إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Puisi Dia Yang Aku Cinta



Tidak pernah gagal mencuri hati,
tidak pernah tewas memenangi diri,
anggunmu bukan kerna paras rupa,
tetapi bagaimana kamu menjaga agama.

Di balik malumu ada rahsia,
tanda mahalnya harga jiwa,
di balik lemah lembutmu ada ketegasan,
yang buat dirimu tinggi tanpa perlunya perbahasan.

Sederhana,
menyentuh hati dan jiwa,
buat diriku spontan menunduk,
bertanya apa layakkah hamba?
Di situlah berputiknya cinta,
dan bermulanya perjalanan ini semua.

Kadang rasa diri ini hanya melukakan,
tidak mampu menghargaimu dengan sebaik cinta,
tetapi diri ini tidak akan sekali berputus asa,
untuk menghadiahkan kepadamu bahagia.

Biar nanti kita bukan gembira semata di dunia,
tetapi juga di akhirat sana.
Di bawah pokok rendang indah,
dengan nyamannya suasana,
bersama kasih sayang Allah,
yang tidak wujud batasnya.


by, Hilal Asyraf :)




~ Lillahitaala - HTJ ~

Bercinta dengan Allah :)


Alhamdulillah.

Sujud. Syukur. Senyum.

Indahnya nikmat yang Allah beri. Indahnya rasa bahagia yang Allah bagi. Indahnya bercinta dengan-Nya. Indahnya tidak dapat digambarkan. Apatah lagi bila menerima pujukan dari-Nya melalui nota cinta indah itu. Terima kasih, Allah. ;''')

Saat ini, terasa tidak mahu jauh langsung dengan-Nya. Bila sujud, terasa tidak mahu mengangkat muka. Bila berdoa terasa tidak mahu berhenti. Bila mengalunkan ayat-ayat-Nya terasa tidak mahu berakhir. Kerana di situ letaknya rasa indah itu. Kerana di situ adanya pujukan dari Ilahi. Allah adalah pemujuk yang terbaik. dan seperti yang saya katakan sebelum ni, Allah memang jaga saya dengan baik sekali.


Macam biasa, kalam-Nya tidak pernah gagal memujuk saya. Dan seperti selalu juga, surah al-Muzammil masih menemani dan memujuk hati saya tiap kali berduka. Buka, baca dan tadabbur ayat 1-20. Indah. Itulah apa yang saya rasa. Allah sedang bercakap dan berpesan kepada kita. Susah senang, kita ada Dia. Bangun beribadat pada waktu malam adalah masa yang terbaik untuk bersama-Nya. Dan setiap apa yang kita lakukan ke arah-Nya, insyaAllah ada pertolongan-Nya. :)

Jangan risau. Apa sahaja keputusan kita dalam hidup ini yang membawa diri kita dekat dengan-Nya, ia adalah lebih bermakna dan indah sekalipun kita terpaksa mengorbankan perasaan sendiri. Percayalah! Kesedihan itu cuma sekejap. Bahagia itu pasti berpanjangan.

Ingat satu perkara, kalau Allah ambil apa yang kita suka, itu adalah kerana Allah nak ganti dengan perkara yang lebih indah. Semakin banyak yang Allah ambil, semakin besar gantinya. Namun, bersediakah kita untuk itu? Sebab itu perlunya meletakkan pergantungan kepada Allah semata. Bukan kepada manusia. Supaya kita tetap redha dengan segala ketentuan-Nya. :)

Senyum.

Saya terasa sangat bahagia bersama-Nya.

Kerana Dia Kekasih hati saya.

Mahu terus bercinta bersama-Nya.

^______^






~ Allah cinta hatiku ~

Carilah Untukmu Seorang Imam


"Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? “


” Maybe kot. Try search kat google..”


” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”


” Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”

Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************

Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.

Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.

Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.

Apa peranan imam dalam solat?

Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.

Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?

Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.

Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.

Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.

Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.

Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.


PERKAHWINAN

Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.

Ia perjanjian sampai mati.

Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.

Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.

Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.

Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.

Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.

” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! “

Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.

Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?

Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?

Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.

Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.

Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.

Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.

Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.

Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?

Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.

Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.

Saya geleng kepala.

Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.

Pun begitu, saya suka mencadangkan.

Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.

Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.

Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.


MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.

Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.

Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.

Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.

Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.

Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.

Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.


ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.

Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.

Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.

Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?

Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.

Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.

Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.

Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.

Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.

Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?

Buatlah pilihan dengan bijak.

Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.



Sekian.


sumber: myilham.com







~ can you be my Imam? ~

Pasangan untuk saya

yet, some guys are just good actors! ;p

Perempuan selalu mengharapkan lelaki yang romantik, yang baik, yang smart, yang handsome, yang jaga penampilan, yang tough, etc.

Lelaki selalu mengimpikan perempuan yang lemah lembut, yang cantik, yang jaga badan, yang kurus, yang kulit flawless, yang pandai masak etc.


Tapi bila aku fikir balik, aku hanya mahu lelaki yang boleh jadi kawan baik aku.

Aku mahu seseorang yang aku rasa selesa untuk jadi diri sendiri. Seseorang yang terima aku walau aku tidak cantik, walau kulit aku tidak flawless, walau badan aku tak macam model, walau masakan aku tak berapa sedap, walau aku bukan seorang yang lemah lembut.

Seseorang yang aku rasa selesa untuk bersamanya walau aku pakai serabai, walau aku tak pakai secalit mekap, walau rambut aku kusut masai bila bangun tidur.

Seseorang yang aku boleh cerita rahsia aku, yang boleh berkongsi pelbagai cerita, yang boleh bergurau dan berjenaka, yang berkongsi baju dan segala, yang boleh ketawa riuh rendah, yang boleh main sama-sama, dan just sit in silence without feeling awkward.

Seseorang yang boleh tegur aku bila aku buat silap, yang bergaduh kecil kemudian berbaik semula, yang mengusik-usik tanpa ada yang terasa.

Dan aku juga mahu dia paling selesa bila bersamaku. Yang tidak perlu impress aku untuk buat aku setia. Yang boleh berbaju apa saja ikut suka dia. Yang boleh berperangai dia yang biasa. Yang boleh ketawa dan bergurau sebagaimana dia.


Dan kita hanya boleh lakukan begitu dengan kawan baik.

Kawan baik itu orang yang tahu semua kelemahan kita, tapi masih menerima kita seadanya, dan masih menyayangi diri kita.

Aku mahu pasangan yang begitu.

Kerana kawan baik itu biasanya last forever. =)

*****************************

Entri di atas adalah BUKAN penulisan dari saya tapi dari satu blog yang saya jumpa. Saja copy paste sebab entri yang ni menarik. Apa yang dia tulis adalah apa yang pernah difikirkan oleh saya. Hehe. Thanks Safiyyah. :)) But I dont want to fall in love with my best friend! ^^


nota hati: Terima saya apa adanya.One day someone will come and say, "I love you for the way you are." :)




~"If the relationship doesn't make you a better person, then you are with the wrong one."~

Permaisuri Hatimu ;)


PERMAISURI HATIKU

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharap cinta yang Satu
Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu

Malu-mu bernilai
Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Ilahi

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh... Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu

by, Hijjaz :))



nota hati: Saya begitu suka lagu ni. Kerap melagukan lagu ini sepanjang menjadi komiti taaruf hari tu. Dan dalam menyanyi-nyanyi tu, saya sempat berangan dan berimpian suatu masa nanti suami saya nyanyi lagu ni untuk saya. Boleh kan? ;)) Kerana saya permaisuri hatimu <3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...