إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

entri tiada tajuk



بسم الله الرحمن الرحيم




Apa khabar hati?
Apa khabar jiwa?

Semoga baik-baik sahaja hendaknya. InshaAllah.

Lama dah kan rasanya tak bercerita dan berceloteh kat sini. Sibuk. Busy. Banyak kerja. Memang macam tak cukup tanah nak berjalan rasanya. Dan memang penat sangat. Kekadang tu rasa macam sedih. Sedih sebab terlalu penat. Sampai menangis juga terkadang.

Tapi selalu juga saya ingatkan diri bahawa dunia tempat berpenat, akhirat tempat berehat. Jadi, tarik nafas dan cekalkan hati. Dunia ini sementara sahaja.

Terkadang rindu juga nak jadi student balik. Rindu akan kesibukan sebagai seorang pelajar. Rindu nak buat assignment banyak-banyak. Rindu nak stay up malam-malam sebab nak exam. Student's life memang best. Huhu.

Tapi kita hidup ni memang kena move on kan. Takkan selamanya berada di tempat yang sama.

Doakan saya. Semoga satu hari nanti, dapat lagi saya bergelar pelajar. InshaAllah :)

Alhamdulillah kehidupan di sini agak baik. Cuma penat dan letih sahaja. Tapi alhamdulillah saya dah ada kawan baru. Hihi. Nama dia Mu'izzah. Ha nanti saya tulis entri khas pasal dia. Sebab cerita tentang dia memang takkan habis. Haha.

Okay lah, just to let you guys updated je.

Take care all.

Semoga dalam jagaan-Nya sentiasa.
InshaAllah :)







~ I drop du'as. Not bombs ~


awak


بسم الله الرحمن الرحيم





I just need to talk to you.

I am really sorry for troubling you and hurting you. So much, maybe?

............................

Awak,

Sebgai kawan, saya sekadar mahu menasihati. Nasihat. Bukan marah. Bukan nak membebel panjang lebar macam mak-mak.

Mungkin terkadang bahasanya saja yang agak kasar. Dan kalau tersinggung hati awak, saya sendiri mungkin tidak perasan. Mungkin.

Jadi,

saya minta maaf.












~ I drop du'as. Not bombs ~


di dalam pelukan Tuhan



بسم الله الرحمن الرحيم


my beloved cat.
the best medicine for every tears.



Lama jari tidak menari di papan kekunci.
Rindu juga pada laman ini.
Tempat meluah rasa, teman bicara rahsia walau tiada yang membaca.

Apa khabar wahai hati-hati yang di sayang Tuhan?

Semoga semakin hari semakin di limpahi kasih sayang-Nya.
Semoga semakin hari semakin di peluk rahmat dari-Nya.

Aameeen.

...............................................

Alhamdulillah, masih lagi diberi nafas dan nikmat yang terlalu banyak. Walau terkadang tersadung rebah sampai menangis. Walau seketika datang rasa lelah dan penat. Namun, saya sedar, setiap dugaan dan ujian yang Tuhan beri, itu adalah cinta. Bukannya luka. Kerana Tuhan menguji hamba-Nya yang semakin hari semakin tebal imannya.

Mungkin suatu masa kita perlu bertanya pada hati dan diri bilamana ujian sudah tidak menyapa, adakah kita sudah jauh dari kasih sayang Dia? adakah iman kita semakin turun dan menjunam?

Bila jiwa rasa perit, seolah tiada tempat meluah dan bercerita, kita ada Tuhan yang Maha Mendengar. Kita ada Dia yang sentiasa Mengetahui. Kerana bila kita tidak ada bahu untuk bersandar, kita masih ada lantai untuk bersujud. Sujud. Saat yang paling hampir antara kita dengan Tuhan.

Letak tangan kamu ke dada.
Rasai degup jantung kamu.

Setiap denyut, setiap nafas, ada cinta dari Dia.

Semoga tenang, sentiasa.


*tutup lampu, pejam mata. menangislah wahai hati*





p.s:: awak, hb! :)








~ I drop du'as. Not bombs ~


Yakin

بسم الله الرحمن الرحيم




Untuk setiap langkahan kaki, semoga masih dalam jagaan Dia.
Untuk setiap senyum tawa di bibir, semoga masih dalam rahmat Dia.

Bila kita minta sesuatu dengan Allah, minta lah dengan sepenuh hati.
Dengan seyakin-yakinnya.


Kamu yakin kan dengan Allah? :)








~ I drop du'as. Not bombs ~




Koyak rabak


بسم الله الرحمن الرحيم



Saya pandang langit. Sepi.
Tapi indah. Sangat indah.

bagaikan terngiang-ngiang kata-kata kakak naqibah saya suatu masa lalu, "Allah akan terus menguji kita dengan ujian yang sama sampai kita lulus ujian tu"

Dan mungkin saya belum lulus ujian tu. Sebab tu Allah menguji hal yang sama berkali-kali. Berulang-ulang. Sehinggakan terasa jatuhnya seperti payah untuk berdiri semula.

Sehari demi sehari. Masa terus berjalan. Dan saya sedar bahawa ujian itu manis pada akhirnya apabila kita sedar bahawa semua di dalam hidup ini pinjaman semata-mata. Tidak ada yang kekal bersama kita. Kecuali Allah. Dia yang Satu.

Bila ujian menyapa, kita mungkin jatuh terduduk. Terkadang sampai rasa berat dan susah untuk bangkit. Terkadang kita akan rasakan seperti tiada siapa pun peduli. Menangis berseorangan, nak mengadu tak berteman, semuanya kita rasakan kita bersendiri. Dan pada tika itu jugalah teman-teman tidak lagi menjadi sahabat. Teman-teman mula melihat diri kita yang lemah sambil menyalahkan kita di atas kelemahan kita tanpa menghulurkan tangan untuk menolong, menghulurkan bahu untuk melepaskan tangisan dan menghulurkan hati untuk ditenangkan. Tiada.

Pernah kan kita rasa macam tu?

Kita jarang sekali sedar bahawa di sebalik kekecewaan dan kedukaan kita tanpa sahabat di sisi sebenarnya ada Allah yang tetap setia tanpa meninggalkan kita walau sesaat. Ya. Ada. Allah Yang Satu, yang tak pernah meninggalkan kita walau sesaat, walau satu kelip mata pun.

Tidakkah kita mahu menjadi hamba yang bersyukur?

Kadang-kadang sebagai manusia, kita selalu lupa untuk mengusap bahu sahabat yang sedang berduka. Kita lupa untuk menghulurkan bahu pada saat airmata sahabat kita menitis. Kita lupa bahawa kita bisa memberi kekuatan kepada sahabat kita di saat getir dengan cara yang paling mudah. Namun, jarang sekali kita ambil peluang yang sudah tersedia di depan mata.

Berada di sini membuatkan saya sedar akan besarnya kuasa Allah. Hebatnya kuasa "kun fayakun". Allah boleh tarik apa yang dia beri pada bila-bila masa sahaja. Anytime.

Dan sebagai seorang mukmin, kita sepatutnya bersedia dan berhati-hati pada setiap masa. Itu salah satu lambang ketaqwaan kita. Bila kita meninggalkan sifat taqwa, pakaian berhati-hati kita, kita akan terus kecewa termengadah sampai tak tahu bagaimana nak bangun semula.

Bila satu persatu teman meninggalkan saya, saya sedar bahawa tidak ada satu pun di dunia ni yang akan kekal. Tidak ada. Hatta ibu ayah, suami isteri, anak-anak, kawan-kawan, kaum kerabat, semua tu Allah boleh ambil pada bila-bila masa sahaja kerana itu semua pinjaman. Pinjaman. Dan pada ketika itu lah kamu patut sedar yang kamu hanya ada Allah. Kerana hanya Dia yang kekal.

Tarik nafas dalam-dalam.

Saya tahu ada jiwa yang luka.
Ada derita yang di tanggung.
Ada duka yang di simpan.
Ada pahit yang di telan.
Ada airmata yang di tahan.

Pahit
Pedih
Calar-balar
Koyak rabak

Tapi sedarkah kita bahawa ubatnya adalah Allah?

Di situ ada rahmat-Nya.
ada kasih sayang-Nya.
ada pelukan cinta-Nya.

ada Allah.

;'')

















~ I drop du'as. Not bombs ~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...