إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..patut ke?..

salam assalamualaikum.. saya sebenarnya dah mengantuk tapi rajin pula dok melawat blog sahabat2 yang lain.. seronok juga baca entri kawan saya pasal sihir.. lagipon saya ni bukan lah tahu sangat pasal benda2 macam tue.. tapi.. dalam tengah dok jenguk blog orang, saya jumpa satu entri yang memang TAK MENARIK hati saya.. bukan tajuknya yang tak menarik tapi isi kandungan entri itu..

bagi kawan2 patut ke seseorang yang mengaku islam dan mahu berdakwah menggunakan ayat "hari ini hari yang malang".. atau dalam bahasa inggeris nya "bad day"..patut ke? bukan kah hidup ini Allah yang tentukan.. kita kata hari malang, nasib malang, sama lah seperti menyalahkan takdir.. atau dengan kata lain menyalahkan Tuhan.. seingat saya itu lah yang ustazah saya selalu pesan masa saya sekolah dulu.. tapi kenapa orang sekarang suka sangat cakap macam tue?

lagi satu.. amat lah menghairankan orang yang suka sangat menceritakan hal terlebih peribadi dalam blog, sampai mengungkit-ungkit..sampaikan saya terfikir, adakah si penulis akan menceritakan hal rumah tangganya juga suatu hari nanti? sedangkan ia adalah peribadi.. memang tak ada salahnya nak cerita hal diri dalam blog tapi kalo dah terlebih peribadi pon nak cerita jugak, ape kes? hidup pun tak indah dah sebab satu dunia dah tahu rahsia kita and at the same time, bagi saya si penulis dah menjatuhkan maruah orang yang die ceritakan dalam blog tue.. what happen kalo orang tu terasa hati? berdosa dia taw..

jadi, nasihat saya pada bloggers, nak tulis ape2 pon berpada2 lah.. fikirlah baik buruk.. jangan diikutkan sangat hati dan perasaan tue.. ingat tujuan dan niat kita dalam blog ni.. alangkah sayangnya blog yang penuh dengan dakwah tapi di kotori dengan hal2 sedemikian.. saya sekadar tegur... bukan nak cari gaduh..

saya harap tak ada yang terasa hati.. sekadar memberi teguran.. tapi kepada penulis blog tersebut, saya minta maaf.. semoga blog anda diteruskan seperti entri2 sebelumnya.. teruskan perjuangan anda dalam berdakwah.. kerana saya lebih menyukainya... semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaanNYA.. assalamualaikum..




nusrah walfath: kalau kita ikhlas, kita takkan mengungkit walaupun dalam keadaan marah.. =)

..sentuhan kasih dari Rabb mu..

salam kaseh dari saya khas untuk anak tersayang..hehe.. 28hb birthday anak pompuan saya.. dah besar pon die... cantik.. haha.. ni video kedua yang saya nak post.. harap ada yang sudi menonton..hihi.. ok lah selamat bersantai yea.. saya nak berehat..





nusrah walfath: kadang2 manusia hanya bersedih bila manusia tidak cintakan mereka sedangkan mereka lupa dengan cinta Ilahi.. raih lah cinta Ilahi dahulu sebelum mengharap pada cinta manusia..





...?...

salam tengah malam.. aduhh susah pula nak lelapkan mata.. dah tertido tapi terkejut bunyi hp.. nak update blog la.. tapi saya dah tak de mood nak tulis panjang2.. jadi, saya harap peminat blog saya sudi menonton video ni.. tapi kalau tak nak tengok, tak payah la... dan untuk entri yang akan datang pun saya akan gunakan cara video.. mudah cket.. hehe...







nusrah walfath: masih mencari ilmu... masih mengejar ilmu... =)

...i'm sorry...


salam kemanisan petang..(pelik je kn)..'SahabatMusleem'/ sebenarnya mood saya tengah baik.. tue yang rajin sangat nak menulis petang ni... erm... ada la cket benda yang nak di ceritakan.. sesuatu yang kelakar bagi saya... haha...

semalam saya ke kfc jusco setiawangsa.. pergi birthday student saya.. jadi, saya pun bawak la anak saya yang sulung ni... nak bawak yang num 2, nakal sangat.. kalo si bongsu, lagi la payah sebab masih kecik... pastu saya terfikir jugak, nnt ble blek umah, mst diorang berebut mainan.. uhh susah la saya nnt....

dah sampai umah, saya terus naik mandi.. hah time tue dah mula diorang bising.. ape lg.. mmg kes berebut mainan la ni... sakit kepala saya ngan kerenah diorang... bila si adik merosakkan barang, si abang merajuk.. dah tue dia marahkan saya.. pukul2 saya lak tue... pastu saya pon merajuk ngan anak saya.. lama2 tue saya terpikir..'SahabatMusleem'/ wat pe la saya nak merajuk ngan budak kecik ni.. saya yang dah tua ni patot mengalah la kan... huhuhu...pastu saya pon pegi la peluk cium anak tersayang tue.. die pon minta maaf..n we all sama2 say sorry...



tapi cite belum habis lagi ni...'SahabatMusleem'/ nak hilangkan tension2 saya pon type mesej.. niat di hati nak kenakan kawan2 ni.. sebelum ni mmg saya selalu kenekan orang tapi kali ni lagi dahsyat sikit.. saya pon memilih 6 orang teman tuk dikenakan.. 'SahabatMusleem'/mereka yang bertuah adalah amalina, muslimah, qalbi, izyan, angah dan adda... heheeee.... saje nak tengok sejauh mane diorang concern psl saya..haha...

erm... tak sampai 2 saat saya sent mesej, cik muslimah terus kol saya... dengan bersemangat die tanya saya.. saya plak tergelak2...'SahabatMusleem'/ saya mmg taw mus ni mmmg syg sgt kat sy.. kalo ada org wat sy menangis, mmg nahas lah... tak lame lepas tue, cik angah plak yang respon.. hehe... die pon tanya betul ke... jahat plak saya rase sebab bagi khabar yang tak betul.. n then, cik qalbi lak yang bertanya.. dalam ramai2 yang tak pcya cerita saya, cik qalbi juga yang pcya.. marah juga dia kat saya sebab bergurau macam tue'SahabatMusleem'/..huhu....



pagi ni plak, cik izyan tanya saya...n then cik amalina... cik amalina bermati-matian percaya macam la cik qalbi tue jgk... saat saya tulis ni pon, amalina masih merajuk ngan saya... i'm sorry my dear...'SahabatMusleem'/ hehe tapi tak pe lah sekurang2nya saya taw la yg amalina ni sayang kat saya...heheh... lepas hal ni, saya tak nak dah kenakan kwan2 saya.. tak nak diorang sedih2 dah... saya nakal wat kali terakhir ni taw... 'SahabatMusleem'/haha... nak taw ke benda pe yang saya usik diorang sampai diorang bengang? tak yah la taw nnt ramai yang tiru dan saya pon tak dapat wat kt org lain lg dah.. hehe...


ok la... di sini saya nak minta maaf pada 6 orang yang bertuah tue...'SahabatMusleem'/cuma cik adda yang tak respon..mungkin dia busy... maaf la kalo gurauan saya tu kasar or melukai hati...huhu... saya cuma saje2 je...'SahabatMusleem'/ saya minta maaf yea khusus buat muslimah, adda, izyan, qalbi, angah dan amalina... amalina jgn merajuk lagi dah k... hehe... k la tue saje...'SahabatMusleem'/ moga2 kawan2 semua bahagia...assalamualaikum...



nusrah walfath:
pengajarannya, jangan nak bergurau tak kira tempat.. jangan main2 dengan hal yang serius.. haha... sorry a lot...

...HARUS BERCINTA?!!?...

salam sayang khas wat amalina...'SahabatMusleem'/ die dok depan laptop.. tengah tunggu saya post entri kali ni.. hahaha... jangan marah... ok la.. sambung yang hari tue.. ape hukum bercinta kawan2? wajib? makruh? sunat? haram? 'SahabatMusleem'/haaa.... ke dah konpius ni? heheh.. k la tak nak mukadimah panjang2 dah.. bace saje la article di bawah ini... semoga kita sama2 memahami isi yang tersurat dan tersirat ini...heheh...




Harus Bercinta?

Cinta merupakan lumrah manusia dan cinta akan bermain di minda setiap remaja yang berada dalam lingkungan 18-24 tahun secara serius kerana ketika itu fikiran remaja asyik tertumpu pada alam perkahwinan. Ini adalah lumrah dan kita sama sekali tidak dapat tolak kerana sudah menjadi fitrah selamanya.

Dalam kitab Tuhfatut Tullab ada membahaskan berkenaan 'Al-Hub' iaitu cinta. Hukum bercinta antara lelaki dan perempuan adalah HARUS dan sudah menjadi fitrah dan lumrah bahkan dalam sesetengah perbahasan dalam kitab tasauf ada menyebut barangsiapa yang menolak fitrah maka mereka itu adalah 'gila'. Tetapi persoalannya di sini cinta yang bagaimana dikatakan harus??? yang dianjurkan syarak?? yang diamalkan oleh remaja pada masa kini apakah pula hukumnya??

Cinta yang hukumnya harus seperti begini
-

tidak pernah keluar berdua-duaan tanpa muhrim di sisi malah jika keluar bertemankan seorang kawan pun hukumnya jatuh haram. Syaratnya mesti bertemankan kawan yang digelar 'jam'u thiqah' iaitu 3 orang atau lebih perempuan muslim yang jaga perilakunya sebagai seorang muslim. Ini bermakna jika seorang kekasih hendak keluar. maka si dara tersebut mesti mengajak paling kurang 3 orang rakan untuk menemaninya barulah setiap langkahnya itu tidak digelar maksiat. Bagaimana pula kalau lelaki membawa kawannya tetapi perempuan itu berseorangan?? Hukumnya tetap haram kerana dalam kes ini nisbah perempuan mesti ramai daripada lelaki. Ini ada dibahaskan dalam kitab Tuhfatut tullab. Ulamak kaitkan hukum ini dengan seorang perempuan yang mengerjakan haji tanpa ditemani muhrim. Tetapi sebaliknya, jika perempuan itu membawa bersamanya seorang muhrim iaitu adik, emak atau ayah, ini dibenarkan syarak dengan syarat muhrimnya mumaiyiz tidak disyaratkan baligh.

Banyak syarat-syaratnya jika hendak dihukumkan bercinta itu harus kerana rata-ratanya, bercinta yang diamalkan remaja pada masa kini adalah haram. Sedangkan dalam Islam jika seorang lelaki itu sudah bertunang, lelaki itu HANYA dibenarkan melihat wajah dan tapak tangan tunangnya sahaja itu pun dengan hajat contohnya ingin bertanya khabar dan berbincang mengenai persiapan perkahwinan inikan pula bercinta pada zaman sekarang, berborak di kafe dengan bergelak ketawa, bergurau, bergambar 'smile shot' muka sengaja didekat-dekatkan. Ini semua mengundang bala Tuhan..Nauzubillah.

Dalam kitab Tuhfah juga ada menyatakan hukum melihat perempuan tanpa sebarang hajat adalah HARAM walaupun perempuan itu bertudung litup dan memakai purdah. Dalam kitab ini ada membahaskan sekiranya seorang lelaki melihat bayang-bayang perempuan dalam air walaupun tanpa hajat hukumnya adalah HARUS. Contoh pada zaman ini adalah melihat perempuan dengan menggunakan cermin. Kita tidak melihatnya dengan 'direct looking' tetapi melihatnya dalam cermin yang dipantulkan, itu pun syaratnya hendaklah perempuan itu menutup aurat. Jadi bagaimana?? Adakah anda boleh melakukan semua ini untuk membolehkan cinta anda dihukum HARUS. Saya pasti tidak...

Kebanyakan kita bercinta, tidak sah tanpa bermesej menggunakan ayat- nite sayangku, love u, muah, sayang jaga diri baik-baik dan lain-lain lagi. Semua ini hanya menimbulkan titik hitam di hati. Ini lah punca mengapa ada di kalangan kita terasa berat kakinya menghadiri majlis-majlis ilmu, mengerjakan solat berjemaah di surau, berat untuk bangun subuh..kerana hatinya sudah gelap yang menghalang Nur Tuhan untuk pancarkan ke dalam hatinya. Ilmu itu cahaya dan cahaya Tuhan tidak akan dipancarkan pada orang yang melakukan maksiat. Renung-renungkan..

ok dah habis dah... bagaimana? anda setuju? saya setuju!!!'SahabatMusleem'/ hehe... k tue saje... saya nak rehat sudah... nak tido.. esok nak keje... selamat malam semua.. assalamualaikum...


nusrah walfath: bercintalah hingga ke syurga.. =)

...argh!!! rindunya!!!...



Salam zulkaedah.. hurm… lame rasenya saya tak menulis sesuatu yang berkaitan ngan diri saya… malas dan dan tak de ape yang menarik..hehe… sebenarnya saat saya menulis ni, saat ini, jam ini, minit ini, hari ini.. saya terlalu rindu pada kawan2 rapat saya.. erm rindu yang teramat sangat..'SahabatMusleem'/ padahal bukan susah sangat saya nak jumpa diorang tapi kesibukan saya membataskan segalanya.. nak hantar sms pun belum tentu sempat apatah lagi nak call.. Cuma semalam sahabat baik saya Qalbi (sedap nama tue) call saya.. hari ni, teman baik saya Amalina hantar sms sebab rindu nk ym ngan sy.. huhu.. tak lupa juga dengan kembar tersayang saya yang baru semalam saya sembang ngan dia.. argh!!! Rindunya pada kalian!!!!'SahabatMusleem'/



Ramai lagi sahabat baik saya yang ada.. rindu saya pada yan lagi la sukar digambarkan.. dah 8 tahun kami berkawan.. dan sudah hampir 5 tahun kami terpisah.. 'SahabatMusleem'/sedihnya… walau apapun yang terjadi, saya takkan pernah lupa pada semua sahabat baik saya ini… tak kira la mereka dari sekolah mana dan di mana mereka kenal saya, semuanya saya sayang.. terlalu sayang..'SahabatMusleem'/ huhu… lagi saya nak cakap ape yea? Hurm… dah ramai yang bertanya saya bila nak jumpa mereka? Wah saya tak de jawapan tue… huhu.. dulu selalu je pergi jumpa teman tersayang kat UM.. tapi sekarang ni dah tak sempat2.. ym jarang2, sms pon kdg2… huhu…



Buat teman rapat saya sejak di tingkatan 1, Yan, Anati dan Azura.. walaupun kita telah membawa haluan masing2 tapi kenangan lama tetap dalam ingatan saya.. tak lupa juga al-fatihah buat arwah Azlina.. sampai sekarang saya masih terkilan dengan ketiadaan saya di sisi sewaktu arwah pergi..'SahabatMusleem'/ sahabat saya sewaktu tingkatan 2 & 3 iaitu suzi, fifi, farah, fateen, sha, mc qah, nadia, farhana dll… saya minta maaf banyak2 sebab saat kita berkawan terlalu banyak sangat masalah… huhu…'SahabatMusleem'/



Kawan2 kolej saya yang paling rapat, Adda, Mimi, Wani, Malissa, Sheera…terima kasih atas segalanya… banyak rahsia yang kita kongsi bersama… dan akhirnya kita berjaya juga mencapai cita2.. dengan izin Allah, kita semua sekarang sudah bekerjaya.. saya cume tunggu masa nak makan nasi minyak korang je ni..'SahabatMusleem'/ heheh… juga saya tak lupa pada kenalan2 saya di sekolah sri bangsar.. dah lama saya tak menjenguk.. huhu…



Dan paling saya sayang dan ingati kerana siang malam masa kita bersama, sahabat2 saya di teknik jengka… persahabatan ni terlalu bernilai untuk saya..'SahabatMusleem'/ banyak ajar saya tentang kehidupan, ajar saya makan benda yang saya tak pernah saya makan pon, ajar saya dengan suasana betul2 kampung, dengan suasana felda, ajar saya dengan ketenangan, ajar saya ilmu yang berguna, ajar saya yang menjadi sabar dan tabah… mereka la jua yang berada di sisi saya setiap saat saya kecewa dan bahagia.. ah persahabatan kita terlalu indah… mereka lah nana, amalina, mus, taty, najjuar, farah, qalbi, angah, sarah, azwani, dayah, noha, mcjah, nadisa, iza'SahabatMusleem'/juga mereka yg sebilik waktu f4 n f5 iaitu mas, ayu, ayin, laila, nurin, aliza, cikot, shirah, ain, dayah joe, hasna, lia, eila, wazira, fizah awang.. juge budak2 clas yang suka tido..(saya pon sama)..haha…'SahabatMusleem'/



Walau siapa pun anda dan di mana pun kita kenal dan lama mana pun kita berkawan, saya tetap nak menyatakan yang saya terlalu rindu pada sahabat2 saya ini… lebih2 lagi pada sesape yang rapat… semoga persahabatan kita diredhai Allah dan berkekalan selamanya… minta maaf atas salah silap selama ini… I luv u all my beloved friends…. Assalamualaikum…'SahabatMusleem'/



nusrah walfath: a friend in need is a friend indeed.. :-)

...couple or trouble...


salam akhir syawal...'SahabatMusleem'/ sahabat2 sekalian dah habis pose sunat 6? alhamdulillah... ni baru je balik keje.. ngantok sungguh tapi nak juge update blog.. dah lame bebenar tak update kan.. hehe.. lagipon dah ada 5-6 topic yang saya nak post..cuma tunggu masa sahaja... baru2 ni sahabat saya nak taw sangat hukum bercinta.. ramai yang kata haram.. tak kurang juga yang kata diboleh kan.. setiap orang tak sama pandangannya tapi adakah kita betul2 tahu hukum yang 1 ni? hehe.. suspen sikit.. hari ni saya tak nak lagi nyatakan apakah hukumnya.. sebab ada 1 benda yang lebih teringin saya nak post.. ni article saya dapat dari orang yang kuat beragama (tapi soal iman tak taw la pula)..beliau sedang belajar di jordan.. ada yang saya setuju dan ada juga yang saya tak setuju dengan penulisan dia.. jadi, saya buat keputusan nak share article tersebut dan pada masa yang sama kongsi pandangan saya.. mari sama2 kita berkongsi pendapat..

____________________________________________________________________

Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Maaf kerana terpaksa menghebahkan walaupun melawan arus bahawa teman wanita (girlfriend) bukan dari budaya kita. Budaya girlfriend di mana saja hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan. Hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.

Ketenangan dan ketenteraman adalah milik Allah dan di kurniakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Jalan yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan mentaati Allah. Tidak mungkin kita mendapatnya dengan kita melakukan keengkaran kepadaNya.

Lihat saja kehidupan artis di mana jua, termasuk sayangnya artis-artis tempatan, seolah-olah dunia indah gemerlapan kehidupan milik mereka. Hidup bersama lelaki-perempuan sebagai pasangan ideal, the most loving couple pergi ke hulu ke hilir tanpa mengira langsung hukum agama. Semuanya yang indah cuma berlaku sebelum nikah pada hal jelas perbuatan itu haram.

Lepas nikah, sibuk dengan urusan cerai yang tak habis-habis. Apa ertinya ini semua? Jalan agama adalah sebaik-baik cara untuk hidup tenteram kerana Allah menguasai setiap sesuatu hatta hati manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk bermaksiat kepada Allah. Jangan ingat kita menguasai hidup ini. Dari Allah kita datang dan Allah Maha Berkuasa.



"Maaf andainya terkasar bahasa... untuk pengajaran bersama... Andai ada yang terasa maaflah... Sekadar p'kongsian bersama... Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber'manfaat' bila ber'couple':

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...

Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia org untuk melepaskan diri. org kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...

Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 per....insaf2 laa...


'SahabatMusleem'/opinion nusrah walfath:-
bagi saya banyak yg betul juga perihal kapel yang mendatangkan masalah.. namun semuanya datang dari diri kita sendiri.. pengalaman saya sendiri manjadi guru sekolah agama yang bertaraf international..student saya semuanya diserap dgn ilmu akhirat dan ilmu dunia yang cukup lengkap sejak dari umur 3 tahun hingga lah tamat spm dan tahfiz di sekolah tersebut.. tetapi sayangnya, ada antara student perempuan di situ buka aurat bila di luar sekolah (free hair).. sedangkan mereka bukan buta hukum.. bukan setakat free hair malah bersosial dan bercinta melebih2.. kenapa mereka jadi begini? kerana paksaan? kerana ibu bapa? atau kerana iman?

saya tak nak ulaskan kenapa tapi saya nak mengatakan saya tak setuju dengan penulis article tersebut yang mengatakan percampuran dalam kelas mengakibatkan pendorang bercouple.. walhal banyak pelajar yang sekolah perempuan sahaja dan sekolah lelaki sahaja terlebih gedik dari pelajar yang bercampur hatta yang bersekolah agama dan bertudung labuh.. sebab ape? sebab kejutan budaya..(menurut mereka)..hm.. betul ke?'SahabatMusleem'/

tapi disebabkan article ini, ramai yang confussed.. bercinta tu haram ke? haa..itu lah soalan yang saya terima dari teman baik saya..dan saya akan post tentang hukum bercinta seperti mana yang dinantikan.. rasanya ini sahaja lah yang saya nak share.. sama2 lah kita muhasabah diri dan tingkatkan iman kita.. sila2 lah bagi pendapat (jika sudi).. hehe.. ok lah, saya pun nak berehat dah.. jumpa lagi dalam topik akan datang.. assalamualaikum...


nusrah walfath:

Rasulullah s.a.w bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia (HR Bukhari dan Muslim).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...