Teringat kenangan dulu-dulu. Along saya selalu mengusik saya. Kadang-kadang gurauan dia sangat dahsyat. Buat saya rasa geram je tapi setiap kali lepas bergurau, dia mesti cakap, “Along nak ajar Nus jadi sabar…” Dan setiap kali bergurau, setiap kali tu lah dia mengulang ayat yang sama. Saya teringat lagi, bila saya tak nak masuk UIA, Along cakap, “cuba dulu. Bukan semua orang dapat peluang macam Nus..tapi nasihat Along, kalau rasa berat, buatlah istikharah..”
Bila saya dah buat pilihan, memang dia orang pertama saya sampaikan berita. Along nasihat saya sebelum saya masuk UIA. Dia cakap, “nanti belajar elok-elok, jaga diri baik-baik..jaga diri dengan Allah, jangan ikut kawan. Nus kena hati-hati memilih kawan. Bila namanya universiti islam, dan tempat yang bernama Islam tu lah paling banyak syaitan menggoda..” Panjang lebar lagi nasihat dia. Sedih. Sangat terharu dengar nasihat dia.
Hari ni setelah lebih setahun di UIA, saya teringat balik apa yang Along nasihat. Selalu terngiang-ngiang kata-kata Along, “Along nak ajar Nus jadi sabar..” Ye, kerana dia, saya belajar menjadi sabar. Sungguh! Saya sangat kagum dengan Along. Dia sangat tabah dan penyabar. Saya banyak belajar dari dia. Dhila pernah cakap pada saya, “tabahnya awak..kalau kite la, tak mampu nak jadi setabah awak..” Kalau Dhila rasa saya tabah, saya masih rasa saya belum cukup kuat. Saya masih belum setabah Along apatah lagi jika nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.
Apa yang menjadikan saya kuat dan tabah? Mungkin sokongan sekeliling membantu saya tetapi ia sebenarnya sebab saya yakin dengan janji Allah. Sangat yakin. Semalam, sewaktu bersembang dengan kak Zatil, saya rasa saya dah tak mampu nak jadi orang yang tabah. Apa yang saya lalui semua ni bukan mudah. Tahap fobia yang mungkin boleh buat orang jadi gila kalau tak ada iman. Tapi saya bertahan sebab saya yakin dengan janji Allah.
Ini adalah janji khusus yang Allah berikan kepada para kekasih-Nya, yakni dengan cara selalu menjaga, mengawasi, membantu dan melindungi mereka sesuai dengan tingkat ketaqwaan dan jihad mereka. Jika begitu, perlukah kita bersedih hati bila sesuatu menimpa kita? Ya, sebagai manusia biasa, itu lumrah. Namun, bukankah janji Ilahi itu pasti? Saya selalu mengingatkan diri supaya jangan menolak takdir. Mungkin kadang-kadang rasa kecewa, marah, geram menguasai diri, tapi bukankah ni semua kehendak-Nya? Dan Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mongering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapa pun kesedihan kita, tidak dapat mendahulukan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
Saya rasa cukup lah anda yakin dengan hati akan janji Allah dan belajarlah daripada kisah-kisah para anbiya’, para syuhada’, insyaAllah anda akan melihat betapa ujian terhadap diri kita bukan lah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan mereka. Tidak ada sebab untuk kita berputus asa dan merasa kecewa. Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda,
“segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata; “Jikalau aku melakukan begini, tentu aku akan begini dan begitu”; tetapi katakanlah; “Apa yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi.”
Dan di dalam sebuah lagi hadis sahih, baginda bersabda,
Untuk itu, sama-sama lah kita belajar untuk menjadi sabar, tabah, kuat dan cekal hati. Banyakkan membaca sirah dulu-dulu dan ambil pengajarannya. Selain itu, yakin lah dengan janji Allah. Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan saya akan terus menerus belajar menjadi sabar.

“Bersabarlah (hai Muhammad) dan tidaklah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah engkau bersedih hati terhadap (kekafiran) dan janganlah kamu bersempit dada terhadap apa yang mereka tipudayakan. Sesungguhnya Allah berserta dengan orang-orang yang berbuat kebaikan.” (an.Nahl:127-128)
Ini adalah janji khusus yang Allah berikan kepada para kekasih-Nya, yakni dengan cara selalu menjaga, mengawasi, membantu dan melindungi mereka sesuai dengan tingkat ketaqwaan dan jihad mereka. Jika begitu, perlukah kita bersedih hati bila sesuatu menimpa kita? Ya, sebagai manusia biasa, itu lumrah. Namun, bukankah janji Ilahi itu pasti? Saya selalu mengingatkan diri supaya jangan menolak takdir. Mungkin kadang-kadang rasa kecewa, marah, geram menguasai diri, tapi bukankah ni semua kehendak-Nya? Dan Allah tidak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
“..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)
Jangan bersedih, kerana qadha’ telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mongering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapa pun kesedihan kita, tidak dapat mendahulukan kenyataan yang terjadi dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.
“tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (luh mahfudz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” (Al-Hadid:22)
Saya rasa cukup lah anda yakin dengan hati akan janji Allah dan belajarlah daripada kisah-kisah para anbiya’, para syuhada’, insyaAllah anda akan melihat betapa ujian terhadap diri kita bukan lah sebesar mana jika nak dibandingkan dengan mereka. Tidak ada sebab untuk kita berputus asa dan merasa kecewa. Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda. Oleh itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mensia-siakan waktu.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda,
“segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata; “Jikalau aku melakukan begini, tentu aku akan begini dan begitu”; tetapi katakanlah; “Apa yang telah ditakdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi.”
Dan di dalam sebuah lagi hadis sahih, baginda bersabda,
“Allah tidak menetapkan qadha’ bagi seorang hamba, kecuali qadha’ itu baik bagi dirinya.”
Untuk itu, sama-sama lah kita belajar untuk menjadi sabar, tabah, kuat dan cekal hati. Banyakkan membaca sirah dulu-dulu dan ambil pengajarannya. Selain itu, yakin lah dengan janji Allah. Dia tidak pernah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia dan saya akan terus menerus belajar menjadi sabar.
Semoga Allah redha dengan kita.
Semoga Allah merahmati kita.
Semoga Allah sayang dengan kita.
Semoga syurga tempat kita nanti.
Ameen.
nusrah walfath: Terima kasih, Along! Semoga berjaya di Madinah nanti ;-)
No comments:
Post a Comment