 |
cadbury black forest.
saya jatuh suka sejak kali pertama makan.
sampai sekarang, ia favourite saya.
sangat sedap.
terima kasih, si pemberi! ;)) |
"Nusrah, ada orang kirim salam."
Senyum. Zaman sekolah menyapa kotak memori. Cerita 8 tahun lalu kembali berlayar.
"ini hadiah birthday. A**** kasi.."
Saya pandang sepi. Oh coklat. Berbalut kemas dengan pembalut jernih bercorak dan diikat riben. Kemas dan ada secalit nota kuning di situ. Senyum. Jiwa remaja yang berhati keras tak terasa apa. Yang tahu, saya gembira sebab dapat coklat.
Seminggu kemudian...
"Nusrah, coklat tu ada maksud tau.."
"Maksud?"
"tahu tak maksud dia apa?"
"tak tahu" sambil garu kepala yang tak gatal.
"maksud dia, saya suka awak.."
*Blushing!* [walaupun orang tengah yang menyampaikan]
Takut ada jampi
"Nusrah, ni *z** kasi.."
Saya pandang sepi. Err..aduhai..
"tak nak amek. boleh?"
"Amiklah. Dia ikhlas bagi ni. Nanti dia marah kat saya pulak"
Dengan penuh berat hati, saya amik. Coklat lagi. Cuma entah kenapa kali ni, walaupun orang yang berlainan yang bagi, saya berasa lain macam. Macam tak sedap hati sahaja. Terus, saya langsung tak makan. Semuanya saya kasi pada kawan-kawan. Maaf.
*sebab saya takut ada jampi sebenarnya.haha*
8 tahun kemudian....
Sebenarnya setiap kali saya kemalasan nak study, saya selalu reward diri saya dengan coklat. Supaya saya rajin dan dapat belajar sampai habis. Habis je study, saya akan dapat makan coklat. Rasa seronok. Indeed, ia memang suatu kepuasan. Rasa macam susah nak gambarkan perasaan tu. Hehe. Kalau masih ingat lagi, dalam entri sebelum ni saya dah pernah letak gambar pasal saya study sambil ditemani coklat tu. heee ^^,
Bukan Rezeki Saya.
Ini kisah beberapa minggu lepas. Sewaktu nak exam Developmental Psychology. Aduhai..subjek ni memang terlalu banyak terms, stages dan aspects yang nak kena ingat. Dan disebabkan saya susah sangat nak study, saya terfikir-fikir lah apa caranya nak buat saya bersemangat. Kebetulan pergi kiosk nak beli something. Tetiba terpandang coklat. Aduhai teringinnya lah. Terus terdetik, "
ok coklat ni boleh buat jadi reward. Habis study baru boleh makan"
Sampai di bilik, lepas selesaikan apa yang patut, saya pun mula study dengan penuh semangat. Maklumlah coklat tu pemangkin semangat. Memang bersemangat yang amat nak khatamkan topik pada malam tu. Dalam jam 10 malam, saya khatam study. Alhamdulillah. Senyum. Lebar-lebar. ^_____^
 |
ini coklat reward.
tengah study Developmental Psyc.
bukan rezeki saya :) |
Ok, masa untuk makan coklat! nanti boleh kasi roomates jugak. Bila dah bukak, muka berkerut. Kenapa coklat tu lain macam? Kenapa ia jadi macam dah tak elok? Saya tengok expired date. Ok lambat lagi..tapi kenapa coklat tu macam dah tak elok. Ehm..sedih! Coklat saya tak boleh dimakan :(
Mula-mula rasa macam tak boleh nak terima hakikat tapi lepas tu rasa macam takpelah..ada sebab la tu kenapa Allah taknak kasi saya makan. Dengan hati yang hampa, saya berusaha memujuk diri. Terus sambung mengulang baca subjek tu sebanyak 2x. Kemudian saya tidur. Mahu lupakan rasa sedih malam tu. Dan saya percaya, dah memang sebab bukan rezeki saya untuk makan coklat. Sebab tu lah tak dapat makan. Huu :(
Somewhere over the rainbow
 |
Allah gives something better to me
through yourself ^__^ |
Seorang kawan. Bercerita dengan saya pasal study. Saya cerita kat dia pasal reward coklat saya tu.. waktu cerita kat dia tu saya rasa kelakar sangat. Walaupun kedengaran macam kesian, tapi saya still rasa kelakar. Hehe
"Saya nak mintak tolong kasi sijil kat ***i* boleh?"
"Orait..lepas cuti lah senang"
Bla..bla..bla... tetiba..
"If saya pegi bagi kat gate tu boleh tak?"
"err..okay." Dalam hati, aduhai..malasnya nak jalan..
Sebelum keluar dari bilik sempat ajak roomate temankan saya pegi jumpa kawan yang ni. Jenuh dipujuk dan di ajak, si roomate ni takmau temankan. Ok takpelah. Terpaksa pergi sorang-sorang. Tepat jam 6petang, sampailah sahabat saya ni kat gate tu.
"Nah,ini sijilnya. tapi kat belakang tu ada barang jugak.."
"barang apa?"
"adalah.."
"nak bagi kat sape?"
"yang tu untuk Nusrah.Jangan bagi dekat ***i* pulak"
"ape dia ni?"
"nanti tengoklah..."
 |
bangku kenangan.
tempat lepak saya dengan Sayyidah :) |
Taklama lepas tu, berlalu pergi. Sewaktu berjalan nak balik mahallah, saya dipagut rasa sebak. Sempat menjeling apa yang ada dalam plastik tu, saya terasa semacam. Rasa sedih, terharu, sebak. Semuanya ada. Kemudian, saya duduk kat bangku yang saya selalu lepak dengan Sayyidah. Entah kenapa, hati saya bercampur baur. Seolah ada rasa yang menggunung. Tiba-tiba, tik! ada air yang jatuh menitik. Allah...
Saya nak tulis mesej ucap terima kasih pun rasa macam susah. Duduk diam-diam tarik nafas. Merenung langit petang. Langit dan awan yang indah selepas hujan turun pada waktu pagi. Terima kasih Allah. Menghadiahkan pelangi selepas hujan. Saya terharu segan dan malu. Kemudian kawan saya yang ni send sms. Dia cakap,
"kan saya dah kata. Allah nak ganti sesuatu yang lebih baik. Saya cumalah perantara." Dan pesanan terakhirnya,
"jaga diri baik baik baik baik baik sgt3 tau ^_^ " Saya rasa macam nak menangis saje. T___T
Tiba-tiba, ada yang menjerit memanggil saya..
"Kak Nusrah! Kak Nusrah!"
Saya mengangkat kepala. Sayyidah rupanya.
Malam tu dengan masa yang singkat, saya sempat dinner dengan Sayy. Berkongsi coklat dengan dia. Dia tanya sape kasi, sampai sekarang saya tak bagitau sape-sape. Tentang siapa pemberi coklat tu biar saya tahu sorang-sorang. Terima kasih kamu. Menghantar secebis bahagia buat saya bersama coklat kegemaran. Terima kasih. Macam tahu-tahu pulak saya memang suka coklat yang tu. Semoga Allah membalas segala bahagia saya ini berganda-ganda kepada kamu. Aaameeeeen :)
 |
secebis kenangan
sejuta bahagia :) |
Pengajaran
Banyak perkara yang saya belajar dengan setiap kejadian yang saya cerita. Dengan setiap kenangan yang tercipta, saya belajar banyak perkara. Antaranya, saya belajar mengenali diri saya. Saya tahu apa yang saya suka, apa yang saya tidak suka bila saya dapat compare keadaan saya bila terima coklat melalui dua orang yang berbeza masa zaman sekolah dulu. Saya belajar untuk faham jiwa remaja. Saya belajar untuk berhati-hati menerima sesuatu dari orang. Semuanya saya belajar dari hari ke hari.
Dan yang paling penting, saya belajar untuk ikhlas dalam menuntut ilmu. Mungkin Allah nak tegur saya tentang niat saya dalam belajar. Waktu tu terdetik, "
oh, aku ni tak ikhlas agaknya. Belajar sebab nak makan coklat tu je.." Jadi, perlu betulkan niat dan observe tahap keikhlasan kita dalam menuntut ilmu. Terima kasih Allah atas teguran yang sangat halus dan bermakna.
Dan saya juga belajar, bahawa Allah selalu menjadikan sesuatu itu bersebab. Bukan sia-sia. Saya belajar tentang rezeki yang Dia kurniakan. Kalau dah memang bukan rezeki kita, even dah nak dekat mulut pun, akan jatuh jugak. So, berbaik sangka lah dengan Allah. Dan yang terakhir saya belajar ialah, kita ada ramai orang di sekeliling yang akan menggembirakan kita. Ramai. Sangat ramai. Jadi, hargailah setiap orang di sekeliling kita.
Kerana mereka sangat bermakna dalam hidup kita.
Semoga Allah redha.
 |
coklat.
ini kegemaran saya yang amat.
jarang makan sebab bukan semua kedai ada jual.
terima kasih kerana menghantar bahagia. :)
senior SKE yang memberi,
terima kasih
semoga Allah beri bahagia buat kamu..
Du'a ^^, |
~ Alhamdulillah. Di situ letaknya bahagia bila kenangan tercipta ~