إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Kembara ilmu. Kembara bahagia


بسم الله الرحمن الرحيم


gambar kenangan.
di perkampungan antarabangsa.
fall semester
:)



merdekanya hati, bila yang di dengar cuma Dia
merdekanya hati, bila yang dilihat cuma Dia
kalau yang dilihat dan didengar cuma Dia
kenapa dibiar yang lain jadi hakimnya?



Untuk hati-hati yang di sayang Tuhan, yang telah Allah sampaikan kasih sayang-Nya melalui kalian, terima kasih di atas segala rasa yang satu ini. Untuk hati-hati yang di sayang Tuhan, yang Allah tiupkan kasih sayang ke dalam hati ini, terima kasih di atas cinta dan bahagia yang diberi. 

Mungkin kelihatan pelik. Tapi saya anggap ini unik. Setiap yang Allah beri, setiap yang Allah hadiahi, semuanya mengandungi hikmah yang tersembunyi. 

Jujur. Hati ini terlalu menghargai kehadiran kalian dalam hidup ini. Mungkin masa kita amat singkat tapi saya punya rasa terlalu indah.


hadam lirik lagu ni. khas untuk hati-hati yang mengikat rasa bahagia saya kepada mereka. senyum bahagia.


kembara ilmu selaut cahaya 
milik Tuhan tiada bertepi 
diselam tak jejak ke dasar 
ditimba tak luak setitis 

kembara misi lembah nurani 
menakung titisan ilmu suluhan budi 
resapan dari akal yang murni 
untuk diuntai mutiara sufi 
menjadi azimat menuju firdausi 

lembah nurani fitrahnya suci 
jangan ditinggal gersang 
jangan dibiar hitam 
gersang nurani kerana tiada ilmu 
hitam nurani kerana dosa bertimbun 

noda di hati melemahkan minda 
kembara sufi terasa sukar 
sesatlah di dalam pelayaran 
hanyut tiada pedoman 
akhirnya karam dalam kegagalan







~ I drop du'as. Not bombs ~


Doa

بسم الله الرحمن الرحيم






"cepat doa. Doa penuh yakin tau" -bicara seorang makcik pada anak kecilnya ketika beberapa minit sebelum berbuka puasa.

Ketika itu kami berada di sebuah ruang masjid, menanti saat iftar. SubhanaAllah, ramai sungguh orang di sini. Dan betapa tenangnya saya berada di rumah Allah, memang sangat sukar untuk digambarkan.

Ketika tangan ditadah, mulut laju menutur bicara pada Dia, tiba-tiba sahaja, yang setia disebelah saya bersuara;

"akak doa apa?"

Saya senyum kenyit mata. Faham benar mimik muka dia yang minta saya doakan tentang hal yang dia bicarakan pada saya lewat beberapa hari lalu.

Doa.

Bagi saya ia adalah suatu keindahan.

Sebab saat itu, kita sedang berbicara pada Dia. Pada pemilik nyawa, pemilik hati. Teringat bicara akhawat pada saya ketika sedang pillow talk dengan dia, katanya;

"nak doa, jangan bagitahu. nanti tak mustajab" 

Hehe. comel sahaja. Masih, saya juga teringat pesan seorang pakcik beberapa bulan lalu, katanya;

"bila berdoa, kena yakin. Yakin sepenuh hati yang Tuhan akan makbulkan doa kita. Jangan ada rasa ragu-ragu pun..."

Sebab tu bila makcik tu cakap macam tu pada anak dia, sedikit sebanyak dia mengganggu konsentrasi saya. Kerana kata-katanya serupa dengan pakcik yang berbicara dengan saya.

Doa tu senjata bagi orang mukmin. Kata orang, kalau kita tak boleh nak sentuh hati seseorang, sentuhlah dengan doa. Kirim doa banyak-banyak. Tembakkan doa. Lebih-lagi bila waktu mustajab untuk berdoa.

Dan satu benda menarik pasal doa ni, kata murabbi saya, Allah juga boleh kabulkan doa  kita melalui lintasan hati. Kadang-kadang apa yang terlintas di fikiran kita adalah suatu doa. Fuhh~

Sementara masa masih berbaki, Ramadhan masih menghias hari, mari kita doa banyak-banyak. Bukan untuk diri sendiri sahaja, malah untuk kenalan dan keluarga kita juga. Dan terima kasih kepada anda anda semua yang sentiasa mendoakan saya. Semoga Allah makbulkan permintaan anda, seiring dengan perancangan-Nya yang terbaik buat hidup anda. Aameeeen.

Semoga kita sentiasa saling mendoakan.

Jaga diri, hiasi peribadi.

Ramadhan masih berbaki.

Ayuh, laju-laju kita lari mengejarnya.




dan Selamat Hari Raya-in advanced


:)


















~ I drop du'as. Not bombs ~


Tuhan, peluklah daku


بسم الله الرحمن الرحيم


and He is with you wherever you may be
(57:4)



Dalam dakapan Ramadhan, 
hati diam mengukir rasa.
Tuhan, mohon jangan jauhkan.
Tuhan, peluk daku di segenap ruang waktu.
Tanpa batas.














~ I drop du'as. Not bombs ~






Sedetik menjadi dewasa



بسم الله الرحمن الرحيم





Time flies.
So fast.

Usia sudah pun menginjak. Bertambah setahun. Setahun yang semakin lama semakin menimggalkan diri kita. Semakin lama semakin berlari jauh. Semakin lama semakin....... *tak tahu nak habeskan ayat macam mana*

Manusia. Boleh berubah. Berubah mengikut keadaan. Samaada manjadi lebih baik atau lebih buruk, itu bergantung kepada individu. Saya sendiri terkadang risau. Risau andainya semakin menginjak dewasa, saya semakin jauh dengan Allah. Na'uzubillah.

26 Julai.
Satu tarikh keramat.

Seorang bayi lahir ke dunia. Bayi yang menjadi harapan ayah dan mama. Bayi yang suci bersih tiada noda.

Setelah 25 tahun membesar, seorang bayi itu sudah menjadi seorang muslimah yang semakin hari sedaya upaya cuba memburu cinta-Nya. Muslimah yang kadang-kadang menangis sendirian di dalam gelap. Muslimah yang kadang-kadang tersenyum panjang sepanjang hari.

Setelah 25 tahun, muslimah itu masih sendiri meniti hari.

"bila akan kahwin?"

Well, soalan itu boleh diibaratkan sebagai "bila akan mati?" which means, tak tahu bila. Tak tahu nak jawab soalan tu. Jadi, masih sampai sekarang muslimah itu tersenyum sahaja bila soalan itu diajukan.

Puan Murabbi pula selalu sahaja bertanya, "dah isi borang?"

Malah berkali-kali juga Puan Murabbi mengingatkan diri untuk mengisi borang BM. Sanggup juga dia mengirimkan borang tersebut dari jauh walau duduk seberang laut sana.

Dan sering kali juga saya berkata pada akhawat; "saya tak percaya pada borang atau lebih tepat lagi, saya tak percaya pada cinta atas borang.."

Oh well, macam sentap tak? hurm.

Mengisi borang baitul muslim kelihatan mudah, kan? Tulis, isi sahaja ciri-ciri ikhwah idaman (ataupun tulis sahaja namanya terus). Kemudian, orang tengah akan menguruskannya. Kemudian bertaaruf, lihat serasi ke tidak dan kemudian kahwin. Oh mudah, bukan?

Macam ABC. Macam kira satu sampai sepuluh. Oh seriusly nak kawen semudah tu?

Tidak. Sudah tentu tak semudah di sangka.

Kita nikah, kita kawen dengan seseorang tu sampai bila? Sampai umur 60 tahun? Sampai badan lesu dah tak boleh berjalan? Sampai sakit kronik menjengah diri? Atau sampai cinta sudah hilang? Juga mungkin sampai kiamat?

Geleng kepala.

Saya mahu bersama seorang suami sampai syurga. Ya, sampai syurga. Bukan setakat di dunia, tetapi juga di sana nanti. Oleh kerana jalan ke syurga itu payah, perit, penuh liku, maka saya juga perlukan seorang teman yang mampu bersama saya menghadapi jalan-jalan sukar ini supaya nanti kami sama-sama dapat merasai manisnya syurga-Nya. Aameeen. InshaAllah.

Senyum kenyit mata dua kali.

"dah tu bila nya nak cari calon?"

eh, siapa kata saya tak pernah usaha cari calon? dalam perjalanan hidup kita, akan ada satu momen di mana kita perlu memilih. Iaitu memilih masa hadapan. Our future. Dan saya, sudah pun memilih. Saya pilih jalan yang ini. Jalan yang saya tahu, saya tidak bisa untuk berpaling lagi.

Semalam, seorang ikhwah bertanya pada saya, "akak tak takut ke?"

"takut apa?"

"saya jadi takut tengok ramainya berkahwin. kalau tak kawen, mesti dah di cop. kita ni macam mana kak?"

Erk.

Sentap?

Tidak. I've gone through all those kind of feelings before. Well, jalan hidup setiap dari kita tu berbeza-beza. Tidak kan pernah sama. I have trust in Allah. Kalau takde kat sini, di dunia ni, mungkin akan ada di akhirat sana. Ada yang menanti sana.

nanges.

Dalam hidup ni, terlalu banyak benda yang kita boleh fikir. Bukan jodoh semata-mata. Lihat sahaja keadaan ummah sekarang. Fikirkanlah. Bagaimana kita mahu membina ummah yang baik, di saat diri kita sendiri terlalu jauh dengan Tuhan? Terlalu jauh meninggalkan suruhan-Nya.

Menyedut nafas di bumi Tuhan, ada banyak perkara yang kita boleh belajar. Ada banyak perkara yang kita boleh duduk dan fikir. Tetapi kita, selalu mensia-siakan apa yang terhidang di depan mata. Terlalu memandang remeh dengan setiap apa yang terjadi dalam hidup kita, walhal berganda-ganda hikmah disebalik kejadian.

Duduk, betulkan kerusi.


"Moga masa-masa yang mendatang, yang diizinkan-Nya untuk darah-darah dalam tubuh dipam jantung dan mengalir ke dalam kapilari, hidung dan paru-paru meyedut dan menghembus oksigen percuma dan otak terus berfungsi.. Moga masa-masa yang tersisa akan digunakan sebaiknya untuk dikorbankan buat dakwah dan perjuangan, mendekatkan lagi diri kepada-Nya, untuk menggapai redha-Nya dan menjadi dorongan untuk pecutan terakhir ke syurga-Nya!"

Semoga dalam hari-hari yang kita lalui, kita masih di dalam redha-Nya. masih di bawah jagaan-Nya. Percayalah, Allah sayangkan mu.

Letak tangan ke hati, rasai degup jantungmu.

Di situ adanya kasih sayang DIA.



selamat mengejarnya.
moga bertemu
:)













~ I drop du'as. Not bombs ~


Bila nak naik satu lagi anak tangga?



بسم الله الرحمن الرحيم

















Dear Nusrah, bila nak naik satu lagi anak tangga? 









~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...