إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Parents Sick

selamat hari lahir, ayah! :)
sebuah kenangan keluarga bahagia.
saya tidak lupa
walaupun ia suatu masa lalu :)



Message delivered.

Tunggu respon.

Tiada.

hari demi hari.

Cuba lagi.

Message delivered.

A few minutes after that

"ayahanda calling"

Finally!

"sekejap lagi ei.."

"ingatkan hp ayah rosak"

"oh sebab ayah ada banyak kerja tadi.."

"owh..ok takpe.."

Suddenly airmata bergenang dan sedih.

*************************

I don't find myself homesick but actually parents sick. Rindu ayah. Rindu mama. Bukan barangkali tapi memang rindu. Masa demam hari tu, rasa juga rindu pada mereka. But what do you expect? Takkan nak menangis tak berlagu minta ayah mama jaga 24jam. Takkan lah nak balik dalam keadaan kelas berderet dan tanggungjawab bergalas banyak. Gagahkan diri cekalkan hati. One fine day, I will be with my mum and my dad 24/7! :)

Rindu.

Sampai saya menangis masa solat tadi. Rindu dengan ibubapa. Kalau ada dekat rumah pun, saya tetap 'parents sick'. Semoga Allah jaga mama ayah dengan baik. Semoga Allah limpahkan kasih sayang pada mereka. Semoga Allah beri rahmat pada mereka berganda-ganda. Aameeeen.


saya nak jadi anak yang solehah.








~ I drop du'as. Not bombs ~

Dia yang bernama Azim



Saya ada satu cerita tentang seseorang. Entah kenapa saya rasa tertarik untuk bercerita tentang seorang budak ni. Tetapi saya takkan reveal nama sebenarnya. Untuk memudahkan cerita, saya namakan dia Azim. (Nama sebenar dia bukan huruf A).

Perkenalan pertama.

Pertama kali saya kenal Azim masa taaruf week setahun yang lalu. Masa tu saya memang tak kenal pun dia. Nama dia pun tak pernah dengar sebelum ni. Saya ingat lagi, malam tu, sedang dia bersembang dengan assistant biro saya, dia terpandang saya. Lepas tu, dia pandang lagi sekali dan lama termenung. Saya tak tahu apa yang bermain di fikiran dia. Mungkin dia rasa macam kenal saya atau muka saya masa tu ada apa-apa kot.

Pertamanya, saya tak suka sangat cara Azim ni. Walaupun saya kerja dengan dia indirectly tapi saya rasa dia ni 'kurang masuk' dengan saya. Habis taaruf, saya bertemu dengan dia masa saya sibuk pantau ChocFair dekat Kaed Gallery. Masa tu, saya sedang cari toilet, tetiba ternampak dia. Berkali-kali dah nampak tapi saya senyum sahaja sampai lah dia angkat tangan dan panggil saya. Katanya, "marilah sini kejap". Saya pun pergi dekat dia dan tanya, "toilet kat mana?". Dia tersenyum dan cakap, "ok jom".

Dengan penuh hormat, dia bawa saya sampai depan toilet. Kalau korang tengok, memang dia layan saya macam ratu time tu. haha. Saya cakap kat dia, bagi direction je cukup lah. Tapi dia nak juga tunjuk jalan. Terima kasih lah yea :) Sampai depan toilet, saya cakap kat dia, "terima kasih. nak basuh tangan je pun". Dia pun tepuk dahi dan gelak. Katanya, "basuh tangan pun bolehhhh".

Kemudian kami bertemu lagi dalam program lain (saya lupa nama program tu) tapi program tu melibatkan pelajar international dan juga Deputy Rectors. Masa tu kami datang pun kerana dijemput. As a guest. Kebetulan pula, tempat duduk saya dan dia cuma diselang oleh seorang guest yang lain. Masa tu pertama kali juga bersembang dengan dia. Itu pun tak banyak.

Taaruf lagi

Masa taaruf kali kedua, saya masih lagi kurang suka dengan dia. Tambah tak berkenan masa dia nak datang makan dekat ngan saya. Terasa juga saya telan makanan besar-besar masa tu supaya tak siapa nampak dia and the gang duduk makan berhampiran saya. Maaf lah Azim sebab saya really awkward dengan kamu.

Sehinggalah the latest taaruf. Peribadi dia sangat lain. Entah kenapa juga saya selalu observed dia. Sebab saya nampak dia lain macam, jadi, saya selalu sahaja pandang dia. Saya rasa pelik. Dia diam. Dia serius. Dia senyap. Segala benda yang dia buat, saya observed dia. I regard this as my case study. Sampai satu hari, saya tanya direct pada budak biro saya berkenaan Azim. Semua orang terdiam. Katanya itu soalan sensitif. Jadi, saya pun diamkan sahaja.

Misteri. Istimewa.

Tahu tak apa istimewanya cerita Azim ni? Saya tengok dia banyak berubah. Walaupun bukan terlalu banyak, tetapi dia ada perubahan yang baik dalam diri dia lebih-lebih lagi masa integrity games. Saya paling suka dengar dia present. Saya paling suka tengok dia berdiri kat depan dan speaking. Sesuatu yang saya sangat kagum dengan dia. Bila dia berdiri kat depan, dia tak ragu-ragu. Dia bercakap dengan penuh yakin. Dia tak tunjuk muka keliru, muka pelik atau muka yang bukan-bukan. He is standing there as the way he is. Saya selalu rasa respect with that kind of man.

Yang paling saya hormat pasal dia adalah cara dia ketika waktu kerja. Dia serius. Tak main-main. Saya masih ingat masa saya communicate ngan dia through walkie-talkie. Penjelasan dia tajam dan jelas. Respon dari dia juga sangat bagus. Walaupun saya sedar, sedang saya communicate dengan dia, dia sedang pandang saya dari hall bawah (walaupun saya kemudiannya menyorok).

Bukanlah kat sini nak kata saya jatuh hati dekat dia. Cumanya apa yang saya sampaikan di sini adalah berkenaan tanggapan saya pada orang. Sesuatu yang saya belajar dari Azim adalah, manusia boleh berubah. Tidak semestinya yang baik berubah jadi jahat. Yang jahat juga boleh berubah jadi baik. Perlahan-lahan. Dengan izin Allah. Satu benda sahaja saya nak cakap dekat Azim ni. Kalau Allah beri sesuatu yang kita tidak suka, itu tidak bermakna perkara itu tidak baik untuk diri kita. Saya percaya, dia redha dengan apa yang ditakdirkan Allah untuk dia hingga terbitnya perubahan dalam diri dia.

Azim yang dulunya saya nampak dia berlagak, dia ego, dia keras, dia sombong tapi sekarang tidak lagi. Dia sebenarnya tiada sifat itu. Dia mampu sejukkan kami dalam biro PC sewaktu sharing moment. Ketika orang lain menekan kami, dia dengan penuh lembut, menenangkan hati kami. Tahniah, Azim. You did a very good job! Mungkin saya perlu belajar banyak perkara lagi dengan dia.

Hari terakhir taaruf, dia mengganggu tidur saya. Saya buka mata, nampak dia. Saya mamai. Tapi saya nampak dia senyum dan melambai. Saya ingatkan mimpi. Dia senyum melebar-lebar dari jauh dan cakap, "byeeeee". Itu pertama kali saya tengok dia senyum ikhlas dekat saya. Jujur. Itu pertama kali. Kan dah cakap, dia dah banyak berubah? Doakan sahaja yang terbaik untuk dia. Allahumma Aameeen.






Pengajaran:
1. Berhenti menilai orang mengikut fikiran sendiri.
2. Beri peluang pada orang. Mereka berhak untuk berubah.
3. Selalu mendoakan yang terbaik untuk semua orang.
4. Belajar fahami perbezaan personaliti individu.
5. Jangan buat keputusan atas kepentingan sendiri (perlu consider others feeling as well)
6. Jangan buruk sangka. Jangan serkap jarang.


Pesanan:
~ Takpayah la cari siapa Azim.
~ Azim seorang manusia.
~ Bukan dari biro pc.










~ I drop du'as. Not bombs ~

Rahsia Hati Nur



Angin... temanilah bintang
Langit... setialah pada bulan
Awan... bersamalah matahari

Kerana ciptaan-Nya terlalu indah. 
Tiada kata dapat mengukir rasa..
Tiada baris dapat membentuk cerita..

Hati... tika engkau berduka, Allah beri pelangi...
Hati... tika engkau bahagia, Allah hadirkan hujan...
Tahukah mengapa?
Kerana Allah begitu sayang padamu..

Yang memberi makna pada sang mentari bukan siapa orangnya tetapi apa maknanya..
Yang memberi makna pada sang mentari bukan berapa banyaknya tetapi di mana letaknya..

Tercoret sebuah cerita hati..
Terlukis sebuah kisah hati..
Tertulis sebuah nota hati..
Terbayang sebuah cinta hati..

Biarkan ianya terus menjadi rahsia hati <3 p="p">


-22 Ogos 2012.
-4 Syawal 1433H.
-12.58 midnite.

[tersimpan kemas dalam draft hp]









~ I drop du'as. Not bombs ~

Kisah sakit. Kisah demam



Masa sihat kita berlari-lari ke sana sini.
Masa sakit kita terlantar sepi di katil.
Masa sihat seringkali membuah lalai kepada kita.
Masa sakit seringkali mendatangkan insaf dibenak kita.

Cerita demam saya.

Pagi itu saya bergegas bersiap. Bergerak ke kelas dengan harapan yang menggunung. Pagi itu saya sudah mula batuk-batuk. Gayanya seperti tidak berapa sihat. Tapi saya buat-buat tak endah. Mungkin sekejap saja batuk ini. Petangnya, hidung pedih dan perit semacam. Petanda mahu selesema. Saya terpaksa menolak ajakan sahabat-sahabat untuk keluar pada malam tersebut kerana berasakan badan saya tidak berapa baik. 

Keesokannya, kawan saya yang lain pula ajak keluar. Juga terpaksa ditolak oleh saya dengan cara baik kerana saya sudah mula selesema. Saya dah rasa badan saya tidak enak semacam. Lidah pula rasa kosong. Tapi saya masih dengan kedegilan untuk berpuasa. 

Hari Khamis menjengah. Di sini lah bermulanya kemuncak cerita saya pada semester ini. Selesema saya makin teruk. Perit hidung. Sukar bernafas. Segalanya mengganggu tumpuan saya dalam kelas. Saya masih ingat, pada hari itu, ramai yang tegur saya. Kata mereka, saya kelihatan 'sakit', tidak bermaya. Tiada keceriaan pada wajah. Saya senyum sahaja.

Lebih berat lagi bila saya ada 3 meeting pada hari tersebut. Saya sudah berkira-kira nak skip meeting sebab badan yang tidak bermaya tetapi disebabkan ada yang sudah remind saya, saya terpaksa juga pergi. Petang itu, jam5, saya pergi meeting PGG dengan niat sekadar 'tunjuk muka'. Taktahu pula dalam meeting ni nama saya naik untuk jadi PM suatu program dan juga mainboard untuk tenure PGG yang baru. Masa tu, saya tolak cara baik. Mungkin faktor demam menyebabkan saya enggan menerima tanggungjawab yang berat. Syukur pada Allah kerana mainboard PGG pada kali ni dipegang oleh Aleya - seorang yang saya sangat kagumi. :)

Petang itu juga, saya sempat inform pada ketua saya pada satu program lain, bahawa saya terpaksa tarik diri daripada menjadi sebahagian komiti. Tidak dapat dinafikan bahawa demam saya ini menyebabkan saya rasa macam nak berhenti dari semua perkara. Penat. Itu yang ada dalam fikiran saya. Melepaskan sesuatu yang sudah digenggam adalah bukan perkara yang senang tapi bila ada kemahuan, disitulah letaknya pendirian kita.

Malamnya pula, saya sudah rasa seperti tidak mampu untuk bersiap ke meeting GM. Saya cuba gagahkan diri kerana saya rasa saya perlu pergi meeting malam itu supaya pada hari Sabtu nanti saya dapat excuse. Dengan lemah longlai, berserta baju sejuk dan semua kelengkapan, saya mula melangkah nak gi meeting. Buka sahaja pintu bilik, hujan turun. Lebat. Saya merenung sahaja hujan. Mengenangkan badan yang lemah, diri yang sememangnya demam, saya melangkah semula masuk ke bilik. Niat dihati mahu tunggu hujan berhenti namun, saya capai hp dan bagitahu my PM berkenaan keadaan saya. Kemudian saya terlelap dengan keadaan bertudung macam tu.

Saya terjaga jam 12.30 malam ketika ustazah Asifah datang memegang dahi. Dia suruh makan ubat. Saya geleng kepala. Degil. Bagaikan seorang ibu, dia datang bercakap-cakap, mengurut-urut saya. Dia letakkan towel basah di kepala saya. Saya ingat lagi kata-kata dia, "mungkin Nusrah rindu dekat Dilla kot sampai demam. Dengan izin Allah, demam rindu pun boleh jadi juga.." -syahdu. sayu. Saya memang rindu dekat Dilla. Malam sebelumnya, saya menangis sebab rindukan dia. Mungkin juga saya demam sebab rindu atau demam sebab penat bertaaruf week.

Pagi ini, saya bangun dengan badan yang lebih sihat. Selesema pun sudah beransur. Rasa macam ajaib. Syukur pada Allah. Kata Asifah, "sebab Nusrah puasa, jadi Allah bantu Nusrah. Allah tolong Nusrah.." Sudah lama rasanya saya tak demam. Terima kasih untuk Asifah sebab menjaga saya dengan baik sekali. Terima kasih Allah atas nikmat ini. Terima kasih segalanya ketika diri ini layu tidak berdaya. Buat Nadilla, kakak awak ni sangat rindu dekat awak. Tak boleh nak bayang kalau esok lusa lepas cik adik ni fly, kakak ni jatuh demam lagi ;''')

Cerita kaki saya

Saya sentuh kaki. Sakit. Awak tahu kaki saya sakit? Tak tahu, kan? Ini cerita 8tahun yang lalu. Saya masih ingat lagi. That's the worse condition that I ever had. Masa mula-mula kejadian, saya tak boleh bangun berjalan. Sedih. Masa tu macam terkejut juga. Masa tu merasa keadaan berjalan dipapah orang. Masa tu, kaki sangat fragile. Takboleh nak pakai seluar. Kena pakai  kain je sebab kaki takleh nak angkat. Takboleh nak lari-lari. Nak jalan macam selalu pun dah tak boleh. Sampai suatu saat, saya rasa putus asa nak berjalan. Saya jalan macam kura-kura. Lambat sangat. Sedih. Masa tu saya cuba kuatkan diri. kuatkan hati. kuatkan semangat.

Cerita kaki saya pada 8tahun lalu memberi kesan yang mendalam sampai hari ini. Mungkin sebab 2x kaki saya terkena keadaan yang perit masa tu. Sampai sekarang, saya sangat berhati-hati menjaga kaki. Sehinggalah pada hari raya yang lalu. Malam tu saya tertidur di tilam. Tiba-tiba mummy datang kejutkan saya kerana dia nak betulkan tilam. Dalam keadaan mamai saya bangun dan tiba-tiba.."dum!" Saya jatuh terduduk.

Mummy terkesima. Saya masih lagi mamai. Masa tu saya rasa kaki saya sakit tapi saya bangun berjalan ke luar. Tak lama lepas tu, saya melangkan ke ruang tamu. Saya merasakan kaki saya sangat sakit. Tiba-tiba sahaja kaki saya tak dapat nak jejak ke lantai dengan baik. Berjalan pun terhencut-hencut. Rupanya-rupanya, jari-jari kaki terseliuh dan membengkak. Sakit. Malam tu, atuk sapu minyak dan urut kaki saya. Sakitnya teramat-amat. Rasa macam nak menjerit je. Malam tu saya tidur lena selepas diurut oleh atuk.

Keesokannya saya tengok kaki saya membiru. Bengkak dan jadi biru. Takboleh nak sarung kasut. Sakit. Lama juga kaki saya sakit sampai lah tibanya hari induction taaruf. Disebabkan saya masih tidak mampu berjalan dengan baik, saya rasa macam nak tarik diri dari jadi komoti taaruf. Rasa macam perlukan rehat buat seketika. Saya sampaikan pada Nusaibah. Katanya, nanti dia takde kawan nak mengadu :) Dari dia juga saya dapat tahu saya dalam biro PC. Setelah berlapang dada dan berfikir berkali-kali, saya buat keputusan untuk pergi induction pada hari kedua. 

Dengan bermacam risiko, saya gagahkan juga melangkah ke uia pada pagi selepas subuh. Mungkin tiada siapa yang perasan, saya pergi induction dengan memakai sandal. In fact, masa explorace tu, kaki saya terlalu sakit disebabkan lari-lari apa semua tu. Walaupun Fahmy dan Azwan juga tahu tentang kaki saya tu, hanya Nusaibah yang yang tahu bahawa kaki saya belum sihat. Setiap masa, dia akan tanya, "kak Nusrah ok tak?" "Kaki kak Nusrah ok?". Saya hanya mampu menjawab dengan gelengan kepala sambil menahan airmata sebab kaki saya memang sakit.

Sebenarnya sampai sekarang kaki saya masih lagi sakit. Masih lagi ada sisa-sisa bengkak. Saya pejamkan mata sahaja masa jadi PC Hall sepanjang taaruf. Saya pernah tanggalkan kasut dalam hall sebab tak tahan. Saya kuatkan hati baca macam-macam doa supaya saya tabah. Kaki adalah pemberian Allah. Kalau hilang, saya takboleh nak cari ganti kat mana-mana shopping complex. Kalau rosak, saya takboleh nak bawak pergi mana-mana bengkel. Sebab tu saya sayang kaki saya. 

Sama macam usaha untuk jaga diri, jaga iman, jaga hati, macam tu juga kena jaga kaki. Nanti kalau dah takde kaki, macam mana nak melangkah pergi masjid? Macam mana nak melangkah pergi kelas? Macam mana nak melangkah pergi majlis-majlis ilmu? Macam mana nak bawa mak ayah berjalan suatu hari nanti? Kalau fikir dalam-dalam dan lama-lama, pasti bergenang airmata.



Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Walaupun demam, puasa 6 berjaya juga dihabiskan. Syukur pada Allah yang memberi nikmat ini.


ini gambar raya.
tapi tahun lepas punya.
boley la kan? :)


Ketika saya sakit, saya sedar akan beberapa perkara tentang diri saya;
1. Saya ni degil.
2. Saya tak suka orang paksa saya.
3. Saya kurang rasional bila sakit.
4. Saya suka berehat secukupnya walaupun kerja tak siap ketika sakit.
5. Saya mudah stress bila orang bagi kerja last minute kat saya.
6. Saya tak sukakan jawatan yang tinggi-tinggi
7. Saya suka jadi yang sederhana.
8. Saya tidak manja.
9. Saya terlalu berdikari.
10. Saya perlukan perhatian ketika demam.


-saya ini memang macam-macam. heh~









~ I drop du'as. Not bombs ~

Demam Hujan Matahari

makan dengan famili
-suatu kenangan-


Mata berair.
Hidung pedih.
Muka merah.

Sarung stoking.
Pakai baju sejuk.
Terbaring berselimut.
Sejuk.
Sejuk.
Sejuk sangat.

Lidah pahit.
Tawar.
Tiada rasanya bila makan.
Tiada manisnya bila minum.
Hilang selera.

Hujan renyai-renyai sejak semalam.
Saya rindu dengan kenangan itu.
Kisah hujan dan demam pada suatu masa lalu.

Saya demam dan hari hujan.
Itu kisah dua tahun yang lalu. Dan sekarang ia kembali.

Saya hanya mampu berehat di bilik selain bergerak ke kelas.
Kena rehat sampai sihat.
Selesema ini mengganggu tumpuan saya.
oh demamku.


-semoga cepat sembuh. 
-dah lama tak nampak matahari.
-dia ada kawan baru dan tinggalkan saya dah :(








~ I drop du'as. Not bombs ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...