, bagi saya sendiri ia memang penting dan amat penting tetapi bukannya terlalu penting. Jika mereka layak bergelar calon dengan beberapa pencapaian yang membanggakan mereka, sudah tentu mereka sebenarnya sudah punya kredibiliti. Jika kita teliti setiap biodata dan pencapaian calon, semuanya mempunyai latar belakang dan pengalaman yang banyak dalam persatuan dan sebagainya. Jadi, sejauh mana anda mampu meyakinkan saya bahawa anda punya kredibiliti yang luar biasa?

"sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai aqal..." (surah Yusuf: 111)


Kedua, sejauh mana manifesto menjadi keutamaan kita sebagai pemilih? Sekadar baca dan ambil tidak kisah? Atau tak tahu apa itu manifesto? Ramai yang berkata, manifesto tidak penting. Dan mungkin sebab itu ada di antara calon yang sekadar meletak sebarangan manifesto. Maaf saya katakan, banyak manifesto yang tidak berjaya meyakinkan saya untuk mengundi. Bagi saya, pemilihan exco SRC bukan sekadar memperjuangkan kredbiliti yang dimiliki tetapi kita perlu ingat bahawa mereka ingin memprjuangkan kebajikan kita di bumi Taman Ilmu dan Budi ini. Jika visi dan misi mereka untuk memperjuangkan kebajikan pelajar, bukan kah di situ membuktikan bahawa manifesto memainkan peranan yang besar? Namun, sejauh mana anda sebagai mahasiswa dan mahasiswi memilih mereka atas dasar manifesto yang dijanjikan?

" ...maka ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka mahu berfikir." [al-a'raf: 176]


Ketiga, masing-masing memilih memilih calon atas dasar agamanya. Jujur daripada saya, saya melihat calon-calon yang wujud sudah punya agama tetapi kita tidak dapat tentukan sejauh mana iman mereka. Suka untuk saya tanyakan pada anda semua, sejauh mana dan dari sudut mana anda menilai mereka dalam erti kata ‘beragama’? Saya tidak mempertikaikan mana-mana calon. Jangan salah faham. Saya cuma mahu anda beri jawapan kepada saya, bagaimana saya mampu menilai seseorang itu beragama jika saya langsung tidak mengenali kesemua calon yang ada? Cukupkah dengan sekadar baiknya pakaian?

"..dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman." (al-Maidah: 23)


Keempat, kerana nilai diri. Yea. Hanya sahabat-sahabat yang mengenali kita dapat menilai diri kita. Hanya yang mengenali kita dalam persatuan, program-program, kelab dan sebagainya yang dapat menilai diri kita. Jadi, saya melihat 98% mereka mengundi calon adalah kerana mereka telah mengenali calon yang ada. Siapa berani jamin pada saya bahawa dia sanggup mengundi calon yang tidak langsung dia kenal walaupun sudah tersebar berita bahawa calon tersebut sangat berkredibiliti? Cuba kita renung dan berfikir sejenak. Tidak kah kita sedar bahawa kita sebenarnya meletakkan calon pilihan kita itu atas dasar kita kenal mereka. Kerana kita kenal mereka lah kita cakap mereka punya kredibiliti dan kemudian baru kita pandang manifesto yang dijanjikan. Betul?

"...Allah lebih tahu siapa yang akan Dia beri tugas kenabian..." [al-an'am: 124]


Saya sudah duduk dan bertanyakan ramai orang. Saya bertanya pada dua kelompok. Kelompok pertama, pelajar yang langsung tidak ambil tahu pasal sebarang isu di UIA dan tidak kenal mana-mana calon. Saya tanyakan pada mereka, atas dasar apa mereka akan mengundi? Jawapannya cukup mudah, ‘kalau mana-mana poster calon sampai ke bilik, saya undi lah’. TANPA meneliti manifesto, biodata dan pencapaian calon. Beginikah pemikiran pelajar UIA?


Kelompok kedua, pelajar yang tidak kenal mana-mana calon tetapi sangat menitiberatkan isu yang wujud. Saya tanyakan soalan yang sama. Jawapannya pada saya, kita perlu lihat pada manifesto. Mereka ingin perjuangkan kebajikan dan permasalahan yang wujud. Jadi, apa guna kalau sekadar punya kredibiliti tetapi tulis manifesto macam orang yang tidak berfikir.


Anda mungkin di kelompok ketiga. Yang mana saya tak perlu tanyakan. Kesimpulan saya di sini, kredibiliti dan manifesto adalah dua perkara yang berbeza tetapi ia perlu seiring. Sejauh mana anda sebagai calon dapat meyakinkan saya utuk mengundi anda? Saya mungkin sudah kenal anda, saya mungkin pernah bekerja bersama anda, tetapi sejuah mana anda boleh perjuangkan kebajikan saya? Apa jaminan anda kepada saya? Sudah tentu manifesto! Bagi pelajar yang tahu berfikir, anda akan sedar betapa pentingnya manifesto kepada mahasiswa dan mahasiswi.


Saya teringat pada waktu Annual General Meeting SRC sesi 2009/2010. Ada mahasiswa bertanyakan tentang manifesto yang diperjuangkan oleh exco-SRC Kulliyyah ICT. Saya puji mahasiswa ini. Jelas sekali dia memilih calon yang punya manifesto yang betul dan mampu memperjuangkan kebajikannya. Bila kita memilih individu dengan nilaian manifesto, saya rasa ia tidak akan menjadi masalah jika kita mahu pertikaikan kerja yang mereka buat. Tetapi kalau kita undi pun sebab yang kita tidak jelas, memang kita tidak punya hak untuk pertikaikan mereka suatu masa nanti.


Anda tahu memilih dan berfikir secara rasional. Saya pandang semua ni daripada sudut yang positif. Saya tidak menilai mana-mana calon dengan unsur-unsur yang negatif tetapi saya cuma terfikir, atas dasar apa saya patut undi mereka? Sejauh mana anda sebagai calon mampu meyakinkan saya bahawa anda sememangnya layak menjadi wakil kami memperjuangkan permasalahan kami? Dan jika anda tidak pernah langsung saya kenal, tidak pernah langsung bercakap dengan saya, apa yang boleh yakin dengan kredibiliti anda? Sesuatu persoalan yang saya sendiri tidak tahu jawapannya.


Saya cuma memberi pendapat daripada apa yang saya rasakan. Saya memang suka untuk duduk dan menilai secara rasional. Tetapi saya juga sangat suka buat survey dan bertanya orang tentang itu dan ini walaupun kadang-kadang ia sangat memeningkan kepala yang mendengar. Akhir sekali, semoga berjaya kepada semua calon. Saya masih lagi menilai atas dasar apa saya patut undi anda. Semoga saya ada jawapan untuk itu. Semoga barisan baru SRC dapat meneruskan perjuangan barisan lama dan memperbaiki kelemahan yang ada.

"..apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal (kepada-Nya)." [al-Imran: 159]


Semoga berjaya dan semoga Allah redha.


Joining hands for the betterment of IIUM.



..DEMAM PRK..


Salam musim mengundi. Hehe. Lama sungguh blog tak ter-update. Mula-mula fikir nak tunggu lepas habis election baru nak tulis semua benda ini. Tapi macam rajin sangat pula nak menaip malam ni. Sempena Pilihan Raya Kampus (PRK) ini, terasa macam bersemangat pula saya promote orang. Semua calon saya promote without bias.


Kadang-kadang rasa macam nak cabut telinga letak kat dalam almari dulu sepanjang PRK ini. Berdesing telinga dengar soalan yang sama setiap masa. Saya yang bernama Nusrah Skema di facebook memang tersangat skema. (err..macam tak je). HEHE!


Saya ni bukan lah seorang yang sangat extreme with each of the candidates. Tapi sebagai seorang yang prihatin dan neutral, saya rasa senang hati untuk mendengar, menilai dan mempromosi setiap calon. Saya senang menjadi neutral supaya saya tak merasa prejudis dan berat sebelah. Tetapi tanggungjawab mengundi tetap saya akan tunaikan. Tetap akan mengundi salah dua orang daripada mereka. Undi adalah rahsia yea.


Nusrah Skema ni popular ke? Haha apa punya soalan lah. confirm orang yang baca ni mencebik dan cakap, ‘aku tak kenal ko pon’ HAHAHA! Mana-mana saya pergi kan, semua tanya saya, tak bertanding ke? Kenapa tak bertanding? Sampai saya rasa saya lebih popular dari calon-calon yang ada. (hahahaha perasan sekejap).


Teringat zaman saya diploma dulu, waktu tu ada PRK, kawan saya yang sorang ni tegur, “Tengku tak nak masuk election ke? Kami nak calonkan Tengku. Kami nak vote”. Hah! Tahu apa jawapan saya? Mula-mula tu gelak dulu tapi bila mereka serius, saya pun cakap, “kalau calonkan nama saya, sampai bila-bila saya taknak kawan ngan korang” ~kesian kan kawan saya tu. Sampai macam tu sekali ugut dia. hehe.


Waktu zaman jadi sub-com src tenure 2009/2010, ada juga yang tanya. Waktu tu SRC pun tak dissolve lagi. Memang saya sangat rajin buat kerja (perasan) tapi kalau tak caye boleh tanya bos saya dua orang tu. Haha! Tapi pada masa yang sama, saya suka memerhati dan meninjau cara mereka bekerja. Jujur, banyak benda saya belajar daripada mereka. Saya sangat puji mereka (bukan bodek yea). Mereka sangat boleh dijadikan contoh teladan.


Tadi, ada yang datang jumpa saya. Tahu sebab apa? Sebab nak minta pandangan mengenai election. Ada yang minta pandangan nak undi siapa walaupun saya ni tak sama kulliyyah dengan mereka. Saya memang bagi pandangan peribadi saya TANPA memburukkan calon yang ada. Saya bagi pandangan yang neutral. Bagi saya, saya tidak ada hak untuk memaksa sesiapa mengundi sesiapa sebab masing-masing sudah bijak untuk menilai sendiri termasuk saya. Saya tak suka orang pengaruhi saya dengan macam-macam tetapi saya lebih suka untuk duduk menilai secara rasional.


Siapa saya? Hehe sebenarnya saya ada dengar-dengar orang tertanya-tanya siapa Nusrah Skema kat facebook ni. Untung juga tak letak nama penuh. Heee.. saya cuma mahasiswa UIAM yang sangat prihatin dan sangat peka (yea ke?) Sesiapa yang TENGOK saya semuanya ingat saya ni seorang adik junior yang berumur 19 tahun. Sesiapa yang sering menDENGAR saya bercakap, semuanya ingat saya ni seorang kakak senior tahun ketiga/keempat. Hakikatnya, bukan dan bukan.


Saya ni memang jenis suka bagi nasihat kat orang. Sampai teringin nak jadi penceramah pun ada. Hehe. Eh jap, macam lari topic pulak. Takpe lah, blog saya, saya punya suka nak tulis apa. Heee..


Sambung tadi, pasal PRK. Kebanyakan yang dah menang tanpa bertanding tu adalah orang-orang yang saya kenal. Yang agak ‘kamceng’ pun ada. Haha. Tapi bagi saya, mereka memang terbaik lah. Memang selayaknya menjadi barisan SRC 2010/2011. Semoga mereka terus menjaga amanah yang telah diberikan (ayat skema jer)..


Apa lagi yea? Ha pasal berkempen. Sempena kempen PRK ni, memang terasa cam penat je. Penat dengar orang ketuk pintu bilik sebab nak promote kan. Haha kekadang tu sama-sama malas nak bukak pintu. Lebih-lebih lagi bila tengah khusyuk study (rajin ni tau). ;p tapi saya puji habis lah kesemua calon. Macam tak penat je diorang ni. Semoga usaha mereka berhasil hendaknya (lagi skali ayat skema).


Oh yea, kekadang saya rasa kat dahi saya ni macam ada cop “Pro-SRC” sebab orang selalu je tanya saya pasal SRC. Sah-sah lah ada cop kat dahi yang saya tak nampak ni. Hehe tapi saya tak kisah lah sangat. Mujur selalu tengok diorang wat kerja dan selalu amik tahu setiap aktiviti src (selalu ke? Haha). Tapi kekadang best juga tau jadi low-profile bila mana orang tak tahu pun saya ni ada link (subcom je pun) ngan src. Banyak (terlalu banyak) saya dengar komplen, kritikan dan macam-macam lah. Bagi saya sendiri, setiap kritikan tu sangat membina. Suka untuk saya kongsikan nasihat daripada penulis kegemaran saya yang berbunyi “kritikan adalah perkara yang sia-sia kerana apabila mengkritik, kita meletakkan orang itu dalam posisi defensif dan orang itu hanya akan mempertahankan dirinya. Kritikan hanya akan menjatuhkan maruah, membentuk perasaan benci dan melukai hati orang lain. Jadi, apa-apa pun kerja orang itu, jangan mengkritiknya selagi mana kerja orang itu halal” mungkin kita boleh renungkan sekejap.


Sebelum saya lebih jauh melalut, baik saya stop menulis. Esok saya ada kuiz. Perlu study sekarang. Sekadar saja-saja suka tulis ni. Semoga calon-calon terus berkempen dan berjuang. Jika menang itu baik, maka kemenangan itu jalan terbaik, namun jika kekalahan itu lebih baik, maka kalah lah baik. Ingat, menang tak beerti juara dan kalah tak bermakna gagal. Teruskan berjuang duhai mahasiswa!


Dan akhir sekali, kepada sahabat-sahabat, saya TIDAK bertanding. Sudah-sudah lah tanya soalan tu. Penat saya nak jawab. Saya masih nak jadi sub-com src (dah cop pun sape ketua saya) hahahaha. Jangan risau, tak rugi amik saya bekerja. Tak caye? Tanya my two bosses. Heeeee….sebab saya sebenarnya budak 1st year. Tak caye jugak? Tanya a&r tu. Haha apa kaitannya. Ok dah stop. Mahu study. Saya doakan calon-calon semua terus bersabar dan berjuang. All the best, sahabat! DOA ;-)



p/s: malas nak upload gambar. Esok lusa lah yea ^__^



..Selamat Hari Lahir, Man!..


Selamat hari lahir adik comel!

Selamat hari lahir buah hatiku!

Selamat hari lahir yang ke-4!


SELAMAT HARI LAHIR, SULAIMAN.









..Referendum..


REFERENDUM

URGING THE ADMINISTRATION TO TAKE IMMEDIATE ACTION ON UNSOLVES WELFARE ISSUES

24 January 2011 (Monday)

To: Rector
International Islamic University Malaysia


UNSOLVED WELFARE ISSUES OF IIUM, WE URGE FOR ACTION

1) STUDENTS' REPRESENTATIVE COUNCIL 2009/2010 or SRC is the main student body, which play a vital role to cater the students' welfare as well as to fulfill students' rights in IIUM itself. The ultimate goal is to become a leading student body by striving for a more conducive environment for students to develop and hence enable the students to realize the mission and ideas of the university as stated in its Triple ICE.

2) The "Unsolved welfare Issues in IIUM" is the summary of comments, suggestions, complaints, critics and dissatisfaction from IIUM students regarding four major problems which are Security, Facilities, Academic and Financial, and Biah Solehah. The comments were received in many ways by SRC such as from DTE (Down to Earth), survey form, face to face complaint, Facebook, e-mail and etc.

3) All of these issues had been brought up by the current SRC (session 2009/2010) and even the SRC before them (session 2008/2009) to the IIUM administration. Besides, there were meetings and discussions being held between SRC and administration. In fact, the students themselves have voiced out on the similar point during Admin-Student Dialogue organized by SRC. Thus, SRC 2009/2010, as the voice of students, it is our responsibility to urge the administration to take immediate action on the unsolved welfare issues brought up.

4) This memorandum is supported by leaders from Kulliyyah Based Society (KBS), Mahallah Representative Committee (MRC), clubs and associations in IIUM


Demands

Therefore, WE, the IIUM leaders urged the IIUM Administration

1) To give full attention and immediate action for those issues listed.

2) We demand the authority to have some discussion with the students before imposing or making any important decision regarding student welfare and education.

3) We demand the authority to inform the students on any matters related to Ministry of Higher Education's implementation.

4) We dishonor any appointed seats arrangement since it against the constitution of IIUM.

5) We humbly request from your good self to response on these four issues within three months.



Thank You.

"Joining Hands for the Betterment of IIUM"


For further information, kindly visit http://src-iium.blogspot.com/.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...