"This week jadi ke nak balik sama-sama?"
"Jadi. Tapi saya ada game esok pagi. Tak payah tunggu pun takpe"
"Takpe je kot kalau nak tunggu. Bukan lama sangat kan?"
"Ha'ah..oh yea, nak tanya..ni saja-saja tanya tau.. Rabiatul tak balik ke?"
Khadijah hanya tersenyum sambil berkata, "Tak..kenapa?"
"Saya saja-saja tanya je"
Sebenarnya, saat itu Khadijah dapat merasakan bahawa Malik mungkin tak jadi nak balik dengan dia. Entah kenapa hatinya terasa begitu.
Keesokannya.....
Dari jam 1030 pagi sehinggalah tengahari Khadijah menanti. Ketika mahu bersolat zuhur, Khadijah dipalit rasa bimbang. Rasa bersalah dengan tindakannya.
"Ya Allah, betulkah apa yang aku buat ni? Ya Allah, kalau Engkau tidak redha dengan pilihanku, dengan keadaan kami pulang bersama, Engkau biarkanlah perkara ini tak menjadi..Aamiiiin"
Saat itu, Khadijah solat dan berdoa dengan penuh khusyuk sehingga menitis airmata. Malu sungguh dengan Tuhan. Malu sungguh dengan tindakannya.
Akhirnya, tepat jam 2 petang, Malik muncul bersama Ahmad.
"Maaflah...saya tak jadi nak balik sebab ....... "
Senyum. Khadijah senyum. Senyum kecewa? Tidak. Tidak sama sekali. Malah bersyukur. Allah memang tidak izin Khadijah dan Malik pulang bersama. Allah masih menjaga Khadijah dengan baik. Alhamdulillah. Walaupun jelas sekali Malik kelihatannya sangat rasa bersalah. Namun Khadijah masih berkata tidak mengapa. Jangan risaukan dia.
*************************************
Cerita Khadijah dan Malik masih panjang sebenarnya. Khadijah dijaga dengan baik oleh Allah sehinggalah kakinya menjejak ke rumah. Katanya Khadijah, Allah tak pernah izin dia bekerja atau buat apa-apa dengan Malik. Mereka plan dengan baik sekalipun, tentu akan ada yang terhalang, dihalang atau menghalang. Khadijah redha dengan pilihan untuk dia. Sebab dia tahu, Allah mahu menjaga diri dia dengan baik.
Katanya Khadijah, walaupun dia dan Malik itu sahabat baik, ibarat sepupu, ibarat pakcik-makcik, ibarat mak-anak, namun dia sedar bahawa mereka tetap bukan mahram dan perlu menjaga batas seperti yang sepatutnya. Kerana, ajnabi tetap kekal ajnabi. Tiada apa-apa yang dapat mengubah hakikat itu.
*************************************
Sekadar berkongsi secebis kisah Khadijah. Banyak lagi kisah dia yang boleh saya kongsikan. Cuma setakat ini, itu sahaja perkara yang bermain dalam fikiran saya. Belajar dari kisah di atas, tentu semua orang sedar bahawa serapat mana pun kita dengan seseorang itu, hukum tetap hukum. Yang haram tetap haram. Yang halal kekal halal. Khadijah dalam cerita di atas sedang berusaha melawan kehendak diri. Saya juga begitu. Anda bagaimana?
~ Allah adalah sebaik-baik perancang ~

No comments:
Post a Comment