إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Saya Sayang Mereka :)



Selesai.
Lega.
Senyum.
Lebar-lebar.

^______________^


Dua tiga hari sakit kepala fikir nak exam. Bukan tak ready tapi nervous. Tambah pula dengan macam-macam perasaan yang diganngu gugat.Heh~ Esok ada interview session. Jumaat dan sabtu ada exam lagi. Oh exam lagi? :( Saya sebenarnya suka exam. Suka sebab tak payah pergi kelas tapi semester ni punya exam macam exhausted. Sebab hari ni lah exam, hari ni jugak kena submit report. Lusa nak exam, lusa jugak kena submit extra work. Huu~

Mahu tahu satu perkara? =)

Saya sayang roomate saya.

Sayang sangat.
Sangat sayang.
Cinta sangat.
Sangat cinta.
Kasih sangat.
Sangat kasih.

Mahu tahu? mereka comel. Macam saya (",)

Semester ni, saya dapat sorang rumet baru. Budak junior. Hee~ Konfem2 la dia panggil saya kakak. Kak Nusrah dah bertambah lagi sorang adik. =p Dia ni budak kos ICT. Baru sem ni dia tukar kos. Cuba teka dia tukar kos apa? :) Dia jarang-jarang juga ada kat bilik. Sama macam saya. Dia busy. Banyak join macam-macam benda. Dia aktif pergi perkampungan orang asli. Menyebarkan dakwah di sana, insyaAllah ^^ Dia ni memang macam budak-budak jugak lah. Dah nama pun muda lagi kan. Sangat-sangat muda. Saya baru sahaja kenal dia semester ni. Alhamdulillah dia seorang yang baik. Semoga segala kebaikan dia kekal dan semakin hari semakin baik hendaknya. Feni, kakak sayang awak =)



Seorang lagi rumet saya merangkap adik tidak kandung sejak semester pertama di UIAM :) Seorang yang saya sangat hormati dan kagumi. Saya kagum dengan semangat dia. Kalau nak tahu, dia sangat pandai. Terlalu pandai. Pergi la cari nama dia kat list name budak-budak pandai. Konfem nama dia ada. Apa yang saya kagum ngan dia ialah semangat dia. Walaupun kadang-kadang dia menangis, berkecil hati dengan keadaan, tapi dia mampu bangkit. Setiap semester saya tengok kejayaan dia. Yes, saya sangat bangga dengan dia. Dia pernah cakap, dia akan pastikan dia grad dengan keadaan dia betul-betul pelajar UIA :) Setiap semester, dia penguat semangat saya bila subjek berderet-deret dalam confirmation slip. Nak kata jadual saya penuh, jadual dia lagi 1000 juta kali lebih padat. Kalau saya mampu tamatkan pengajian dalam masa 3 tahun (insyaAllah), dia pula mampu lakukannya dalam masa 2 tahun setengah sahaja. I'm proud of her. ;')

Kadang-kadang saya dipalit rasa sedih memandangkan dia dah nak habis belajar. Sebenarnya dia boleh je nak habis belajar sem depan. Tapi dia tinggalkan satu subjek lagi untuk semester pendek. Jujur, saya sedih. Hari-hari saya membayangkan macam mana kalau dia dah tak ada sebagai rumet saya? Kuat ke saya nak stay up malam-malam untuk study lagi? Walaupun dia bukanlah sama kos dengan saya. Buat dia yang bernama Dilla, akak sayang awak juga. Sangat =)

nota kasih dari Dhila.pada hr konvokesyen sy.terharu ;')


Seorang lagi teman rapat. Penguat semangat, pemangkin kejayaan. Dia sama umur je ngan saya. Again, dia juga tak sama kos dengan saya. Daripada pengajian undang-undang di asasi Nilai, dia akhirnya memilih satu bidang lain sebagai penerus masa hadapan. :) Dalam ramai-ramai, dia paling dewasa dan bersifat kekakakkan :) InsyaAllah bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi. Hehe :) Dia sangat baik. Comel. Sirius. Saya tak tipu. Dia tak kedekut. Dia penyayang. Dia budak pandai. Dia itu dia. dan tetap bergelar dia. :)

Dia senior saya. Tak lama lagi akan berpraktikal. Meninggalkan saya di UIAM ni keseorangan. Oh ini sangat sedih. Tahu apa paling saya suka tentang dia? Dia sangat rajin. Terlalu rajin. Paling rajin antara kitorang rasenya. Heee. Dia sangat suke sapu bilik. Saya suka cuci kipas je, ;p Dengan erti kata lain, dia ni pembersih. Sebab tu saya selesa sebilik ngan dia. Errr..next time biar kitorang pulak yang sapu yea? :) Jadual kelas kitorang selalu terbalik. Bila saya di bilik, dia pegi kelas. Bila saya pegi kelas, di di bilik. Sudahnya, jarang la jumpa dia. Bila jadi macam tu, saya sebenarnya rindu dekat dia. Betul ni. Saya tak tipu. ;') Awak yang saya panggil Wani, saya sayang awak dunia akhirat. Terlalu. =)

nota kasih dari Wani sewaktu saya pulang dari IPN. nak menangis tengok note ni kat atas meja ;')


Untuk mereka bertiga ni, saya memang sayang sepenuh hati. Apa yang seronok ngan diorang ni ialah time makan sama-sama. Bersembang macam-macam, kadang-kadang rasa nak tergelak guling-guling (isy3). Bagaimana agaknya bila kita dah tak sebilik? Bagaimana agaknya bila korang dah grad? Ok. nak nangis sangat rasa. Paling saya suka bila kami solat berjemaah. Bergilir-gilir jadi imam. Waktu ni terasa ukhuwah sangat erat. Di samping pahala berganda, berkat dan rahmat di bilik, ukhuwah fillah itu juga sangat dirasai.

Jujur, saya sangat sayang mereka ini. Walaupun saya mungkin jarang di bilik. Tetapi rasa sayang yang ada dalam hati ni tak pernah pun berkurang. Semoga saya masih berpeluang bersama mereka untuk esok, lusa, dan hari-hari seterusnya. Mereka ini sangat baik. Sangat jujur. Sangat bijak. Sangat polos. =) Mereka ini penguat jiwa saya, pendorong impian saya, pendukung cita-cita saya. Mereka ini tak pernah berkasar dengan saya. Mereka ini baik dalam segala hal.



Allah... mereka ini terlalu baik

Allah... mereka ini tidak pernah menyakiti saya

Allah... mereka ini tidak pernah buat saya menangis

Allah... mereka ini sentiasa ada untuk saya

Allah... mereka ini segala-galanya bagi saya

Allah... saya sayang mereka

Allah... lindungi mereka selalu

Allah... rahmati mereka sentiasa

Allah... jauhi mereka dari fitnah dunia

Allah... makbulkan doa mereka

Allah... berikan yang terbaik buat mereka

Allah... saya saksi di akhirat kelak bahawa mereka ini tidak pernah menyakiti saya

Allah... semoga syurga tempat mereka nanti

Allah... semoga ada redha-Mu

Allahumma ameeen. :)



Saya sayang mereka.

Pimpinlah diri ini menuju syurga-Nya. Sama-sama kita tarik tangan masing-masing supaya tidak terjun ke neraka. Saya sayang mereka. Sangat. Amat. Terlalu. Lillahitaala ;')

sy akan ingat ini.Atiyah Masduki juga rumet terbaik :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...