إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

..bagaimana mengekang nafsu..




salam kerinduan..heheh.. dah lama saya tak menulis blog.. nk log in pon tak de mase.. tjuk post hr ni agak menarik jugak..artikel ni saya amik dari sahabat blogger yg lain..hehe.. dah lame nak post cume tak berkesempatan je...jadi, penulisan di bawah ni sememangnya bukan saya punya tapi org lain.. ilmu kan.. elok lah dikongsi.. jom sama2 kita renung2kan dan amik manfaat. insyaAllah..


Soalan

Assalamualaikum warahmatullah..

Terlalu banyak pandangan,ajaran,nasihat tuan ustaz berikan, hanya satu saya minta. Ketagihan nafsu seks ini sangat melampau. Ustaz dan saya juga hanya manusia.

Jadi, bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.

Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

Jawapan

BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?

Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.

Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.

Apa yang perlu adalah : -

Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.

Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.

Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.

Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.

Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.

Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :


* azab api neraka,

* azab kubur,

* mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan

* kejauhan dari rahmat Allah swt serta tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w dan lain-lainnya.


Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-


* penceraian akan berlaku akibatnya,

* pasangan zina mengandung,

* bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,

* mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,

* apa akan jadi kepada anak-anak ?,

* kejian masyarakat,

* ditangkap basah dan diumum di media,

* adik beradik mengeji,

* akan dijangkiti AIDS,

* dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat dan banyak lagi boleh disenaraikan.

Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.

Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.

ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?

Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.

Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.

Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.

SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN

Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.

2. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.

3. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.

4. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.

5. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.

6. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.

7. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.

8. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.

11. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan

12. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.

13. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.

14. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.

15. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.

16. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )

17. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.

18. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.

19. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-

قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Asy-Syams : 9-10)


Sumber: Zaharudin.net


wassalam,
nusrah walfath..

...tag...

salam puasa enam..hehe... sekarang ni kan org tgh pose sunat 6.. ni sbnrny nk jwb tag dari kelisa hijau..tag ni dah lame bebenor... saya sengaja buat2 tak nampak je.. haha.. sampaikan dah dua tag tak berjawab oleh saya... maklumlah busy...heheh.. k la nak jawab nie... mood tgh baik...

1) Anda rasa anda HAWT?

*- erm...ape ke bnda ni? ada dlm dictionary tak? hahah...


2) Upload gambar kesayangan anda.

*- alah..ni yang tak suka ni..nk upload lmbt sgt la...tambah lagi byk sangat gmbr yg saya syg... dr saya baby smpai sekarang..huhuk... k la..ni la gmbrnye...



3) Kenapa anda suka gambar ini?

*- jgn tanya la knp..dah name gmbr kesayangan mst la suka... menyibok je nk taw knp..huh.. saya suka gmbr ni sbb ni la geng2 saya time sekolah dlu.. kawan2 terbaik yang pernah saya jumpa..sampai sekarang tak de ganti... n kami pon masih rapat lagi... gmbr ni jugak ada dlm hp, ada dlm lptop, ada dlm wallet, ada dlm bilik, ada dlm diari, n ada dlm hati jugak..hehehe....


4) Bila kali terakhir makan pizza?

*- kebetulan kelmarin my uncle beli pizza.. baru je lepas mkn kelmarin...wahahaaa....


5) Apa yang anda buat sambil menyelesaikan tag ini?

*- wah ni lg soklan menyibok..tak hbs2 nk taw... biarlah rahsia..hahahahaha.... erm tak wat pe pon... mengantok je...


6) Selain dari nama anda sendiri, anda suke dipanggil dgn name ape?

*- hahahaa saya paling byk name pnggilan.. erm ntah la.. saye suka name2 yg kwn2 baik saya pnggl... tapi sekarang saya lagi suka bila ank2 tersayang pnggil saya... sedap je bunyi.. bila balik keje, die tggu dpn pintu n panggil sy, saya rse bhgia... die pnggl dgn name ape? ade laaa.....


7) Tag lagi 6 orang tanpe rasa kekesalan

*- 1. diba
*- 2. xikree
*- 3. mulut bisu
*- 4. syaamiera
*- 5. cikgu adham
*- 6. maahadian al muallim


8) Siapa no 1 kepada anda?

*- erm..die ni? sekarang jadi kawan saya..dulu saya kenal die waktu mughayyam arabi..saya jadi fasilitator tuk diorang ni..pastu jadi terapat plak..hehek...


9) Bagaimana pula dengan no 3?

*- haha..kenal kat blog je.. tah la sape..hihi... tapi ok la... berkawan biar 1000....


10) Pendapat anda pada no 4 !

*- ni kawan kat teja la ni...sekelas dlu.. die ni pndiam je tapi bijak... die baik ngn saya.. dalam claz, die tak banyak kerenah... saya lg nakal...haha... sekarang die dah makin cun.. mst dah ada yg punya nie..hahahaha.....


11) Katakan sesuatu terhadap orang ke - 2 !

*- hehe... smg tak tension2 dah... maklom lah blog dijangkiti virus2 ayam... kalo pegi dinner alumni, kirim lah salam pada sume yea... lg... kat tmpat keje saya ni ada kosong.. nak keje? haha...


12) Anda juga mungkin meminati

*- sony brand... ni bukan mungkin2 tapi memang minat sangat2... sbb tue suke pakai hp sony ericsson.. suka jugak ngan kamera sony.. tapi lagiiii suuukaaaaaaaaaa sangat ngn sony vaio... cun la tapi mahal.. kalo beli terasa membazir..tapi kalo tengok je, termimpi2..hahaha...


k la dah habis jwb dah..lega... alhamdulillah... erm next tag... malas nye nak jawab..saya ngantok dah... esok2 je la... bile saya free lagi k... kepada yg telah di tag, jangan lupa menjawab k... dah la... selamat malam... semoga di redhai Allah selalu.. assalamualaikum...


...ANTARA DUA KASIH...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
saje jenak kongsi lirik lagu dr UNIC..suka saya dengar lagu ni...tajuknya antara dua kasih...


Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai


nusrahwalfath: kasih Allah kekal abadi..

...isy3...



eherm... salam syawal... betul2 tak de mood dah nak blogging ni.. tapi tak boleh la... perjuangan harus diteruskan...hehe... ape khabar la kawan baik saya yg minta tazkirah hari tue.. sampai ke sudah saya tak bagi2 lagi.. sorry... ni tak de topic sngat nak cakap..cume heran sejak dua menjak ni... ape yg saya herankan? tak de ape... hahaha....

suka sangat saya nak bagi ceramah kat kaum adam.. walaupon bukan semua saya nak tuju tapi elok lah rasenya kita amik manfaat sama2... panjang yg saya nak cakap tue.. tapi cukup sekadar mukadimah di sini dulu... mukadimahnya senang saje.. rujuk lah pada al Quran.. tengok surah an-nur ayat 30 (kalo tak silap).. wahai lelaki yang beriman, tundukkan lah pandangan..

tapi berapa banyak yang berjaya menundukkan pandangan? dan berapa banyak yang tewas ngn pompuan sebab tak jage pandangannya? nanti saya huraikan... lagi satu... lelaki yang baik (yang soleh) bukannya orang yang suka mengganggu perempuan apatah lagi sehingga menakutkan kaum hawa menjalani kehidupan.. senang cerita.. kalau dah suka sangat, solat istikharah dulu.. mane taw tersalah pilih.. erm lepas tue.. ikut lah adab..

pegi lah jumpa mak bapak si hawa tue... ha kalo kena tolak or diterima belakang cerita.. sekurang2 nya kita tak wat benda tak elok.. jadi la gentle... isy...benda ape dah saya cakap ni? huhu... nanti la saya terangkan dgn detail..as soon as possible..

nusrahwalfath: lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik (an nur: 26)

...raye!!..

Salam akhir ramadhan… sedar tak sedar kita dah nak masuk bulan syawal pon.. cepatnya mase berlalu… sebenarnya saya nak post ni semalam tapi tertidur pulak.. ni pagi tengah tggu waktu nak duty tapi amik kesempatan bukak laptop jap..haha… semalam sayu je… saya gi bukak pose kat luar pastu sempat lagi gi beli kad raye.. tah la..tetiba saya rindu sangat kat kawan2 sekolah dulu..lambat sampai pon xpe asal diorang dapat kad tue..hehe… sampai kat umah, tiga hero say ajak main bunga api.. wah… sayunya… saya pon join la anak2 tersayang tue main bunga api kat depan rumah.. rindu pula ngn suasana kampong.. walaupon hanya main ngan anak2, tapi saya tetap terasa bahagia..(cewah..)..


Petang pula saya sibuk dok buat biskut raye.. anak saya ni sibuk2 dok suruh saya jual.. katanya leh dapat duit n beli mainan dia..haha… tapi memang ada kawan nak beli pon.. padahal haru tu saya bagi die rase shj.. tapi katanya sedaaappp…hehe.. mesti la sedap sbb saya masak dengan penuh kasih sayang taw.. hehehe… pastu saya wat la cket tuk bwk balik kampong.. wah tak sabarnya…


Pagi ni dalam kul 11:30pg, saya dah nak bertolak balek.. yuhuuuu tak sabarnya!!!! Tapi mesti jalan jam.. saya dah siapkan earphone n bateri hp full tuk dengar lagu n sedikit surah yang tak habis2 lagi ni..huhu… nanti kat dalam kete, mesti saya cari orang tuk mesej saya.. sbb saya bosan… jauh sangat kampong saya ni..hehe…k la saya pon dah tak de ape nak cakap rasenya… tapi terima kasih banyak2 pada xikree sbb bg kad raye.. n juga pada student saya yg bg kad jugak.. tak lupa jgk pada ank tersayang yang letak kad bawah bantal saya..haha… cantik2 kad tue.. thanks a lot…


Erm.. rasenya bila kat kampong nnt saya dah tak sempat nak bkak blog ni.. busy ngn budak2.. huhu.. I will be back in 4th hari raya.. insyaAllah…Akhir kata salam sayang n salam syawal.. selamat menyambut hari raye… maaf zahir batin.. mungkin ada salah silap dalam tak sedar..(cewah..).. huhuk… k la nak gi duty dah… tata.. assalamualaikum…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...