إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Cerita PRK



Bismillahirrahmanirrahim.

Lama berfikir. Bimbang mata pena kali ini terlalu tajam. Jika terlalu tumpul, payah juga. Harapnya kalam saya pada malam hari ini serba sederhana. Jika tajam, harap tidak melukakan. Jika tumpul, harap tidak menjengkelkan. Kerana ini hanya tulisan seorang manusia biasa. Biasa. Hamba Allah yang masih berjalan di bumi-Nya.

Apa khabar semua? Saya macam biasa. Busy. Dah mula semester, dah semakin banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan. Di UIAM, bahang pilihanraya kampus (PRK) sudah mula dirasai. Pada mulanya, saya rasa suasana kempen seakan hening kalau nak dibandingkan dengan PRK lepas tapi sekarang ia semakin hangat. Lebih-lebih lagi di dalam facebook. Adakah mahasiswa sekarang hanya berani tampil di alam maya berbanding alam realiti? Adakah mahasiswa sekarang hanya berani berhujah di alam maya berbanding di hadapan ribuan pelajar universiti?

Saya sebenarnya rasa seperti kurang suka dengan suasana kali ini. Saya tidak mahu mengulas satu persatu calon yang bertanding tetapi ada baiknya saya melontarkan general comment mengenai PRK pada kali ini. Beberapa hari yang ada ini, saya meninjau juga suasana kempen baik di kulliyyah juga di alam maya. Secara umum, ini adala pandangan peribadi saya.

Kempen di Kulliyyah:

1. Tidak begitu meriah. Poster kurang. Kalau ada pun, banyak yang tidak lengkap. Cukup sekadar tayang muka dan nama tapi tiada tertulis manifesto. Pelik!

2. Calon tidak tampil di tempat kejadian. Apatah lagi nak berbicara dan bentangkan manifesto nya. Oh mungkin juga mereka ke kelas pada waktu saya menjejak kaki ke tempat kejadian.

3. Banyak chronism (err..tak tahu wujud ke tidak ayat ini) :)

Kempen di alam maya (facebook terutamanya):

1. Kesemua calon promote diri sendiri. Saya kecewa dengan keadaan ini. Malah, kelihatan macam calon itu desperate sangat (sorry to say). Mana pergi team campaign dorang?

2. Yang sibuk di share dan di promote adalah gambar dan achievement calon. Manifesto entah ke mana. Saya tak faham. Apa motif bertanding sebenarnya?

3. Masing-masing sibuk promote calon atas tiket kawan. Contoh, "ini sahabat saya", "kawan saya ini bla..bla bla.." Bagi saya, memang tidak salah untuk promote kawan. Tetapi better tulis ayat secara general. Tidak perlu mention dia itu kawan awak, dia ini kawan awak kerana apabila namanya kawan, semua yang baik kita akan tulis and a psychologist regard this as not a valid case!

4. Overall, kempen PRK kali ini belum cukup panas. Kerana hanya sedikit sahaja poster calon yang kelihatan. Mana para calon lain yea?

Pandangan saya.

Pada pendapat saya, calon-calon ini perlu ada satu sesi untuk berdiri di hadapan rakan-rakan Kulliyyah dan membentangkan impian dan manifesto mereka. Ingatlah, manifesto bukan sekadar pelengkap anda untuk bertanding tetapi ia adalah suatu amanah. Sejak dulu dari sekarang, saya memang suka kaji manifesto calon-calon yang bertanding. Tapi kali ini agak hampa sebab tidak semua calon mengeluarkan manifesto mereka pada khalayak.

Sedikir perkara yang saya terkilan dengan para pelajar uia adalah berkenaan kriteria memilih calon. Saya tidak nafikan, kita mahukan suasana 'islamic' dalam uia ni. Kita mahukan pemimpin yang faham dan tahu agama. Tapi ramai yang lupa akan bezanya orang agama dengan orang beragama. Nak undi orang tu sebab dia hafal Quran. Nak undi orang tu sebab dia pakai kopiah, pakai tudung labuh. Nak undi orang tu sebab dia selalu pergi masjid. Nak undi orang tu sebab dia selalu bawak Quran ke sana ke mari. MashaAllah. Astaghfirullah. Ramai yang terlepas pandang, ada beberapa calon sangat menjaga hubungannya dengan Allah tapi tidak sesama manusia. Dengan manusia mereka sombong. Berjalan angkuh, tidak mahu senyum. Saya kecewa dengan orang sebegini. Mereka hanya menjaga habluminallah tapi tidak habluminannas.

Ada seorang kawan saya tanya, "kenapa calon kali ni promote diri sendiri?" "Kenapa calon kali ni post gambar sendiri kat IIUM Online?" heh~ Saya pada mulanya tak tahu menahu langsung terus sahaja menjenguk laman sesawang tu. Terkejut juga tengok cara kempen kali ini. Cara baru atau sebab takde orang nak tolong kempenkan? Suasana itu mengingatkan saya pada suatu cerita.

Cerita ini adalah cerita dari orang hebat yang sangat saya kagumi. Yang saya belajar banyak perkara. Katanya, "jadi SRC ni bukanlah tertekan sangat. Tidak stress mana pun. Saat yang paling kritikal dan paling payah nak lalui adalah masa sedang bertanding. Masa tu rasa segan juga sebab muka kita terpampang di sana sini. Kalau bertembung dengan orang tu kena banyak senyum. Tapi saya tak pernah pun cakap, vote for me. Kalau jumpa orang cuma bersalam dan bersembang macam biasa. Takkan sesekali cakap vote for me." -begitulah lebih kurang ayat dia.

Saya masa tu terpegun. Lama-kelamaan saya mula nampak kenapa begitu. Malah saya sekarang selalu tergelak sendiri bila tengok calon promote diri sambil tulis "vote for me". Kasihan. Sangat kasihan. Mula-mula nampak ok tapi bila selalu sangat, nampak macam terdesak sangat dan tiada siapa pula yang mambantu. Maaf sebab cakap macam ni tapi itu pandangan saya.

Kata orang yang bercerita tadi, dia tak pernah pun terfikir sampai ke tahap jadi SRC, apatah lagi sampai jadi Presiden SRC. Ya itu dia. Seorang Presiden SRC suatu masa lalu. Cerita ini dia sampaikan masa malam setelah selesai AGM SRC. Sedikit sebanyak, saya respect juga cara dia bertanding. It shows something different. Terpulang bagaimana anda menilai dan mantafsirnya.

Manusia itu berbeza. Datang dari latar belakang yang berbeza. Buatlah pilihan yang bijak kerana mengundi bukan perkara yang mudah apatah lagi jika kita tidak begitu mengenali calon. Nak memilih kerana luaran, susah juga kerana iman tidak diukur pada pakaian. Amal tidak diukur pada janji. Ia suatu perkara yang abstrak yang terkadang susah dinilai dengan mata kasar.

Saya?

Masih seperti sebelum ini. Masih bergelar pelajar uia yang biasa. (Walaupun lebih popular dari calon :P). Saya still berfikir mahu membuang undi kepada calon yang mana. Agaknya pada siapa yea? Kata mereka, saya ini memilih sangat dalam urusan calon suami. Begitu juga dalam PRK. Saya memang memilih. Sebab itu saya tidak gemar menukar profile picture gambar calon yang bertanding walaupun yang bertanding itu mungkin putera idaman malaya (bukan idaman saya :P).

Akhir kata, nasihat saya, buatlah pilihan bijak. Tiada apa yang merugikan anda. Pilih dengan akal bukan dengan nafsu. Semoga pilihan hari ini sedikit sebanyak dapat mengubah keadaan kampus kesayangan kita. InshaAllah.


"upholding students welfare to the utmost"
(president SRC,09/10) 




nota hati: tengah terfikir bagaimana cara terbaik untuk berkempen bagi pihak calon kerana saya tiada wujudnya di uia untuk beberapa hari ini. huhu-












~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...