إِذَا جَاء نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ

وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجا

فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَتَوَّاب

(An-Nasr: 1-3)

Followers

Kalah






بسم الله الرحمن الرحيم


"sepi atau riuh, ada cerita yang tidak pernah kita tahu"


Suasana damai. Angin sepoi. Rasa seperti di awangan. Boleh dikatakan, ramai yang tahu bahawa saya sedang bahagia gembira ketika berakhirnya exam terakhir. Yang mana saya sudah unofficially graduated. Alhamdulillah. Senyum.

Tetapi, ada cerita lain disebalik gelak tawa saya itu.

Ketika sampai dibilik, selesai solat asar, saya masih tersenyum lega. Terlalu bersyukur dan terlalu lega dengan nikmat Allah. Dalam rasa bahagia dan syukur itu, saya sebenarnya menangis juga. Menangis kerana terlalu bahagia! Menangis kerana saya rasa besarnya kasih sayang Allah pada saya. Menangis kerana terkenangkan jatuh bangun saya selama beberapa tahun itu.

Tadi petang, lepas balik dari centre, jumpa Ruhiyah, entah kenapa hati saya terasa lain macam. Ketika bersolat asar, tiba-tiba sahaja airmata menitis dan hati sayu yang bergunung. Waktu baca mathurat, airmata memang lagi laju. Lain benar rasanya. Tak seperti hari-hari sebelum ni. Dan ketika itu, perlahan-lahan memori lama terimbas.

Satu demi satu kenangan datang.

Gugur ke bumi airmata yang mahal.

Kalah pada kenangan hati.

------

----

--

-










~ I drop du'as. Not bombs ~


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...