malam ni saya nak share satu cerita.. jom baca.. best cerita ni.. selalunya amalina yang suka share cerita ngan saya.. seronok sangat.. jom la kita baca sama2 cerita ni.. cerita ni short je.. harap suka.. maaf lah bahasanya 'aku'.. ni cerita dari sasterawan..hehe.. dah jom baca..
Akhirnya Kawan Baik Aku Ini Mati Juga
Akhirnya kawan baik aku ni mati juga. Dia ni aku respect sangat. Lepas ni, tak tahulah sama ada dapat bertemu dengan kawan seperti dia lagi atau tak. Kalian mungkin tak percaya kalau aku cakap kawan aku ini tak pernah sekalipun menipu aku. Kawan aku ni juga tak pernah marah pada aku. Tapi aku yang selalu marah pada dia. Dia terlalu lembut. Macam sotong. Dan baik sangat pada semua orang sampaikan orang pijak kepala dia. Tapi... satu petang tu dia lain sekali. Satu petang tu aku berjalan-jalan dengan dia dekat Jaya Shopping Complex seksyen 14 PJ. Macam hari-hari biasa kami akan beli goreng pisang di kedai makcik Mimah di atas pasar seksyen 14 tu. Aku suka makan pisang tanduk goreng cicah dengan sambal kicap. Dia pun suka jugak. Dia jenis tak cerewet pasal makan. Apa aku makan dia makan jugak. Kadang-kadang aku terpikir... dia ni tak ada citarasa sendiri ke? Ataupun saja nak ambil hati aku? Tapi apa yang aku tahu, dia seorang yang baik. Baik sangat. Lepas makan, kami masuk ke Jaya. Masa nak naik tangga untuk ke entrance, ada dua orang pakcik buta minta sedekah. Seorang di tangga bawah sebelah kiri dan seorang lagi di tengah-tengah tangga sebelah kanan.Semasa melepasi pakcik buta yang di bawah, kawan aku berhenti. Dia minta aku sedekahkan beberapa ringgit pada pakcik tu. Akupun bagilah seringgit. Dan sempat ambil satu bungkus tisu daripada tangan pakcik tu. Kemudian kami terus meniti tangga sehingga melepasi pakcik buta yang kedua. Dia berhenti lagi. Dia mintak aku bagi seringgit pada pakcik buta tu jugak. Tapi aku tak nak bagi. Sebab aku dah bagi tadi. Dia berkeras. Dia marah aku. Kali pertama dia marah aku. Aku beralah. Aku beri lebih kurang 60sen pada pakcik tu dan ambil 2 bungkus tisu dari tangan pakcik tu tanda protes aku pada dia.Tiba-tiba kawan aku tu terus lari ke bawah. Entah macam mana dia terjatuh dan kepalanya terhentak di satu bucu simen tak jauh dari situ. Dia menemui ajalnya di situ juga.
Sampai sekarang, aku belum jumpa kawan macam dia ni.
nusrah walfath: kawan saya 1 dalam sejuta...
No comments:
Post a Comment