"kak Nusrah, kalau da tengok sebelah sayap, tengok rokok dan kopiah pulak. pastu leh study. hehe" my brother text me while I plan to sleep. haha
then I replied, "kenapa kena tengok rokok dan kopiah dulu baru boleh study?"
He replied, "Haha.takde kaitan pun. Just it might interests you and maybe boleh buat lagi semangat study.maybe la.haha"
Sambil garu kepala, saya refused untuk tengok. Maklumlah. Saya ni kalau nak exam, memang akan avoid untuk online. Tapi~~~
At the end, saya tengok jugak. Haha. Sebab susah saya nak fokus pada buku. Nice video. Saya sempat tengok video lain jugak ha.. Kan dah cakap, bahaya betul kalau sekali online. Huhu
"Wahai engkau yang dibelenggu rantai takut dan gelisah
Pelajarilah maksud kata nabawi, La Tahzan
Jangan takut tak berketentuan
Sekiranya ada Tuhan yang Maha Kuasa disisimu
Lemparkan jauh-jauh segala takut dan bimbang
Lemparkan cita untung rugi
Kuatkan imanmu sekuat tenaga
dan pupukkannya berkali-kali dalam jiwamu"
Hari ini saya belajar banyak perkara. Perkara yang sungguh menyentuh tangkai hati. Satu ketika, saya duduk muhasabah diri. Allahurabbi.. betapa sayangnya Allah dekat saya. Betapa banyaknya rahmat dan kasih sayang yang Allah beri. Alhamdulillah ;''')
Hari tu, hati saya remuk redam. Kecewa yang banyak. Puas saya pujuk hati. Puas saya cuba kawal dengan iman. Namun, hampa. Saya cuba beri masa pada diri. Walaupun saya sedar bahawa saya sangat tewas dengan keadaan. Pada saat tu, selalu sahaja pekataan "kenapa" menjengah fikiran saya.
Saya tahu hati saya luka. Tapi saya cuba juga untuk tabah.
Semester lepas, saya siapkan Wishlists before Grad. Salah satunya, saya berazam nak gembirakan semua orang pada akhir semester saya. Saya berazam nak beri barang yang saya sayang pada sahabat-sahabat saya. Saya berazam untuk belajar jadi ikhlas. Maka, setiap kali birthday sahabat saya, saya akan cuba sedaya upaya untuk gembirakan mereka. Samaada beli hadiah, atau bagi kad, atau belanja makan. Saya cuba buat sebaiknya. Sebab saya mahu mereka gembira sebelum saya keluar dari UIA.
Namun, Allah uji. Saat itu, Allah tarik benda yang paling saya sayang. Allah ambil sampai hilang dari pandangan. Saya menangis. Sehinggakan saya rasa tak tahu macam mana nak teruskan hidup. Saya patah semangat. Saya menangis berhari-hari. Waktu itu saya tak tahu berapa ramai yang cuba pujuk hati saya.
Lama juga saya mencari hikmah di sebalik ujian. Lama juga saya paksa diri untuk tersenyum. Sehinggalah suatu hari, saya pulang dari kelas. Ada orang, bagi saya dua choki-choki di mana saya begitu gemar. Sedang dalam perjalanan pulang, saya terserempak dengan kawan. Oleh kerana saya sedang pegang kedua-dua choki-choki tersebut maka, saya offer dekat dia. Dia nak. Saya pun bagi saja satu untuk dia dan satu untuk kawan dia. Sepanjang perjalanan pulang, saya tersenyum sendirian. Saya belajar sesuatu.
Beri barang yang kita sayang dekat orang bermula dari sekecil-kecil benda hinggalah sebesar-besar perkara. Choki-choki itu saya suka. Tapi saya belajar erti memberi pada saat itu. Sebab apa? Sebab walaupun ia cuma benda biasa, tapi wajah bahagia jelas terpancar pada muka sahabat saya itu. Dan kegembiraan mereka buat saya rasa bahagia.
Di situ juga saya belajar erti ikhlas. Saya juga belajar untuk mengutamakan sahabat berbanding diri sendiri. Kalau tak boleh nak buat dari sudut yang besar-besar, maka kita perlu belajar untuk lebihkan sahabat dalam perkara kecil dahulu. Dan dari situ juga saya sedar bahawa Allah mahu saya belajar. Belajar perlahan-lahan. Slow-slow belajar, lama-lama nanti kita akan nampak hikmahnya. Mungkin sekarang terlindung, namun percayalah, suatu masa nanti kita akan tesenyum bahagia.
Tadi, dalam kelas, madam ada cakap, apa yang Allah beri pada kita samaada baik atau buruk, itu sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita. Allah takkan pernah beri benda buruk kepada kita. Saya tersentuh. Di situlah saya belajar lagi sekali. Belajar erti kasih sayang, erti hikmah. Belajar untuk menerima sesuatu dengan baik. Masa tu saya rasa terpukul. Betapa sayangnya Allah dekat kita tapi kita begitu susah untuk menerima setiap ujian dari-Nya. Sedangkan, bila Dia menjauhkan kita dari sesuatu perkara, maka, tentunya perkara itu buruk dan tak elok untuk diri kita. Kerana Allah sentiasa beri yang terbaik buat hamba-Nya.
Masa sesi usrah tadi, ada satu kata-kata murabbi saya yang saya sungguh tersentuh. Kata-kata yang dipetik oleh Ibn Athaillah (kalau tak silap). Katanya, kalau kita dalam dilema nak memilih yang mana, pilihlah perkara yang paling berat oleh hati kita sebab hal yang memberatkan hati kita itu adalah yang terbaik sebenarnya. Contoh, kita tengah nak pilih nak solat dulu ke nak makan. Tentunya kita pilih untuk makan berbanding solat. Sedangkan kita patutnya pilih solat dulu. Kat situlah terbukti benda yang berat tu sebenarnya yang elok, sebab masa tu syaitan akan hasut kita banyak-banyak supaya buat benda tak elok. Dan saya betul-betul rasa kena dengan batang hidung sendiri.
Hari ini terlalu bermakna buat saya. Kisah-kisah yang sangat menjentik hati. Semoga hati ini masih ringan untuk menerima nasihat dan tetap di jalan_Nya. Aameeen. :)
Dan saya masih perlahan-lahan belajar untuk menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan. Terkadang saya rasa terlalu pelik dan kaku. Namun saya masih cuba untuk biasakan diri. Biasakan diri untuk tidak ingat, untuk tidak terlalu fikir perkara-perkara yang bukan milik saya. Saya masih belajar ini.
Kata mushrif saya, "orang beriman selalu punya cara tersendiri untuk menjaga hatinya, meski terkadang berlawanan dalam apa yang diterima dalam kehidupan". Nasihat dia dua tahun yang lalu. Sampai sekarang saya pegang. Hari tu, dia cakap, "sedih? 2:25" Saya buka nota cinta hijau hadiah darinya, dan hati saya tersentuh dan terpujuk. Terimakasih, untuk nasihat sederhana tetapi luar biasa.
Semoga dalam setiap langkahan kita, sentiasa diiringi dengan rasa percaya dengan hikmah ujian.
Allah itu Maha Melindungi, Maha Memberi, Maha Mendengar, Maha Nyata, Maha Luas. Letakkan tangan pada dada. Pejam mata. Tidakkah Allah itu selalu memberi kebaikan kepada kita? Tidakkah Allah itu selalu melindungi kita? Tidakkah Allah itu selalu bersama kita? Rasakan denyut nadi kita. Rasakan helaan nafas kita. Jika bukan kerana kasih sayang Allah, maka kerana apa lagi?
Untuk sahabat pembaca blog yang saya kasihi,
Saya juga kadang-kadang lemah.
Kadang-kadang goyah.
Kadang-kadang lemas.
Namun, ketika diri mampu bangkit, ketika diri sudah memperoleh kekuatan, saya rasa sangat perlu untuk sebarkan kebaikan. Untuk sebarkan kekuatan. Kerana boleh jadi, bila hati kita sedang kuat, ada jiwa-jiwa yang sedang parah. Maka, sebarkan lah kekuatan tika jiwamu sedang teguh.
Mari kita sama-sama doakan antara satu sama lain. Mudah-mudahan kita semua sentiasa optimis dan tabah dengan apa yang menimpa.
Sabar.
Tabah.
Redha.
Tidakkah kamu sedar bahawa Allah begitu sayangkanmu?
Perempuan itu tidak peduli, untuk berlari membawa hati, di atas mawar wangi, yang masih berduri
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
dan seterusnya...
Terus mendaki...
sedikit sahaja lagi akan sampai di puncak usaha..
Mulanya susah..
mulanya payah...
jatuh dari langit, patah sayapnya..
ambil masa, rawat.
sudah pulih, bangkit lah..
perlahan-lahan mendaki..
nanti sampai di puncaknya, sayap yang patah itu akan mampu terbang semula..
cantik sungguh hikmah yang Allah susun..
cuma terkadang iman sungguh goyah untuk meyakininya..
Wahai jiwa-jiwa yang luka,
tersnyumlah..
kerana di sebalik derap langkahmu, Allah ada bersama..
Anda kamu tenggelam di laut dalam,
Allah masih bersama dan tidak akan pernah tinggalkan dirimu.
Percayalah.
Wahai hati-hati yang duka,
tersenyumlah..
kerana di sebalik tabir hidupmu, terselit beribu hikmah dari-Nya..
Tahun baru. Umur sudah meningkat. Bertambahnya usia seiring dengan kalendar Islam :)
Tiada apa yang menarik. Cuma ada sedikit perkongsian dari saya. Satu cerita ketika saya mencari-cari makna sebenar tudung. Erti sebenar menutup aurat. Kadang-kadang kita tak tahu pun kenapa kita pakai tudung. Maybe sebab emak suruh sejak kecil lagi. Maybe sebab tengok kawan-kawan pakai. Semua tu mungkin ada dalam benak kita.
Dulu, masa saya sekolah rendah, kakak saya bersekolah menengah. Kakak saya ni sekolah Maahad. Masa tu dia suka bercerita macam-macam dekat saya. Sehinggalah saya naik sekolah menengah. Dan saya bukan bersekolah aliran agama. Masa tu, apa yang saya faham, beza sekolah agama dengan sekolah biasa ni adalah dari segi pakaian. Bezanya juga dari segi matapelajaran. Budak sekolah agama sahaja yang pakai tudung labuh. Itu yang saya faham.
Tambahan lagi, masa saya form 4, saya bersekolah di aliran teknikal. Boleh dikatakan majoriti pelajar sekolah ni bertudung labuh. Sangat ramai. Rupanya mereka ini budak-budak Maahad, budak-budak aliran agama sebelum ini. Disebabkan majoritinya daripada budaya sekolah agama, sekolah teknik kami juga dididik seperti budak sekolah agama sedikit sebanyak. Alhamdulillah, di sini lah bermulanya perubahan dalam diri saya. Kat sini banyak perkara yang saya belajar. Di sini, bermulanya kumpulan usrah. Ada tadarus al-Quran (walaupun kekadang ia depends kepada students sendiri). Dan di sini juga saya dikurniakan kawan-kawan yang terlalu baik. Sangat indah memori saya di sekolah ini.
Tamat SPM, saya sambung belajar dalam bidang Diploma. Di sini, lagi bermacam-macam perkara yang saya belajar. Mungkin kerana budaya di sini yang "Islamic", saya sendiri mula melabuhkan tudung. Semuanya kerana budaya. Dan hampir tamat diploma, terima pula tawaran sambung belajar ke luar negara. Lama juga saya berfikir dan akhirnya saya memilih Malaysia.
Setelah itu, saya sempat bekerja sekejap sebelum masuk UIAM. Di sini, iman saya di uji. Saya dah tak lekat dengan stoking, handsock, tudung pun atas dada. Saya adalah anak muda yang berpakaian sama seperti anak-anak muda di luar sana. Bezanya, cuma saya ini tidak pernah pakai baju ketat-ketat macam tu. Sehinggalah sampai pada satu kemuncak pada Ramadhan 3 tahun yang lalu. Sedang saya mengaji al-Quran, tiba-tiba saya rasa hati saya bagaikan di sentuh. Saya rasa mahu berubah. Namun, saya tidak tahu bagaimana. Puas saya berfikir. Saya tidak tahu bagaimana mahu memulakan perubahan terhadap diri saya.
Sampai saatnya saya masuk UIAM. Di sini, saya banyak membaca artikel, dan kisah-kisah menarik. Di sini, saya dikurniakan sahabat yang baik-baik. Di sinilah bermulanya pencarian saya. Merata-rata saya tanya orang apa beza tudung labuh dengan tudung biasa. Kerana pada pendapat saya, tudung biasa dah ok asalkan menutup dada. Dalam saya mencari jawapan, tiada seorang pun yang mampu menjawab soalan saya. Tiada siapa pun yang mampu jawab kenapa mereka bertudung labuh. Dan saya kecewa dalam mencari jawapan.
Sampai satu hari, ada seorang teman ajak saya masuk usrah. Mula-mula saya taknak. Saya takut. Akhirnya dia menerangkan dengan baik berkenaan usrah. Alhamdulillah lama kelamaan saya dapat merasakan nikmatnya berusrah. Sangat indah. Saya mengenal banyak perkara. Baru saya tahu tudung labuh itu bukan untuk budak yang pergi belajar bidang agama sahaja. Al-Quran, solat sunat, puasa sunat, itu perlu juga dilakukan selalu sebagai salah satu jalan untuk kita memelihara iman kita. Alhamdulillah akhirnya, saya jumpa sesuatu dalam usrah ini.
Dan kenangan pada suatu malam ini tidak saya lupakan. Selesai terawih, ketika siapkan kerja-kerja convest'11, saya terbaca satu artikel. Ketika itu hangat berbicara tentang isu tudung. Saya baca dari satu artikel ke satu artikel. Entah berapa banyak yang saya baca pada malam itu yang akhirnya buat saya menangis sendiri. Kuasa Allah jua yang menyentuh hati ini. Mungkin bagi sesetengah orang, artikel itu biasa-biasa sahaja tapi tidak bagi saya. Ia sangat menggegarkan jiwa saya.
Cuti Ramadhan kali tu, saya pulang ke kampung sangat awal. Saya ambil masa tenangkan hati dan mencari hidayah-Nya. Saya ambil peluang ikut atuk nenek ke masjid. Saya ambil peluang dengar ceramah dekat masjid dari pakcik-pakcik dekat kampung sana. Indah. Tenang. Walaupun di masjid tersebut saya di kelilingi orang-orang tua, tetapi hati saya rasa damai. Saya tenang dengan suasana tu. Tambahan lagi, saya dah putuskan connection dari sms, call dan fb buat masa tu.
Akhirnya, malam 27 Ramadhan 1432H, saya nekad untuk berubah. Saya mula pakai tudung labuh yang telah saya beli beberapa hari selepas tiba di kampung. Saya rasa suka. Tenang sungguh saya rasa dalam tudung labuh ni. Dan sepanjang itu juga, tak putus-putus saya berdoa supaya Allah tetapkan hati saya. Supaya saya sentiasa istiqamah. Supaya saya tahan dengan godaan dunia. Supaya saya kuat hadapi cabaran sekembalinya saya ke UIAM nanti.
Tamat sahaja cuti, balik sahaja UIAM, semua orang terkejut. Ramai kawan yang melopong tengok. Ramai yang gembira, tak kurang juga yang mengejek. Ada juga yang perli. Saya tahankan hati sahaja. Sebab saya tahu Allah ada bersama saya. Nak berubah ni memang bukan benda senang. Susah, kan? Tapi bila kita meletakkan segalanya kerana Allah, tiada apa pun yang dapat melemahkan semangat kita. Seorang roomate saya, sampai menangis tengok saya berubah. Airmatanya itu terlalu mahal bagi saya.
Sebenarnya, setelah kita berubah, memang terlalu banyak dugaan dan cabaran. Sangat banyak. Apatah lagi bila ramai yang kenal kita dengan diri yang baru, yang mana tak tahu pun kita dulu-dulu macam mana. Nasihat saya, carilah Allah dalam setiap apa yang kita lakukan. Jangan buat sesuatu kerana manusia. Suka untuk saya quote yang ini, yang mana saya pernah share dekat facebook;
"Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada saya, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah?" Jawapan saya senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah, kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia?
Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia. Daripada Abu Hurairah r.a., "Islam mula tersebar dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali dagang asing. Maka berbahagialah (beruntunglah) orang yang bersama Islam ketika ianya asing”. [HR Muslim]
Dan saya masih ingat kata-kata seorang teman convest'11 ketika rehearsal program Serumpun. Katanya; "tahniah atas perubahan. Semoga terus istiqamah. Dan tambahkan lah ilmu. Biarlah ilmu juga bertambah seiring dengan perubahan". Sampai sekarang saya ingat pesan dia. Dan saya bersetuju. Banyak sangat perkara yang saya masih cuba untuk belajar dan untuk tahu. Sebab saya ni banyak sahaja kurangnya. Saya ini banyak juga yang tidak tahu itu ini.
Di penghujung kalam bicara, saya cuma ada beberapa perkara yang nak ditekankan berkenaan tudung labuh ini. Bertudung labuh tidak pernah membawa maksud kita alim, kita baik, kita hebat, kita confirm masuk syurga. Itu semua bukan maksudnya. Bertudung labuh ini adalah salah satu jalan memelihara diri dan maruah. Jalan untuk memelihara akhlaq. Jalan untuk selamatkan diri daripada fitnah duniawi. Dan jika ada yang bertudung labuh itu bermasalah, jangan disalahkan akan tudungnya. Kerana yang menjadi begitu begini bukan tudungnya tetapi orangnya.
Mungkin lain kali saya akan menyambung bercerita berkenaan cabaran bertudung labuh yang memang agak susah juga saya nak hadapi pada mulanya. Ingat satu perkara, aurat kita bukan sekadar kulit, tetapi juga bentuk tubuh. Bertudung labuh adalah salah satu cara untuk menutup bentuk tubuh dengan lebih sempurna. Dan semoga ianya mendekatkan lagi diri kita dengan Allah. InshaAllah.
Buat yang bertudung labuh, jangan di pandang jelik akan yang tidak menutup aurat. Sebaliknya, tariklah dia bersama kita, bimbinglah dia ke jalan-Nya. Doakan lah dia supaya Allah berikan hidayah. Kerana mereka saudara seislam kita.
Buat yang bertudung biasa, boleh belajar berubah perlahan-lahan. Tiada salahnya mahu bertudung biasa atau pakai shawl, tapi biarlah mengikut syara'. Tutup dada, leher dan jangan pula ada jambul ye. Rugi pula kalau bertudung tapi tak ikut apa yang Islam gariskan.
Dan buat rakan-rakan, sahabat-sahabat, doakan lah semoga saya terus istiqamah di jalan ini. Doakan kaum muslimat yang lain juga terus istiqamah dan dikurniakan hidayah. Hijrah itu bukan sekadar berubah dari jahat kepada baik, tetapi juga dari baik kepada lebih baik. Mudah-mudahan, inshaAllah. Hari tu, tudung saya semua berbasuh, masa tu terfikir macam mana nak turun ke kafe. Terfikir nak pakai tudung saji je. Sebab pakai tudung tak wajib tapi tutup aurat itu yang wajib. Dalam membayangi saya pakai tudung saji tu, saya tergelak. Mana boleh pakai tudung saji sebab nanti nampak leher, tak cover dada. Still tak tutup aurat, kan? :)
Saya juga ada buat video tentang hijrah tudung labuh ni beberapa hari yang lalu. Video ini biasa sahaja kerana saya bukan lah pandai sangat pun nak buat video ni. Tapi harapnya bermanfaat untuk semua. ^^
Semoga Allah redha.
Everyone has their own past. And the past is not to be judged, but to be learned.
Isnin yang lepas. Seminggu yang lalu, saya ada kuiz pada waktu malam. Subjek tu boleh dikatakan subjek favourite saya juga. Disenangkan cerita, tempat duduk saya adalah yang kedua dari belakang. Kira di penghujung 'dunia' la ni. Di sebelah kiri saya dinding kosong, di sebelah kanan saya ada seorang classmate.
Kemudian, semua pelajar jawab soalan kuiz dengan tekun. Termasuklah saya ;)
Beberapa minit kemudian, lecturer dah nak pungut kertas bagi yang dah siap lah. Lepas tu, saya tengok orang sebelah saya ni gelabah semacam. Saya tengok kertas kat meja dia. Saya jadi pelik! Dah la sebelum tu dia cakap dia takde kertas kajang. Siap minta dengan orang lagi. Tapi masa jawab tu, dia ada kertas lain yang sudah berconteng kat meja dia. Dan masa Sir berjalan nak amek kertas tu, dia sedaya upaya sorokkan kertas yang dah berconteng tu.
Sekarang saya dah faham.
Dia meniru. Kertas yang berconteng itu adalah nota dia. Ah, tiba-tiba sahaja hati saya membengkak. Saya rasa seperti mahu marah pada dia. Hati saya rasa geram sangat-sangat. Habis sahaja kuiz, Sir sambung mengajar. Saya memang tak dapat nak tumpukan perhatian. Susah kerana hati saya rasa geram. Masa tu saya nekad, nanti nak tulis dekat facebook, pasal budak ni.
Selesai kelas, saya bergegas pergi usrah. As I mentioned to you before, usrah adalah tempat yang sangat menenangkan hati saya. Buat itu ini, sangat seronok. Balik dari usrah, segala rasa geram saya itu hilang. Malah, saya tulis benda yang baik-baik sahaja dekat facebook itu. Tahu kenapa?
Cerita Dua
Saya sehari dua yang lalu, berasa sangat berdukacita. Kalau ada yang perasan dengan status saya sehari dua lalu, ada yang boleh agak lah kot. Tapi sejujurnya, hati saya rasa macam disiat-siat. Rasa mahu sahaja menghamburkan rasa marah tika itu. Rasa mahu sahaja menangis sekuat hati ketika itu. Tapi saya tak buat macam tu.
Lepas saya balik jumpa kawan, lepas dengar cerita yang macam kena heart attack, saya duduk diam-diam dekat meja belajar. Saya baring sekejap. Saya istighfar. Kemudian, azan asar. Terus saya berwuduk dan bersolat. Tidak saya sangka, airmata jatuh juga saat tu. Dan, baru saya sedar, rupanya hati saya sedih but am in denial. Bila baca mathurat, bila mengaji, saya menangis tak berhenti. Masa tu saya memang realize, hati saya sakit. Tapi saya menafikan.
Keesokan harinya, saya sudah mampu tersenyum bahagia. Saya boleh bergelak ketawa. Saya rasa tenang. Saya rasa diri saya ok. Seolahnya tak jadi apa-apa pun pada hari sebelum ni. Tahu kenapa?
Cerita Tiga
Ini kisah seorang sahabat. Seorang sahabat yang kecewa terduduk terguling terbaring. Pendek kata, memang kecewa sangat-sangat. Saya kasihan melihatnya. Itu belum lagi tengok dia menangis. Mungkin hati saya turut rasa hiba. Kisah pendek, dia kecewa dengan seorang lelaki. Memang dia tak ber couple atau apa-apa. Tapi lelaki ni yang kononnya nak meminang dia tapi flirting pulak dengan orang lain.
Tak ke sakit jiwa macam tu?
Saya yang dengar pun rasa geram apatah lagi dia. Masa tu saya rasa saya yang macam over geram. Saya tend to generalize men out there yang they all ni jahat. Lelaki zaman sekarang ni tak ikhlas dengan perempuan. Kalau lah begini, bagaimana lagi kaum hawa nak percaya bahawa wujudnya lelaki yang baik yang ikhlas kat luar sana tu?
Adik lelaki saya sendiri ada cakap, "lelaki ramai penipu, kak".
Namun, dikala hati saya rasa macam lelaki SEMUAnya jahat, saya cepat juga tersedar bahawa bukan semuamacam tu. Saya cuba kembalikan semula apa yang saya belajar dalam kelas hingga akhirnya saya akur bahawa tidak semua begitu. Tahu kenapa?
Sejata mukmin: Doa
Jawapan saya kepada cerita satu, dua, dan tiga itu ialah kerana adanya tarbiyah. Saya sedikit sebanyak rasa beruntung kerana diri saya ada usrah. Saya ada tarbiyah di bilik, di kelas, dan di mana-mana sahaja. Saya juga bertuah kerana saya sering baca buku-buku tarbiyah yang mana ia sedikit sebanyak membantu saya memulihkan hati yang marah.
Ya, semua orang berhak untuk marah. Untuk sedih, untuk kecewa dan untuk geram sekalipun. Tapi ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita salurkan rasa itu. Ambil la masa selama mana pun untuk bersedih, untuk menangis, untuk meratap. Ambil la sebanyak mana pun masa untuk bersendirian. Kerana ketika itu kita dengan sendiri akan menjumpai satu kekuatan yang tidak terhingga.
Kerana akhirnya nanti, kita akan sedar dengan kasih sayang Allah. Allah uji sebab Allah sayang. Kawan saya selalu cakap dekat saya, malah hari-hari dia akan cakap, "Allah sayang sangat dekat Nusrah". Percaya tak bahawa Allah memang sayang dengan kita? Saya selalu kuatkan diri dan hati dengan kata-kata, "saya boleh hidup kalau takde itu ini, tapi tidak dengan cinta Allah. Cukuplah asal ada Allah." Mula-mula memang perit dan payah. Tapi lama-lama kita akan okay inshaAllah :)
Dan kerana saya juga percaya akan kuasa doa. Mengapa tidak kita berdoa sahaja pada Allah? Kalau sakit hati dengan orang yang meniru, kita doa supaya Allah bukakan hati dia, supaya dia sedar dengan kesilapan dia. Kalau sedih dengan manusia lain, baik lelaki atau perempuan, doa banyak-banyak supaya Allah sembuhkan hati kita. Supaya Allah jaga hati kita selalu. Kalau rasa dikecewakan, usah di benci akan lelaki yang macam tu tapi sebaliknya, berdoalah. Doa supaya Allah lembutkan hatinya dan dia berubah.
Doa sesama saudara seislam tanpa pengetahuan dirinya, inshaAllah makbul. Ada dalam hadith kan? So, chill. Why worry when you can pray? ^___^
Jadi, semoga rakan-rakan semua bertabah, kuat dan sentiasa di dalam jagaan-Nya. Hidup ini terlalu singkat untuk berduka lara. Nikmat Allah tidak terhitung banyaknya jika hendak di bandingkan dengan ujian. Senyum ya. Allah ada bersama kita.
Selepas pulang dari kelas ganti, saya tertidur. Mengantuk dan penat. Sepanjang minggu tu saya jarang tengok hp. Entah kenapa hari tu, bangun je tidur, saya terasa nak check hp maxis. Ada satu sms berbunyi,
"Nusrah nak amek method of dawah kan. Cuba tengok add drop. Rasanya dia buka 1 section."
Saya tengok jam. Tepat pukul 2.30 petang. Mesej yang dihantar pula jam 1.58 petang. Saya membeliakkan mata. Rasa macam tak percaya je subjek tu ada buka section sebab asalnya tak di offer untuk semester ni. Dengan segera buka lappy dan buka website UIA. Hampir jam 3petang, baru saya berjaya masuk ke page add drop. Bila nak add subjek tu, section closed! Aduhai~
Di sebabkan hari tu adalah last day untuk add subjek, saya segera bergegas ke center. Segera meluru ke Department Usuluddin and Comparative Religion. Tapi ofis tutup. Kemudiannya saya segera ke ofis Deputy Dean Student Affairs IRK. Saya segera bertanya. Katanya saya boleh saja kalau nak add tapi kena buat manual as usual. Selesai isi form, saya sekali lagi ke Department Usuluddin. Masa minta nak add subjek, dia bertanya, "awak graduating student?"
Hampa.
Saya sangat hampa dengan pertanyaan tu. Yea saya bukan graduating student tapi kalau saya tak dapat satu lagi subjek yang 3 credit hour, saya takkan dapat habis dalam dua long sem lagi. Kemudiannya dia berkata, "kami buka dekat pelajar level4 dan graduating students sahaja. Tengoklah nanti kalau tak clash, kami add".
Saya hanya mampu mengukir senyuman pasrah. Semasa menyerahkan borang, dalam hati saya berdoa, "ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini". Saya keluar department dengan hati yang sayu. Malam tu, saya tak dapat tidur. Puas saya berpusing-pusing. Add and drop betul-betul mengganggu ketenteraman hati saya. Selepas beristighfar berkali-kali, airmata jatuh. "ya Allah, Nusrah redha dengan jalan pilihan Allah. Nusrah redha andainya Nusrah perlu tambah lagi semester. Kalau lah dengan banyak subjek tu buat Nusrah jauh, janganlah bagi Nusrah dapat subjek tu. Apa pun pilihan Allah, Nusrah terima". Dan saya tertidur dengan pasrah.
Setiap hari, setiap pagi, petang dan malam saya cuba check confirmation slip. Sedih juga bila subjek EAW tak dapat, subjek Dakwah pun tak dapat. Puas saya pujuk hati. Tu belum termasuk soal program yang saya perlu handle. Program yang saya tak gemar tapi saya telah di amanahkan. Akhirnya, pagi isnin 2 Julai, saya sudah redha dengan apa yang Allah beri. Saya terima hakikat dengan baik.
Malam tu, kawan saya bercerita tentang EAW. Katanya 8 section baru yang dibuka. Oh memang amat banyak. Katanya pergi la check dekat Celpad dan jangan lupa bawa kupon yang hari tu. Entah kenapa, saya mula membina harapan sekali lagi walaupun saya agak bimbang juga kalau saya dapat subjek EAW sebab saya juga ambil subjek EOP semester ni. Pagi tadi, (3 Julai), saya pergi juga ke Celpad.
"Saya nak tanya tentang status EAW"
"number berapa?"
"123"
"Kejap yea"
Tak lama lepas tu, brother tu datang dengan segala surat yang saya submit tu.
"Oh, sis dapat. Tapi workload exceed"
"workload exceed??"
"yea.kalau nak add jugak, pergi Kulliyyah minta surat workload exceed dari dorang"
"kalau saya drop subjek Arab untuk add subjek tu boleh ke?"
"boleh tapi better jangan drop"
"tapi saya nak add yang tu"
"pergi minta surat dengan deputy dean Kulliyyah dulu.pastu hantar kat sini.kalau boleh, buat hari ni jugak"
"okay.terimakasih"
Beberapa minit kemudian, saya tiba di ofis DDSA HS.
Setelah bercerita, kakak tu cakap,
"terlebih 0.5 pun dia tak kasi??" dengan penuh hairan. "takpelah, adik tunggu sekejap yea."
Setelah menunggu dengan debaran, saya masuk berjumpa dengan orang atasan. :) This is she! The one who have helped me during my first semester in Kulliyyah.
"awak final year?"
"sepatutnya lah.saya ada dua long sem lagi"
"awak nak add LQ?"
"bukan.yang tu dah dapat. nak LE 4000".
Then, she asked me a lot of questions. For your information, I need to convince her with my ability. But the most interesting part is when she can understand me without my explanation. She said, Kulliyyah doesn't mind if students want to take a lot of subjects and even workload exceed but Celpad is not like that. After having so much 'interview' with her, then she advice me not to carry on with the two English subjects. I did told her that I don't want too but I have to do that.
On that moment, saya teringat berkenaan Methods of Dakwah. Kemudian saya bercerita pasal subjek Dakwah. Saya minta surat sebab saya nak add jugak lagi. Kemudian kena bersoal jawab lagi sekali. Akhirnya, ibu yang baik itu terus add kan subjek Dakwah untuk saya. Tak perlu bersurat-surat apa semua. Tersentuh hati saya. Dalam hati, saya tak putus-putus mendoakannya. Ya Allah, dia terlalu baik. Sejak tahun pertama hingga sekarang, dia membantu saya sedaya upaya. Dia faham tanpa perlu saya jelaskan. Terharu sungguh!
Saya masih ingat lagi, katanya, dia takut pointer saya jatuh kalau ambil dua-dua subjek LE dalam shortsem ni. Sebab katanya LE 4000 banyak kerja. Katanya juga, dia takut saya kena warning letter kalau add Dakwah since ni minggu kedua dah. Tapi saya yakinkan dia bahawa subjek Dakwah baru bermula semalam. Saya tahu dia sangat concern dengan students di IIUM khususnya HS. Terima kasih Allah, atas segala nikmat ini. ;'''')
Sejenak saya terfikir
Allah punya plan sangat indah. Allah suruh kita tunggu dan mahu kita bersabar. Dia mahu lihat sejauh mana tahap keimanan dan kesabaran kita bila diuji dengan sedemikian. Dia mahu uji sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya bila ditimpa masalah. Allah menguji sejauh mana hamba-Nya bertahan tatkala dilanda badai. Sahabat, Allah cuma suruh tunggu bukan berputus asa. Dan tunggu juga harus di iring dengan usaha.
Saya cuma minta senyum tapi Allah beri bahagia.
Saya minta hujan tapi Allah bagi pelangi.
Baik kan Allah?
Sebab Allah sayang saya.
Allah sayang kita semua.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya dapat menghabiskan degree dalam masa 3 tahun dengan minor. Dengan izin Allah, saya perlu harung dua semester panjang sahaja lagi. InshaAllah next sem akan membawa 19 credit hour dan final sem akan berakhir dengan 21.5. Saya tahu, apa-apa sahaja akan berlaku dan saya harus bersedia. Mungkin saya perlu mengharungi jalan yang berliku lagi dalam dua semester tersebut. Saya harap hati saya masih kuat untuk berhadapan dengan segala kemungkinan.
Seperti biasa, saya nak ucapkan berjuta-juta terima kasih kepada yang mendoakan. Saya minta maaf atas segala salah silap saya. I have gone through the rough time. Indeed, it makes me stressed so much. And I am sorry for that.
Kita manusia biasa. Tetapi jangan berhenti berusaha dan jangan putus berdoa. Allah kan sayang kita. Jangan lupa itu. Walau hebat mana pun dugaan, sentiasa ingatkan diri, it happens because He loves us! :)
Smile.
Though you have a reason to cry, but do remember you have thousands of reasons to smile.
nota hati:Boleh tunggu saya dua semester lagi?
nota hati 2:I know you miss your old days with me.
nota hati 3:Sorry, I can't be.
nota hati 4:I miss my previous shortsem which is 2 years ago.
reverse psychology. dengan saya selalu berhasil. ^^
Buku-buku ditutup.
Kertas-kertas nota disimpan.
Developmental Psychology selesai.
Berakhir pada petang 4 Jun 2012.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
**************************
Secebis kenangan lalu pendorong impian.
Saya kan, sejujurnya memang lah tak berapa gemar dengan subjek ini. Entah kenapa sejak awal, saya langsung tak tertarik dengan subjek ni. Walaupun pada mulanya saya pernah buat teori bahawa saya akan lulus dengan cemerlang subjek ni berbanding subjek Learning. Tahu sebab apa? Sebab kedua-dua subjek ni adalah sama dengan subjek masa saya belajar zaman Diploma dulu. Yang bezanya adalah tajuk dan contents nya lebih mendalam dan banyak.
Dulu subjek saya tu namanya Learning in Young Children dan lagi satu Child Development. Masa zaman diploma saya, child development ni adalah subjek yang paling digeruni oleh para pelajar. Malah, seniors semuanya cakap subjek ni susah. Jadi, saya cabar diri saya untuk skor subjek ni. Lagi orang kata susah sesuatu subjek tu, lagi la saya suka nak berusaha untuk skor. Dan dengan izin Allah, saya memang sangat cemerlang dalam subjek ni. Sejak midterm, kuiz, assignment, memang markah penuh je.
Untuk subjek Learning in Young Children pulak saya kurang minat. Memang lebih menarik dan best tapi tak tahu lah kenapa subjek tu kurang masuk dengan jiwa saya. Akhirnya, bila dapat result, memang dapat A- sahaja. Berbeza dengan zaman saya di UIA ni, saya lebih berminat dan tertarik dengan subjek Psychology of Learning berbanding Developmental Psychology. Apa yang saya rasa hairan, selalunya bila saya tak minat dengan mana-mana subjek, mesti saya dapat markah banyak dalam subjek tu. Termasuklah Developmental ni. Hehe
Dugaan belajar Develomental.
buku dan reward :)
Tak tahulah kenapa. Semester ni, subjek Development paling banyak dugaanya masa saya study. Sejak midterm sampailah final exam. Dahsyat rasanya perasaan belajar subjek ni. Kalau masih ingat post saya pasal cerita coklat yang lepas, haa time tu saya study subjek Development lah. Subjek ni terlalu banyak benda nak kena baca. Memang sangat banyak. Tak dapat nak menafikan kebanyakkan silibus subjek ni. Huu~ Sampai lah saya paksa diri saya dengan reward untuk subjek ni.
Kalau habes study, saya dapat coklat. Saya beli coklat yang sama masa belajar time midterm dulu. Kononnya nak reward lepas habes cover beberapa chapter, tapi sebab saya tak puas hati dengan prestasi saya, so, saya tahan je dulu reward tu. Sampai la keesokan harinya. Sampai khatam semua chapter saya memang tak usik langsung coklat tu. Sebab saya tahu, saya baca without understanding and it's not good for me. Sampai lah siang sehari sebelum exam..
Tengahari tu, saya nak turun belikan makanan kat rumet saya (nak pujuk dia), tetiba sakit kepala menyerang. Terlalu sakit sampai terus terbaring kat katil. Nak amik hp, tapi ada atas meja belajar. Beberapa minit lepas tu, terus saya tak sedar apa-apa dah. Sampai lah lepas asar, saya terjaga. Bangun dan solat. Malamnya pula, kepala masih berdenyut-denyut. Sakit. Sangat. Saya paksa jugak diri tuk study sebab esoknya dah nak exam.
Malangnya, saya tak mampu duduk kat meja study. So, terbaring lesu di katil bersama buku-buku dan nota-nota. Dalam keadaan macam tu, saya dah tak mampu nak study cara biasa, so, terpaksa tukar cara baru. Mujur lah saya belajar banyak teknik belajar dalam subjek Learning tu. Dapat jugak saya praktik. Alhamdulillah, ia sedikit sebanyak agak membantu, walaupun saya terpaksa belajar dalam keadaan berbaring. Dengan izin Allah, saya baru dapat faham subjek ni dengan baik. Baru saya dapat pecahkan point-point penting ke dalam notes. Dan sebanyak 12 chapters tu, saya dapat buat mind map dalam 4 muka surat sahaja. Syukur sangat pada Allah yang mempermudahkan urusan saya.
physical changes at all stages of dev ^^
social changes. yang jadi 4pages sebab lagi dua tu untuk cognitive and personality. it is soooo easy when we divided it into sub-cat :)
Malam tu juga, disebabkan kepala masih berdenyut, saya amik wuduk dan solat. Sujud dengan lebih lama supaya sakit kepala tu berkurang. Nikmat. Nikmat ketika sujud dalam keadaan kepala sakit, memang tak tergambar rasanya. Bangun dari sujud, usai solat, saya mampu nak sambung study dan akhirnya saya dapat reward diri saya dengan coklat tu. =) Dan oh yea, malam tu juga, saya terima hadiah special dari seseorang. Comel sangat. Eheh~ tapi tak snap picture la pulak. Hehe
Tiba hari exam
Tengahari tu perut berbunyi-bunyi. Memang silap saya tak makan dulu. Agak kuat juga perut berbunyi-bunyi. So, saya buat air je lah. Dah malas sangat nak turun beli makanan. Tiba-tiba selesai solat zohor, tengah kemas alatulis, saya baru perasan yang matric card saya tak de. Ya Rabb, cemasnya saya time tu memang tak tergambar. Saya dah panik yang amat. Macam mana lah nak jawab soalan exam dengan keadaan takde matric card. Time tu risau pula takut termasuk dalam kotak buku yang ayah saya dah ambil.
Cari punya cari, akhirnya saya jumpa juga matric card tu kat dalam pocket jacket. Baru teringat, saya pakai jaket tu masa pergi office Mahallah beberapa hari lepas. Huu~ memang terasa cemas betul. Pergi exam, masuk hall, duduk, tengok kertas soalan. Senyum. Tengok lagi sekali, cuak. Dalam hati, "ok, soalan nya memang agak susah" -walaupun ada yang kebanyakannya di dalam jangkaan saya. Kalau sesape tak baca, memang confirm lah tak dapat jawab.
Dan sampai lah habes masa menjawab, saya masih beriak tenang. Nak kata yakin 100% memang tak. Tapi saya tahu saya dah letakkan usaha di tahap yang maksimum. Saya dah curahkan segala yang saya belajar, segala yang saya tahu, segala yang saya usahakan pada kertas jawapan tersebut. Selebihnya, berserah kepada Allah. Doakan semoga lecturer saya lembut hati masa tanda kertas jawapan saya dan kawan-kawan yang lain. Doakan.
Apa yang saya belajar.
Daripada pengalaman saya sepanjang study Development tu, saya sedar dengan beberapa perkara. Iaitu;
"lapang sebelum sibuk"
"sihat sebelum sakit"
Sangat amat penting untuk kita menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Jangan cuba delay atau bertangguh dalam study atau apa-apa pun. Masa free yang banyak tu, silalah penuhi dengan perkara yang bermanfaat. Dan ketika kepala saya sakit tu, saya teringat akan masa saya sihat. Masa kepala sakit tu lah saya sedar akan pentingnya kita hargai masa sihat kita. Lakukan segala perkara ketika tubuh badan sihat sebab bila dah sakit, susah kita nak buat benda lain. Tu belum Allah tarik nikmat kaki, tangan, atau yang lebih teruk or severe. Kan?
Cuma, nasihat saya, andainya kalian diuji seperti itu atau lebih dari itu, jangan sesekali berputus asa. Jangan mencipta alasan. Sakit kepala macam mana pun, usahakan lah sehabis daya. Yakin dengan yang di atas sana. Dia akan bantu kita, inshaAllah. Sebab tu penting untuk kita ingat Allah dalam setiap keadaan. tak kira susah atau senang. Kena ingat Dia selalu. Dan jangan lupa usaha. USAHA.
Sekian.
Hari semalam berakhir dengan baik. Dengan kad undangan perkahwinan yang sangat menarik. Malamnya, saya terus sambung study subjek Arab yang telah pun saya selesai jawab pagi tadi. Nanti saya cerita kisah Arab ni pulak yea ^^
Saya masih ada dua subjek lagi untuk ditempuhi. Semoga dipermudahkan :)
nampak? Jemputan. dari Tengku Masyitah. yang bakal bernikah dengan Hilal Asyraf :) ~to be continued~
nota hati:Family datang 'beramai' hari tu. Meninggalkan kisah indah dan semangat kepada saya. Mama cakap anak dia dah makin kurus. Errkk =,="
Saya pernah meletakkan tajuk ini di dalam status Yahoo Messenger saya. Kenapa? Sebab waktu itu saya dalam keadaan yang pelik. Keadaan yang saya sendiri tidak faham. Satu keadaan yang apabila semua benda tidak kena. Satu keadaan yang semua perasaan bercampur baur. Satu keadaan yang ada dalamnya rindu, datang juga benci, ada juga marah, singgah juga cinta, menjengah juga sakit, tersembul juga pening. Semuanya bergaul menyebabkan hari-hari yang berlalu rasa terbazir. Ketika itu saya tidak mampu menulis berhari-hari.
Apa yang saya buat hanyalah menjelajah ke blog orang lain, tengok cerita, bersembang dengan teman-teman dan berfikir. Namun saya tidak jumpa titik kembali. Saya masih boleh ketawa, tetapi hati saya kosong. Saya sedih tetapi tidak boleh menangis. Saya sunyi, saya tidak boleh keluar daripada kesunyian walau ada orang di sisi, walaupun saya tahu Allah sentiasa lebih dekat daripada urat nadi. Saya tidak bersemangat, walaupun berusaha membakar kekuatan. Saya diserang cinta, tetapi tidak pergi walau cuba menyisih. Saya didatangi rindu yang berlebihan, tidak meminggir juga walaupun cuba merengkuhnya. Saya seakan-akan jatuh di tempat gelap. Akhirnya saya menulis,
"Saya ada di dalam gelap. Kalau saya ada di dalam gelap, adakah awak hendak menarik saya?"
Malangnya tiada sesiapa yang datang menarik tangan saya. Saya pun tidaklah pernah mengharapkan mana-mana manusia untuk menarik tangan saya. Sebab saya tahu, saya memang sendiri. Yang ada dengan saya sentiasa, yang tidak pernah jemu mendengar saya bercakap, yang sentiasa ambil berat dengan saya, yang sentiasa tenang mendengar aduan saya sepanjang saya hidup ini hanyalah Allah sahaja. Allah sahaja yang baik, yang senang, yang kasih, yang mengambil berat, yang layan saya, yang tidak pernah mengejek saya, yang sering memberikan teguran dan sering pula mengangkat saya semula apabila saya jatuh.
Menyembur api ke langit. Kenapa saya tulis begitu? Saya tulis ayat itu sebab saya pernah hendak mencuba teknik menjerit ke langit untuk melepaskan tekanan. Saya sudah tidak tahan dengan rasa yang bercelaru yang tiba itu. Namun, dalam fikiran saya, kalau saya menjerit untuk melepaskan masalah saya, tidakkah sebenarnya saya sedang menjerit kepada Allah? Bukankah Allah yang sedang memberikan saya ujian untuk melihat sejauh mana benarnya iman saya? Bukankah Allah itu telah berjanji kepada saya, bahawa segala ujian yang Dia berikan adalah di dalam ruang kekuatan manusia itu sendiri? Akhirnya, kalau saya menjerit melepaskan segala ketidakpuasan hati saya, bukankah saya sedang menunjukkan benci saya kepada Allah yang memberikan saya kesusahan ketika itu?
Hah... sebab itulah ayat "menyembur api ke langit?" muncul. Mengingatkan saya, berbuat sebegitu rupa bukanlah akhlaq seorang muslim. Seorang Muslim dia tenang. Allah tempat dia mengadu. Allah itu lebih dekat daripada urat nadinya. Kenapa seorang Muslim yang yakin akan kebergantungan kepada Allah hendak menjerit-jerit melepaskan tekanannya? Adakah Allah itu jauh?
Saya masih ingat lagi ketika saya membaca satu sirah, ketika Perang Khaibar, sahabat-sahabat telah berdoa dengan kuat. Kemudian, Rasulullah s.a.w menegur, "rendahkan suara kamu sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar segala permintaan kamu.."
Akhirnya, solat, zikir, al-Quran, muhasabah menjadi tempat saya untuk kembali meraih kekuatan dan kewarasan. Menyembur api ke langit sebenarnya ayat yang agak kurang ajar. Hendak membakar Allah kerana ketidakpuasan hati dengan segala masalah dan ujian yang mendatang? Allah swt ada api yang lebih hebat untuk membakar saya. Akhirnya saya insaf. Mujur sahaja saya terfikir akan ayat itu. Ayat itu menyedarkan saya. Allah jugalah yang memberi ilham.
Memang...
Dalam hidup ini ada banyak benda yang akan membuatkan kita resah. Memang ada manusia yang kita baik kepada dia tapi dia tidak baik kepada kita. Kita menjaga akhlaq kita dengannya, dia mengasari kita. Ada pula manusia, kita menjaga hubungan baik dengannya, tetapi hanya kerana dia salah mentafsir kata-kata kita, dia terus membenci kita. Ada pula manusia, kita sayang dia tetapi dia tidak pernah pun menyayangi kita, bahkan dia mencaci kita. Ada juga manusia, kita rindu kepadanya, tetapi dia langsung tidak merindui kita, dan menganggap pula kita ini sebagai penyibuk kehidupannya. Ada juga manusia yang kita cinta kepadanya tetapi dia tidak tahu pun kita mencintainya.
Ada juga manusia, kita memang betul-betul memerlukan dia untuk memberi perhatian kepada kita, tetapi mereka langsung tidak mengendahkan kita. Ada juga sahabat yang sudah lama bersama, lama kenal tetapi masih lagi tidak memahami kita, walaupun kita amat memahami dia. Ada juga adik-adik yang kita amat sayang mereka, amat menjaga mereka, tetapi mereka langsung tidak menjaga kita. Apabila memikirkan semua itu, saya kadangkala merasakan, apakah apabila kita menundukkan sedikit kepala kita, maka orang akan memijak kepala kita? Sebab itulah akhirnya saya berada dalam keadaan tidak stabil, hilang semangat, hilang pula hala tuju, terperangkap dalam perasaan yang berkecamuk.
Tetapi menyembur api ke langit.... membuatkan saya terjaga daripada semua itu. Bukan masalah mereka membalas segala kebaikan saya, masalahnya ialah saya yang memberikan kebaikan kepada mereka. Kenapa saya buat itu buat ini? Untuk mereka? Akhirnya saya nampak, saya geleng kepala. Saya sayang mereka, rindu mereka, jaga mereka, cinta mereka, faham mereka, bukan kerana mereka tetapi kerana Allah. Jika mereka tidak menghiraukan saya, dan langsung tidak menjaga saya, itu masalah mereka dengan Allah sebenarnya. Bukan dengan saya.
Ah, lega!
Mujur saya tidak melakukan perkara yang bodoh.
Manusia itu memang lemah. Sebentar di atas, sebentar di bawah. Manusia yang bijak adalah apabila dia berada di bawah, dia akan berfikir dan berusaha sekuat mungkin agar dia segera kembali berada di atas.
Allah jugalah sebaik-baik teman.
"Cukuplah untuk kami Allah sebagai wakil"
Hanya resolusi daripada Allah, yang boleh memberi solusi kepada masalah hamba.
Kembara Hamba Mencari Cahaya ^^,
********************************
Saya selesai membaca Langit Ilahi 2 pada seminggu yang lalu. Alhamdulillah. Saya sudah punya secebis motivasi dan pemujuk semangat yang baru. Jauh di sudut hati, semoga hati saya tetap tabah melalui dugaan. Saya takkan pernah jemu untuk bangun walaupun saya akan jatuh berkali-kali. Teringat kata-kata seorang teman, "Nusrah ni sangat kuat dan tabah. I'm so proud. Macam hairan tengok Nusrah tenang dan kuat setiap masa"
Saya senyum.
Allah, terima kasih kerana beri kekuatan itu kepada saya.
Bila saya ada Allah, kalau seisi dunia membenci saya pun tak apa. Kalau seisi dunia meninggalkan saya pun tak apa asal saya masih punya Allah.
Tulisan: Abbas As-Siisiy
Buku: Bagaimana Menyentuh Hati
Saya pernah diundang sejumlah pemuda ke suatu tempat yang jarak tempuhnya memakan waktu tiga jam. Sesampainya di sana, mereka menyambut saya sambil duduk. Wajah mereka hambar, perasaannya dingin, dan pandangannya kosong. Kemudian saya diminta bicara oleh seniornya. Saya berbicara di hadapan mereka tanpa hati dan ruh. Seusai bicara, ia berterima kasih kepada saya. Lalu saya keluar dengan perasaan seperti baru pulang dari takziah. Saya pulang dengan perasaan yang sama seperti ketika datang. Saya merasa sangat sedih sekali setelah menyaksikan peristiwa ini.
Beberapa hari kemudian, datanglah orang yang sama, yang mengundang pertama kali. Ia ingin mengundang saya untuk yang kedua kalinya.
Saya katakan kepadanya, “Saya diundang ke mana?”
Pemuda itu menjawab, “Ke tempat ikhwah yang kemarin dulu itu ustadz!”
Saya bertanya lagi, “Apakah mereka itu ikhwah?”
Ia menjawab, “Ya!”
Lalu saya katakan, “Mustahil mereka itu memiliki penghayatan tentang nilai ukhuwwah! Bagaimana mereka itu dapat dikatakan ikhwah, jika ketika ada tamu yang datang dengan menempuh perjalanan selama tiga jam, sambil memendam rasa rindu yang membara, dan dengan hati yang lapang saja, mereka menyambut dengan perasaan dingin, sembari duduk bagaikan siswa-siswa di sekolah. Hubungan saya dengan mereka seperti seorang guru dengan murid dalam ruangan. Bila pelajaran usai, maka guru atau murid akan keluar tanpa memberi isyarat apa-apa. Tanpa ada perasaan ukhuwwah dan tanpa adanya seruan yang menyatukan mereka.
Ketika meninggalkan mereka, saya murung dan sedih atas kebekuan perasaan mereka dan hilangnya kehangatan hati mereka. Ketahuilah, sesungguhnya perasaan yang hidup itulah yang menjadikan rahsia keberadaan dan kebangkitan kita”
Akhirnya pemuda itu merasa malu dan bingung, seraya berkata,
“Kalau memang ikhwah tidak menghayati nilai ukhuwwah tersebut pada kesempatan yang lalu, maka akan saya ingatkan sehingga mereka dapat memahami pada saat yang akan datang”
Saya pandangi dia seraya berkata
“Hai Tuanku, sesungguhnya potensi ruhiyyah, sentuhan rasa, kecintaan pada kebaikan, serta perasaan yang lembut itu tidak akan muncul hanya sekadar dengan peringatan dan perintah. Sedarilah, bahawa yang dapat membangkitkannya adalah dengan sentuhan – sentuhan hati yang penuh kasih sayang dan kerinduan yang sangat dalam pasangan seaqidahnya yang melekat di hati.”
Saya meminta maaf padanya kerana tidak dapat hadir, walaupun saya rindu dan kasihan pada mereka.
****************
Allahuakbar!
Adakah da’wah kita selami ini memiliki ruh dan perasaan?
Beberapa jam tadi saya sempat layan video. Video orang kahwin. Saya pun tak tahu kenapa saya tengok video tersebut. Mungkin sebab nak amik mood buat wedding plan kot walaupun saya tak start satu benda pun lagi. Saya masih berusaha untuk tidak menganggap wedding plan itu sebagai suatu beban. Yang susahnya cumalah mencari pasangan hidup untuk dimuatkan dalam kad kahwin itu =.="
Seminggu yang berlalu ni terasa sangat indah. Allah bagi peluang kat saya untuk bertemu dengan ramai sangat orang yang sudah lama saya tak jumpa. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tahu tak, dalam setiap perjalanan hidup kita seharian ni, terkandung banyak pelajaran darinya. Kita yang kekadang tak pernah nak cuba faham kenapa ia terjadi. Bagi saya, sepatutnya, kita cuba untuk faham dan belajar dari setiap rasa gembira dan sedih yang kita alami.
Permulaan semester baru ni sudah bermula dengan suatu cerita. Saya bercerita dengan roomate. Mula-mula dia gelakkan saya tapi ending cerita saya, dia terdiam. Bukan diam sebab malu atau rasa bersalah sebab gelakkan saya tapi sebab menghayati ibrah dari kisah saya.
Saya masih ingat. Sewaktu jadi komiti Taaruf Week semester ni, pagi Jumaat tu, terjadilah sesuatu yang tak di duga. Jam 6:30 pagi saya bangun untuk Subuh. Dalam mamai-mamai bukak pintu bilik, ternampak anjing melintas depan mata. Terkejut sangat sebab bilik saya di level4. Macam mana anjing tu boleh naik? Rajinnya lah ia nak naik tangga kan. Hadoi lah.
Alkisahnya, anjing tu pergi duduk lending baik punya depan pintu toilet. Saya sudah panik. Cemane saya nak gi amik wudhuk dan mandi dan bersiap? Tambah pula pagi tu kena datang awal since biro kitorang kena uruskan Tilawah Test. Tunggu punya tunggu anjing tu masih tak bergerak. Duduk jugak depan toilet. Saya sudah resah gelisah. Jam nak dekat pukul 7 pagi. Solat subuh pun belum. Teringat akan sorang kawan. Saya pun mesej dia. Dia ajak pergi blok dia. Mak ai..nak keluar bilik pun saya takut sebenarnya. Tapi sebab fikirkan Subuh, saya cepat-cepat bawak kelengkapan dan segera ke tangga dan terus ke blok kawan saya.
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan selamat kehidupan saya pada hari tersebut. Bukak sem baru, lepas semua register Mahallah, roomate saya bisng-bising bagitau nama kitorang semua sekali kena compoung. C.O.M.P.O.U.N.D ! Tak pernah terlintas dalam kepala otak saya bahawa saya akan dapat rekod buruk dengan compound. Sedih sangat. Berhari-hari juga saya sedih sebab kena compound ni. Macam orang mati anak dah gayanya. Huhu
Lepas pergi office Mahallah amik surat compound, saya tengok kesalahan dan bila ia berlaku. Berputar ligat otak fikir betul ke ni?? Tahu sebab apa dan bila kesalahan tu di buat?
Kesalahan= Failure to conserve energy (electricity or water) Date= 3 February 2012 Time= 9.30am
appeal letter.roomate yg tolong tules according to my story :D
Bila tengok-tengok balik tarikh tu rupanya hari yang anjing tu naik tu. Oh barangkali saya lupa tutup lampu saat saya ke bilik kawan saya (walaupun saya rasa yakin bahawa saya dah tutup). Mula-mula sedih. Sampai rasa kenapalah saya cuai sangat. Sampai cakap dengan Allah kenapalah uji saya dengan kes compound. Saya macam tak boleh nak hadapi. Sampai suatu saat saya duduk diam-diam dan muhasabah balik diri. Dan saya sedar akan satu benda. Rupanya Allah nak cubit saya sikit. Nak kasi rasa sakit sikit je dalam menuju syurga-Nya.
Saya sepatutnya bersyukur. Apalah nak disedihkan dengan compound tu sedangkan punca saya tak tutup lampu pada pagi tu adalah kerana saya nak ke bilik kawan dan menunaikan solat subuh. Tujuan saya adalah untuk bertemu-Nya. Sekurang-kurangnya saya masih mampu tunaikan kewajipan saya. Saya tidak patut merasa terkilan dengan apa yang terjadi sedangkan Allah tahu apa yang terjadi. Allah tahu segalanya walaupun tiada manusia yang dapat memahami keadaan saya. Allahu ta'ala~ cantiknya cara Allah sedarkan saya. Betapa takutkan Allah melebihi dari segalanya itu amatlah perlu.
Dari sudut lain juga, saya dapat belajar satu perkara lagi. Kita ini manusia susah hati benar jika imej kita tercalar. Susah hati betul bila ada rekod buruk dalam sistem kat sekolah mahupun universiti ataupun tempat kerja. Sekali ada rekod buruk, terus rasa teruk dan down macam hilang segala harta benda. Sedangkan rekod kita dengan Allah tak pernah pula kita nak fikir. Walhal rekod dosa kita itu sudah tentu berderet-deret. Ada pernah kita sedih? Ada pernah kita menyalahkan diri? Pernahkah??
Kembali muhasabah diri dengan apa yang berlaku. Allah sedang menegur, Allah sedang mengingatkan. Allah juga sedang memberi perisa dalam makanan harian kita supaya kita sedar dengan rekod kesalahan kita. Supaya kita bertaubat dengan segala apa yang kita lakukan. Ingat satu perkara, Allah itu Maha Pengampun. Janganlah berputus asa dan merasa jauh dari-Nya. Selalu ingat dosa supaya bertaubat itu selalu menjadi amalam kita. Saya berasa syukur dengan apa yang Allah takdirkan pada saya. Kerana saya tahu Allah sayang saya. Bagaimana dengan anda? :))
nota hati:Allah tidak pernah lupakan kita. Kita?? nota hati 2:Ambillah pengajaran dalam setiap perkara yang kalian lakukan dalam hidup. Segalanya ada hikmahnya. Percayalah. nota hati 3: Jangan sombong dengan Allah. nota hati 4: Terima kasih Allah kerana mencubit saya tanpa sedar. nota hati 5:;'''''')
Senyum. Waktu ditunggu tiba. Oh saya sudah jatuh cinta. Entah yang ke berapa kali perasaan ini menjelma. Tenang dan damai. Kerana di situ letaknya hati saya. Kerana di situ letaknya jiwa raga saya. Kerana di situ dapat menghamburkan esak tangis. Kerana di situ adanya cinta. Dan kerana di situ adanya rahmat. Terima kasih, Allah ;''')
"Untuk saya, ketenangan hati itu bermula dengan hubungan kita terhadap Ilahi. Baik hubungan dengan Allah, tenang dan kuatlah hati ini."
Wedding Plan :)
Saya kan pernah cakap sebelum ni bahawasanya saya tak nak fikir soal nikah kahwin buat masa terdekat ni. Saya taknak fikir langsung dalam semester ni. Tapi...... takpelah, mungkin Allah tak izin saya begitu. Saat dan ketika saya taknak fikir, ada yang menyapa bertanya tentang perancangan saya tahun ni. Ada yang bertanya itu ini. Saya masih lagi dengan tekad saya iaitu tak mahu fikir.
Tiba satu hari seorang teman 'membebel-bebel' dekat saya tentang urusan nikah ni. Yes, ini kali pertama ada orang seberani dia untuk bagi lecture kat saya. Sentap jugak lah dengan ayat-ayat dia. And a bit sad. The truth is, I feel sad for so many things. Dan dia buat saya terfikir, apa yang buat saya susah sangat nak bukak hati untuk orang dan benda-benda macam ni. Dia buat saya berfikir terlalu banyak. A big thanks to you! Kamu memang sahabat dan teman yang baik.
Saya baru je habis kelas Parenting. Saya dapat individual task. Hurm tahu kena buat apa? Kena buat WEDDING PLAN. Betul-betul rasa teruji. Saya yang nekad taknak fikir pasal kawen tetiba kena buat wedding plan. And the worse is dat, madam ask us to put a REAL wedding card with the NAME of spouse. =.=" Dan madam tak kira samada dah ada calon ke tak, yang pasti dia nak jugak nama pengantin dalam tu. Saya?? Susah hati.
Madam cakap lagi, letak je nama orang yang awak admire pun. Mana tahu nanti malaikat mengaminkan. Beruntunglah kamu nanti. Hadoi. I think I've a big problem with this task. Pertama, saya kena belajar fikir pasal kahwin untuk semester ni. Dan saya rasa saya patut siapkan wedding plan tu betul-betul as I can use it for my future. Later or sooner tu belakang kira. Kedua, saya nak letak nama sape as my husband? Ini part paling susah. I wish I know who is the one so that he can help me with this plan and I can put his name undoubtedly. But.... :( Ya Allah, bantulah daku. Buntu sangat. Sebab kalau boleh, saya taknak letak sebarang nama. I want it for my husband only. Special for him. ^___^
Saya perlukan pertolongan ramai pihak kot since banyak nak kena fikir soal wedding plan. Dan orang itu tentunya kamu dia awak mereka :)) Boleh kan? Tapi nak letak nama husband tu di kalangan kamu dia awak mereka jugak ke? Haha =p
Amanah wajib dijaga
Tadi kan, madam mintak class representative atau dalam bahasa melayunya wakil kelas. Kerjanya kena ambil kunci kelas dan tutup juga. Senang cerita, wakil kelas ni kena datang paling awal untuk ambil kunci dan bukak kelas. Saya pun rasa saya tak boleh buat. Sebab kelas jam 8pagi. Kalau kena datang awal, means dat 7:50 dah terpacak depan office CCAC. Dan bermaksud, 7:35 dah kena gerak dari Mahallah. Hoho. =,="
Tapi sayangnya, takde sorang pun sanggup jadi volunteer. Jauh dari sudut hati, saya berasa kasihan dengan Madam. tapi saya sendiri macam tak yakin dengan diri sendiri. Tak lama lepas tu, tiba-tiba ada satu tangan terangkat. Dan madam bertanya, sanggup jadi wakil kelas? You need a partner to work with you? Errr.. dan madam bertanya, "whats your name?" Dan jawapannya, "Nusrah". Senyum. Nusrah itu bukan Nusrah orang lain tapi saya. Saya tak percaya saya boleh angkat tangan. Kenapalah berani mati pikul amanah yang berat ni. Waktu tu juga rasa macam sebiji batu besar jatuh kat bahu saya.
Amanah sama macam batu tapi ia bukan sebuah beban. Ketika saya mengangkat tangan, saya telah berfikir 3-4 kali. Dan saat saya menerima amanah ini, saya telah berjanji pada diri yang saya akan tunaikannya since saya dah makin dewasa. Saya sudah tahun ke-3. Saya sudah bergelar senior. Saya sudah bakal berumur 24 tahun. Jadi, saya perlu ada perubahan dalam diri. Jadi, lepas ni saya kena jadi lebih berdisiplin. Lepas subuh tak boleh lending atas katil, kena terus bersiap. Anggap sahaja bangun awal pagi untuk siapkan breakfast buat suami dan anak-anak. Sebagai satu persediaan. Kan? Kata kelas parenting. Hehe ^^
p/s:: anak ayah mama ni dah makin matang,kan? :D
Jatuh Cinta
Di pengakhiran kelas tadi, Madam menegur dress code. Dia bagitahu begitu begini. Mula-mula dia tegur brothers, kemudian sisters pulak. Tiba-tiba saya rasa kagum yang amat. Ini adalah lecturer pertama yang berani tegur soal lengan itu aurat, pakai tudung tutup dada, pakai stoking dan kasut bertutup. Saya sangat impress bila dia cakap, "This is not university dress code. You know that, right?" Yes, saya faham maksud Madam tadi. Kita bukan ikut hukum universiti. Ramai yang tak faham dan tak sedar itu.
Dan Madam cakap, sebelum saya betulkan awak, saya perlu betulkan diri saya dahulu dan saya perlu tunjukkan contoh yang baik kepada awak kalau saya nak tegur itu ini. Dan dalam saya memerhati, saya berasa sangat bersetuju. She is saying the truth! Penampilan dia sempurna. Seorang muslimah yang menutup aurat dengan baik. Saya respect sangat dengan Madam ni. Tiba-tiba saya rasa sebak. Dan saya sedar, saya sudah jatuh cinta dengan cara penyampaian Madam ni. Jatuh cinta dengan segala yang dia tunjukkan. Ok, saya sudah jatuh cinta dengan kelas ini. Cuma wedding plan itu masih menjadi masalah besar buat saya. haiyaaaa *___*
Bahagia itu indah
Saya terima kad kawen pada hari Selasa lepas. Saya rasa bahagia. Bahagia sebab kawan saya bakal mendirikan masjid. Bakal menuju ke syurga-Nya bersama yang tersayang. Tahniah! Saya akan sedaya upaya untuk pergi ke majlis tersebut. Semoga Allah memberkati kalian. Jodoh itu rahsia Allah tapi sebagai manusia kita perlu berusaha. Bukan duduk dan tunggu sahaja. Saya? Mungkin masih dengan tekad yang sama. Cuma saya sedang belajar untuk bukak hati secara perlahan-lahan. Saya akan belajar. Doakan sahaja. Selagi Allah izin ^___^
Seorang teman yang pernah berkongsi bahagia dengan saya akan dibedah pada jam 2petang ini. Saat itu tentunya di tikar sejadah adalah yang terbaik. Saya ada rasa berdebar dan risau. Sebab dia bukan sakit biasa-biasa sahaja tapi brain tumor. Sebelum ni saya dah pernah bersama dengan pesakit ini juga. Hari ini kita tengok dia senyum tapi esok kita seolah-olah sudah kehilangannya. Dan itu adalah saat paling menyedihkan. Semoga Allah melindungi sahabat saya yang ini. Saya akan tetap terus berdoa.
Baik buruknya sahabat saya ini, dia tetap sahabat saya. Saya memaafkan semua salah silap dia dan berharap pembedahan nanti berjalan lancar. Semoga dia terus kuat melalui hidup walau apa pun terjadi. ;'') Semoga Allah redha.
nota hati:Kadang-kadang kita boleh belajar banyak perkara daripada kisah lalu dan juga kisah orang lain. Senyumlah kerana ada pelangi yang menanti.
nota hati 2:Putus tunang itu pahit. Tapi selagi ada Allah, kita takkan sunyi. :))
nota hati 3:Kamu perlu belajar hidup tanpa saya. Okay? takpe, Allah kan ada. :)
Masih ingat artikel kenapa saya perlu memilih anda? Artikel yang hampir setahun berlalu =) Pada awal Rejab yang lalu, iaitu 3-5 Jun 2011, saya bersama 5 lagi mahasiswi UIAM telah mengikuti program Perkampungan Intelektual Mahasiswa IPT 2011. Syukur Alhamdulillah, program ni sememangnya mantap dan sangat bermanfaat. Selama 3 hari di sana, setiap masa terisi dengan baik dan makan minum juga sangat sedap ^^
Sepanjang program tersebut, ada 4 slot kesemuanya. Apa yang ingin saya kongsikan kat sini ialah ketika slot ke-3. Slot ke-3 bertajuk “Kepimpinan Mahasiswa Islam Mendepani Cabaran Semasa” oleh ustaz Erfino Johari. Setiap penjelasan dari ustaz, sememangnya di support dengan evidence dari al-Quran. sedikit sebanyak yang boleh saya kongsikan sepanjang pengisian slot itu antaranya ialah; seorang pemimpin perlu memberi jawapan yang mampu membuatkan orang berfikir. Teringat pula saya pada seorang pemimpin yang saya sangat kagumi. Saya selalu bertanya soalan pada dia. kadang-kadang soalan yang remeh sahaja, tapi setiap jawapan yang diberi olehnya selalu membuatkan saya berfikir panjang.
Katanya lagi, dalam memilih pemimpin, kita perlu melihat dari sudut kekuatan dan kepercayaan terhadapnya. Adalah sangat penting penglibatan semua dalam menentu keputusan dan memilih kepimpinan. Kita perlu memilih pemimpin yang boleh dipercayai dan bersifat al-amin. Macam mana nak tahu seseorang itu bersifat al-amin atau tidak? Menurut ustaz Erfino, orang bersifat al-amin ialah orang yang boleh bagi ketenangan dan orang yang kita percaya bilamana kita tinggalkan barang kita padanya, kita langsung tidak memikirkan tentang barang tersebut.
Sewaktu saya menjadi Pengerusi Persatuan Pandu Puteri di sekolah dulu, cikgu saya pernah cakap, “bila orang pilih kamu, bermakna ada sesuatu yang istimewa ada dalam diri kamu, yang mungkin kamu tidak sedar. Jadi, percayalah dengan kemampuan diri”. Sama seperti yang ustaz Erfino katakan pada slot tersebut. Menurutnya, setiap pemilihan itu adalah satu penghormatan. If it is not from people but it is from the only One.
Dalam memimpin, pemimpin yang perlu memuji pengikutnya. Tetapi, pada masa yang sama, seorang pemimpin perlu memuji ketuanya apabila mereka mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik. Dalam perkara ini, saya melihat tidak ramai ketua yang menghargai orang bawahannya kerana hakikat sebenar, tanpa orang-orang bawahan yang membantu, seorang ketua tidak akan mampu mencapai sebuah impian yang besar. Selain itu, ketenangan adalah sangat penting dalam memipin dan mengarah. Seorang ketua tidak boleh mengikut emosi dalam menilai sesuatu perkara. Keputusan tidak boleh dibuat ketika dalam keadaan sedih dan marah. Atau dengan kata lain, don’t make conclusion when you are angry and don’t make a decision when you are sad.
Saya ada bertanya kepada ustaz Erfino. Bagaimana agaknya kita perlu memilih pemimpin memandangkan bila pilihanraya kampus, ada dikalangan calon yang bertanding adalah orang yang tidak dikenali. Adakah menilai manifesto ataupun keperibadian? Dan bagaimana pula nak tahu keperibadiannya jika kita sendiri tak kenal orang tersebut? ~Ada sesiapa mahu menjawab persoalan ni? =)
Katanya ustaz Erfino, pemimpin sekarang perlu menyalurkan visinya kepada pemimpin yang baru. Bakal pelapis perlu ditonjolkan kepada sekelilng. Bakal pelapis ini perlu didedahkan dengan gerak kerja persatuan sejak dari awal. The more they expose, the more they get along with the organization. Calon yang bertanding adalah orang yang patut dikenali. “manifesto is nothing. It is just a way to communicate with followers”. Saya terdiam. Cuba menghadam apa maksud tentang manifesto tersebut. Katanya, antara manifesto dan keperibadian, manifesto tidak ada apa masalah. Keperibadian patut lebih diutamakan. Dan calon ini sepatutnya yang biasa dekat dan dikenali dikalangan para pelajar, bukan di kalangan kawan-kawannya sahaja. Jadi, pastikan bakal pelapis di dedahkan dengan gerak kerja persatuan and should be among the people that close with others.
Nasihat ustaz Erfino, sebagai pemimpin,untuk menyelesaikan masalah, kita perlu meletakkan diri kita di tempat tersebut. InsyaAllah ianya lebih memudahkan kita untuk berfikir dan membuat keputusan. Masih banyak lagi yang ustaz Erfino kongsikan. Mungkin saya boleh sambung menulis lagi lain kali.
Tidak semua orang mampu.
Tidak semua orang hebat.
Tidak semua orang berbakat.
Namun,
Kita boleh belajar dari sekeliling.
Kita boleh berusaha memperbaiki diri.
Kita boleh jika kita yakin.
Demi ALLAH! Aku berasa takut sekali untuk duduk di atas singgahsana ini (menjawat jawatan khalifah), jika memang yang duduk di atas singgahsana Ini bukan orang yang layak sama sekali. Jika aku boleh melepaskan kekuasaan ini, maka sudah aku serahkan kekuasan ini kepada yang berhak untuk menerimanya. Tetapi aku hanya boleh bersabar sehingga ALLAH menentukan pilihan dan ketentuan-NYA." - Umar Abdul Aziz