Sekarang tepat pukul 8:31 pagi. Hari ini hari Jumaat. Kejap lagi nak pergi ofis untuk berjumpa dengan cik adik Nur Nadhila. Heeee… lama dah tak update blog. Bukan sebab malas tapi memang sebab tak de masa. Seminggu ni saya memang tak sempat nak rest langsung. Semalam paling dahsyat saya terkejar-kejar dengan masa. Dari jam 7:30 pagi hingga 11 malam padat ngan macam-macam perkara. Dan untuk pertama kali dalam sejarah, saya mengantuk dalam kelas yang paling best. Pertama kali juga kepala jatuh ke meja, tangan menongkat dagu, mata jadi kuyu waktu dalam kelas soca ten ten. Hihi..
Pada 26 Julai lalu, genap lah umur saya….erm…berapa umur saya yea?? Hehe tak perlu mention pun tak pe, sebab ramai dah yang tahu kan. Malam hari lahir saya tu, my ex-roommate datang ke bilik sebab nak tumpang print kerja-kerja dia. Waktu tu dah pukul 12 malam.
Dia tanya saya, “kak Nusrah bukan tidur awal ke?”
saya jawab, “memang pun tapi sejak dua menjak ni memang payah nak lelap awal. Ada je kerja nak buat. Kadang-kadang sampai pukul 4 pagi”.
Tiba-tiba, handphone saya berbunyi. Bukan sekali tetapi banyak kali menandakan ada banyak sms. Benda ni berlarutan sampai kawan saya cakap, “akak ni banyak fans la”. Hahahahaha semahu-mahunya saya gelak waktu tu. Tak ada nya ramai fans pun. Sms banyak sebab ramai yang nak ucap “Selamat Hari Lahir” je.
Pagi tu, bila pergi ke kelas, saya terima sms lagi. Kali ni sms yang sangat meruntun hati. Saya sedih baca sms tu~terharu sangat. Disebabkan terlalu banyak sms yang diterima, saya habis kredit nak balas dah. Huhu.. Sebenarnya, saya tak kisah orang tak ingat birthday saya tetapi saya kisah kalau saya tak ingat birthday kembar saya. Walaupun kembar saya ni jauh, tetapi kami ni dah macam satu. Semuanya sama sahaja walaupun secara fizikal, kami sangat berbeza. The truth is, SAYA SANGAT SAYANGKAN DIA!
Malamnya pula, saya ke DTE Mahallah Asiah. Waktu tu tak sabar-sabar nak habis sebab saya dah jemput kawan-kawan G.P untuk makan kek di bilik. Sepulangnya saya, lepas selesai uruskan diri, saya call kembar saya. Tak puas bercakap ngan dia. Saya rindu dia sangat. Lepas tu, saya bersama 3 orang roommates lagi, mula potong kek. Waktu nak potong tu pun kena gelak banyak kali dulu. Sebab diorang ni kelakar lah. lepas beberapa minit, muncul pula kawan-kawan yang lain. Tak sangka, ramai pula yang datang waktu tu.
Kepada mereka semua yang datang, Kak Farah, Kak Kinah, Hasanah, Ju, Asifah, Ja dan juga Dila, Wani dan At, saya ucapkan terima kasih sangat. Saya hargai saat-saat bersama kalian malam tu. Mungkin tak dapat nak ditukar ganti dengan apa-apa. Saya tak perlukan hadiah atau apa-apa. Cukup dengan senyuman dan sokongan yang kalian berikan, itu dah cukup buat saya rasa bahagia dan kuat untuk melalui hari-hari di UIA ni.
Akhir kata saya, terima kasih semua!! I do love you~~
No comments:
Post a Comment