بسم الله الرحمن الرحيم
![]() |
| dalam setiap kekecewaan, saya sentiasa sedar bahawa Allah sedang manjaga saya dan Allah sayang pada saya ;'') |
dalam kegagalan, saya belajar erti ikhlas
dalam kekecewaan, saya belajar erti ikhlas
dalam kejayaan, saya belajar erti ikhlas
dalam persaingan, saya masih belajar erti ikhlas
banyak kali kecundang. bukan satu. bukan dua. bukan juga tiga.
kata orang, kalau sesuatu itu memang rezeki kita, kita tetap akan dapat. ada juga yang kata kita takkan dapat sesuatu yang bukan hak kita. dan kenyataan ini sebenarnya membawa maksud yang sama sahaja.
kita hanya akan dapat sesuatu yang memang ditaqdirkan untuk kita.
masih.
saya tidak lupa.
momen-momen terduduk sepi.
kering hati.
kering jiwa.
ketika dia berkata, "but I love dentist"
dan dia pula menyahut, "am with a doctor"
lantas, dia menekan butang pangkah. padam. hilang. lupa.
tapi hari ini, dia kembali terkenang. sambil bertanya pada diri, mengapa selalu sahaja tidak menang sebelum bertanding? kalah sebelum sempat untuk berjuang? mengapa?
dan seketika, dia sedar, semua itu ketentuan Allah.
-----------------------------------
sabar itu susah.
payah.
tidak mudah.
tapi
sabar itu cantik.
sabar itu indah.
sabar itu mulia.
sedetik cuma,
terkenang akan suatu penulisan dia;
"kakak,
SABAR itu pahit. tapi, satu saat kalau kita terus bersabar, Allah akan tukarkan yang pahit itu jadi manis. Sampaikan kita sentiasa rasa ujian itu nikmat!
...nikmat yang manis.
Dan, kalaulah kita belum merasai manisnya ujian, bermakna kita belum cukup sabar. maka, teruslah berdoa agar sentiasa dikurniakan sabar..."
mungkin, perlu lebih gigih untuk belajar erti sabar.
dan menjadi lebih ikhlas.
terasa diri ini sangat kerdil dan hina.
tepis air mata.
T__T
~ I drop du'as. Not bombs ~

No comments:
Post a Comment