إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Koyak rabak


بسم الله الرحمن الرحيم



Saya pandang langit. Sepi.
Tapi indah. Sangat indah.

bagaikan terngiang-ngiang kata-kata kakak naqibah saya suatu masa lalu, "Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang sama sampai kita lulus ujian tu"

Dan mungkin saya belum lulus ujian tu. Sebab tu Allah menguji hal yang sama berkali-kali. Berulang-ulang. Sehinggakan terasa jatuhnya seperti payah untuk berdiri semula.

Sehari demi sehari. Masa terus berjalan. Dan saya sedar bahawa ujian itu manis pada akhirnya apabila kita sedar bahawa semua di dalam hidup ini pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal bersama kita. Kecuali Allah. Dia yang Satu.

Bila ujian menyapa, kita mungkin jatuh terduduk. Terkadang sampai rasa berat dan susah untuk bangkit. Terkadang kita akan rasakan seperti tiada siapa pun peduli. Menangis berseorangan, nak mengadu tak berteman, semuanya kita rasakan kita bersendiri. Dan pada tika itu jugalah teman-teman tidak lagi menjadi sahabat. Teman-teman mula melihat diri kita yang lemah sambil menyalahkan kita di atas kelemahan kita tanpa menghulurkan tangan untuk menolong, menghulurkan bahu untuk melepaskan tangisan dan menghulurkan hati untuk ditenangkan. Tiada.

Pernah kan kita rasa macam tu?

Kita jarang sekali sedar bahawa di sebalik kekecewaan dan kedukaan kita tanpa sahabat di sisi sebenarnya ada Allah yang tetap setia tanpa meninggalkan kita walau sesaat. Ya. Ada. Allah Yang Satu, yang tak pernah meninggalkan kita walau sesaat, walau satu kelip mata pun.

Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang bersyukur?

Kadang-kadang sebagai manusia, kita selalu lupa untuk mengusap bahu sahabat yang sedang berduka. Kita lupa untuk menghulurkan bahu pada saat airmata sahabat kita menitis. Kita lupa bahawa kita bisa memberi kekuatan kepada sahabat kita di saat getir dengan cara yang paling mudah. Namun, jarang sekali kita ambil peluang yang sudah tersedia di depan mata.

Berada di sini membuatkan saya sedar akan besarnya kuasa Allah. Hebatnya kuasa "kun fayakun". Allah boleh tarik apa yang dia beri pada bila-bila masa sahaja. Anytime.

Dan sebagai seorang mukmin, kita sepatutnya bersedia dan berhati-hati pada setiap masa. Itu salah satu lambang ketaqwaan kita. Bila kita meninggalkan sifat taqwa, pakaian berhati-hati kita, kita akan terus kecewa termengadah sampai tak tahu bagaimana nak bangun semula.

Bila satu persatu teman meninggalkan saya, saya sedar bahawa tidak ada satu pun di dunia ni yang akan kekal. Tidak ada. Hatta ibu ayah, suami isteri, anak-anak, kawan-kawan, kaum kerabat, semua tu Allah boleh ambil pada bila-bila masa sahaja kerana itu semua pinjaman. Pinjaman. Dan pada ketika itu lah kamu patut sedar yang kamu hanya ada Allah. Kerana hanya Dia yang kekal.

Tarik nafas dalam-dalam.

Saya tahu ada jiwa yang luka.
Ada derita yang di tanggung.
Ada duka yang di simpan.
Ada pahit yang di telan.
Ada airmata yang di tahan.

Pahit
Pedih
Calar-balar
Koyak rabak

Tapi sedarkah kita bahawa ubatnya adalah Allah?

Di situ ada rahmat-Nya.
ada kasih sayang-Nya.
ada pelukan cinta-Nya.

ada Allah.

;'')

















~ I drop du'as. Not bombs ~


Ubat ni pahit sangat



بسم الله الرحمن الرحيم





Fatimah duduk di bangku di bawah pohon yang rendang. Diam-diam dia memandang langit. Sepi. Petang itu suasana terlalu sepi. Sesepi hati nya.

Diam termenung.

Tik.

Airmata menitis. Sayu. Perit.

"Allah, kenapa ubat ni pahit sangat? macam mana nak telan?" dia bermonolog dalam hati.

Berita yang diterima pada petang semalam terasa seperti ditoreh-toreh hatimya. Seperti disiat-siat kulitnya. Sakit sungguh.

"Tim..." Dija datang menyapa.

"Eh dija.. kenapa?"

"kenapa kau duduk sorang-sorang kat sini?"

Fatimah mengukir senyum. Pahit.

"Dija... kenapa susah sangat nak telan rasa pahit ya?"

"kau sedih pasal semalam?"

Angguk.

"penat aku berlagak tabah. berlagak okay sedangkan hati aku rasa macam dihiris-hiris. sakit sangat."

"sebab Allah sayang kau, Tim."

Khadijah memeluk Fatimah. Erat. Semoga dengan pelukan itu mampu melegakan duka lara Fatimah. Dan entah yang keberapa kali Khadijah melihat Fatimah menangis dikeranakan manusia yang....entahlah.

Semoga masa bisa merawat semuanya.

Semoga.








~ I drop du'as. Not bombs ~



Pilihan Allah untuk...kita


بسم الله الرحمن الرحيم





"bukan semua orang boleh meninggalkan orang yang dia sayang demi tanggungjawab yang di galas. Kerana tanggungjawab tu berat. Amanah tu boleh tarik diri ke neraka"

Perlahan-lahan kata-kata itu menyisip masuk ke dalam hati. Tersentuh. Terasa airmata mula bertakung.

Maaf, mungkin pada ketika tu saya gagal menyembunyikan riak kecewa walaupun saya berjaya sorokkan airmata daripada mengalir.

Bukan lah kerana saya kecewa. Bukan kerana sedih. Saya cuma rasa sayu. Sayu dan terharu. Pertama kali saya bertemu dengan seseorang yang terlalu jujur. Jujur pada kata-katanya, pada perbuatannya, serta pada amanahnya.

"Tuhan, daku jatuh lagi..."

Jatuh yang tidak menjatuhkan.

Kata dia, Tuhan mendatangkan kebaikan melalui ujian, terkadang melalui nikmat. Dan jika kita mengelak untuk satu perkara, boleh jadi Tuhan hadirkan perkara yang lain pula. Boleh jadi.

Dengan setiap sujud, ada doa.
Dengan setiap doa, ada harapan.

Semoga setiap keputusan dan pilihan kita, masih dalam redha-Nya, masih dalam rahmat-Nya. Masih.

"Kekadang pilihan kita banyak. Kekadang tidak. Namun, luruskan hati kepada-Nya. InshaAllah pilihan Dia untuk kita lebih tepat daripada pilihan kita untuk kita"


Allah, permudahkan lah ;''')












~ I drop du'as. Not bombs ~


Cerita yang tidak berpenghujung


بسم الله الرحمن الرحيم




Tali yang pendek kelihatan panjang sekali
Bulatan yang kecil kelihatan besar sekali

Saya pilih untuk meniti tali yang pendek walau jelas kelihatan jalannya panjang
Mungkin sangat panjang

-------------------

Nak cakap macam taknak cakap
Nak sembang macam taknak sembang
Nak senyum macam taknak senyum
Nak marah macam taknak marah
Nak sedih macam taknak sedih
Nak tengok macam taknak tengok

Yes, itu kita.

Kekadang tu nampak je, ada je kat sebelah tapi sengaja butakan mata, buat-buat tak nampak walau jaraknya cuma seinci dua

Sampai bila nak macam ni?
Seperti cerita yang tidak berpenghujung
Seperti kisah tidak berpenghuni

Mungkin kita sebenarnya keliru


.







~ I drop du'as. Not bombs ~



Semoga baik-baik sahaja



بسم الله الرحمن الرحيم




Lama rasanya tak menulis. Lama.
Sehingga terlalu banyak cerita terbuku sepi.

Sewaktu saya menulis ni, saya baru sahaja balik dari bercuti. Very short vacation. Tapi percutian yang sekejap ni memang terlalu berbaloi-baloi. Rasa macam taknak balik terus. Jauh dari segala masalah dan fitnah yang melanda. Jauh.

Terkadang pernah rasa mahu marah, mahu lepaskan saja segala kekecewaan dan prasangka. Bila selalu sangat bersangka baik, akhirnya kita sendiri diperdaya oleh manusia.

Tarik nafas.

Rasa sebak.

Saya tahu Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Saya tahu.

Jauh-jauh saya doakan semoga baik-baik sahaja.

Semoga dalam setiap langkah kita, dalam setiap amal kita, dalam setiap kata-kata kita, masih lagi dalam rahmat-Nya. Masih lagi dalam redha-Nya.


Semoga.






nota hati: saya yakin, hati kamu kuat. semoga tabah dengan dugaan. Aameeeen ;'')


nota hati 2: masalah perlu dihadapi bukan lari..tapi terkdang kita perlu lari dari masalah agar kita mampu untuk hadapinya dengan tenang dan sabar :'')














~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...