إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

till jannah, Ainur ;')

بسم الله الرحمن الرحيم





sepintas lalu. sejenak berkongsi.

sahabat, semoga sampai syurga.

semoga dia, mampu memimpin dan mendidik awak dengan baik. menjaga dengan sebaik-baik jagaan. semoga kekal hingga ke syurga. ;''')

preparation


berinai


malam berinai. dayang2 yg lebih :P


pagi. pengantin berdebar. sejuknya tangan dia. beku!

senyuman manis. tahniah! ;D


kenangan :)

with her sister :)

alhamdulillah. till jannah, inshaAllah :)


;''')

saat bahagia, dia. :)

momen-momen terindah ^^

Aameeeen. inshaAllah :)

simple but nice. i love it! :)

gifts. from them. :)


us.
we.
kami.
sahabat.
sampai.
syurga.
:)

sepadan. secocok.
:)


am gonna miss this ^__^

selamat berbahagia, sahabat.
Ainur dan Shah
^_____________^









"Wahai Yang Maha Hidup dan Maha Menguruskan, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. perbaikilah semua urusanku dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata." 
 (HR an-Nasa’i dan al-Hakim)












~ I drop du'as. Not bombs ~


fassobrun jameeeel~


بسم الله الرحمن الرحيم




"kalau nak doa, kena spesifik tau..."

"dah berdoa tu, jangan lah bagitau orang, nanti tak makbul.."

"bila berdoa, kena sungguh-sungguh. kena yakin yang Allah akan makbulkan doa kita. tak boleh ragu-ragu..."

sepertimana firman-Nya;

"...dan berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu.." [40:60]

kuasa doa. janji Dia.

seiring dengan doa, kita perlu percaya dengan seyakin-yakinnya akan ketentuan Allah. Allah akan beri mengikut kadar yang sesuai dan atas nama keperluan kita, bukan kehendak.

pernah sekali dua atau lebih, kita akan terduduk menangis kerana tak dapat apa yang kita mahu. Tak dapat apa yang kita inginkan. Sedangkan, Allah tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.

terkadang, untuk meyakini itu susah. Untuk cekal dan tabah juga payah. Apalagi mahu mengajar hati untuk redha dengan ujian.

ramai yang selalu berkata, sabar itu indah. tapi berapa ramai yang betul-betul dapat rasa keindahan bila bersabar?


dan

untuk hati-hati yang terkadang ragu, terkadang cemburu, yakinlah bahawa Allah beri apa yang terbaik untuk kita semua.


 "kita akan lebih bertabah dalam pencarian,
 jika kita tau, kita akan berdepan ujian sebelum penemuan;
 maka, bersedia-lah untuk diuji dan teruji!"

fassobrun jameeeel.

13:22





nota hati: mushrif saya menang. alhamdulillah. ;''') tahniah dan takziah :')













~ I drop du'as. Not bombs ~


coretan tiada tajuk


بسم الله الرحمن الرحيم




kata dia, "nusrah sekarang kelihatan bahagia sekali"

kata si dia pula, "kenapa lama sangat menyepi?"

dan dia pula menutur kata, "umur itu cuma angka, tempat itu cuma lah jarak"

Bagaimana kita mendefinisikan bahagia itu bukan terletak banyaknya gelak tawa senyum manja seseorang itu. Bukan juga terletak betapa kurangnya dia menangis. Kerana terkadang, boleh jadi menangis adalah sesuatu perkara yang membahagiakan diri kerana di situ wujudnya sebuah ketenangan yang diberi oleh Dia. Pemilik hati.

Ada ketika, senyum tidak lekang dari bibir.
Ada ketika, airmata jatuh tanpa henti.

Dan itu sebenarnya menjadikan diri kita tabah.
Mendidik diri untuk kuat dan cekal.

semoga kita terus-terusan mampu mendidik diri untuk merasa manisnya ujian.

senyum segaris untuk semua.















nota hati: bila la boleh dapat gambar 10SS1 ni..huhu












~ I drop du'as. Not bombs ~


diam sejenak



بسم الله الرحمن الرحيم



Sedang saya menulis, ada satu rasa yang bertandang.

Pejam celik, rasa sekejap cuma masa berlalu.

Satu semester cukup untuk menutup tirai kenangan.

Jujurnya, tidak ada satu pun cerita yang saya kongsikan dalam blog. Tidak seperti zaman-zaman belajar yang sebelum ni, mencurah-curah idea nak tulis, banyak perkara untuk dikongsikan.

Diam sejenak.

--

---

----

-----

------

-------

--------

---------

----------

rasa macam mahu menangis.








~ I drop du'as. Not bombs ~


Saya rasa dia baik. Dan yes, dia baik.


بسم الله الرحمن الرحيم



saya rasa dia baik
saya tengok dia baik
saya dengar dia baik
saya cakap dia baik

yes, dia baik. Dan tiba-tiba sahaja, dia termasuk dalam bicara saya dengan Dia. =)

pernah jumpa orang baik?

tentu pernah, kan.

pernah lihat orang baik?

tentu juga pernah.

kat mana-mana pun boleh jumpa orang baik. walau dalam masjid, dekat tempat belajar, tempat kerja, dalam kapal terbang, dalam tren, dalam bas, dalam shopping complex, semuanya possible untuk kita bertemu dengan orang-orang baik. Hatta, di dalam hutan sekalipun.

tak percaya?

senyum lebar.

-------------------------

ketika dahi rapat ke tanah,
menghadap Dia penuh pengharapan,
empat jasad gagah menyusun doa,
sedang satu hati tercuit dengan kebaikannya.

untuk insan-insan baik yang telah mengukir memori, jazakumullahu khair.
semoga syurga tempatnya untuk kalian.
dan untuk insan yang merentap jiwa dengan kata-kata hikmah, dengan nasihat penuh kesederhanaan, jazakallah. semoga kasih sayang Dia sentiasa bersama kamu.

Aameeeen. InshaAllah.



nota hati: Do you ever wish you had a second chance to meet someone again for the first time? :)











~ I drop du'as. Not bombs ~ 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...