Hari ni jari saya sangat ringan nak tulis berkenaan along saya kat dalam blog ni. Lagipun sebelum ni saya tak pernah sebut lagi pasal along saya. Berminatkah anda nak baca? Haha.. saya tahu ada yang tersenyum-senyum tue. Ok lah saya nak mula bercerita ni.
Anda pernah jumpa along saya? Along saya ni kecik je orangnya. Bukan lah berbadan besar, bukan juga berbadan dua. Haha.. secara intelektual, along saya ni bijak orangnya. Zaman sekolah dah tinggal kat asrama. Pendek kata, jenis yang berdikari la. Dia tak menyusahkan orang langsung, lebih-lebih lagi saya.
Kalau nak tahu, sebelum ni saya sangat tak suka orang anak sulung. Kenapa? Jangan tanya kenapa sebab saya takkan cakap dan hal ni saya pernah bincangkan masa sekolah dulu ngan teman baik saya Muslimah. Saya rasa dia tahu kenapa. Tapi inilah dunia kan. Yang kita tak suka tu lah selalu terkena kat kita. Saya rasa di sekeliling saya iaitu sahabat-sahabat baik saya, 80% daripada mereka adalah anak sulung. Saya pun tak tahu lah kenapa saya ditakdirkan berkawan ngan orang anak sulung ni. Huisy.. saya pula anak ke berapa? Teka lah sendiri.. opssss.. lari topic pulak..
Along saya.. dia ni kan garang jugak. Boleh tahan juga kalau marah. Tapi saya tak takut pun. Haha.. saya tak tahu apa makanan kegemaran dia tapi saya tahu yang dia suka warna biru. Dia juga jenis simple je orangnya tapi agak cerewet juga, macam saya. Hehe.. Along saya ni jenis yang ambil berat juga. Banyak tolong saya masa saya sekolah dulu dan saya takkan lupakan jasa along saya tu.
Dia sekarang jauh dengan saya walaupun bukan lah dipisahkan oleh Laut cina Selatan tapi suatu hari mungkin. Ohh..adakah itu akan berlaku? Sebenarnya saya tak nak tulis panjang-panjang pasal along saya.
Saya pun tak tahu kenapa saya nak tulis pasal dia. Mungkin sebab tak lama lagi dia dah nak kahwin. Tinggal sebulan lebih je lagi. Nanti saya akan merindui dia. Maaf, saya terlupa nak cakap, bulan lepas dia dah bertunang. Semoga berbahagia yea. Saya tumpang bahagia dengan kebahagiaan dia. Tengok badannya yang semakin berisi sudah cukup menunjukkan bahawa dia bahagia dengan hidupnya sekarang.
Itu sahaja berkenaan along saya. Kalau nak tahu lebih lanjut, jemput lah datang ke majlis perkahwinan dia yea. Saya tunggu kedatangan kalian. Jangan risau, lauk banyak. Hehe..
Buat cik YDP, saya dah tunaikan janji saya untuk post bekenaan ‘ALONG SAYA’. Harap anda suka setelah mengetahui sedikit sebanyak tentang dia k. Saya sayang ALONG SAYA sangat-sangat. Dan paling utama, persepsi saya terhadap orang anak sulung ni dah lama berubah, jangan risau. Sekadar berkongsi pengalaman. Salam sayang. Assalamualaikum.

Nusrah Walfath: tak kira anda anak ke berapa dalam keluarga anda, anda tetap sahabat saya dan saya menyayangi anda semua tanpa berbelah bahagi.
No comments:
Post a Comment