بسم الله الرحمن الرحيم
Time flies.
So fast.
Usia sudah pun menginjak. Bertambah setahun. Setahun yang semakin lama semakin menimggalkan diri kita. Semakin lama semakin berlari jauh. Semakin lama semakin....... *tak tahu nak habeskan ayat macam mana*
Manusia. Boleh berubah. Berubah mengikut keadaan. Samaada manjadi lebih baik atau lebih buruk, itu bergantung kepada individu. Saya sendiri terkadang risau. Risau andainya semakin menginjak dewasa, saya semakin jauh dengan Allah. Na'uzubillah.
26 Julai.
Satu tarikh keramat.
Seorang bayi lahir ke dunia. Bayi yang menjadi harapan ayah dan mama. Bayi yang suci bersih tiada noda.
Setelah 25 tahun membesar, seorang bayi itu sudah menjadi seorang muslimah yang semakin hari sedaya upaya cuba memburu cinta-Nya. Muslimah yang kadang-kadang menangis sendirian di dalam gelap. Muslimah yang kadang-kadang tersenyum panjang sepanjang hari.
Setelah 25 tahun, muslimah itu masih sendiri meniti hari.
"bila akan kahwin?"
Well, soalan itu boleh diibaratkan sebagai
"bila akan mati?" which means, tak tahu bila. Tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, masih sampai sekarang muslimah itu tersenyum sahaja bila soalan itu diajukan.
Puan Murabbi pula selalu sahaja bertanya,
"dah isi borang?"
Malah berkali-kali juga Puan Murabbi mengingatkan diri untuk mengisi borang BM. Sanggup juga dia mengirimkan borang tersebut dari jauh walau duduk seberang laut sana.
Dan sering kali juga saya berkata pada akhawat;
"saya tak percaya pada borang atau lebih tepat lagi, saya tak percaya pada cinta atas borang.."
Oh well, macam sentap tak? hurm.
Mengisi borang baitul muslim kelihatan mudah, kan? Tulis, isi sahaja ciri-ciri ikhwah idaman (ataupun tulis sahaja namanya terus). Kemudian, orang tengah akan menguruskannya. Kemudian bertaaruf, lihat serasi ke tidak dan kemudian kahwin. Oh mudah, bukan?
Macam ABC. Macam kira satu sampai sepuluh. Oh seriusly nak kawen semudah tu?
Tidak. Sudah tentu tak semudah di sangka.
Kita nikah, kita kawen dengan seseorang tu sampai bila? Sampai umur 60 tahun? Sampai badan lesu dah tak boleh berjalan? Sampai sakit kronik menjengah diri? Atau sampai cinta sudah hilang? Juga mungkin sampai kiamat?
Geleng kepala.
Saya mahu bersama seorang suami sampai syurga. Ya, sampai syurga. Bukan setakat di dunia, tetapi juga di sana nanti. Oleh kerana jalan ke syurga itu payah, perit, penuh liku, maka saya juga perlukan seorang teman yang mampu bersama saya menghadapi jalan-jalan sukar ini supaya nanti kami sama-sama dapat merasai manisnya syurga-Nya. Aameeen. InshaAllah.
Senyum kenyit mata dua kali.
"dah tu bila nya nak cari calon?"
eh, siapa kata saya tak pernah usaha cari calon? dalam perjalanan hidup kita, akan ada satu momen di mana kita perlu memilih. Iaitu memilih masa hadapan. Our future. Dan saya, sudah pun memilih. Saya pilih jalan yang ini. Jalan yang saya tahu, saya tidak bisa untuk berpaling lagi.
Semalam, seorang ikhwah bertanya pada saya,
"akak tak takut ke?"
"takut apa?"
"saya jadi takut tengok ramainya berkahwin. kalau tak kawen, mesti dah di cop. kita ni macam mana kak?"
Erk.
Sentap?
Tidak. I've gone through all those kind of feelings before. Well, jalan hidup setiap dari kita tu berbeza-beza. Tidak kan pernah sama. I have trust in Allah. Kalau takde kat sini, di dunia ni, mungkin akan ada di akhirat sana. Ada yang menanti sana.
nanges.
Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang kita boleh fikir. Bukan jodoh semata-mata. Lihat sahaja keadaan ummah sekarang. Fikirkanlah. Bagaimana kita mahu membina ummah yang baik, di saat diri kita sendiri terlalu jauh dengan Tuhan? Terlalu jauh meninggalkan suruhan-Nya.
Menyedut nafas di bumi Tuhan, ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada banyak perkara yang kita boleh duduk dan fikir. Tetapi kita, selalu mensia-siakan apa yang terhidang di depan mata. Terlalu memandang remeh dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, walhal berganda-ganda hikmah disebalik kejadian.
Duduk, betulkan kerusi.
"Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkan-Nya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepada-Nya, untuk menggapai redha-Nya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurga-Nya!"
Semoga dalam hari-hari yang kita lalui, kita masih di dalam redha-Nya. masih di bawah jagaan-Nya. Percayalah, Allah sayangkan mu.
Letak tangan ke hati, rasai degup jantungmu.
Di situ adanya kasih sayang DIA.
 |
selamat mengejarnya. moga bertemu :)
|
~ I drop du'as. Not bombs ~