إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

...Al-Quran sebagai hantaran...

Kepada mereka yg mahu menghantar dan menerima hantaran Al-quran.. fikirkan..


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid..

“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan.. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih..

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad


Surah Ar Ra'd

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaanirrahim...ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim... ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.


“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

read dis..

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his
relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by
his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the
shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki
itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang
betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu
berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan
Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya
mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai
ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang
diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah
tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia
dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an,
which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low
voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will
have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku
adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara
yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang.
Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from
Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada
Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang
dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement,
before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the
Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di
hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran,
mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all .....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

May Allah bestow this favour on all of us.




Click Me~

nusrah walfath: hanya sebagai renungan bersama..

...saya tumpang bahagia...


salam kasih sayang kepada semua.. hari ini saya masih seperti selalu.. walaupun banyak perkara yang bermain di fikiran...huhu... baik lah.. ni nak cerita sikit..(sikit je eh..) Click Me~hehe... beberapa hari lepas saya ym ngan sahabat baik tersayang.. sahabat yang bersama saya tika susah dan senang.. sahabat yang saya pernah berbaring di ribanya saat bahagia dan menangis di bahunya saat kecewa.. indah sungguh rasa nya persahabatan kami... Click Me~sekarang dia sedang belajar kat UM.. pernah juga sekali dua saya pergi jumpa dia.. huhu...


hari tu ym ngan dia.. saya sangat perlukan dia.. perlukan dia tuk hilangkan rasa gundah saya sebab saya taw hanya dia yang kenal diri saya..jadi, dia sangat pandai dalam menasihati saya..huhuk... erm.. saya biasa dengar orang kata "saya tumpang bahagia"..(bahagia boleh di tumpang ke?)Click Me~.. saya selalu jugak terfikir hal tue.. hingga lah saat saya mendengar cerita dari dia.. saya berasa gembira n bahagia.. tak pernah saya merasa gembira seperti hari tu.. sampai saya kata kat dia "saya tumpang bahagia".. baru lah saya faham maksud ayat tue setelah saya sendiri alami..Click Me~




apa yang dia ceritakan pada saya cuma lah hal biasa bagi orang lain tapi luar biasa bagi saya... dia cerita tentang perancangan dia nak kahwin..(erm...itu luar biasa ke?)..Click Me~ tidak..ia bukan luar biasa tapi kisah disebalik tu yang luar biasa.. saya langsung tidak terkejut bila dia kata tak lama lagi nak bertunang dan berkahwin lepas habis belajar..sebab dia memang perempuan yang baik..Click Me~ sangat baik di mata saya..




katanya saya mesti ada kat rumah dia seminggu sebelum dia nikah nanti.. wah awal betul..Click Me~ saya tetap akan usahakan supaya saya boleh ada kat rumah dia seminggu lebih awal.. demi sahabat baik saya..hehe...Click Me~ dia kata abah dia pun dah kata ok..sebab anak perempuan nak kahwin..jadi, die tak halang.. kata abah lagi, ada 3 perkara yang harus disegerakan.. iaitu uruskan jenazah, ank perempuan nak kahwin dan lagi satu, abahnya lupa.. kawan saya kata lagi, dia nak contohi mak dan abah dia.. saya pun biasa pergi rumah dia kat kuala lipis.. memang abah dan mak dia orang yang baik2.. dia nak jadi isteri solehah seperti mana mak dia..Click Me~




jauh disudut hati..saya sangat kagum ngan dia.. lengkap sebagai seorang wanita solehah.. mudah-mudahan bakal suaminya takkan mensia2 kan sahabat saya ni..Click Me~ banyak lagi perkara yang dia cerita tapi saya tak nak cerita.. biar saya simpan dulu cite tue.. cuma dia cakap.. kalau kita nak org setia ngan kita, kita pun kena setia ngan org.. sebab bila kita dah pilih orang tue, dia la yang terbaik untuk kita walau hakikatnya ada lagi yang lebih baik...



saya pun masih memikirkan..Click Me~ kerana saya bukan yang baik jd, saya tidak mengharapkan yang baik sebab saya taw yang baik itu pun nakkan yang lebih baik dari saya..Click Me~tak pernah saya rase bahagia n gembira macam hari tue..yea, pertama kali dalam hidup saya rase sangat gembira dengan kebahagiaan kawan saya.. saya doakan semoga dipermudahkan segala urusan dan semoga dia bahagia selamanya..Click Me~ sampai bila2..huhu...



ok lah itu saje..Click Me~ maaf la banyak merepek jugak.. walaupun saya kadang2 sedih tapi saya diubati dengan wajah ceria anak2 saya setiap kali balik keje.. ciuman mahal dari anak2 lah yang dapat mengubat gundah di hati saya dan saya berharap kawan saya ni nanti dapat merasa bahagia dikelilingi anak comel mcm sy skrg..hehe...Click Me~


k la..daripada sy bertambah melalut..Click Me~saya stop cni dulu... semoga kalian yang mnjenguk di blog ni boleh bagi pendapat masing2.. k la tue je la.. owh yea, buat sahabat saya tue, kalo saya datang nanti, saya nak sambal itam taw.. walaupun saya dah reti wat sndri tapi saya nak air tangan dia jugak..heheh...Click Me~k la assalamualaikum..






nusrah walfath: "kita tak sempurna tapi perkahwinan yang akan menjadikan kita sempurna".. hati-hati dengan ajaran sesat sekarang..eh ada kaitan ke ajaran sesat ngn kawen? erm..mst la ada.. lg 1, sy juga sdikit sdih bila kwn nk kwen.. nnt tak dpt dh nk hbskn mse bersama2 sbb dia dah berkeluarga..isy3..ni bkn tmpg bhgia nmenya..haha..

..kata lelaki, "wanita itu lemah"..


Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....

besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...


kerana lembut , wanita tidak gemar perbalahan..
Kecuali jika terpaksa, Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat , celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kaki, tangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu

Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat

Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan


Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan

Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering
dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI....




nusrah walfath: belajarlah menghormati wanita wahai lelaki.. isteri bukan hak milik tetapi anugerah..

...wahai teman...


Wahai Teman…

Aku tidak pernah meninggalkan dirimu di saat teman-temanmu jauh bermalakut senda. Aku sering mendengar rintihan keluhanmu mengenai tanggungjawab yang dipikul amat membosankan. Mengenai majikanmu yang tiada hati perut. Mengenai pasanganmu yang curang. Mengenai anakmu yang degil. Mengenai ibu bapamu yang butuhkan wang. Mengenai politik yang dahagakan kuasa. Mengenai itu dan ini yang menekan pundak kesetianmu kepada setiap janji-Nya.

Wahai Teman…

Aku teramat mengerti keadaan yang mencengkam hatimu itu. Perasaanmu itu teruk sekali. Seolah-olah masalahmu itu paling sial di dunia. Kata-katamu berbaur penuh emosi. Tindak tanduk pula sentiasa meleset. Tetapi teman, kenapa? Kenapa kau harus mengadaikan Iman dan maruahmu dimamah rakus oleh perasaan cerca sendu itu. Engkau harus tabah, harus bangkit, harus melangkah kehadapan semula.

Wahai Teman…

Aku ada sedikit bingkisan buatmu. Moga menjadi madu dalam racun hatimu. Moga membantu kamu menyuluh jalan mencari denai yang diimpikan. Minggu lepas aku ke Al Azhar atas urusan pengajian, aku bertemu seorang teman (arab) baru. Beliau baru sahaja kehilangan seorang anak sulung lelaki kesayangannya yang berusia 8 tahun kerana komplikasi penyakit rapuh tulang. Beliau tidak pernah merungut, dan jauh sekali menyalahkan takdir. Beliau tidak pernah menyalahkan sesiapa. Bagaimana harus aku katakan Ya. Aku dapat merasakan raut wajahnya yang tenang tanpa perlu beliau mengukap kata-kata.

Wahai Teman…

Aku merasai kesedihan mendalam yang harus ditelan. Kerinduan yang tiada berpenghujung. Keredhaan di atas apa yang ditakdirkan. Apa yang dialami oleh teman baruku itu jauh berbeza dengan apa yang dialami olehmu wahai teman. Kau merungut dan mendengus tetapi kau masih mempunyai hari esok bersama isterimu, anak-anakmu, dan ibu bapamu. Masih ada peluang untuk meluruskan yang tersasar. Masih ada peluang untuk mengambil keputusan dan bertindak wajar.

Wahai Teman…

Namun beliau sudah tidak mempunyai itu lagi. Mengecapi nikmat kasih sayang bersama anaknya itu. Seharusnya dia begitu marah di atas apa yang terjadi, namun tidak sekali-kali. Kerana beliau sedar, masih waras kerana Tuhan sudah mentakdirkan perkara itu berlaku dalam hidupnya.

Wahai Teman…

Kehilangan seseorang yang dikasihi teramat sukar untuk dibayangkan walaupun mulut betah bisa menyatakan:

“Sudah takdir Ilahi”

Namun hakikatnya tidak mungkin kau fahami dan mengerti sebenar-benarnya. Manusia itu tiada yang sama.

Wahai Teman…

Arwah Mustafa bertuah mempunyai ibu bapa yang sangat menyayangi dan memberi sepenuh sokongan untuk apa sahaja yang terbaik baginya. Walaupun sudah tersurat dari sudut fizikal tumbesarannya terhalang, namun tiada siapa dapat menghalang jiwanya dari terus membesar dan menyinar dengan penuh harapan kudus.

Wahai Teman…

Aku sedar, aku tidak berkesempatan bertemu dan berbicara dengan anak pintar dan ceria ini. Cahaya dari semangatnya tentu sekali dapat menyuluh kegelapan hidupmu wahai teman. Aku mengenali arwah Mustafa selepas dia meninggalkan kami. Tetapi auranya kuat, seolah-olah anak pintar ini berada di sisi bersama semangat kental.

Wahai Teman…

Aku mempunyai jalan ceritaku sendiri. Luahan aku telah ditolak untuk mengecapi nikmat kasih dan sayang seperti pasangan suami isteri. Aku tidak pernah menyisihkan takdir, kerana si dia sudah ditakdirkan. Aku telah menghabiskan masa hampir setengah tahun untuk menilai, dan mengadu di perdu hamparan sejadah memohon petunjuk-Nya. Di saat aku merasakan si dia adalah takdirku, cepat-cepat Tuhan menarik bala itu di sisiku. Aku bersyukur kepada-Nya...


Mampukah kita wahai teman. Apabila sudah kembali kepada Dzat Maha Esa, diingati mereka yang hidupnya telah kita tersentuh dengan perasaan seperti ini?

Katakanlah kepada hati. Masih ada takdir itu.

...rintihan...

~rintihan~









nusrah walfath: sesekali menangis, hati boleh tenang..





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...