إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Secebis marah, Selautan kasih


Apa khabar pembaca blog sekalian?
^_____^

Setiap kali saya tulis blog, saya selalu fikir, ia sekadar coretan dan luahan saya. Tak pernah terfikir akan ada yang membaca dan mengikuti blog ini secara konsisten. Walaupun kebanyakan mereka dah tekan butang 'follow' kat atas sana tu, saya still rasa macam mereka ini bukan lah betul-betul follow. Heee maafkan saya. Cuma saya baru sedar beberapa hari ni bahawa saya punya pembaca setia. Mungkin lebih tepat lagi, kamu semua ni adalah 'silent reader'. Hanya membaca diam-diam. Tak komen dan tak tinggalkan jejak langsung. Takpe, terima kasih dari saya. Semoga ada manfaatnya untuk pembaca di luar sana. :)

Waktu kemas gajet blog hari tu, saya baru perasan dekat Popular Post tu dah berubah. Entri 'Mereka yang sangat bermakna' dah mula ambil tempat. Malah jadi yang ke-3. Top 3! Seriously saya agak terkejut. Macam tak sangka pula entri tu dapat view yang agak banyak dan melonjak ke tangga tiga teratas. Cuma ia masih belum mampu mengalahkan entri 'saya nak ke syurga bersamanya' ;D

Marah dan pemarah tidak sama.

Beberapa hari lalu, saya didatangi perasaan marah yang amat. Sangat amat marah. Puas saya mencari jalan menghilangkan rasa amarah saya. Jujurnya, saya susah sangat naik darah. Apatah lagi nak marah-marah orang. Sungguh, saya tak reti. Tapi sekali meletup, memang kalah gunung berapi.

Pernah rasa kena campak?
Pernah rasa dibaling ke tepi?
Pernah rasa dibuang oleh orang?

Itulah yang saya rasa dalam seminggu yang lalu. Perasaan saya di pijak, dihenyak, di hiris-hiris. Pernah sekali saya rasa seperti mahu menghamburkan rasa marah saya pada mereka. Pernah terasa seperti mahu membuang terus mereka sebagai sahabat saya. Pernah terasa seperti mahu membalas dendam pada mereka. Pernah merasa seperti mahu menempelak orang seperti mereka. Tapi.... bukan begitu sebenarnya caranya bila orang berbuat tidak elok kepada kita.

Mujur saya masih waras, mujur saya masih ingat sirah Nabi, mujur saya masih ingat ayat-ayat cinta-Nya, mujur saya masih punya tarbiyah yang melekat di hati pada ketika itu. Saya ambil beberapa masa membuang rasa sakit hati dan marah walaupun ia masih bersisa. Bukan senang untuk dimaafkan. Betapa sakitnya apa yang saya rasa hanyalah Allah Yang Tahu. Betapa susahnya saya memujuk diri, hanya Allah juga yang tahu. Kamu berdua, kalau mahu meminta maaf dengan saya suatu hari nanti, pastikan kamu betul-betul berusaha dalam maaf kamu. Maaf bukan mudah untuk diberi. Kalau saya senang memberi maaf, tentu ia tidak akan dihargai.

Apabila kita dicampak dan dibuang.


Mula-mula saya sangat sedih. Cuba bayangkan perasaan bila orang campak kita ke dalam tong sampah bila dia dah taknak guna kita. Sedih, kan? Dalam beberapa hari saya bermuhasabah, saya sedar akan sesuatu. Perkara ini mengajar saya supaya berhati-hati dalam memilih kawan. Kawan boleh menjadi baik, boleh menjadi jahat. Boleh berpura-pura dan boleh jadi ikhlas. Kawan boleh jadi lawan, boleh juga jadi teman. Kawan boleh bawa ke syurga dan boleh juga tolak kita ke neraka. Terpulang kepada kita memilih teman yang bagaimana dan sepertimana.

Bersyukur juga kepada Allah kerana memilih saya untuk merasa ujian seperti ini. Paling kurang, saya dapat menilai yang mana satu besi, yang mana satu emas. Alhamdulillah. Dan satu perkara yang saya belajar dari hal ini ialah soal iri hati, soal kepentingan diri dan soal kematangan. Sampai satu ketika, saya terduduk dan menangis mengenang apa yang berlaku. Bukan kerana pangkat atau darjat yang dikejar tetapi kerana ukhuwah yang selama ini saya bina dengan kasih sayang rupanya tidak ada erti pun untuk mereka. Sedih. Kecewa.

Usah berbicara soal ukhuwah andai perlakuan anda seperti musuh. Usah berkata soal sahabat sampai syurga andai iri hati menjadi sandaran. Usah berasa seperti keluarga andai tiada kejujuran diberi. Usah berlagak seperti teman andai dibiar sahabat ke tepi. Manusia suka berbuat salah tetapi tidak pernah berusaha untuk meminta maaf. Kalau sesama manusia pun begitu, apatah lagi jika dengan Yang Maha Esa.

Pergi usrah balik usrah, biarlah terkesan tarbiyah di hati.
Pergi program balik program, biarlah terkesan ukhuwah dijiwa.
HablumminAllah, Hablumminannas.

Tapi sayangnya, sahabat saya ini tidak sedar pun akan apa yang dia buat pada saya. Duduk diam-diam. Saya sedar akan satu perkara, doa orang teraniaya itu mustajab. Doa sahaja banyak-banyak dengan Allah. Biarlah rasa sayang saya pada mereka lebih banyak dari rasa marah supaya saya masih mampu doakan yang baik-baik buat mereka. Sungguh, marah itu bukan sifat saya. Saya bukan pemarah. Saya bukan pembenci.

Duduk diam-diam. Simpan elok-elok.

Kalau orang buat jahat dengan kita, kita balas lah dengan kebaikan. Saya tahu itu susah. Tapi tidak ada apa pun yang rugi. Kita takkan kekurangan apa-apa. Saya lebih suka jauhkan diri dari orang bila saya dalam keadaan marah mahupun dalam keadaan emosi kurang stabil. Sebab saya bimbang saya akan kalah dengan godaan syaitan. Saya bimbang saya takkan mampu lagi berdiri tabah. Jadi, berlalu pergi adalah jalan yang terbaik.

Buat sahabat itu, saya tahu kamu berdua takkan membaca pun post ini tapi saya mahu kamu tahu bahawa saya betul-betul terkilan dengan apa yang terjadi. Sampai saya sudah hilang rasa hormat. Satu perkara sahaja yang saya mahu pesan, kita merancang, saya merancang dan kamu merancang. Tetapi siapa kamu untuk berkata kepada saya bahawa kamu punya perancangan yang lebih baik untuk saya sedangkan Allah adalah sebaik-baik perancang? Marilah kita sama-sama muhasabah diri. Kalau kita tidak suka orang beri kerja pada kita dengan benda yang kita tidak suka, jadi jangan sesekali buat pada orang lain. Ayuh, kita bermuhasabah.

Sungguh, dari jauh sudut hati saya, saya sayangkan kamu berdua.
Semoga kamu faham.
Saya memang berkecil hati.



nota hati: Saya memilih untuk berlalu pergi. Allah punya perancangan yang lebih baik untuk saya. Please let me go~




~ Remember! What goes around comes around ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...