إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

...couple or trouble...


salam akhir syawal...'SahabatMusleem'/ sahabat2 sekalian dah habis pose sunat 6? alhamdulillah... ni baru je balik keje.. ngantok sungguh tapi nak juge update blog.. dah lame bebenar tak update kan.. hehe.. lagipon dah ada 5-6 topic yang saya nak post..cuma tunggu masa sahaja... baru2 ni sahabat saya nak taw sangat hukum bercinta.. ramai yang kata haram.. tak kurang juga yang kata diboleh kan.. setiap orang tak sama pandangannya tapi adakah kita betul2 tahu hukum yang 1 ni? hehe.. suspen sikit.. hari ni saya tak nak lagi nyatakan apakah hukumnya.. sebab ada 1 benda yang lebih teringin saya nak post.. ni article saya dapat dari orang yang kuat beragama (tapi soal iman tak taw la pula)..beliau sedang belajar di jordan.. ada yang saya setuju dan ada juga yang saya tak setuju dengan penulisan dia.. jadi, saya buat keputusan nak share article tersebut dan pada masa yang sama kongsi pandangan saya.. mari sama2 kita berkongsi pendapat..

____________________________________________________________________

Tidak mempunyai teman wanita (girlfriend) adalah LEBIH SELAMAT bagi lelaki kerana boleh mengelakkan zina. Maaf kerana terpaksa menghebahkan walaupun melawan arus bahawa teman wanita (girlfriend) bukan dari budaya kita. Budaya girlfriend di mana saja hanya menjatuhkan martabat dan maruah kaum perempuan. Hanya berpegang kepada agama kita akan selamat sepanjang hidup dunia akhirat.

Ketenangan dan ketenteraman adalah milik Allah dan di kurniakan kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Jalan yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan mentaati Allah. Tidak mungkin kita mendapatnya dengan kita melakukan keengkaran kepadaNya.

Lihat saja kehidupan artis di mana jua, termasuk sayangnya artis-artis tempatan, seolah-olah dunia indah gemerlapan kehidupan milik mereka. Hidup bersama lelaki-perempuan sebagai pasangan ideal, the most loving couple pergi ke hulu ke hilir tanpa mengira langsung hukum agama. Semuanya yang indah cuma berlaku sebelum nikah pada hal jelas perbuatan itu haram.

Lepas nikah, sibuk dengan urusan cerai yang tak habis-habis. Apa ertinya ini semua? Jalan agama adalah sebaik-baik cara untuk hidup tenteram kerana Allah menguasai setiap sesuatu hatta hati manusia. Hidup ini terlalu pendek untuk bermaksiat kepada Allah. Jangan ingat kita menguasai hidup ini. Dari Allah kita datang dan Allah Maha Berkuasa.



"Maaf andainya terkasar bahasa... untuk pengajaran bersama... Andai ada yang terasa maaflah... Sekadar p'kongsian bersama... Saling ingat mengingati...

Antara perkara yang ber'manfaat' bila ber'couple':

1) Seronok (dapat fitnah)...

2) Seronok (dapat dosa)...

3) Seronok (dapat geng dengan syaitan)...

4) Dapat meluahkan segala masalah kita (ALLAH kan ada)...

5) banyak habis duit (lebih baik guna untuk bersedekah)...tak kurang juga yang habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yang melambung setiap bulan...

6) Banyak risau (takut awek org lain kebas...berapa kali dah miss solat pasal asyik berdating...tak pulak risau!)...

7) Banyak termenung dan senyum sendiri (pasal ingat peristiwa riang dengan awek...kita sebagai muslim patutnya banyak mengingati MATI yang boleh datang pada bila-bila masa)...

Lebih mengutamakan awek daripada org lain (hidup dalam dunia sendiri, dia dan awek dia sahaja....yang lain dah tak kisah.)...

9) Menepati masa dan janji (takut awek marah...sembahyang fardhu lewat tak takut pulak)...

10) Lain-lain lagi yang memberikan faedah dalam menambah saham DOSA daripada saham PAHALA...

Hasil daripada pengalaman/pemerhatian/kajian ana terdapat beberapa sebab yang menjadi PENDORONG mengapa ber'couple'
terjadi ;

1) banyak sekolah/pusat pengajian campur. Perempuan dan lelaki satu kelas tanpa ada usaha daripada pihak yang bertanggungjawab untuk mengawal p'campuran ini supaya tidak bercanggah dengan syarak...

2) perkara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat (tak tahu lah dalil mana dia guna) mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas-batas syarak (Nauzubillah !)... pada pendapat mereka, keluar dating di khalayak ramai, bukannya berduaan di tempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat2 dan si awek tu pula pakai tudung... So tak apa lah dosa pun sikit saja. Nanti dah kahwin settle dan taubat lah. Ana bab ini yang payah nak jawab...ada saja alasan dia org untuk melepaskan diri. org kata kalau dah nak buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat agaknya sini dia corner agaknya lain. banyakkan bersabar dan teruskan usaha kita insya-Allah lama2 dia akan sedar...

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu Allah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil daripada pentarbiyahan Islam yang tidak kukuh dr keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner...maka terjadinya perhubungan(kawan-kawan) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibubapa dengan selamba kata,"Tak apa lah dia orang dah besor... dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk.. bior lah". Betul juga kata ibubapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu lah menilai yang baik dan yang buruk...tapi tanggungjawab kedua ibubapa mendidik anak pun tak boleh abaikan...

4) bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga seperti cara bergaul, bercakap, dan sbgnya. Ini m'buka ruang pada lelaki2 untuk memulakan projek mereka. Tak p'percaya cuba pergi lepak (tujuan untuk mengambil iktibar) kat KL... Ada yang elok tutup aurat tapi bila time sembang...tu dia, ketawa kalah lelaki.... lepas tu pandai cubit2 dan pukul2 pula tu. Lelaki apa lagi...ada chance ini...

5) Ramai perempuan semakin berani....berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dengan lelaki maka mereka pun goda lah lelaki so dapat banyak boyfriend..... macam Mat Cintan dan Mat Bunga yang banyak dapat awek...

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak ada awek maka macam ada satu kekosongan dalam jiwa...lebih2 lagi kalau tengok member2 lain dia ada awek. Faktor sekeliling m'pengaruhi suasana...

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dalam bab meng'ayat' awek...lelaki ni biasa lah EGO..... ego tak kena tempat...

Haaaaa..... ni paling memalukan kaum lelaki.... lelaki ni cepat sangat PERASAN so dia pun naik semangat untuk kacau awek. Mula2 per....insaf2 laa...


'SahabatMusleem'/opinion nusrah walfath:-
bagi saya banyak yg betul juga perihal kapel yang mendatangkan masalah.. namun semuanya datang dari diri kita sendiri.. pengalaman saya sendiri manjadi guru sekolah agama yang bertaraf international..student saya semuanya diserap dgn ilmu akhirat dan ilmu dunia yang cukup lengkap sejak dari umur 3 tahun hingga lah tamat spm dan tahfiz di sekolah tersebut.. tetapi sayangnya, ada antara student perempuan di situ buka aurat bila di luar sekolah (free hair).. sedangkan mereka bukan buta hukum.. bukan setakat free hair malah bersosial dan bercinta melebih2.. kenapa mereka jadi begini? kerana paksaan? kerana ibu bapa? atau kerana iman?

saya tak nak ulaskan kenapa tapi saya nak mengatakan saya tak setuju dengan penulis article tersebut yang mengatakan percampuran dalam kelas mengakibatkan pendorang bercouple.. walhal banyak pelajar yang sekolah perempuan sahaja dan sekolah lelaki sahaja terlebih gedik dari pelajar yang bercampur hatta yang bersekolah agama dan bertudung labuh.. sebab ape? sebab kejutan budaya..(menurut mereka)..hm.. betul ke?'SahabatMusleem'/

tapi disebabkan article ini, ramai yang confussed.. bercinta tu haram ke? haa..itu lah soalan yang saya terima dari teman baik saya..dan saya akan post tentang hukum bercinta seperti mana yang dinantikan.. rasanya ini sahaja lah yang saya nak share.. sama2 lah kita muhasabah diri dan tingkatkan iman kita.. sila2 lah bagi pendapat (jika sudi).. hehe.. ok lah, saya pun nak berehat dah.. jumpa lagi dalam topik akan datang.. assalamualaikum...


nusrah walfath:

Rasulullah s.a.w bersabda: mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia (HR Bukhari dan Muslim).

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...