إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Hamba-Mu, Ya Allah


Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


~ Hari ni 29 February. Bukan selalu ada pun. Jadi, boleh tak nak anggap hari ni hari yang special walaupun saya sendiri tak tahu apakah yang istimewanya dengan hari ni. Hehe. Oh, hari ni kan ada orang merisik. Senyum. Allah sedang mengingatkan saya tentang satu perkara. Dan saya betul-betul belajar dari segala apa yang berlaku dua tiga hari ini. Kerana kita hamba-Nya. Jadi, perlu terus sentiasa dekat dan percaya yang di atas sana. Dia dah berlalu pergi. Saya masih di sini. Senyum.


nota hati: Kalau sedih, jangan duduk sorang-sorang. Nanti syaitan mula menghasut-hasut dengan benda bukan-bukan.




~ saya semakin sihat ~

Saya Jatuh Cinta ^^


Sunyi.

Sepi.

Jam 4:15 pagi.

Senyum. Waktu ditunggu tiba. Oh saya sudah jatuh cinta. Entah yang ke berapa kali perasaan ini menjelma. Tenang dan damai. Kerana di situ letaknya hati saya. Kerana di situ letaknya jiwa raga saya. Kerana di situ dapat menghamburkan esak tangis. Kerana di situ adanya cinta. Dan kerana di situ adanya rahmat. Terima kasih, Allah ;''')

"Untuk saya, ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi. Baik hubungan dengan Allah, tenang dan kuatlah hati ini."

Wedding Plan :)


Saya kan pernah cakap sebelum ni bahawasanya saya tak nak fikir soal nikah kahwin buat masa terdekat ni. Saya taknak fikir langsung dalam semester ni. Tapi...... takpelah, mungkin Allah tak izin saya begitu. Saat dan ketika saya taknak fikir, ada yang menyapa bertanya tentang perancangan saya tahun ni. Ada yang bertanya itu ini. Saya masih lagi dengan tekad saya iaitu tak mahu fikir.

Tiba satu hari seorang teman 'membebel-bebel' dekat saya tentang urusan nikah ni. Yes, ini kali pertama ada orang seberani dia untuk bagi lecture kat saya. Sentap jugak lah dengan ayat-ayat dia. And a bit sad. The truth is, I feel sad for so many things. Dan dia buat saya terfikir, apa yang buat saya susah sangat nak bukak hati untuk orang dan benda-benda macam ni. Dia buat saya berfikir terlalu banyak. A big thanks to you! Kamu memang sahabat dan teman yang baik.

Saya baru je habis kelas Parenting. Saya dapat individual task. Hurm tahu kena buat apa? Kena buat WEDDING PLAN. Betul-betul rasa teruji. Saya yang nekad taknak fikir pasal kawen tetiba kena buat wedding plan. And the worse is dat, madam ask us to put a REAL wedding card with the NAME of spouse. =.=" Dan madam tak kira samada dah ada calon ke tak, yang pasti dia nak jugak nama pengantin dalam tu. Saya?? Susah hati.

Madam cakap lagi, letak je nama orang yang awak admire pun. Mana tahu nanti malaikat mengaminkan. Beruntunglah kamu nanti. Hadoi. I think I've a big problem with this task. Pertama, saya kena belajar fikir pasal kahwin untuk semester ni. Dan saya rasa saya patut siapkan wedding plan tu betul-betul as I can use it for my future. Later or sooner tu belakang kira. Kedua, saya nak letak nama sape as my husband? Ini part paling susah. I wish I know who is the one so that he can help me with this plan and I can put his name undoubtedly. But.... :( Ya Allah, bantulah daku. Buntu sangat. Sebab kalau boleh, saya taknak letak sebarang nama. I want it for my husband only. Special for him. ^___^

Saya perlukan pertolongan ramai pihak kot since banyak nak kena fikir soal wedding plan. Dan orang itu tentunya kamu dia awak mereka :)) Boleh kan? Tapi nak letak nama husband tu di kalangan kamu dia awak mereka jugak ke? Haha =p

Amanah wajib dijaga


Tadi kan, madam mintak class representative atau dalam bahasa melayunya wakil kelas. Kerjanya kena ambil kunci kelas dan tutup juga. Senang cerita, wakil kelas ni kena datang paling awal untuk ambil kunci dan bukak kelas. Saya pun rasa saya tak boleh buat. Sebab kelas jam 8pagi. Kalau kena datang awal, means dat 7:50 dah terpacak depan office CCAC. Dan bermaksud, 7:35 dah kena gerak dari Mahallah. Hoho. =,="

Tapi sayangnya, takde sorang pun sanggup jadi volunteer. Jauh dari sudut hati, saya berasa kasihan dengan Madam. tapi saya sendiri macam tak yakin dengan diri sendiri. Tak lama lepas tu, tiba-tiba ada satu tangan terangkat. Dan madam bertanya, sanggup jadi wakil kelas? You need a partner to work with you? Errr.. dan madam bertanya, "whats your name?" Dan jawapannya, "Nusrah". Senyum. Nusrah itu bukan Nusrah orang lain tapi saya. Saya tak percaya saya boleh angkat tangan. Kenapalah berani mati pikul amanah yang berat ni. Waktu tu juga rasa macam sebiji batu besar jatuh kat bahu saya.

Amanah sama macam batu tapi ia bukan sebuah beban. Ketika saya mengangkat tangan, saya telah berfikir 3-4 kali. Dan saat saya menerima amanah ini, saya telah berjanji pada diri yang saya akan tunaikannya since saya dah makin dewasa. Saya sudah tahun ke-3. Saya sudah bergelar senior. Saya sudah bakal berumur 24 tahun. Jadi, saya perlu ada perubahan dalam diri. Jadi, lepas ni saya kena jadi lebih berdisiplin. Lepas subuh tak boleh lending atas katil, kena terus bersiap. Anggap sahaja bangun awal pagi untuk siapkan breakfast buat suami dan anak-anak. Sebagai satu persediaan. Kan? Kata kelas parenting. Hehe ^^

p/s:: anak ayah mama ni dah makin matang,kan? :D

Jatuh Cinta

Di pengakhiran kelas tadi, Madam menegur dress code. Dia bagitahu begitu begini. Mula-mula dia tegur brothers, kemudian sisters pulak. Tiba-tiba saya rasa kagum yang amat. Ini adalah lecturer pertama yang berani tegur soal lengan itu aurat, pakai tudung tutup dada, pakai stoking dan kasut bertutup. Saya sangat impress bila dia cakap, "This is not university dress code. You know that, right?" Yes, saya faham maksud Madam tadi. Kita bukan ikut hukum universiti. Ramai yang tak faham dan tak sedar itu.


Dan Madam cakap, sebelum saya betulkan awak, saya perlu betulkan diri saya dahulu dan saya perlu tunjukkan contoh yang baik kepada awak kalau saya nak tegur itu ini. Dan dalam saya memerhati, saya berasa sangat bersetuju. She is saying the truth! Penampilan dia sempurna. Seorang muslimah yang menutup aurat dengan baik. Saya respect sangat dengan Madam ni. Tiba-tiba saya rasa sebak. Dan saya sedar, saya sudah jatuh cinta dengan cara penyampaian Madam ni. Jatuh cinta dengan segala yang dia tunjukkan. Ok, saya sudah jatuh cinta dengan kelas ini. Cuma wedding plan itu masih menjadi masalah besar buat saya. haiyaaaa *___*

Bahagia itu indah

Saya terima kad kawen pada hari Selasa lepas. Saya rasa bahagia. Bahagia sebab kawan saya bakal mendirikan masjid. Bakal menuju ke syurga-Nya bersama yang tersayang. Tahniah! Saya akan sedaya upaya untuk pergi ke majlis tersebut. Semoga Allah memberkati kalian. Jodoh itu rahsia Allah tapi sebagai manusia kita perlu berusaha. Bukan duduk dan tunggu sahaja. Saya? Mungkin masih dengan tekad yang sama. Cuma saya sedang belajar untuk bukak hati secara perlahan-lahan. Saya akan belajar. Doakan sahaja. Selagi Allah izin ^___^

Seorang teman yang pernah berkongsi bahagia dengan saya akan dibedah pada jam 2petang ini. Saat itu tentunya di tikar sejadah adalah yang terbaik. Saya ada rasa berdebar dan risau. Sebab dia bukan sakit biasa-biasa sahaja tapi brain tumor. Sebelum ni saya dah pernah bersama dengan pesakit ini juga. Hari ini kita tengok dia senyum tapi esok kita seolah-olah sudah kehilangannya. Dan itu adalah saat paling menyedihkan. Semoga Allah melindungi sahabat saya yang ini. Saya akan tetap terus berdoa.

Baik buruknya sahabat saya ini, dia tetap sahabat saya. Saya memaafkan semua salah silap dia dan berharap pembedahan nanti berjalan lancar. Semoga dia terus kuat melalui hidup walau apa pun terjadi. ;'') Semoga Allah redha.



nota hati: Kadang-kadang kita boleh belajar banyak perkara daripada kisah lalu dan juga kisah orang lain. Senyumlah kerana ada pelangi yang menanti.


nota hati 2: Putus tunang itu pahit. Tapi selagi ada Allah, kita takkan sunyi. :))


nota hati 3: Kamu perlu belajar hidup tanpa saya. Okay? takpe, Allah kan ada. :)




~ kerana Allah sayang saya ~

Puisi Dia Yang Aku Cinta



Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.

Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.

Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulanya perjalanan ini semua.

Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.

Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.


by, Hilal Asyraf :)




~ Lillahitaala - HTJ ~

Bercinta dengan Allah :)


Alhamdulillah.

Sujud. Syukur. Senyum.

Indahnya nikmat yang Allah beri. Indahnya rasa bahagia yang Allah bagi. Indahnya bercinta dengan-Nya. Indahnya tidak dapat digambarkan. Apatah lagi bila menerima pujukan dari-Nya melalui nota cinta indah itu. Terima kasih, Allah. ;''')

Saat ini, terasa tidak mahu jauh langsung dengan-Nya. Bila sujud, terasa tidak mahu mengangkat muka. Bila berdoa terasa tidak mahu berhenti. Bila mengalunkan ayat-ayat-Nya terasa tidak mahu berakhir. Kerana di situ letaknya rasa indah itu. Kerana di situ adanya pujukan dari Ilahi. Allah adalah pemujuk yang terbaik. dan seperti yang saya katakan sebelum ni, Allah memang jaga saya dengan baik sekali.


Macam biasa, kalam-Nya tidak pernah gagal memujuk saya. Dan seperti selalu juga, surah al-Muzammil masih menemani dan memujuk hati saya tiap kali berduka. Buka, baca dan tadabbur ayat 1-20. Indah. Itulah apa yang saya rasa. Allah sedang bercakap dan berpesan kepada kita. Susah senang, kita ada Dia. Bangun beribadat pada waktu malam adalah masa yang terbaik untuk bersama-Nya. Dan setiap apa yang kita lakukan ke arah-Nya, insyaAllah ada pertolongan-Nya. :)

Jangan risau. Apa sahaja keputusan kita dalam hidup ini yang membawa diri kita dekat dengan-Nya, ia adalah lebih bermakna dan indah sekalipun kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Percayalah! Kesedihan itu cuma sekejap. Bahagia itu pasti berpanjangan.

Ingat satu perkara, kalau Allah ambil apa yang kita suka, itu adalah kerana Allah nak ganti dengan perkara yang lebih indah. Semakin banyak yang Allah ambil, semakin besar gantinya. Namun, bersediakah kita untuk itu? Sebab itu perlunya meletakkan pergantungan kepada Allah semata. Bukan kepada manusia. Supaya kita tetap redha dengan segala ketentuan-Nya. :)

Senyum.

Saya terasa sangat bahagia bersama-Nya.

Kerana Dia Kekasih hati saya.

Mahu terus bercinta bersama-Nya.

^______^






~ Allah cinta hatiku ~

Carilah Untukmu Seorang Imam


"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “


” Maybe kot. Try search kat google..”


” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”


” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.



Sekian.


sumber: myilham.com







~ can you be my Imam? ~

Pasangan untuk saya

yet, some guys are just good actors! ;p

Perempuan selalu mengharapkan lelaki yang romantik, yang baik, yang smart, yang handsome, yang jaga penampilan, yang tough, etc.

Lelaki selalu mengimpikan perempuan yang lemah lembut, yang cantik, yang jaga badan, yang kurus, yang kulit flawless, yang pandai masak etc.


Tapi bila aku fikir balik, aku hanya mahu lelaki yang boleh jadi kawan baik aku.

Aku mahu seseorang yang aku rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Seseorang yang terima aku walau aku tidak cantik, walau kulit aku tidak flawless, walau badan aku tak macam model, walau masakan aku tak berapa sedap, walau aku bukan seorang yang lemah lembut.

Seseorang yang aku rasa selesa untuk bersamanya walau aku pakai serabai, walau aku tak pakai secalit mekap, walau rambut aku kusut masai bila bangun tidur.

Seseorang yang aku boleh cerita rahsia aku, yang boleh berkongsi pelbagai cerita, yang boleh bergurau dan berjenaka, yang berkongsi baju dan segala, yang boleh ketawa riuh rendah, yang boleh main sama-sama, dan just sit in silence without feeling awkward.

Seseorang yang boleh tegur aku bila aku buat silap, yang bergaduh kecil kemudian berbaik semula, yang mengusik-usik tanpa ada yang terasa.

Dan aku juga mahu dia paling selesa bila bersamaku. Yang tidak perlu impress aku untuk buat aku setia. Yang boleh berbaju apa saja ikut suka dia. Yang boleh berperangai dia yang biasa. Yang boleh ketawa dan bergurau sebagaimana dia.


Dan kita hanya boleh lakukan begitu dengan kawan baik.

Kawan baik itu orang yang tahu semua kelemahan kita, tapi masih menerima kita seadanya, dan masih menyayangi diri kita.

Aku mahu pasangan yang begitu.

Kerana kawan baik itu biasanya last forever. =)

*****************************

Entri di atas adalah BUKAN penulisan dari saya tapi dari satu blog yang saya jumpa. Saja copy paste sebab entri yang ni menarik. Apa yang dia tulis adalah apa yang pernah difikirkan oleh saya. Hehe. Thanks Safiyyah. :)) But I dont want to fall in love with my best friend! ^^


nota hati: Terima saya apa adanya.One day someone will come and say, "I love you for the way you are." :)




~"If the relationship doesn't make you a better person, then you are with the wrong one."~

Permaisuri Hatimu ;)


PERMAISURI HATIKU

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharap cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh... Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

by, Hijjaz :))



nota hati: Saya begitu suka lagu ni. Kerap melagukan lagu ini sepanjang menjadi komiti taaruf hari tu. Dan dalam menyanyi-nyanyi tu, saya sempat berangan dan berimpian suatu masa nanti suami saya nyanyi lagu ni untuk saya. Boleh kan? ;)) Kerana saya permaisuri hatimu <3

Semester Baru, Cincin di Jari





NEW SEMESTER BEGIN !!

Warning ! Please focus and do come to class. Study earlier and do not plagiarize the assignment. Or maybe you should stop involving any co-cu activities. ;D

Semester II 2011/2012

Saya officially dah bergelar pelajar tahun ke-3. Rasa macam cepatnya masa berlalu. Teringat kali pertama melangkah masuk Kulliyyah. Teringat kali pertama belajar subjek major. Perasaan kali pertama itu sangat indah. Sekarang dah tiada lagi kali pertama yang begitu. Belajar untuk menjadi dewasa dengan pemikiran yang matang.

Tengok confirmation slip. Senyum je tengok subjek-eubjek yang saya register. Tanpa ragu, takde langsung subjek yang saya drop or tukar section. Kalau sem-sem sebelum ni, mesti akan ada yang saya tukar. Mungkin sebab dah tak banyak pilihan kot. Al-maklumlah, dah makin menjadi seorang senior. Hehe.

Paling best, saya sesat cari kelas. Sesat kat Celpad. Tak padan ngan jadi komiti taaruf Special Task 2x, banyak deal ngan Celpad, tapi masih sesat lagi. Hadoi la~ Sesat cari Ibn Al-Jauzi Lab. Kalau kalian tau tempat tu, memang no wonder la kan saya boleh sesat. Pelik sangat locatio nya. Heee.

Sem ni saya bakal busy yang lebih kot dari sem sebelum ni. Kalau sebelum ni dah busy, sem yang ni mungkin double triple busy. Tambah lagi, bertambah dah surah nak kena hafal. Kalau surah dalam juzuk amma lain cerita la tapi ini surah-surah panjang. Nampak gaya, saya perlu manage masa betul-betul. Huu~ Pastu banyak pulak subjek application. Lebih rasa berat bila banyak berunsurkan matematik =,=" I'm not so good in math as my mum and dad. Sedihnya rasa. ;')


Ada cincin di jari manis tangan kanan. Yea, di jari saya. Cincin ni sebenarnya dah lama. Dah bertahun. More than 2years to be exact. Cumanya saya dah lama tak pakai. Sejak dua menjak ni, adalah yang menegur. Yang tidak rapat akan cakap, "Eh, kenapa Nusrah pakai cincin? haaaa!" "Nusrah dah bertunang ei?" Manakala, yang rapat pula akan cakap, "semoga takde yang kacau-kacau dah" Sebenarnya memang berbeza reaksi dan respon dari yang rapat dengan yang tak rapat. Jelas sekali, yang rapat itu lebih faham dan tahu hati kita. ;))

Tadi, waktu orang tanya pasal bertunang, saya cakap kat kawan sebelah, "tunang la sangat..dah la orang ni tak laku..nanti orang tengok ada cincin, lagi bertambah-tambah tak laku.hehe" Kawan saya itu tergelak sahaja. And I really mean it actually. ;D

Nanti jangan la ditanya tentang cincin di jari. Untuk semester ni, jangan di tanya soal kahwin. Tolong. Please, buat semua, jangan tanya saya soal urusan kahwin ni untuk semester ini. Kerana saya masih belum mahu memikirkannya. Kerana saya masih belum bersedia ke arahnya. Kerana saya masih belum berpuas hati dengan tahap kesolehahan diri. Kerana saya masih kurang dengan ilmu agama. Kerana saya masih masih masih masih masih tidak bersedia bertemu dia. Saya cakap ini betul-betul.

Februari telah tiba di pertengahan. Allahu taala, sempat ke saya nak beristikharah dan beri jawapan seperti yang dijanjikan? Ya Rabb, cepatnya masa berlalu. Sepantas masa yang berlalu, semakin hampir kematian dengan kita. Amal dan iman bagaimana? Syurga atau neraka? ;''')


Cincin di jari terhias manis,
Tanda diri telah dipunyai,
Bukan dimiliki oleh si dia yang bermulut manis,
Tetapi tanda diri ini kepunyaan Ilahi.



~When life seems tough, refer to Him and you'll find your journey worthwhile.~

Pilihan Hidup


"Lepas ni sambung M.A pulak kan?"

Geleng.

"nak kerja?"

Geleng sambil senyum.

"Dah tu nak buat ape?"

"Nak duk rumah selamanyaaaaaaaa"

Kelihatan ayah dan mama gelak sahaja. Pertanyaan ayah membuatkan saya berfikir berjuta-juta kali apa saya nak buat lepas habis degree. Ayah nak saya sambung ei? :) Adik pula cakap, "tak payah la. Kawen dulu. Sambung master bila dah bersuami." Saya senyum sahaja. Masih merangka plan masa hadapan sementara hati masih belum dimiliki. Senang nak ubah apa-apa jua perancangan. Moga Allah tunjukkan jalan yang sebetulnya.

Ingat tak sebelum cuti hari tu, saya ada cakap saya ada permintaan besar ngan mama saya? Kononnya balik dengan hajat yang besar. Sudahnya, sampai habis cuti, saya tak cakap dengan mama saya tentang permintaan saya itu. Setelah difikir-fikir, setelah ayah mengajukan soalan sedemikian, saya rasa belum masanya saya 'minta' dengan mama benda macam tu. Entahlah. Mungkin sebab saya yang belum bersedia.

Saya sebenarnya dah ubah banyak plan masa depan. Banyak. Sangat banyak. Dan saya rasa macam nak ikut option yang pertama. Belum nekad tapi for the time being, itu yang paling saya nampak. Kalau saya dah nekad nanti, saya akan betul-betul berjuang untuk itu. Jangan dihalang kerana saya takkan berpaling. Once dah pilih, saya takkan beralih.

Saya...ada banyak lagi nak tulis. Tapi rasa nak stop dulu setakat ni. Mungkin sebab terlalu banyak perkara dalam kepala. Semoga saya masih mampu berjuang untuk semester ini. Mahu mengutip semangat dengan kalian, boleh? =))

Bintang Hatiku




Yang kini engkau cinta
sebagai bintang hati
teruslah berpijar
hingga saat kau lelah
kau hanya bisa temani
untukku saja

hingga esokku berarti
bepata cintaku untuk kau hias
sebagai bintang hatimu
hingga hari sekian cintamu utuh
bersamaku

Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah...

Bila usai cintamu ku hanya bisa
nyanyikan lagu ini untukmu...woo.ooo.ooo...


Engkau dinda yang kupuja
teruslah bermimpi indah
hingga hariku menjemput impian
Engkau dinda yang kusayang
teruslah berharap
bawa aku bintang hati yang terindah...

by, September Band :)

Dari Sujud ke Sujud



Rekahan bumi semakin jelas,
Angkara tangan manusia durjana,
Semakin hari semakin ganas,
Merobek segala jiwa terseksa,

Rebahkanlah wajahmu di tikar sejadah,
Hadapkanlah hatimu ke qiblat Baitullah,
Tuntunlah jiwamu menuju cintaNya,
Moga kebahagiaan bakal menjelma,

Dari sujud ke sujud,
Ku temui cintaNya…
Dari sujud ke sujud,
Ku dekati kasihNya…
Dari sujud ke sujud,
Ku hambakan diri padaNya…
Dan dari sujud ke sujud,
Ku akan terus mencari kasih sayangNya…

Ya Tuhan,
Ku gagahi tapak langkahku ini,
Ku lalui dengan penuh kekuatan,
Andai rebah di pusara dunia,
Ku mohon agar hidupku bermakna,
Kerna ku tahu KAU YANG MAHA KUASA…

Tanganku berdoa mengharap kasihMu,
Hatiku berbicara zikir padaMu,
Jiwaku berkata inilah cintaMu,
Dari sujud ke sujud ku tak jemu mencariMu…

NicenizaR a.k.a Sang Penyair


~perindu syurga Ilahi~

Nota Hati Nur 3


Senyum walaupun pahit.
Jangan merasa susah walaupun sedih.
Tetaplah tabah walaupun payah.
Kerana Allah sentiasa menjaga kamu.


Terdiam.

Terpaku.

Tergamam.

Allah masih menguji. Perkara sama. Benda sama. Hal yang masih sama. Mungkin sebab saya belum lagi melepasinya. Kata kakak usrah saya, Allah akan uji benda yang sama selagi kita tak melepasinya. Jadi sekarang ni, saya sedang berusaha sedaya upaya nak jadi kuat untuk lalui ujian ni. Saya nak melepasi tahap ujian yang satu ni. Memang susah dan payah. Jadi, doakan saya. Saya betul-betul nak tempuh dan lepas dugaan ni. Buat kamu, jangan dekat dengan saya lagi. kalau tak, saya takkan mampu melakukannya.

Saya sedih? Mungkin sikit. Saya pernah rasa lebih teruk dari sekarang. Menangis? Rasa macam takde air mata nak keluar. Saya sedih bila perlu lepaskan perkara yang saya suka. Saya sedih bila perlu gembirakan hati sendiri sedangkan saya tak rela. Saya sedih bila saya perlu sedar yang saya perlu mengalah. Yea, saya mengalah. Mengalah bukan bererti saya kalah. Bukan juga bererti saya lemah. Tapi mengalah kerana saya cuba permudahkan jalan mereka kearah kebahagiaan dunia akhirat. Saya mengalah kerana saya cuba bantu mereka. Takpe, satu benda saya hilang, Allah akan ganti dengan perkara yang berganda-ganda lagi indahnya. Buat kamu, jaga diri. Saya tak mampu nak tolong jagakan selalu.

Allah sayang saya. Allah sayang saya. Ingat tu selalu. Allah jaga saya. Allah jaga saya. Jangan jauhkan saya dari Dia. Saya hanya mampu tolong setakat ini. Selebihnya kalian mintalah pada Allah dan berusahalah. Ada usaha maka akan ada hasilnya nanti. Jangan risau. Dan jangan risaukan saya. Saya ada yang di atas sana. Yang sentiasa jaga saya dan melindungi saya setiap detik. Mungkin perlu biasakan dari sekarang. Jauh-menjauh supaya takde yang rasa terkilan suatu masa nanti. Saya cakap betul-betul. Saya tak tipu. Kalau boleh, bermula sekarang, jangan cari saya lagi.


Kamu dia awak mereka

Kamu,
Saya okay. Jangan risau akan saya.
Sekalipun saya menangis, itu takkan lama.
Sekalipun saya sedih, itu takkan berlarutan.
Sekalipun saya kecewa, itu takkan beri kesan.
Saya memang begini begitu.
Saya selesa begini.
Ingat, jangan cari saya lagi.

Dia,
Saya rupanya tidaklah sekuat mana.
Saya rupanya masih belum cukup tabah.
Saya rupanya masih tak sempat belajar dari dia.
Saya dah tahun ketiga di sini.
Tapi saya masih lagi seperti dulu.
Belum cukup sedia untuk mencari dia.
Maaf, ingatan saya pada dia seakan terhakis.
Ingat, usaha itu perlu.

Awak,
Saya masih mampu hadiahkan senyuman.
Saya masih yakin dengan kuasa yang di atas.
Saya masih di sini. Masih mencari secebis sinar.
Saya makin pandai pujuk diri.
Saya makin pandai melawan rasa hati.
Saya juga masih tahu cermin diri sendiri.
Ingat, saya ada awak dan Allah bersama saya.

Mereka,
Yang berkata itu ini.
Yang selalu bersangka dengan saya.
Yang selalu bertanya itu ini mengenai saya.
Saya cuma manusia biasa.
Tidak istimewa dan tidak juga indah dipandang mata.
Jangan risau, saya bukan sesiapa.
Saya tidak punya apa yang mereka kehendaki.
Ingat, saya dah lepaskan semua. Saya cuma ada Allah.


Kamu dia awak mereka,
Saya tidak sedih. Cuma kadang-kadang kalian buat saya rasa terkilan. Terkilan dengan keadaan dan diri sendiri. Saya sendiri tidak pernah berharap dapat jadi macam tu macam ni. Tak pernah. Saya cuma berharap dapat berbaik dengan semua orang tanpa rasa iri hati, tanpa rasa sedih, tanpa rasa gusar, tanpa rasa prasangka.

Kamu dia awak mereka,
Hati-hati dengan hati saya. Ia sangat rapuh. Jangan usik kalau rasa nak campak suatu masa nanti. Nanti saya sendiri tak tahu macam mana nak ubat hati semula. Kalau kalian seorang doctor sekalipun, kalian takkan mampu bagi ubat yang tepat. Kalau kalian seorang engineer sekalipun, kalian takkan mampu cipta alat nak bentukkan semula hati yang dah dicampak. Kalau kalian seorang akauntant sekalipun, kalian takkan mampu mengira dan menyeimbangkan hati yang dah dihancur-hancurkan. Kalian takkan mampu. Jadi, nasihat saya, jauhkan diri dari saya kalau taknak jadi macam tu.

Kamu dia awak mereka,
Saya manusia biasa. Bukan malaikat. Tak pernah berharap lebih. Tak pernah berharap pada gunung yang tinggi. Tak pernah berharap pada bintang di langit. Kerana saya manusia biasa dan tetap kekal biasa. Saya banyak buat silap. Saya tidak sempurna. Ini tulisan terakhir untuk kamu, dia, awak dan mereka tentang soal ni. Saya dah lepaskan semua. Jadi, besar pengharapan saya, tolong jangan buat saya rasa sedih. Jangan menganggu-gugat ketenangan saya. Jangan cari saya kalau tak sedia. Jangan dan jangan. Sebab saya takkan kuat.

******************


Semester baru dah bermula. Banyak perkara baru yang Allah uji. Kuatkah hati? Saya juga sudah tahun ketiga. Berbaki 3 semester panjang dan 1 semester pendek. Di anggarkan saya semakin busy dengan bilangan subjek yang banyak dan subjek minor yang perlu dikhatamkan. Semoga saya mampu melakukannya. Tutup buku lama, buka buku baru. Saya mahu menikmati alam semester baru tahun 3 di bumi UIAM. ;))

Moga Allah masih jaga kita semua.



nota hati: Saya ada simpan cerita indah dari rumah ^^

nota hati 2: Taaruf week dah tamat. Lega. Penantian untuk berakhir yang lama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...