
Kesedihan menyelubungi diri tatkala tangan sedang laju menutur kata-kata. (cewahh..ayat tak leh blah..) saya cuba sabar menanti hari esok. Nak balik sangat dah rasanya ni tapi cuba tahan dulu. Kat sini dah mula sepi. Walaupun seorang lagi roommate saya masih ada, tapi tetap rasa sunyi.
Saya dah hampir siap kemas barang.tinggal lagi 10%. Ingatnya esok nak balik ngan teksi sahaja tapi tengok keadaan lah. Bila dok sorang ni, macam-macam benda la mula masuk dalam fikiran. Setiap habis semester, biasanya saya akan review balik apa yang dah saya buat, apa kesilapan yang saya terbuat dan macam-macam lagi. Dengan erti kata lain, macam muhasabah la.
HURUF DAN ANGKA
Banyak benda yang saya belajar semester ni. Seperti biasa, kerja saya kena menghafal bukan mengira. Sejak zaman sekolah lagi, saya tak pandai betul bab-bab counting ni. Mungkin rezeki je kot Matematik dapat kepujian time SPM dulu.
Teringat subjek time diploma dulu iaitu Early Numeracy dan Early Literacy. Antara dua subjek ni, literacy lebih susah berbanding numeracy. Tetapi bila dapat result, numeracy cuma dapat A- je. Literacy pulak yang terlebih cemerlang. Haha..
Dalam hidup kita ni, angka dan huruf memang selalu seiring. Contoh paling senang, hari dan tarikh. Manakala, saya sekarang pula banyak mengejar angka. Dalam keadaan nak dapat pointer elok, saya perlu bermain dengan 26 aksara yang menghasilkan berjuta-juta perkataan. Selain itu, saya juga mengejar angka 2000 dalam tempoh dua hari.
Tak apalah mungkin ada cara lain lagi. Semoga Allah permudahkan urusan. Tadi saya sempat menjengah facebook saya. Saya tengok bilangan kawan dah 645 orang.
FELLOW DATANG
Esok dah nak balik. Sungguh tak sabar. Bilik ni pun dah mula kosong. Teringat pula time fellow datang hari tu. Memang saya sangat terkejut tapi tak de lah sampai pucat muka tu. Hihi.. Fellow tanya ada apa-apa nak complaint tak? Saya ni kalau bab komplen memang nombor satu. Haha tapi sebab otak tengah fikir nak exam, saya cakap tak de apa-apa.
Lepas tu, dia ambil nama saya. Kenapa amik nama saya sorang? Budak bilik tak kena pun. Ohh..mungkin sebab saya ni baik sangat kot. Tak pun sebab dia berkenan nak buat jadi menantu dia.
PENGAJARAN
Apa yang saya pelajari semester ini? Maksud saya, pengajaran yang saya dapat. Sudah tentu sangat banyak. Walaupun mungkin banyak benda memberi saya tekanan tapi saya rasa banyak benda yang saya belajar. Lebih-lebih lagi cerita daripada sekeping kertas kepada realiti. Ini lah yang dikaitkan dengan kebetulan dan takdir. Cerita tersiratnya, biarlah Dhila je yang tahu. Anda nak tahu ke?
Semester pendek ni juga, banyak gosip-gosip liar melanda saya. Macam mana boleh berlaku ni? Padahal saya cukup berhati-hati dalam berkawan. Kadang-kadang saya hairan juga, kenapa mesti kaitkan saya dengan orang tu, orang ni. Yang paling tak leh blah bila cakap saya ada affair ngan orang popular ni. Yang ni memang mahunya saya sound orang sebar berita tu 45 guni.
Yang saya paling kasihan, bila ada sorang ni kena marah ngan seseorang kerana saya. Jangan ingat saya tak tahu, saya memang tahu sangat. Saya juga yang dapat malu sebab orang yang kena sound tu adalah kawan saya, kawan sekerja pulak tu.
JANGAN LA PERASAN
Benda paling dahsyat bila ada yang perasan saya suka kat dia, perasan saya nak ngorat dia. Hah, jangan terkejut pulak sebab ni memang betul-betul. Saya cuma mesej untuk bertanya tapi tak tahulah kenapa orang-orang macam ni perasan terlebih pulak. Come on la..saya ni profesional. Tak main la ngorat-ngorat orang ni pakai mesej. Lagipun anak dah 4 tau. (nada geram sangat). Saya bahagia hidup single macam ni. Kalau saya nak, saya pinang je terus. (erkk?)PENUTUP
Itu pengalaman sepanjang semester ni. Rasanya kalau nak senaraikan lagi, memang banyak. Kenangan manis saya waktu kena bebel kat office Rector akan saya ingat sampai bila-bila. (kena bebel pun manis..haha).
Mungkin saya patut stop kat sini dulu. Banyak sangat la pulak nak cerita. Nanti-nanti la sambung. Malam pun masih boleh tulis lagi. Akhir kata, selamat menghadapi hidup dengan tabah yea.
waktu presentation class Poli. bersemangat cakap ala-ala menteri. haha
nusrah walfath:baru dua semester, dah macam-macam. kalau dua tahun, entah apa lagi yang jadi nanti.


1 comment:
don't worry. kalau 2 tahun tu still macam2, akak akan macam2 ngan saye. so, u r not alone! <3 u
Post a Comment