إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Showing posts with label convest. Show all posts
Showing posts with label convest. Show all posts

Saya sayang komiti GranMar

they are so sporting ^^
we are in blue!! :)
yang tak pakai biru tu adalah subcom sebab saya cuma
 inform head and asistant supaya pakai biru.
Tak tahu pulak ade subcom yang datang ^^



When you can see tears over the rainbow
When you can see a smile over the rain
You are the one.

Ia suatu perjalanan yang panjang. Malah berliku.
Berkali juga tersadung rebah.
Berkali juga dipanah pahitnya kritikan.
Namun, diri tetap juga bangkit berjuang.

Sahabat,
Mungkin penat lelah susah payah perit jerih tidak terlihat di wajah ini
Mungkin tiada kedut-kedut luka terpancar pada diri ini
Mungkin tidak kamu fahami apa yang dirasai
Namun percayalah,
Bukan senang kaki melangkah.
Bukan senang diri bangkit.
Bukan senang jiwa pulih
Bukan senang mendidik hati
Supaya menjadi sabar..jadi tabah...

Sahabat,
Segala perit jerih susah payah nanti biarlah kita lalui bersama
Andai ada hinaan dan tohmahan biarlah kita langkaui bersama
Andai kata tersungkur, biarlah kita bangkit bersama

Sahabat,
Saya pernah dirundung lelah
Saya pernah dihambat rasa mustahil
Namun, saya cuba yakinkan diri

Grand Marriage Convest'12.
Suatu nama yang terpahat dalam hati.
Suatu masa dulu saya rasa ianya mustahil
Kemudiannya saya berusaha sedaya upaya percaya dengan apa yang Allah takdirkan
Apa lagi bila melihat semangat ketua saya
Ketika itu saya berjanji pada diri supaya saya merealisasikan ia.

Ketika kita puas berusaha
Ketika kita sudah cuba sedaya upaya
Ada juga manusia yang melafazkan kata menghiris jiwa
Katanya program kita susah
Katanya ia suatu yang mustahil
Katanya itu meremukkan hati saya

Allah
Itu yang saya nampak semasa saya berjuang kerana program ni
Allah
Hanya kerana Dia.
Hanya sebab Dia.
Sepanjang saya bekerja untuk program ni, saya hanya nampak Allah.





Kisah hari semalam.
Ketika saya berjalan menyerahkan perjanjian selaku acting PM
Dengan tepukan yang gemuruh, saya berasa sangat terharu
Apatah lagi bila melihat dua orang sahabat dari jauh menunjukkan tanda 'bagus'
Saat itu saya sedar betapa kuatnya sokongan dari mereka
Saat itu saya berjanji pada diri untuk menunaikan amanah dengan sebaik mungkin

Masa duduk dalam bulatan yang dikelilingi barisan komiti
Saya dihambat rasa sayu melihat semangat dan komitmen mereka
Apatah lagi bila adik saya sempat call pada hari sebelumnya dengan memberi kata-kata semangat walaupun dia terpaksa tarik diri sebagai FC

Saya bertanya pada para komiti;

"siapa yang rasa program kita irrelevant?"

Mereka menggeleng.

"siapa yang rasa kita takkan dapat participants?"

Mereka menggeleng lagi.

Saya sedih. Terharu melihatkan semangat mereka. Terharu melihatkan diri mereka. What do you expect from me yang tiada PM, yang selalu sangat kena condemn apa semua. Masa tu saya rasa terharu sebab dorang sangat optimis. Mereka sangat berfikiran positif. End of the discussion, saya sempat meninggalkan nasihat dan semangat kepada mereka. Termasuklah APM 2 saya iaitu Ayub. Walaupun dia seorang international, tapi saya tengok, dia sangat bijak motivate orang. Alhamdulillah barisan komiti Grand Marriage adalah yang terbaik di mata saya.

Walaupun ada yang berkata saya dapat komiti hebat-habat, mantap-mantap, saya tetap rasa roles as a leader sangat penting. Saya mahu bersama mereka suka dan duka. Saya mahu bersusah payah bersama mereka. Saya sayang sangat dengan komiti saya. Terima kasih Allah dengan pemberian-Mu ini. Allah beri mereka sebagai pendorong penguat semangat. Saya janji takkan sia-siakan ini.

Be strong now
because things will get better.
It may be stormy now
but it can't rain forever.


"Family Grand Marriage, may Allah ease =) conquer the impossibilities inshaAllah" - kawan baik saya post kat GM punye page.


Lastly, all the best to all committees and be optimist. No matter what other people say, please stay strong ^___^ We only want your commitment. Have faith and always put Allah's first in deciding anything. Be happy and keep smiling. Du'a ;-)


sempat saya conteng brochure.
masa ni dorang sume main game lepas asar.hehe









~ I drop du'as. Not bombs ~

Corat-coret CONVEST'10 | last part |

Masih ketika convest....

2-4 october- Waktu ni ada Grand Exhibition (GREX'10). Sudah tentu saya bersemangat nak pergi sebab nak support Dhila punya program. hehe. Lepas kelas, lepas pergi chocolate fair ngan Dhila dan Sayed, saya terus pergi ke Grex. Waktu tu pergi ngan Dhila dan kak Zatil. Sempat jalan-jalan kat semua booth bersama kak Zatil. Lepas zohor, memang dok ngn Dhila je sampai la petang. Saya pun tak tahu apa yang menarik time Grex ni tapi waktu hari last tu, saya suka tengok zapin. Juga tak tahu apa yang menarik ngan zapin ni. ;-)



Malamnya pula ada Malaysian Armed Forces in action 2010. Memang plan nak gi tengok tapi hari hujan dan saya juga sangat penat. So, tak jadi pergi ke sana. (gambar tak de ya). Seminar juga saya tak pergi sebab ia start pagi sabtu tapi saya ada kelas. So, tak dapat la nak join seminar ni.

5 october- Mock trial and Grand Forum. Kalau ikutkan hati, memang saya nak hadir semua tapi waktu hari Selasa, memang jadual saya padat. Setiap minggu macam tu. Kebetulan hari tu saya ada pre-postmortem, PGG, real postmortem. So, saya terpaksa tinggalkan mock trial sebab PGG hari tu adalah last session. Lepas habis PGG, terus pegi Grand Forum ngan Dhila. Sampai nak habis, bergegas lah ke Postmortem OC pulak. Memang setiap hari selasa mesti penat. Macam nak pengsan je.


6 oktober- konsert Palestin Tomorrow will be Free. Yang ni memang ramai la yang tunggu dan berminat nak pergi. Slot petang, Maher Zain meets the fan lagi lah mendapat sambutan agaknya. Saya tak pergi yang petang tu sebab ada kelas dan kelas saya lebih penting. Plus, saya bukan la peminat fanatik maher zain pun. Minat lagu je. Malam tu saya pergi ngan Wani dan Amal. Slot paling saya suka waktu konsert tu ialah time lakonan dan budak-budak nyanyi. Yang tu je saya suka. Habis konsert, saya, wani dan Amal pergi bergambar kat sculpture convest pula. Hehe






9-10 october- Intervarsity Mega Futsal Tournament (iMEF). Ni last program yang dianjurkan oleh SRC. Saya tak jejak jugak ke program ni sebab tak sempat. Pagi tadi pun pergi library dan shoot kat kulliyah engineering (haha sempat lagi). So, sekarang ni tamat lah sudah program convest'10. Harapnya tahun depan saya masih berpeluang berbakti untuk convest lagi. insyaAllah ;-)




nusrah walfath: apa yang kurang masih boleh diperbaiki ;-)

Corat-coret CONVEST'10 | Part 2 |


Ketika CONVEST…


30 september- in conjunction program iaitu talk enhancing Aqeedah through scientific discoveries in Al-Quran (PASAK). Ia diadakan waktu malam. Plan nya memang nak pegi tapi ada pulak rehearsal oc. Jadi, tak dapat nak ke talk ni. Khabarnya, talk ni sangat bagus. Alhamdulillah..tahniah kepada penganjur. Ini sedikit gambar waktu PASAK.





1 oktober – akhirnya tibalah hari OC. Pada petang hari, still ada rehearsal lagi. Lepas rehearsal, ada konvoi sekitar dalam kampus sahaja untuk promote Opening Ceremony dan juga program lain. Waktu ni, saya suka melihat semua peserta-peserta konvoi tersenyum girang, padahal waktu tu dah nak dekat maghrib. Kagum dengan semangat convest yang ada dalam diri masing-masing.





Malamnya pula, tiba lah majlis sebenar OC. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kalau ada yang terkurang tu, minta maaf lah yea. Selesai semuanya, mak kak Raihana offer nak belanja makan dan minum untuk semua komiti. Thanks auntie!! ;-) setelah berakhirnya oc malam tu, maka berakhirlah kerja saya sebagai pub & pro (walaupun malam tu saya bertindak sebagai runner special task). Sangat lega bila semuanya selesai walaupun saya sangat berserabut kepala sebab menanti nak tasmiq dan presentation keesokannya.











1-4 oktober- IIUM Chocolate Fair. Saya sempat menjenguk ke chocolate fair selama 3 hari. Hari jumaat, saya pergi ngan Kak Farah dan bertembung pula ngan Sayed. Sayed pula yang bersemangat beli coklat dulu daripada kami berdua. Haha.. Hari kedua, saya pergi ngan Nadhila dan Sayed jugak lagi sekali. Asal pergi coklat fair je, jumpa Sayed. Muka coklat betul sayed ni..haha.. sebenarnya waktu tu saya baru je habis kelas kat KAED, kebetulan pula terserempak ngan Dhila dan Sayed, so, join je la diorang. Hari ketiga, saya tak pergi pun dan hari keempat, saya pergi lagi ngan Amal dan Ju. Sekadar jalan-jalan je, bukan beli pun. Hahah..







Begitulah sikit cerita sewaktu berlangsungnya convest. Ada banyak lagi program lain yang saya jejak. Nanti sambung lagi. Apa-apa pun, tahniah pada semua komiti program-program di atas ni. Semuanya berjalan dengan baik dan coklat pun sedap-sedap ;-)


*to be continued....

...Corat-coret CONVEST'10...

Sebelum convest....


Waktu saya dapat mesej bagi jawatan Assistant Publicity and Promotion untuk program Opening Ceremony, saya sebenarnya tak nak. Saya lebih berminat ngan sub-program lain. Nak join Grex sebenarnya..sebab ada Dhila..haha tapi Dhila suruh saya terima je asalkan dapat. So, saya pun join la family OC ni. Tak sangka pulak jadi macam-macam bila join benda ni. Pendek cerita, saya ngan headcom memang tak ngam. Mesti bertelingkah dan bergaduh je. Sub-com tengok pun tension. Heee.. perjalanan kerja paling best adalah waktu konvoi ke Kuantan. Tak tahu apa yang best tapi mungkin sebab Dhila ada sama walaupun tak sama kereta. ;-)






Dalam kereta pun still saya ngan headcom macam anjing ngan kucing. Bila dia tanya, saya jawab ngan kerek, bila saya tanya, dia jawab ngan jawapan bukan-bukan. Memang tak sekepala betul saya ngan dia.


Sampai di Kuantan, kat gate UIA Kuantan, saya pun cakap, “yes! Sampai dah. Penatnya lah,” haha..waktu tu headcom ngan driver pun pandang semacam sambil cakap, “macam dia yang drive”. Huh saya peduli apa. Penat tau duduk dalam kereta tu.







Waktu nak gerak ke inside and outside campus pun, still nak bertelagah lagi. Adoyai, apa nak jadi la ngan kami ni. Lastly, saya jugak yang mengalah. Hehe..


Memang agak penat lah waktu kat kuantan ni. Dengan cuaca panas, panjat tangga Mahallah Talhah dan Maimunah, selit handbill kat kereta orang..tapi pengalaman kat sini sangat seronok. Satu perkara yang menarik ialah waktu saya berpanas pergi kat parking lot. Tengah selit kat kereta orang dan duk promote kat sisters kat situ, tiba-tiba ada kereta berhenti. Dua orang brothers tegur. Dia cakap dia nak handbill tu jugak. Walaupun saya agak kehairanan sebab biasanya mana ada orang nak benda-benda macam tu tapi berlainan pula ngan diorang berdua ni, Rugi pulak tak mintak tolong diorang distribute. Haha.





Akhirnya, dalam kul 7 petang, kami bergerak balik ke Gombak. Perut berkeroncong sangat. Saya kelaparan yang amat. Mujur dalam kereta tu ada banyak makanan yang diorang bawak. Tapi masih lagi terbayang nasi. Tiba-tiba je terlelap (entah bila) sampai lah ke Genting Sempah. Waktu orang lain bergegas nak gi makan, saya masih lagi mamai. Tiba-tiba je ditegur oleh seseorang supaya pergi makan sebab masa kat situ tak lama.






Lepas makan, kereta Nissan pula bermasalah. Kunci tertinggal dalam kereta. Macam-macam betul la diorang ni. Dan tak lama lepas tu, sampai jua saya di UIA Gombak.

sebelum ke Kuantan, sume muka serius je





bila dah nak balik Gombak, ceria bukan main


Keesokannya…


Baru je ingat boleh rehat, tetiba pula kena pergi meeting pagi-pagi lagi. lepas tu, terperangkap pulak ngan hujan sehingga petang. Dahsyat jugak hujan hari tu. Lepas tu, hari-hari berikutnya berjalanlah kerja-kerja menyiapkan mascot dan sculpture. Terima kasih untuk semua warga OC. Dengan slogan ‘Work As A Team’, kita semua betul-betul macam family. Saya sangat bahagia bersama warga OC! ;-)




saya ponteng 3 kelas untuk siapkan mascot ni ;-)


Terima kasih semua atas kesusahan kepayahan membantu menyiapkan mascot. Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi kamu semua. Semuanya berbaloi setelah selesai segalanya. Dan saya tetap akan mengenang memori persiapan convest ni. Ia sangat bernilai. ;-)



rasa cam nak peluk je mascot ni..comey sangat. haha



*to be continued.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...