Sebuah cerita hati. Lama tersimpan kemas. Sepertinya diluah mati mak, ditelan mati bapak. Pahit. Ada sisa-sisa perit luka. Kata dia, bertabahlah. Kerana Allah sayang, di uji-Nya.
Time is the best medicine.
Time really heals.
Saya masih ingat. Ketika perkhabaran duka menjengah sehari sebelum paper terakhir final exam semester lepas. Saya masih ingat ketika diri terpaksa berusaha menjadi tabah melawan emosi untuk study. Saya masih ingat ketika airmata di tahan-tahan sampai terasa peritnya hidup ini. Tabah. One word yang tersemat kemas dalam kotak hati sampai sekarang.
Cerita duka itu saya simpan sampai sekarang. Luka hati itu masih ditahan ketika gigih bekerja untuk taaruf week lalu. Sehingga berkali-kali juga airmata jatuh. Mungkin kerana cerita itu saya simpan, sehingga terbawa-bawa dalam kepenatan menguruskan kerja-kerja Taaruf Week. Selesai TW, saya bercerita pada seorang teman, saya lihat airmukanya berubah. Katanya, dia sedih dengar cerita saya. Saya senyum. Jika dia dengar pun sedih, apatah lagi saya.
Saya masih mahu senyum walau hati mungkin masih bersisa dengan cerita duka.
3 tahun. Dan ia berakhir begitu sahaja.
Takpe, Allah punya perancangan yang lebih baik untuk saya.
"Pada waktu pagi, kita mungkin lihat awan putih di sebalik langit biru, namun kita tidak sedar, di sebaliknya ada bintang di waktu malam"
Saya dah janji pada diri untuk jadi tabah.
Senyum selalu.
Sampai bila-bila pun kena senyum.
:)
nota hati: saya tunggu kad wangi dari dia. Sekarang dah bulan February. Bila nak ajak saya?
nota hati 2: "mungkin dia tak cukup soleh untuk akak"- adik bongsu saya
~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:
Post a Comment