إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..tips untuk KURUS..

Rasanya zaman sekarang ni sangat pelik. Yang kurus nak jadi gemuk manakala yang gemuk pula nak jadi kurus. Macam-macam betul. Saya rasa soal gemuk atau kurus tidak penting tetapi berat badan yang ideal patut dititik beratkan. Tidak kiralah kita ini lelaki ataupun perempuan. Mendapat berat badan ideal bermakna kita sudah mendapat berat badan yang seimbang selari dengan ketinggian kita. Dengan ketinggian yang saya ada, saya juga pernah merasa menjadi agak berisi, menjadi kurus.


Bila berisi, orang asyik cakap kita ni besar tapi bila kita kurus, orang kata kita ni cekeding pula. Itulah manusia. Takkan berhenti berkata-kata walaupun perkara itu normal. Bagi saya, dari sudut psikologi, benda ni boleh bagi kesan pada tuan empunya diri. Kesan dari sudut emosi yang mungkin membuatkan mereka hilang keyakinan diri. (saya pun pernah rasa). Dulu ada beberapa orang tanya saya, macam mana saya jadi kurus. Saya pun tak ada jawapan tapi saya rasa ada beberapa tips yang mungkin berguna untuk kita. =)


1.Makan dalam kuantiti yang sedikit. Anda boleh makan nasi tapi biar berpada-pada. Makan sikit tetapi kerap. Ia akan mengurangkan perasaan lapar.

2.Jangan makan disulami air. Maksudnya, tunggu makanan habis dulu baru minum air. Ia mengelakkan rasa cepat kenyang dan juga perut buncit. Walaupun makanan itu mungkin pedas, cuba tahan juga.

3.Amalkan minum air masak bila lapar. Percaya atau tidak, air dapat membuatkan kita rasa kenyang.

4.Elakkan minum ais. Seboleh-bolehnya, elakkan lah. mungkin cuaca panas membuatkan kita haus tapi kita masih perlu kawal diri dan minumlah air masak. Jika ke kelas, bawa air bersama.

5.Pastikan tidur anda cukup. Kajian mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih cepat gemuk. Ini kerana, mereka akan kerap merasa lapar ketika waktu mereka berjaga.

6.Jangan tidur selepas subuh. Bukan sahaja rezeki tak masuk, malah badan pun bertambah berisi. Kebiasaannya, orang yang terlebih tidur, lebih-lebih lagi yang suka sambung tidur selepas subuh, dagu nya akan berlapis.

7.Amalkan mandi di awal pagi. Cikgu saya pernah berkata, jika kita selalu mandi awal pagi (sebelum pukul 7), insyaAllah berat badan takkan bertambah. Dan ketika mandi waktu ni, siram badan dahulu. Jangan siram kepala. Sewaktu air disiram ke badan, segala wap-wap akan keluar melalui kepala. Setelah selesai membasahi badan, baru lah siram kepala.

8.Ringankan tulang untuk membuat kerja-kerja rumah dan rajinkan diri berjalan kesana ke mari. Ini jelas dapat membantu membakar kalori.

9.Puasa. Bukan setakat puasa ramadhan tetapi juga puasa sunat Isnin Khamis, Rejab, Syaaban dan sebagainya.


Itu sahaja beberapa tips yang dapat dikongsikan. Saya juga ada mengamalkannya. Bukan sebab nak kurus tapi nak maintain badan ni walaupun saya masih perlu tambah berat badan untuk mencapai berat badan yang seimbang.

Perlu diingatkan disini, biar usaha kita itu selari dengan niat. Saya biasa tengok dalam majalah, tv dan sebagainya, bila mereka sudah kurus, mereka buka tudung, berpakaian seksi. Ini jelas sekali niat untuk kurus itu salah. Jika anda nak kurus hanya kerana nak berpakaian cantik-cantik, nak tayang kecantikan pada yang bukan muhrim, saya rasa lebih baik kita kekal saja gemuk begini. Seperti yang ustaz-ustazah saya selalu pesan, biar niat menghalalkan cara. Sebab Allah tahu niat kita lah, Dia berhak untuk menjadikan atau tidak, memakbulkan atau tidak doa kita. Jadi, tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum.



Nusrah Walfath: kurus atau gemuk sama sahaja. Apa yang penting adalah kesihatan dalaman. (Nanti saya tambah lagi tips nya k)

..ALONG SAYA..

Setelah agak lama saya tak update blog ni, ada pula yang bertanya kenapa dah lama saya tak mengomel kat sini. Hehe.. sebenarnya bukan saya tak ada masa tapi mungkin sebab mood nak tulis ni belum cukup lagi. Hihi.. waktu saya tulis ni, saya sedang bercuti di kampung. Seronok juga rasanya sebab dapat hilangkan tekanan yang tak habis-habis sepanjang saya belajar.

Hari ni jari saya sangat ringan nak tulis berkenaan along saya kat dalam blog ni. Lagipun sebelum ni saya tak pernah sebut lagi pasal along saya. Berminatkah anda nak baca? Haha.. saya tahu ada yang tersenyum-senyum tue. Ok lah saya nak mula bercerita ni.

Anda pernah jumpa along saya? Along saya ni kecik je orangnya. Bukan lah berbadan besar, bukan juga berbadan dua. Haha.. secara intelektual, along saya ni bijak orangnya. Zaman sekolah dah tinggal kat asrama. Pendek kata, jenis yang berdikari la. Dia tak menyusahkan orang langsung, lebih-lebih lagi saya.

Kalau nak tahu, sebelum ni saya sangat tak suka orang anak sulung. Kenapa? Jangan tanya kenapa sebab saya takkan cakap dan hal ni saya pernah bincangkan masa sekolah dulu ngan teman baik saya Muslimah. Saya rasa dia tahu kenapa. Tapi inilah dunia kan. Yang kita tak suka tu lah selalu terkena kat kita. Saya rasa di sekeliling saya iaitu sahabat-sahabat baik saya, 80% daripada mereka adalah anak sulung. Saya pun tak tahu lah kenapa saya ditakdirkan berkawan ngan orang anak sulung ni. Huisy.. saya pula anak ke berapa? Teka lah sendiri.. opssss.. lari topic pulak..

Along saya.. dia ni kan garang jugak. Boleh tahan juga kalau marah. Tapi saya tak takut pun. Haha.. saya tak tahu apa makanan kegemaran dia tapi saya tahu yang dia suka warna biru. Dia juga jenis simple je orangnya tapi agak cerewet juga, macam saya. Hehe.. Along saya ni jenis yang ambil berat juga. Banyak tolong saya masa saya sekolah dulu dan saya takkan lupakan jasa along saya tu.

Dia sekarang jauh dengan saya walaupun bukan lah dipisahkan oleh Laut cina Selatan tapi suatu hari mungkin. Ohh..adakah itu akan berlaku? Sebenarnya saya tak nak tulis panjang-panjang pasal along saya.

Saya pun tak tahu kenapa saya nak tulis pasal dia. Mungkin sebab tak lama lagi dia dah nak kahwin. Tinggal sebulan lebih je lagi. Nanti saya akan merindui dia. Maaf, saya terlupa nak cakap, bulan lepas dia dah bertunang. Semoga berbahagia yea. Saya tumpang bahagia dengan kebahagiaan dia. Tengok badannya yang semakin berisi sudah cukup menunjukkan bahawa dia bahagia dengan hidupnya sekarang.

Itu sahaja berkenaan along saya. Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput lah datang ke majlis perkahwinan dia yea. Saya tunggu kedatangan kalian. Jangan risau, lauk banyak. Hehe..

Buat cik YDP, saya dah tunaikan janji saya untuk post bekenaan ‘ALONG SAYA’. Harap anda suka setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang dia k. Saya sayang ALONG SAYA sangat-sangat. Dan paling utama, persepsi saya terhadap orang anak sulung ni dah lama berubah, jangan risau. Sekadar berkongsi pengalaman. Salam sayang. Assalamualaikum.



Nusrah Walfath: tak kira anda anak ke berapa dalam keluarga anda, anda tetap sahabat saya dan saya menyayangi anda semua tanpa berbelah bahagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...