إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

...takdir bukan kebetulan...


Hari ini saya mencari ketenangan dalam kepenatan. Sungguh saya tak ada mood nak kemas barang-barang. Tak tahu nak mula dari mana. (macam banyak je barang tu padahal tak sangat). Sekarang ni tengah buat kerja secara online tapi sudah hilang mood.

Come on, Nusrah!! Jangan putus asa. Huhu…



Semalam saya sangat lega bila exam selesai semuanya. Habis je exam, rasa tak sabar-sabar nak update blog dan baca surat yang saya terima beberapa hari lepas. Tapi, kena bersabar lagi. Kena pergi buat kerja kat office SRC. Jadi, saya ajak Dhila bersama. Kami janji nak berjumpa di kafe HS lepas exam. Masa tu dapat makan dan sembang-sembang biasa dengan dia. Seperti biasa, asal jumpa je, banyak lah benda baru nak cerita.


Selesai makan, kami ke masjid. Terlupa pula hari tu hari Jumaat. Secara kebetulan, dapat lah juga dengar khutbah jumaat. Ada juga pengisian jiwa sekurang-kurangnya. Dah selesai solat, kami ke office. Kerjanya pergi melipat pamphlet. Boleh tahan banyak juga yang harus dilipat tu. Daripada start melipat tu, kami mula la buka cerita tentang macam-macam perkara. Suatu perkara yang menarik hati saya waktu bersembang tu adalah bila kami berbincang pasal kebetulan dan takdir. Saat saya cerita sesuatu dari A-Z, saya cakap kat dia, saya rasa itu cuma kebetulan, tapi dia kata tak, ini takdir.


Bila saya cerita lagi, saya cakap pula, mungkin itu takdir. Tapi dia cakap, tak..itu hanya kebetulan. Jelas sekali kami tidak sependapat atau saya yang tak tahu nak bezakan kebetulan dan takdir? Saya masih lagi terfikir-fikir soal ni. Dalam hal yang saya cerita pada dia, saya lebih senang hati untuk menganggap ia suatu kebetulan tapi saya sedar sebenarnya, hidup kita ni sudah ditentukan dan ditakdirkan. Jadi, bukan kah terang lagi bersuluh bahawa itu semua takdir? Kata Dhila lagi, kalau tak percaya, kita tunggu dan lihat kesudahan cerita tu. Yea, betul sekali.

"setiap bencana yang menimpa di bumi dan dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab luh mahfudzh sebelum Kami mewujudkannya..sungguh yang demikian itu mudah bagi Allah"
(Al-Hadid:22)


Selesai melipat tu (bukan habis semua pun..), kami bergegas balik bilik. Lagipun dah pukul 5:30 petang. Tak terasa pula lama kami kat office tu. Sampai je kat bilik, mandi, solat, angkat baju. Lepas tu, baru lah teringat tentang surat yang saya dapat tu. Selesai baca, saya rasa lega sebab tak buka sebelum exam. Malamnya pula, saya sempat buka facebook sekejap. Lepas tu baca blog dan baca buku sebelum mata lelap. Time tu, ada pulak orang ketuk pintu bilik saya. Rasa malas sungguh nak buka. Tapi dengan penuh semangat orang tu ketuk lagi. Aihh dah pukul 11:25 malam pun datang bilik orang lagi? Sape la ni.. jadi, dengan malasnya saya pergi buka pintu. Ustazah Asifah rupanya. Katanya nak datang melawat. Walaupun saya sangat penat, tetapi saya tahu, tetamu perlu dimuliakan. Tetamu bawa rahmat (walaupun lewat malam. Haha..)


Lama sungguh saya tak duduk bersama ustazah sifa ni. Daripada mula bersembang biasa-biasa, mula lah slot tazkirah dan dakwah dia. Jujurnya, saya sangat mengantuk tetapi bait-bait percakapan dia, sangat menyerap ke hati. Bila masuk isu Palestin, mata saya mula hilang kuyunya. Terbit rasa kagum dengan setiap cerita dia. Saya rasa kalau berbicara soal Palestin, memang sampai ke pagi pun takkan habis. Mungkin sebab dia kasihan tengok saya penat, dia minta diri nak balik. Walaupun lewat malam dia datang, saya rasa gembira sangat. Sebelum mata lena pun, masih ada pengisian rohani yang mungkin kebetulan. (kebetulan ke?)


Sayu saya tengok Asifah. Sungguh, dia sangat baik orangnya. Terlalu baik. Semua yang kenal dia pun akan cakap macam tu. Saya tak pernah tengok orang yang begitu polos macm dia. Lepas dia balik je, saya buka buku cerita Hlovate (konon nak sambung baca). Masa tu juga terus terlelap tak sedar apa.


Pagi ni, saya rasa hari semalam saya sangat bermanfaat. Dari waktu pagi hingga malam, semuanya terisi dengan perkara berfaedah. Dan hari ini, saya mula start berkemas. Nak balik rumah hari isnin nanti. Sambil-sambil berkemas, saya masih lagi fikirkan takdir atau kebetulan.

Click Me~

Persoalan yang saya rasa saya patut biarkan sahaja dan yang paling penting, saya tak nak tahu ending nya (kalau boleh).


Sekarang, saya rasa saya patut sambung kerja-kerja saya. Selesai semuanya, bolehlah nak tulis dan bercerita lagi. Banyak lagi ni nak cerita sebelum balik bercuti. Sehari kena tulis 2-3 entri lah gayanya ni. Hehe macam la saya rajin sangat. So, ini sahaja. Selamat pulang bercuti kepada semua. Jaga diri, hiasi peribadi. Assalamualaikum.






nusrah walfath: sesuatu kebetulan itu mungkin takdir tetapi sesuatu takdir itu, bukan kebetulan.

...bila cinta PUTUS...

Lega!! Saya sudah tamat exam. Jom baca ni.. Saya tak larat nak tulis hari ni. jadi, ini sahaja yang saya sediakn untuk anda. thanks to Hilal Asyraf..


BILA CINTA PUTUS


Cinta secara umumnya dipandang indah oleh manusia. Malah, ada yang terlalu taksub dengannya. Anda boleh panjang-panjangkan leher anda menjengah ke kedai-kedai buku Novel melayu, dan anda akan melihat lambakan karya yang meletakkan nama cinta pada tajuk buku.

Cinta digambarkan mengasyikkan, alam yang penuh bahagia, dan amat manis. Gambaran-gambaran indah ini menyebabkan kebanyakan manusia terburu-buru dalam bercinta. Sedangkan sebenarnya, cinta hanyalah satu sub-alam kepada alam yang sebenar. Cinta masih berkongsi realiti alam yang sebenar. Sebentar anda akan berada di atas, dan sebentar anda akan berada di bawah.

Ada masa, ALLAH akan menguji anda dengan memutuskan alam indah anda itu. Kejadian putus cinta bukanlah satu fenomena asing dalam kehidupan manusia. Dan banyak kejadian buruk berhubungan dengan kes putus cinta juga banyak.

Ada yang mengambil keputusan untuk terus membujang, ada yang mengambil keputusan berpindah ke tempat yang jauh dari tempat dia menjalin cinta, ada yang mengambil keputusan berfoya-foya melupakan segalanya, malah ada yang mengambil jalan buruk dengan membunuh bekas pasangannya kerana terlalu marah atau cemburu, malah, ada juga yang mengambil keputusan membunuh diri sendiri.

Putus cinta seakan-akan mengurangkan komposit akal seorang manusia.

Kenapa?

Cinta memang indah. Tetapi berapa ramaikah manusia yang mempersiapkan dirinya untuk bercinta, dicinta dan mencinta? Berapa ramaikah manusia yang bertanya kepada dirinya, bagaimana dia hendak bercinta? Dengan cara apakah dia hendak bercinta? Berapa ramaikah manusia memuhasabah dirinya, kenapa dia bercinta?

Tiadanya matlamat yang jelas, dengan mengharapkan mimpi-mimpi indah di alam percintaan semata-mata, bukan setakat mendorong manusia ke jalan maksiat ketika bercinta, tetapi seakan telah menyediakan satu gaung yang amat dalam untuk manusia membuang kewarasannya.

Saya, sebagai manusia yang masih muda umurnya, juga jatuh cinta. Cuma mungkin, cinta saya ini agak pelik gayanya. Sebab saya tidak pernah menghubungi perempuan yang saya suka. Sekadar mengikuti perkembangannya sahaja, dan berdoa dari jauh semata-mata, di samping saya berusaha mempertingkatkan diri saya.

Dalam situasi ini pun, saya sentiasa berfikir: Bagaimana agaknya kalau tak dapat dia?

Maka, persediaan minda dan rohani telah saya utamakan semenjak beberapa waktu yang lalu. Sebab saya memahami fenomena cinta yang kita tidak dapat duga keadaannya. Alangkan pasangan suami isteri yang telah berkahwin pun boleh bercerai, apatah lagi pasangan yang bercinta tanpa apa-apa ikatan? Kenapa mesti kita anggap alam cinta itu indah semuanya hingga ke penghujung?

Maka, pada saya, untuk mencegah keburukan apabila cinta kita tidak kesampaian, putus, adalah dengan kita mempersiapkan diri kita, mental dan rohani untuk bercinta. Bila bercinta pula, bercintalah dengan cara yang betul, sebagaimana cinta yang telah syara’ tetapkan untuk kita. Tiadalah kita melanggar batas-batas yang telah ditetapkan ISLAM untuk bercinta. InsyaALLAH, jika kita benar dalam cinta kita, bila ALLAH menggoncang kehidupan cinta kita, kita tidak akan melakukan kerja bodoh untuk melarikan diri dari masalah cinta kita itu.

Orang akan bertanya kepada saya,

“ Itu orang yang dah tahu dia kena sedia sebelum bercinta. Bagaimana dengan orang yang tak tahu, kemudian dia bercinta, lalu cintanya putus. Bagaimana hendak menghadapinya dalam keadaan sedemikian?”

Em…

Untuk orang begini, saya hendak ajak mereka bermuhasabah diri. Sebelum anda hendak berbuat apa-apa, sila tekan butang ‘pause’ dahulu. Kita tengok, jalan apa yang kita hendak ambil.

Hendak ikut gaya macam telenovela? Melarikan diri keluar negara? Bagaimana dengan kerja anda? Bagaimana dengan keluarga yang masih menyayangi anda? Bagaimana dengan sahabat karib yang baik dengan anda?

Hendak membunuh bekas pasangan cinta anda kerana mengikut konsep: Kalau aku tak boleh dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat dia? Bagaimanakah anda hendak berhadapan dengan polis selepas itu? Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan yang bahagia selepas anda dicop sebagai penjenayah? Bagaimana anda hendak berpuas hati jika hayat anda berakhir di tali gantung? Lebih teruk lagi, bagaimanakah anda hendak berdiri di hadapan ALLAH nanti?

Hendak kelar urat nadi dalam tandas? Hendak terjun bangunan? Adakah kerana anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta dengan RABB anda yang sentiasa mencintai? Adakah anda hendak memutuskan cinta dengan ibu bapa yang penat menjaga anda sehingga besar? Dan apakah makna kehidupan anda yang mahal ini, jika anda gadaikannya hanya untuk satu cinta kepada manusia biasa?

Lihat. Semua jalan yang hendak diambil, kelihatan seperti penyelesaian, tetapi hanya melarikan diri sahaja, semuanya tidak bermakna. Tidak bermakna untuk diri anda, dan tidak bermakna untuk kehidupan anda. Sia-sia semuanya.

Bila anda putus cinta, pandanglah ke hadapan. Masih ramai manusia yang mencintai anda. Malah, ALLAH tidak pernah putus cinta-Nya kepada anda. Kenapa, bila anda putus cinta dengan seorang manusia, anda hendak memutuskan cinta segala-galanya? Secara tidak langsung, anda telah memburukkan nama cinta itu sendiri. Cinta anda, hakikatnya langsung tidak sejati. Cinta anda, hanya cinta murahan.

Hiduplah, dan hadapilah. Cinta yang terputus itu, mungkin teguran halus daripada ALLAH SWT. Mungkin ALLAH hendak menyatakan si dia bukan jodoh anda, mungkin juga ALLAH hendak anda muhasabah balik kesilapan-kesilapan yang berlaku sepanjang anda bercinta, mungkin juga ALLAH hendak memberikan anda sesuatu yang lebih baik. Kenapa anda tidak boleh mendidik diri untuk bersangka baik kepada ALLAH?

DIA itu tidak zalim kepada hamba-hambaNya, melainkan hamba-hambaNya lah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Maka, marilah kita sama-sama muhasabah kembali. Jangan terburu-buru mengikut emosi. Bergeraklah dengan akal yang telah dianugerahkan kepada kita ini. Cinta itu besar maknanya. Jangan kita kecilkan hanya kepada cinta dua manusia sahaja. Dunia ini luas, jangan kita sempitkan dengan akal pendek kita.

Bergeraklah! Bersedia untuk bercinta, dengan cinta yang sebenarnya!





nusrah walfath: ;-)

..perang emosi..


Sekarang saya sangat bersemangat nak tulis blog. Sepatutnya saya tak buka blog selagi tak habis exam tapi tak boleh tahan juga. Nak tulis tulis tulis dan bercerita. Tak kisah tak ada orang baca pun. Haha.. sebelum nak cerita lebih lanjut, saya hairan sangat ni. TERLALU hairan. Kenapa sorang budak ni, dia kutuk-kutuk dan jatuhkan maruah orang kat fb tak pe tapi bila orang buat kat dia, tahu pulak marah-marah tak tentu pasal? Apa kes macam tuh? Huuuuu…. (mula tunjuk muka tak suka)..


Ha.. tadi saya exam. Haha excited pulak baru lepas exam ni. Konon time study muka tegang je. Macam tak reti senyum langsung. Kalau boleh, bunyi bising sikit pun rasa tension. Wakaka.. Nak dijadikan cerita, seperti biasa pagi dalam kul 4 saya bangun lah nak study. Terperasan la pulak roommate saya ni tengah kemas barang. Tambahan pula exam dia memang dah habis pun. Tiba-tiba dalam kul 5 lebih, saya tengok dia bersiap-siap cantik. Click Me~ Sungguh menghairankan pagi-pagi buta dah melawa. Dah tu siap pakai baju ala-ala negara dia.



Jadi, saya tanya lah, nak pergi mana? Dia jawab nak balik. Ha?!??!! Terkejut sesangat. Rupanya flight dia kul 9 pagi. Tiba-tiba saya rasa sangat sedih. Ohh sungguh mengganggu proses study saya. Mungkin sebab dia agak rapat, jadi, bila dia dah tak de saya rasa terlalu sedih. Kurang semangat nak study. Sebaik selepas azan subuh, dia berangkat pergi bersama kawan dia.Click Me~Huwaaaaa….. (saya tak nangis pon k..). Sedih tengok bilik dia dah kosong. Petang ni lagi sorang akan pulang dan saya?? Huuu…



Tetapi alhamdulillah saya mampu berperang ngan emosi saya. Mujur boleh focus dan study lagi. Walaupun tadi memang agak memberi tekanan tapi saya boleh kawal lagi.Click Me~ Hehe.. selesai jawab exam memang rasa nak jerit. Puas hati sangat. Disebabkan senang hati dah lepas satu paper, makan pun berselera je. Hehe dan saya boleh pasting handbill dengan senang. ;-)



Next exam will be on Friday. Ni subjek yang agak susah jadi, kena bagi tumpuan sepenuhnya. Lepas exam yang tu pulak lah saya update blog ni. Mujur tak kena compound sepanjang semester ni sebab wall bilik saya dah penuh ngan tampalan-tampalan yang unik. Haha nak exam punya pasal. Lagipun, ni memang cara saya study. So, kalau kena saman tu, tak leh nak kata apa lah. Ikut rezeki je..hehe..







insyaAllah, exam lepas ni nak buat lebih baik dan berusaha sehabis-habisnya. Moga hasil setimpal dengan usaha. Saya ni memang macam ni, dorongan dan semangat dari orang sangat penting sebab tu bila kawan dah balik rasa agak down.Click Me~ Huhu.. so, lepas ni saya kena bersemangat semula. Cukuplah pagi tadi kena berperang ngan emosi. Doakan kejayaan saya yea kawan-kawan. Semoga kita semua sama-sama cemerlang dalam ujian setimpal dengan usaha kita selama ini. Ok jaga diri dan semoga berjaya!!





Nusrah Walfath: Click Me~putus cinta bukan penghalang kejayaan. Bangun dan bangkitlah daripada kekecewaan. Allah ada bersama kita. ;-)

..mungkin kebetulan..




Waktu tengah tulis ni, saya baru je lepas pasting handbill kat setiap bilik di blok saya. Harapnya ada perubahan dalam friends list SRC. Huhu.. Setelah dua semester kat sini, saya sudah boleh paksa diri saya untuk rasa suka dok kat sini.


Biasanya setiap kali habis semester, saya akan muhasabah diri, apa yang saya dah buat dalam waktu yang dah lepas. Terkenang semester pertama di CELPAD. Agak boring tetapi classmates time ni lah yang paling best. Walaupun cuma belajar BI, tapi banyak juga kerja-kerja yang kena buat. Fuhh..


Semester 1 tu juga saya cuba join sub-committee SRC sesi 09/10. Ingatkan kena register nama saja, tapi ada interview jugak. Aduhh saya ni dah la tak suka pergi interview. Secara kebetulan pula, ada lah beberapa incident yang terjadi yang membuatkan saya pergi juga interview tu. Kelakar je kalau ingat balik.


Saya ingat lagi, saya register under two secretariats. Saya pun tak tahu kenapa saya register dua. (oh, saya dah ingat dah. Haha) chairperson untuk secretariat yang pertama saya di temuduga sangat menyenangkan. Boleh cakap BM lagi haa.. saya sendiri hairan kenapa dia gelak bila saya jawab soalan dia. Lucu sangatkah? Huuu hanya dia yang tahu. Waktu tu dia tanya saya, nak pergi interview untuk secretariat lagi satu tak, pastu saya kata boleh lah..sekadar mencuba.


Untuk yang kedua ni, agak lama juga saya tunggu sebab tuan presiden sedang solat. Jadi, duduk lah diam-diam kat situ. Lepas tu ada kakak tu panggil suruh tunggu kat meja presiden. Saya rasa time tu muka dah pucat. Takut pulak nak kena interview ngan orang besar ni. Haha.. Setelah beberapa minit menunggu, (yea ke?) muncul lah orangnya. Huuuu gerun je rasa.


Lepas tu mula la sesi interview. Saya sendiri pun tak tahu apa jawapan yang saya bagi. Macam salah semua je. Soalan yang paling saya ingat bila dia tanya, who is the president of SRC? Fuhh mujur saya dah hafal nama presiden. Haha. Kalau nak suruh saya cerita cam ne saya boleh terlibat ngan benda-benda ni, rasanya saya anggap ni sebagai kebetulan je.


Setelah terpilih sebagai sub-com untuk kedua-dua secretariat yang saya pergi interview tu, saya disuruh memilih salah satu je. Huuu kena buat pilihan lagi. Kawan saya kata, terima lamaran pertama (ngeeee…macam nak kawen pulak), dan setelah minta petunjuk, fikir secara terbuka, minta pendapat chairperson tu, dia suruh saya masuk under Presidential Secretariat dan dengan berat hatinya, saya masuklah yang ni. Dan sememangnya pilihan Allah adalah yang terbaik. Saya sekarang selesa bekerja dengan dua orang bos yang baik hati ni. Kawan-kawan yang lain pun ok sahaja. Begitulah cerita tidak lengkap bagaimana saya menjadi ahli sub-com Pres Sec.



Sekarang saya cuba komited ngan kerja dan study paling utama. Dalam banyak-banyak kerja yang saya paling suka ialah bila kena pergi office Rector and Deputy Rectors. Pernah sekali kena membebel ngan orang office tu. Haha orang tu sangat baik hati. Kalau dia bebel kat saya, saya bebel la kat bos saya pulak. Haha (macam berani je).


Itu sahaja cerita tentang pengalaman saya di UIA. SRC adalah yang pertama saya join sepanjang di sini. InsyaAllah nak kekal sebagai sub-com sahaja sampai grad. (hehe..boleh ke?) pengajaran kat sini, ada banyak tetapi paling utama, bersangka baik dengan apa yang terjadi dan yakin lah bahawa apa yang ditentukan Allah itu adalah yeng terbaik untuk kita. Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi Dia beri apa yang kita perlu. Assalamualaikum.. ;-)




Nusrah Walfath: belajar menghargai setiap detik hidup..

..kali ini..


Kali ini saya ingin menulis. Rindu rasanya nak tulis blog di samping ada permintaan daripada kawan-kawan yang suka baca blog ni katanya. Sebenarnya saya malu kalau orang yang kenal saya tengok blog ni. Habis pecah rahsia saya semuanya. Haha. Jadi, kalau anda kawan saya, dah baca blog ni, buat-buat lah tak tahu ye bila jumpa saya. Hehe.


Kali ini saya dalam minggu exam. Dua hari je lagi saya dah kena berjuang. Oh bilakah mood study nak muncul ni? Sebenarnya saya ada masalah. Masalah yang saya rasa tak perlu sesiapa pun tahu. Kalau boleh, saya tak nak ada sorang pun merasa kasihan pada saya. Kalau boleh, saya tak nak ada sorang pun kawan saya yang tengok saya menangis. Hipokritkah saya? Tidak.. ini kerana saya tak nak orang sedih sebab saya. Lebih baik fikir masalah Palestin, kan?


Kali ini saya terkenangkan kawan saya, Amalina yang suka sangat suruh saya bagi tazkirah. Lama rasanya tak contact dia. Moga-moga dia sihat. Kembali pada tujuan asal, saya cuma nak hilangkan rasa sedih. Bercerita bercerita bercerita dan terus bercerita supaya sedikit sebanyak masalah dilupakan.


Kalau Nadilla Jamil baca blog ni, jangan tanya kenapa saya sedih tau. Sebab saya memang takkan cerita. Kali ni saya tak tahu macam mana nak focus pada imtihan seperti zaman diploma dulu. Hari-hari saya cuba study, cuba luangkan masa untuk kerja SRC secara online dan oh, saya lupa..handbill belum habis distribute. Harap bos tak marah. Sorry..


Angka 4 yang saya sedang kejar rasa macam mustahil walau semakin hampir. Huhu.. kali ni saya harap saya dapat selesaikan kerja saya dengan angka 16 (konon la kan), study saya dengan angka 4 (insyaAllah) dan dan dan kesedihan saya dengan angka 0.


Kali ni ada orang buat saya menangis (statement berani mati ni). Selepas dia marah-marah, rasanya ala-ala maki hamun pun ada, tadi dia minta maaf. Kalau anda jadi saya, anda maafkan ke orang macam ni? Malukan saya depan orang, buruk-burukkan saya depan public..oh, sungguh hanya Allah yang tahu perasaan saya. Dan saya decide untuk diamkan sahaja. Sebab saya perlu focus pada exam. Itu sahaja.


Bagi saya, orang boleh cakap apa pun, boleh buat apa saja yang mereka suka tapi belajarlah respect pada orang lain. Kita ni cuma manusia biasa di bumi Allah, bukan hebat sangat pun. Tak kisah lah jawatan apa yang kita pegang, title apa yang kita dapat, kita tetap hamba-Nya. Everybody is equal. Dah la, saya nak study dah jap lagi. Harapnya tak ada apa lah yang akan mengganggu saya belajar. Focus focus focus. Sahabat-sahabat sekalian doakan saya yea. Kata-kata terakhir, bersabarlah hadapi ujian hidup. Semakin kuat iman kita, semakin berat kita diuji tetapi percayalah, amat besar hikmah di sebalik semua itu. Assalamualaikum.





Nusrah Walfath: sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...