
"Dua sifat daripada ahli neraka, aku belum lagi melihat keduanya, satu kaum yang bersama-sama mereka cemeti-cemeti seperti ekor-ekor lembu, mereka memukul manusi...a dengannya. Dan perempuan-perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), kepala-kepala mereka seperti bonggol-bonggol unta (mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), mereka tidak akan masuk jannah (syurga) dan tidak akan mendapatkan baunya. Dan sesungguhnya baunya (jannah) itu boleh didapati dari jarak perjalanan demikian dan demikian.. (jauh jaraknya)." (hadis riwayat Imam Muslim)
Sejak dua menjak ni, ramai yang melenting saat Islamic Fashion Festival yang diadakan baru-baru ini mencemarkan imej Islam. Sebagai manusia normal yang beragama Islam, saya rasa anda wajar untuk mencemuh dan mengeji terhadap apa yang berlaku. Bagi pendapat saya sendiri, perkara seperti itu tidak sepatutnya terjadi. Oh, rasanya kalau tanya budak sekolah rendah pun, mereka tahu bagaimana etika berpakaian menurut Islam.
Namun di sini, saya tidak berniat untuk mengulas lanjut mengenai ‘Islamic Fashion Festival’ tersebut sebab saya lebih berminat untuk menyentuh soal ‘imej Islam’ yang anda semua melenting.
Saya mahu tanya anda, bagaimana sebenarnya cara berpakaian menurut ISLAM?
Apakah yang dimaksudkan menutup aurat?
Pakai baju, kain, tudung, kasut?
Baju jangan jarang?
Baju tidak menampakkan bentuk tubuh badan?
Begitukah?
Baiklah, saya tidak menyatakan jawapan anda salah atau betul sebab saya tak tahu apa jawapan anda. Tetapi, saya ada beberapa pandangan. (bukan buat hukum sendiri yea)
“Dan katakanlah (juga) kepada para wanita beriman, agar jangan mereka memandang kepada yang dilarang dan hendaklah menjaga kehormatan (maruah) dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripadanya. Hendaklah mereka melabuhkan kain tudung kepala (jilbab) mereka hingga menutupi dada..” (surah an-Nur)
Pertama sekali, saat kita bising-bising, melenting, marah-marah soal pakaian dan imej Islam yang ditayangkan dalam festival fesyen tu, ada tak sebelum ni, kita bertindak macam tu juga?
Saat kita tengok kawan-kawan di kampus berpakaian ‘menutup aurat’ dengan jeans yang ketat, tudung jarang, baju sendat, ada tak kita naik angin?
Saat kita tengok kawan-kawan, pakai baju kurung yang nipis, ada tak kita melenting?
Saat kita tengok kawan-kawan selamba je berselendang dengan juraian rambut, ada tak kita tegur-tegur dia?
Saya yakin, kita semua buat tak nampak je. Sebab apa? Kenapa?
Sebab dia tak pakai baju yang jarang tu dipentas peragaankah? Atau sebab dia dah tutup semua badan dia walau hakikatnya baju tu ketat?
“Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, ia hendaklah mengubahnya dengan tangannya, sekiranya ia tidak mampu (mengubah dengan tangan-kuasa), maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya (teguran dan nasihat), maka sekiranya ia tidak mampu juga hendaklah ia mengubah dengan hatinya (yakni tidak redha dan benci) dan demikian itu adalah selemah-lemah iman. Tidak ada lagi iman selepas tahap itu walaupun sekadar besar biji sawi.” (hadis riwayat At-Tirmizi)
Sahabat-sahabat yang tersayang, kita ini manusia. Beragama Islam. Kita membawa agama kita 24jam. Sehari semalam. setiap masa. Setiap denyut nadi kita. Kita tidak membawa Islam dipentas peragaan semata-mata. Kita tidak membawa Islam dikhalayak ramai sahaja. Kita tidak mengikut hukum Islam di depan umum semata-mata. Kenapa kita bising bila benda tu nampak besar sahaja? Bagaimana perkara di depan mata kita? Takkan kita buta sangat sampai lembu terlepas kandang pun tak nampak? (peribahasa apa la pulak nih).
Sahabat-sahabat sekalian, saya tidak kata saya baik. Saya memberi teguran pada anda juga pada diri saya sendiri. Kita sama-sama perbaikinya. Yea, memang kita patut marah bila imej Islam dipermainkan. Tetapi sedar atau tak, kita sendiri telah mempermainkan hukum agama. Saya sentuh soal bertudung. Bertudung itu wajib, bukan? Budak tadika pun tahu rasanya. Kenapa kalian bertudung di dalam kampus sahaja? Anda lebih gerunkan saman di dunia university berbanding balasan di akhirat nanti? Tidakkah anda rasa anda juga salah seorang daripada mereka yang memburukkan imej Islam itu sendiri?
“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan pertunjuk setelah menerangkan kepada manusia dalam al-Kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.” (al-Baqarah: 159)
Bagi yang bertudung pula, sedar tak, tudung yang dipakai itu jarang? Leher pun nampak. Sedangkan kita semua tahu, leher itu aurat. Kalau tudung jarang dan nampak leher, bukankah terang lagi bersuluh, kita sebenarnya tidak menutup aurat dengan erti kata sebenar? Kita sendiri yang telah mencemarkan imej Islam. Entah-entah mereka dapat ilham daripada tudung-tudung kita yang jarang untuk dijadikan baju-baju yang jarang sebagai platform merosakkan imej Islam.
Jangan kata di luar sana, di dalam kampus sendiri banyak diadakan Islamic Fashion Show. Betul tak? Saya tanya anda lagi sekali, bagaimana Islamic Fashion Show kita? Betul-betul ikut hukum Islam? Jika ye, buktikan!
Saya jamin, rata-rata yang mengikuti Islamic Fashion Show, anda tahu pakaian bagaimana diperagakan. Jika anda berjubah, bukan kah jubah anda itu telah diubahsuai secantiknya mengikut bentuk badan anda? Itu anda kata imej Islam? Jika anda bertudung, anda telah menggunakan tudung yang besar itu untuk dililit supaya menutup kepala dan leher anda tetapi tidak dada anda. Itukah imej Islam?
Sahabat-sahabat sekalian, kita ini tidak buta hukum. Mungkin kita kurang celik dengan apa yang berlaku. Atau mungkin kita tidak sedar bahawa kita telah dieksploitasikan? Kita bising dengan apa yang orang buat pada imej Islam, tapi dalam diam, kita sendiri telah memburukkan imej Islam. Kita ada al-Quran dan sunnah sebagai panduan. Tetapi kita sendiri yang tidak mengikut panduan.
Sebab itu, saya selalu pesan pada sahabat-sahabat saya, kalau jadi apa-apa, kita cermin diri kita. Memang lumrah manusia, salah orang lain, nampak sahaja tapi salah sendiri, langsung tak nampak. Sebab tu, belajar cermin diri sendiri. Cuba anda melenting dan bising bila kawan-kawan di kampus berpakaian demikian. Cuba anda tegur mereka yang berdekatan dengan anda. Memang mereka tidak membawa nama ‘Islamic Fashion Festival’ tetapi mereka tetap Islam. Apatah lagi jika ia berlaku di Universiti Islam. Bukan kah sama sahaja kondisinya? Jangan kata pasal pakaian, akhlak juga banyak yang merosakkan imej Islam. Di mana letaknya maruah Islam yang anda lentingkan?
Sahabat-sahabat, saya yakin, kita semua nak jejak ke syurga. Seorang pun tak mahu ke neraka. Jadi, menjadi tanggungjawab kita untuk hidup cara Islam dan berjuang mempertahankan agama kita. Apa kata cuba menegur kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak, makcik-makcik yang ada depan mata tu supaya hidup cara Islam yang betul. Ye, tidak ada paksaan dalam beragama tetapi berdakwah itu satu tugas kita juga.
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampong Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidakk berfikir.” (al-An’am : 3)
Iman kita bukan sekadar kata-kata tapi ia perlu seiring dengan amal. Tidak guna jika pelajaran cemerlang peringkat dunia tapi akhlak macam sampah. Kenapa tidak kita gunakan kebijaksaan kita dengan akal yang diberi ini, untuk memperbaiki akhlak kita? Contohilah akhlak Rasulullah. Akhlak sahabat-sahabat baginda. Anda tidak akan rugi.
Sekarang, disebalik kesibukan nak exam, ingat akan fitrah kita. Kita ini Islam bukan sekadar nama. Kita perlu Islam dari sudut aqidah, ibadah, akhlaq, berkeluarga dan macam-macam lagi.
Adakah syurga tempat yang anda ingin tuju?
Jika ya, mari kita hidup cara Islam.
Biar kita tidak cantik di mata manusia tetapi cantik di mata penduduk langit.
Semoga Allah redha akan diri kita. ;-)

Nusrah walfath: anda pernah baca buku ‘Apa Ertinya Saya Menganut islam’ karangan Fathi Yakan? Jika belum, boleh kalau nak pinjam ngan saya. Buku ni sangat menarik. ;-)
No comments:
Post a Comment