بسم الله الرحمن الرحيم
"kalau nak doa, kena spesifik tau..."
"dah berdoa tu, jangan lah bagitau orang, nanti tak makbul.."
"bila berdoa, kena sungguh-sungguh. kena yakin yang Allah akan makbulkan doa kita. tak boleh ragu-ragu..."
sepertimana firman-Nya;
"...dan berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.." [40:60]
kuasa doa. janji Dia.
seiring dengan doa, kita perlu percaya dengan seyakin-yakinnya akan ketentuan Allah. Allah akan beri mengikut kadar yang sesuai dan atas nama keperluan kita, bukan kehendak.
pernah sekali dua atau lebih, kita akan terduduk menangis kerana tak dapat apa yang kita mahu. Tak dapat apa yang kita inginkan. Sedangkan, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
terkadang, untuk meyakini itu susah. Untuk cekal dan tabah juga payah. Apalagi mahu mengajar hati untuk redha dengan ujian.
ramai yang selalu berkata, sabar itu indah. tapi berapa ramai yang betul-betul dapat rasa keindahan bila bersabar?
dan
untuk hati-hati yang terkadang ragu, terkadang cemburu, yakinlah bahawa Allah beri apa yang terbaik untuk kita semua.
"kita akan lebih bertabah dalam pencarian,
jika kita tau, kita akan berdepan ujian sebelum penemuan;
maka, bersedia-lah untuk diuji dan teruji!"
fassobrun jameeeel.
13:22
nota hati: mushrif saya menang. alhamdulillah. ;''') tahniah dan takziah :')
~ I drop du'as. Not bombs ~


